Friday, October 29, 2010

Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

* note yg ingin dikongsi...lebih kepada peringatan untuk diri sendiri...buat hubby tersayang, lpas ni kalu umi msak asam pedas ikan merah, gulai tempoyak ikan patin, no more grill mutton lg ok?huhu 

Tahniah Balqis

Pagi tadi waktu on the way pergi kje, umi check h.set, terima satu mesage dari k.jue, memaklumkan beliau selamat bersalin baby girl seberat 3.14kg...so dengan rasminya Balqis dah jadi k.long.

Actually, umi kenal k.jue melalui blog waktu tgah cari-cari info pasal DS...mula-mula contact kat blog je..usul punya usul rupanya rumah parents k.jue sebelah kampung MIL kat jerteh. Memang masa kat jpn lgi niat nk jumpa k.jue & family...nk kenal Balqis. Ingat nk g umah parents k.jue tapi time k.jue ada, kitorg plak blk KB..last sekali time balik ke Kuantan after cuti raya, ajak mr hubby lalu bandar K.Terengganu so blhla singgah jmpa Balqis sebentar....

So, bertemulah kami dua family di Masjid Terapung sebelum kami meneruskan perjalana ke Kuantan. InsyaAllah lepas ni boleh jmpa lg...Free2 bolehla melwat kami di sini ;)



Wednesday, October 27, 2010

Urutan Pada Bayi

Semalam selepas terbaca petikan di sebuah majalah yang umi beli, baru umi perasan lamanya umi tak lakukan urutan pada hasif. Dulu memang menjadi amalan umi mengurut seluruh badan hasif selepas mandi 2x sehari menggunakan Johnson's Baby Oil. Tapi entah mengapa, rutin yang sekian lama menjadi amalan umi ditinggalkan begitu saja. Teruknya umi ni kan hasif. Maafkan umi.

Berdasarkan kajian di Touch Reserach Institute, University of Miami School of Medicine, urutan bayi setiap hari boleh meningkatkan pembentukan tulang sehingga 15 %. Urutan setiap hari telah terbukti membantu pembesaran fizikal bayi, membina keyakianan diri dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi.

Jadi, semoga menjadi peringatan buat umi untuk kembali melakukan urutan pada hasif. Walaupun mungkin tak mampu melakukan 2x sehari seperti sebelum ini tapi sekurang-kurangnya sekali sebelum tidur rasanya dah cukup ok. InsyaAllah.


Sunday, October 24, 2010

Fisioterapi

Khamis lepas, selepas umi settlekan urusan umi di court kejap, umi pulang ke ofis sebentar..kemudian pulang menjemput hasif di rumah pengasuh... abi xdpt ikut ke hospital ..ada appointment ngn students yang nk buat presentation next week..kalu ada abi xde la umi kena pulang jemput hasif...just tunggu kt hospital. xpelah..abi ada hal..nk wak camana..umi kena lah jd isteri yang memahami & supportive..ececeh..Appointment pukul 11pagi..umi & hasif sampai kurang lebih kul 11...ramainya orang..selesai mendaftar, seorang akak dengan suaminya duk mengusha Hasif, patutla tersenyum-senyum dia...beberapa soalan diajukan kepada umi mengenai perkembangan Hasif...kulihat bayi dipangkuan akak itu, yang berusia 2bulan..sama keadaannya dengan Hasif, patutlah keduanya kelihatan 'berminat' melihat Hasif. Umi menceritakan sedikit sebanyak perihal Hasif yang umi rasa secara tidak langsung dapat menjadi perangsang kepada pasangan itu untuk sama-sama membesarkan anak istimewa kami.

Kemudian Hasif di sapa seorang lagi akak...sambil memaklumkan dia juga mempunyai seorang adik yang istimewa seperti Hasif. Sudah berusia 18tahun dan boleh mengurus diri sendiri. Alhamdulillah. Umi kemudian membawa Hasif ke bahagian Fisioterapi sementara menunggu giliran. Temujanji sudah ditetapkan jam 1130, jadi umi tidak menunggu lama..selepas mendaftar, umi terus dibawa ke bilik yang disediakan. Selepas bertanyakan perkembangan terkini Hasif, alat-alat bantuan dikeluarkan untuk digunakan. Namum Hasif berada dalam mood yang kurang baik..mungkin mengantuk memandangkan waktu umi jemput tadi , Hasif sedang tidur dan terjaga sebaik umi meletakkan Hasif ke carseatnya.

Hasif kelihatan sedikit agresif, biasanya dia tidak begitu...pastinya mengantuk.Menurut therapist, Hasif harus dilatih untuk menerima arahan...tidak boleh dibiasakan mengikut kehendak sendiri..InsyaAllah umi akan cuba mendisiplinkan Hasif sedikit. Di rumah, umi ada jga melatih Hasif untuk sedikit berdikari...Sbagai contoh, kalau umi buat susu untuk Hasif, umi akan letak botol susu agak berjauhan dan meminta Hasif untuk mengambilnya. Alhamdulillah, hasif memahami dan boleh mendapatkannya sendiri. Kalau diminta baring, dia akan segera mendapatkan bantal dan merebahkan kepala..begitu juga di rumah pengasuh. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada sedikit. Tapi umi tidak boleh berpuas ati dengan itu, umi tahu umi harus sentiasa melatih hasif...Bak kata therapist, anak-anak ini harus sentiasa di stimulate...dan pencapaian mereka bergantung kepada stimulation yang diberikan oleh parents.


 
Menurut thrapist itu lagi, untuk melatih hasif mengimbangi badan...digalakkan untuk berdiri di atas katil..atau di atas pasir. Jadi semalam sebelum tidur umi dan abi sama-sama melatih hasif di atas katil...mula-mula dengan bantuan umi & abi...kemudian hasif berdiri sendiri...melangkah 2-3 langkah sebelum jatuh. Aktiviti itu berterusan diiringan gelak ketawa hasif....suka sekali dia..InsyaAllah umi & abi akan meluangkan masa untuk hari-hari seterusnya melakukan aktiviti tersebut sampai hasif bisa berjalan.

Selesai sesi fisioterapi pada jam 1230, umi ke bahagian pakar kanak-kanak...orang sudah tidak terlalu ramai. Menunggu sebentar, tiba giliran hasif berjumpa doktor. Selepas diperiksa, doktor memaklumkan hasif berada dalam keadaan baik ..alhamdulillah...temujanji ditetapkan 6 bulan nnti. Selepas selesai urusan di situ, umi pulang menghantar hasif di rumah pengasuh sebelum pulang semula ke pejabat dan tiba tepat jam 2 petang.. 

Tuesday, October 19, 2010

Message Dari Kak Netty

Sampai di pejabat, umi buka facebok...terdapat satu message dari mb netty...kakak yang sudah ku anggap seperti kakakku sendiri....mb netty masih di nihon, menemani suami tersayang menghabiskan PhD sebelum pulang ke Indonesia nanti...

Mb Netty, izinkan saya meletakkan message Mb Netty di sni...untuk tatapan saya waktu rindu sama  mb netty dan nisa..saya juga menangis waktu membaca message mb netty...terharu dengan doa yang dikirim dari mb netty buat kami..Moga mb netty dan keluarga dilindungi Allah selalu....amin..salam sayang buat mb nety & keluarga dari kami di sni...bilang ke nisa, tante, harith & hasif rindu sekali sama nisa...

Hiks..hiks..hiks.. menangis Kak netty membaca blog mu,Adikku.. kenapa begitu cepat kita berpisah ya?.. sementara tali persaudaraan kita begitu erat.. Semoga Alloh menyatukan kita kembali,amin.. rindu sekali lihat foto2 Harith dan hasif..

Nisa menangis sambil memandang foto2 Hasif.. " mama.. Adek rindu sama Adek Hasif.." begitu kata Nisa. sy bilang ke Nisa, "kalau adek rindu berdoa kepada Alloh,pasti adek jumpa sama adek Hasif didalam mimpi".

Farina,adikku.. Doa ku yang terbaik untukmu dunia dan akhirat.. jadilah seorang ibu dan istri yang patuh pada suami dan mincintai anak2 dari suami mu.. tidak ada yayng sempurna didunia ini..    Sempurna hanya milik Alloh swt..

Farina,adikku.. berbahagialah kamu,karena kamu sudah ditunjuk dan dipercaya oleh Alloh menjadi seorang ibu untuk merawat Hasif dan Alloh sudah menjanjikan Surganya jika kamu merawatnya dengan penuh kasih sayang...saya percaya Alloh tidak salah memilih seorang Farina untuk ibu bagi Hasif dan Harith..

Rindu & Sayangku untuk mu... ^_^

Sunday, October 17, 2010

Ke Swimming Pool

Semalam, umi dan abi sepakat nak bwa Harithasif pergi swimming pool kat Inderasempurna Resort berdekatan rumah kami. Lama dah rancangan ini terggendala, ahamdulillah tercapai juga akhirnya. Sampai-sampai saja, terus Harith masuk ke pool..adik Hasif pula tidur dipangkuan umi. Seketika membiarkan adik melelapkan mata, umi kejutkan adik memberitahu abangnya menanti untuk mandi bersama.Akhirnya adik membukakan mata...melihat air kolam, terus hilang ngantuknya..hehe. Bertemankan umi, adik masuk ke kolam mendapatkan abang Harith.. Sangat suka kedua beradik itu bermain air hingga menangis-nangis keduanya saat mau pulang...Nanti kita pergi lagi ya sayang..





Sambutan Raya

Minggu lepas penghuni taman perumahan telah bergotong-royong mengadakan sambutan hari raya...sedikit gambar yang sempat dirakamkan....



asyiknya Harith makan..

hai, nma saya Hasif



Best minum air cuaca panas camni
  
umi,ok x adik senyum camni?

mulut kena tutup ke umi?

camni ok tak?

camnipun comel kan?hehe






  

  



  







Saturday, October 16, 2010

Main Basikal

Sekarang ni selepas pulang dari kerja umi kami menjemput Harithasif dari rumah pengasuh..kemudian umi akan luangkan masa di luar rumah menemani Harith bermain basikal bersama teman-teman..Hasif hanya akan didukung memandangkan dia belum boleh berjalan lagi. Tapi Hasif sudah mula meronta-ronta, minta dilepaskan dari pangkuan umi. Rupa-rupaya Hasif pun mau ikut serta bermain bersama abang Harith...jadi terpaksalah umi mengangkut kereta mainan adik ke luar rumah. Suka sekali dia, jelas  terpancar keriangan di wajannya..Hasif..Hasif..cepatlah berjalan sayang,  nanti boleh main basikal pula ;)


vroom..vroom..vroom

bawa kete sambil tido blh tak ek?

ada gaya x saya nk jd pelumba F1?

abang, kita nk g mna ni? jgnla jauh2 nnti umi mrah..





Hasif and the public...

Memang sejak habis pantang lagi, umi selalu dedahkan Hasif ke public...ke mana saje umi pergi umi akan bawa Hasif...tujuan umi cuma satu iaitu untuk menanam keyakinan diri yang tinggi dalam diri Hasif kerna umi percaya anak istimewa yang tidak didedahkan dengan orang ramai hanya akan membuatkan anak tersebut diselubungi rasa malu untuk berinteraksi, berkomunikasi sekaligus membuatkan mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah. Itu hanya teori umi, tapi umi yakin sedikit sebanyak ada benarnya. Malu?..tidak ada langsung perasaan itu dalam diri umi trhadap Hasif, bahkan umi bangga berpeluang dan terpilih olehNYA menjadi umi kepada seorang anak istimewa.

Kalau di nihon dlu, memang umi selalu bawa Hasif dan Harith ke rumah jiran-jiran terutama bila abi pergi bermain futsal pada hari jumaat malam...dan ke usrah pada sabtu malam. Waktu itulah umi ambil peluang ke rumah mbak netty dan mbak seiko...rakan indonesia waktu di sna. Kadang-kadang ada juga umi ikut abi ke gelanggang futsal tapi biasanya tidak kerna agak terhad kawasan jadi agak terbatas untuk membiarkan Harith & Hasif bermain. Jadi lebih elok rasanya umi tinggal di rumah, bertemu teman-teman berdekatan.

Waktu di sna, Harith umi hantar ke sekolah..pagi-pagi umi akan exercise, menghantar Harith dengan basikal pada pukul 830-900 pagi. Sempatlah abi bersiap-siap ke lab sambil menemani Hasif di rumah. Pada petangnya, Harith dijemput jam 430 petang. Biasanya abi belum pulang ke rumah dan kebetulan pula ada keluarga Arab bersebelahan dengan rumah kami menawarkan diri menjaga Hasif..jadi sewaktu umi menjemput Harith di sekolah, Hasif akan bermain dengan anak-anak keluarga tersebut. Alhamdulillah Hasif tidak banyak kerenah dan mudah mesra dengan orang yang baru dikenali.

Kemudian, umi mula rapat dengan mbak netty..isteri pak ilyas yang baru datang dari Indonesia. Memang sering umi ke rumahnya dengan Hasif..anak mbak nety yang bongsu yang berusia 7tahun, Nisa suka sekali bermain dengan Hasif. Kalau lama umi tak ke sana, pasti kak nisa akan minta untuk datang ke rumah bermain dengan adik Hasif. Rindu katanya...hihi..sampai diminta dari umi sehelai baju adik Hasif untuk dicium, katanya bau Hasif wangi sekali. Nisa selalu cakap kat umi, tante, tante...bau adik Hasif wangi...sampai ke atas..ke rumah nisa boleh bau...Umi cakap, benar ke nisa?Kok sampai ke atas. Adik Hasif tak wangi...yang wangi itu tante..hehe. Nisa balas, tidak tante, yang wangi itu adik Hasif, nisa tahu bau nya gemana...Lucu mengingatkannya, tapi mbak netty bagitau umi, baju adik Hasif dicium2 nisa..bahkan marah bilamana mamanya minta baju itu di cuci...
Ahh, melalut-lalut umi cerita...mungkin terlalu rindu pada mbak netty yang sudah umi anggap seperti kakak sendiri.


Selepas pulang ke sni juga, umi & abi selalu bawa Hasif bersama-sama Harith ke mana saja kami pergi...ke pasar, shopping mall, pantai, majlis dll. Pernah waktu pulang ke kampung, mama umi menyarankan Hasif ditinggal di rumah untuk membolehkan kami berbelanja dengan selesa..pulang saja di rumah adik Hasif merajuk...marah ditinggalkan..memang umi diselubingi rasa bersalah..selepas kejadian itu, sesusah manapun keadaannya..umi dan abi takkan tinggalkan adik lagi.

Friday, October 15, 2010

Hasif 1 tahun 9 bulan....

Hari ini genap usia Hasif 1tahun 9 bulan...cepatnya masa berlalu...dah besar dh anak umi ni...hehe
Sekarang Hasif dah mula berdiri sendiri...melangkah setapak dua..insyaAllah tak lama lagi Hasif boleh jalan..amin...

Hasif suka sangat naik kereta mainan yang abi belikan...memerlukan tolakkan kaki untuk digerakkan ..siap dengan bunyi mulut kalau adik pandu kereta tu...tapi biasanya abang Harith yang conquer kereta adik Hasif...kesian Hasif...selalu mengalah dengan abangnya..kalau Harith yang naik kereta Hasif, Hasif akan pergi dapatkan motor abang Harith...pernah dulu waktu mula-mula umi belikan Harith basikal untuk Harith yang berusia hampir  3tahun, Hasif pula yang naik  gara-gara memberi laluan untuk Harith menggunakan kereta adik. Hasif...Hasif...kadangkala umi rasa adik lagi matang dari abang...ish ish...

Hasif sekarang boleh menyebut beberapa perkataan...panggil abi dengan panggilan baba...dah boleh panggil abang...mama..Kadang-kadang waktu umi bercerita menggunakan buku bergambar, Hasif seakan-akan mengulang balik perkataan yang umi sebut...umi selalu juga minta Hasif lihat mulut umi...ikut perkataan-perkataan senang  mcam babaa...mama..papa..tata..kaka..dan alhamdulillah Hasif mencuba dan mengulanginya kembali...

Tiap kali perkataan bye-bye disebut...Hasif akan mengangkat tangan...membuat aksi...kalu diminta membuat flying kiss, dengan pantas sekali Hasif membuatnya...bila saje umi abi sebut no..no..no..segera jari telunjuk diangkat dan digayakan...bila umi, abi atau abang Harith menyanyi, Hasif akan tepuk tangan...menggoyang-goyangkan badan...kadang-kadang kalau Hasif berjaya membuat sesuatu yang baru, dia sendiri akan bertepuk tangan sambil tersenyum-senyum...

Hasif sangat sukakan buku...pantang umi buka buku cerita untuk dibacakan kepada abang Harith, bergegas dia datang pada umi, bersandar dan terus duduk di riba umi...seperti abang Harith, adik Hasif akan mendengar dengan asyik sekali...kadang-kadang kalau umi terlalu beria bercerita sambil diikuti dengan aksi atau suara-suara lucu...pasti Hasif tergelak-gelak ketawa...huhuhu..kalu diberikan buku, memang leka lah jawabnya...membelek-belek sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke gambar yang ada...keluar bunyi-bunyian dari mulutnya...Hasif, hasif...sungguh kelakar kamu.... 
Mungkin bagi kanak-kanak lain, pada usia sebegini, banyak benda yang sudah boleh dibuat sendiri...tapi bagi Hasif, perkara-perkara kecil cukup membuatkan hati umi dan abi berbunga riang. Melihat senyuman dan gelak ketawa Hasif cukup membuatkan kami gembira...menatap wajahnya memberi ketenangan yang tak terhingga buat kami..

Membesarkan Hasif setakat ini cukup senang...tidaklah sesukar yang kami gambarkan sebelumnya. Semoga anak umi ini membesar dengan sihat dan bijak...amin

Hasif's Milestones

Genap usia 3bulan...Hasif meniarap sendiri buat kali pertama...terkejut umi waktu tu..Kalau Harith dulu 3bulan seminggu baru meniarap...maknanya anak istimewa umi ni lagi dari abang Harith...ekeke..tapi xtaula kalu waktu Harith dulu time tu musim sejuk..jadi memang selalu dipakaikan baju tebal...menurut seorang kawan nihon, kalau selalu paai baju tebal, susah sikit baby dah meniarap...Tapi Alhamdulillah perkembangan Hasif amat memberangsangkan...menurut doktor, perkembangan bayi down sindrom bergantung kepada kemampuan individu...ada yang agak cepat, ada yang lambat sedikit...Kata doktor perkembangan Hasif amat positif, ada eyes contacts antara Hasif dan doktor...ada tindakbalas diberi..beerti otaknya berjalan baik..alhamdulillah...

Masa Hasif berusia 6 bulan, umi tnggu juga kalau-kalau Hasif nak merangkak mcam abang Harith dlu-dlu...tapi takde lagi tanda-tandanya...hehe..takpelah sayang...take your time...umi akan sentiasa sabar menanti...Dalam 8 bulan, Hasif mula menarik tubuh ke depan...dalam kata lain menggesot...makin lama makin laju...tapi Hasif tak menggunakan lutut...hanya menggunkan kaki untuk maju ke depan...Gigi Hasif pun dah mula tumbuh...2 di atas..2 di bawah...hehe

Masuk usia 10 bulan, umi cuba dudukkan Hasif memandangkan otot pinggang Hasif dah mula keras sedikit...tapi umi lakukan tak lama...dalam 10-15 minit dua kali sehari...dan Hasif kelihatan selesa begitu...kalau dah boring di kerusi..mulalah bising mulut Hasif meminta diangkatnya..hehe




Diusia setahun Hasif mula berdiri..tapi kena berpautlah...pantang jumpa meja mulalah dia nak bangun...tapi waktu tu belum merangkak lagi tapi menggesot memang lajulah...sangat suka bila kami buat-buat kejar...makin laju lah dia menggesot...huhu

Ujian Kromosom

Selepas sebulan kelahiran Hasif, umi bawa Hasif ke hospital untuk menjalani ujian kromosom...sewaktu masih di hospital selepas bersalinkan Hasif, umi ada bertanyakan doktor dan nurse, takde ke kemungkinan Hasif  bukan down sindrom..kata mereka melihat kepada ciri-ciri Hasif iaitu raut wajah terutama mata yang naik ke ke atas sedikit...seakan bentuk badam, meyakinkan bahawa Hasif down sindrom...tapi apapun Hasif harus menjalani ujian kromosom...

Beberapa kali jarum dicucuk ke tangan Hasif...nurse tak berjaya mencari salur darah...jarum keluar masuk...Hasif menangis..pastinya sakit...umi hanya mampu memeluk Hasif...menggosok-gosok meminta Hasif bersabar...sabar adik Hasif...sikit je lagi..adik kan kuat...xleh nangis...umi kan ada sni...nurse masih belum berjaya dan trpaksa meminta doktor sendiri yang mengambil darah Hasif...kesian sungguh umi melihat Hasif..tapi apa mampu buat...akhirnya darah yang disedut keluar dari salur darah dimasukkan ke dalam botol untuk dihantar ke HUSM untuk ujian kromosom.

Sehari sebelum kami berangkat ke nihon, umi dan Hasif ke hospital lagi..temujanji untuk mengetahui keputusan ujian kromosom. Tapi ujar doktor...pihak HUSM tak boleh nak menjalankan ujian tersebut memadangkan darah yang dihantar tak mencukupi amount yang dikehendaki. Hampanya umi...sekali lagi diminta darah Hasif diambil lagi untuk tujuan yang sama...sekali lagi umi terpaksa keraskan hati melihat tangan Hasif dicucuk lagi untuk pengambilan darah...Selesainya, kami pulang dengan perasaan yang sungguh kecewa...kecewa kerana darah yang sebelum ini dibazirkan begitu saja....walhal bukan senang untuk darah itu diambil...kesian Hasif, terpaksa menahan sakit untuk perkara yang sia-sia..sungguh umi kecewa...

Esoknya kami berangkat ke sana...setelah selesai urusan pendaftarn kami anak beranak di pejabat imegresen dan beberapa hal yang lain..abi membawa kami ke hospital untuk mendaftarkan Hasif...di sna doktor menyarankan ujian kormoson dijalankan memandangkan keputusan sebenar msih belum diketahui. Sample darah diambil dan kami diminta datang semula selepas 2 minggu untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut.

Dua minggu kemudian, kami hospital lagi...seperti diduga doktor memaklumkan kepada abi yang Hasif memang disahkan down sindom...iaitu jenis trisomy 21..Walaupun pada mulanya umi berjanji akan menerima segala kputusan dengan redha..tapi airmata ini menitis juga. Kelihatan abi tenang dengan perkhabaran yang disampaikan doktor.

Kata doktor dalam bahasa nihon, biasanya janin macam ni akan gugur sebelum dilahirkan...tapi dia survive dan nekad untuk dilahirkan ke dunia sebab dia tahu dia mempunyai ayah, ibu dan seorang abang yang sangat kuat.. sangat tersentuh mendengar kata-kata doktor..kata-kata yang sehingga kini tersemat di hati ini...

Mmg benar...Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan kita...anak-anak adalah titipan Allah buat kita didunia...Allah beri kita anak yang istimewa sebab Allah yakin kita juga istimewa...Bersyukurlah atas anugerah ini kerna kita diamanahkan Allah untuk menjaga anak istimewa ini...anak yang insyaAllah bakal menjadi penghuni syurga...yang insyaAllah akan mendoakan kedua orang tuanya..amin.

Thursday, October 14, 2010

Hasif..oh Hasif....

Sedikit sebanyak gambar adik Hasif yang ada dalam simpanan umi...selebihnya ada pada abi....jom layan....








Diiringi Tok Wan & Nek Wan ke Nihon

Seperti yang rancangkan, umi, harith & adik hasif akan ke Nihon ditemani nek wan & tok wan...waktu tu usia Hasif baru 2bulan lebih...umur Harith 1thn 4 bulan lebih...mujurlah ada nek wan ngn tok wan...kalau tak tak tahula macamna umi nk handle naik flight bersama 2orang anak yang masih kecil...sebenarnya mmg syarat abi supaya nek wan & tok wan menghantar umi selepas bersalin sebelum bersetuju membenarkan umi tinggal di mlaysia sampai waktu bersalin. Jadi ada lah alasan tok wan tuk ke nihon..melihat tempat anakanda a.k.a abi menghabiskan degree selama 4tahun dan master selama 2 tahun...waktu tu ada kurang lebih setahun lagi sebelum abi menamatkan pengajian. Bukan apa, tok wan mmg sayang sangat nak tinggalkan umh di jerteh...tapi selepas dipujuk-pujuk,tok wan bersetuju untuk meluangkan masa selama 10hari di negara matahari terbit itu. Wah pastinya bangga abi dapat membawa kedua orang tua mengenali negara dimana abi menimpa ilmu...bak kata abi...negara tempa abi membesar...mengenali dunia..chewah...

Photo-photo sepanjang tok wan dan nek wan bersama-sama dengan kami di sana akan diupload nnti memandangkan tiada dalam simpanan notebook umi...so kenakan dapatkan daripada abi...harap2 jangan lah hilang photo-photo itu....

Kelahirannya Yang Teristimewa

Waktu mengandungkan putera kedua kami, umi tak mengalami apa-apa masalah sangat...badanpun terasa ringan...cuma umi perasan baby tak banyak bergerak berbanding Harith dulu...jarang sangat dapat rasa kaki baby menendang...mungkin juga sebab baby tak besar sangat...so maybe ruang dalam perut umi banyak lagi...sebab tu tak rasa baby menendang..huhuhu..pandainya umi membuat konklusi sendiri...
Umi mengikut jadual pemeriksaan di klinik seperti yang telah ditetapkan...dalam usia baby 7bulan, doktor pakar buat scan & mengikut pengiraan, doktor tu kata air ketuban umi agak banyak...so umi kena datang lagi 2minggu nak tgok macmna..umi tnya doktor...apa effect kalau air ketuban banyak doktor?..doktor kata, air ketuban u takdelah terlampau banyak tp kita nk kena check juga..sebab takut baby cacat ke sakit ke...bagai nak luruh jantung umi mendengar kata2 doktor..tp umi cuba untuk menenangkan hati..2minggu kemudiaan umi datang lagi. Doktor yang sama membuat scan & memaklumkan kepada umi yang air ketuban dan tak banyak...normal...umi lega..Waktu discan, doktor cakap, hidung baby tak mancung..besar sikit ...ni mesti ikut ayah...huhuhu...kesian, abi plak yang kena...

Seminggu sebelum tarikh jangkaan iaitu pada 15.1.2009 lebih kurang jam 1-2 pagi umi dah rasa berdenyut-denyut kat perut ni...tapi umi paksa tuk tidur lagi...tapi kalu dah sakit mna mungkin boleh dilelapkan mata...Umi just memerhati jam di dinding..menggira tempoh terasa sakit...dari sejam jadi setengah jam...kemudiaan lima belas minit sekali...tapi sakit itu tak terlalu...umi masih boleh bertahan..waktu tu pun dah masuk subuh...baik solat dlu...kemudian umi ke toilet....kelihatan setompok darah keluar..lepas tu baru umi bgtau mama, rasa macam dah tak lama ni ma...dah keluar darah...umi kmudiaan bgtau abi yang waktu tu berada di jpan...umi kemas barang persiapan baby...mama umi tnya sakit ke?..umi cakap, tak sakit sangat, sakit sikit je..biarlah dlu...kejap2 lagi la gi hospital..tunggu punya tunggu pukul 9 pagi baru kami bertolak ke hospital. Setelah dicheck, doktor bgtau dah bukaan 7...doktor tanya dah tak lama ni, awak tak sakit ke?..nampak ok je...umi cakap...rasa sakit tp tak sakit sgt...akhirnya doktor meminta kebenaran tuk memecahkan air ketuban...lepas tu pn umi masih boleh berjalan cari mama ke gerai berdekatan hospital kemudian berjalan ke kereta untuk ambil beg persalinan....pastu nurse tu siap panggil nama umi guna mic....smpai dalam tu nurse cakap, awak dh dekat nk bersalin..takleh gi jalan2...air ketuban pun dh pecah...awak tak sakit ke?..kang jatuh ke apa...nasib baik nurse tu tak marah..hehehe

Kemudian terus umi kena masuk bilik bersalin...di hospital di  Kota Bharu, xde bilik bersalinpun sebenarnya..just kiub2 kecil yang hanya ditutupi kain langsir dibahagian depan...memang sungguh menyedihkan....waktu tu umi dh cakap kat nurse, saya dah rsa sakitla kak, akak tolong temankan saya boleh tak, suami saya jauh...xde kat sni...doktor masih tak ada lagi..mungkin terlalu ramai yang nak bersalin waktu tu....seketika kemudian doktor datang...membelek2 buku...umi bagitau saya dah sakit ni doktor...baby nk keluar dh...doktor kata belum lagi tu...umi bgtau lg, saya mmg dh sakit doktor...baby dh nk kuar ni...doktor hanya memandang dari jauh...agak kecewa dengan sikap doktor pada waktu itu...
tiba-tiba doktor panik sebab mmg kepala baby dah kuar...tanpa sempat buat apa-apa, akhirnya baby selamat dilahirkan....baby terus ditunjukkan pada umi....dalam keletihan umi sempat memandang buat beberapa saat...dan umi hanya menyebut alhamdulillah....baby diangkat kembali, mungkin untuk dibersihkan..

Umi harus  dijahit...mungkin kerna tiada yang mengingatkan untuk tidak berpusing walau kesakitan...tidak seperti sewaktu melahirkan Harith, abi setia berpesan kepada umi itu dan ini...Waktu nurse sedang jahit, nurse bertanya, suami mata sepet ke dik?...umi jawab sepet juga...kenapa kak?..nurse tanya lagi, adik dh tgok baby tadi kn? umi tanya lagi, kenapa dengan anak saya kak?..nurse balas, kami suspect baby down sindrom...tgok pada mata & perut agak terik sikit..tp xpasti..kena cakap ngn doktor dulu...
Waktu tu umi hanya terdiam, tiada sepatah kata kluar dari mulut umi...tanpa disedari air mata ini mengalir....
Nurse tu cakap, banyakkan bersabar dik, tak baik org lepas bersalin menangis...apapun tetap anak kita..Umi hanya diam...tak pasti dengan perasaan ini...

Segera umi capai h.set..mendail nombor abi...abi call kembali..kedengaran suara abi sungguh ceria...umi bgtau abi..abi, baby ada problem sikit...abi tnya lg...masalah apa?..kuning ke?..umi balas, baby suspected down sindrome...hanya sepatah kata keluar dari abi pada waktu tu...masyaAllah....kami sama-sama menangis....

Seakan mengenali  doktor yang membuat rondaan pada waktu itu....terus umi memaggil nama beliau...       Dr Hanan...junior umi sewaktu di sekolah menengah dlu...umi kemudian dibwa ke wad...ibu dan ayah mertua sudah menunggu di luar...sudah lama tiba...terus bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan telefon dari abi memaklumkan umi sudah hendak bersalin...kakak umi, k.sa juga sudah lama menanti...terus ke wad sebaik diberitahu umi sudah keluar dari bilik bersalin....kami berpelukan...sama-sama menangis...
Kemudian kawan baik abi, Dr Yusran datang ke wad umi...mungkin diberitahu oleh Dr Hanan...dengan bantuan Dr Yusran, tuk wan (ayah abi) dibenarkan mengiringi umi ke tempat baby untuk melaungkan azan ditelinga baby...mungkin tanpa bantuan Dr Yusran, tuk wan tak dibenarkan masuk memandangkan hanya ibu dan ayah dibenarkan melawat  bayi yang ditempatkan di situ. Setelah itu, kami kembali ke wad umi dimana nek wan (ibu abi) setia menunggu. Sekembalinya kami di situ, Dr Yusran sempat memberi sedikit penerangan tentang down sindrom...info yang sedikit sebanyak membuka minda kami yang sebelum ini agak kabur tentang erti sebenar down sindrom...

Tidak lama kemudian, mama umi datang bersama abang Harith....Harith hanya memandang ibu dari kejauhan...tidak terus datang pada umi seperti selalu apabila melihat umi....kenapakah harith?..umi memanggil harih...harith, mari sni sayang....dengan lamgkah perlahan dia rapati umi...terus umi memeluk harith..terasa rindu sekali akan anak itu....tapi tingkah harith aneh sekali...cemburukah dia?...bisik hati kecil umi...tahu kah dia akan kehadiran orang baru dalam keluarga kami sedangkan dia belum melihat adiknya?...harith kemudian terpaksa pulang meninggalkan umi...arghh,rindu umi padamu harith..tp umi juga rindu akan adikmu sayang,mana mungkin umi meninggalkan adikmu sendirian...adik yag baru mengenal dunia..yang tak kenal siapa...cuma punya umi di sni...Petang itu, Dr Hanan datang ke wad, meminta nurse membawa umi dengan wheelchair untuk melihat baby...akhirnya umi dapat melihat adik lagi seterusnya menyusukan adik buat kali kedua...adik telahpun disusukan beberapa minit selepas dilahirkan...alhamdulillah adik takde masalah menyusu...sama seperti abang Harith dulu...xde bezanya...syukur padanya Ya Rabbi....
Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Hanan dan Dr Yusran yang banyak menolong umi sepanjang umi di hospital...alhamdulillah...

Malam itu k.sa menemani umi di wad...esok paginya k.sa hilang sebentar kemudian muncul dengan nasi buat umi dan hadiah untuk dikecil berupa selimut...terima kasih atas segalaya k.sa...
Petang itu umi dbenarkan balik tapi adik masih harus tinggal di wad. Umi pulang ke rumah tapi terasa rindu sekali pada adik...rasa mau umi ke hospital segera..petangnya umi meminta mama dan k.sa menghantar umi semula....terasa berdosa kerna meninggalkan adik sendirian di wad. Umi kemudian ke wad untuk ibu-ibu menunggu...tapi banyak meluangkan masa bersama adik....adik mulanya bernafas meggunakan bantuan oksigen...umi meminta nurse membuka alat bantuan itu,alhamdullillah adik boleh bernafas sendiri...adik masih belum boleh keluar memandangkan adik mengalami jaundis dan pemeriksaan lanjut ke atas adik harus dijalankan oleh doktor.

Lebih kurang 3 hari umi di hospital, adik dibenarkan keluar..alangkah bahagiaya rasa...sebelum itu, doktor memaklumkan adik perlu membuat ujian kromosom....doktor juga memberitahu jantung adik ada satu lubang kecil tapi insyaAllah tertutup sendiri apabila besar sedikit. Petang itu, kami dijemput oleh mama dan k.sa untuk pulang ke rumah..

Setelah berbincang dengan abi, kami sepakat untuk menamakan adik dengan nama Muhamad Hasif yang bermaksud yang bijaksana...mudah-mudahan ia menjadi doa buat adik...


Wednesday, October 13, 2010

Saat Abi ke Nihon Lagi...

Sewaktu Harith berusia lebih kurang 5bulan, umi rasa macam tak sedap badan..keadaan berterusan beberpa hari dan umi kemudiannya ke famasi berdekatan rumah kami pada waktu tu untuk membeli pregnancy test...dan resultnya..positif...Perasaan pada waktu itu berbaur...mungkin kerna Harith masih kecil membuatkan umi berasa sedikit kesian memikirkan Harith bakal mendapat adik. Walaupun terlalu cepat, kami percaya semua itu rezeki dariNYA...
Hanya sekali kami ke klinik unuk membuat pengesahan kehamilan memandangkan kami akan pulang bercuti ke Malaysia dalam masa terdekat iaitu bulan Ogos 2008. Setibanya di Malaysia, kami di umah abi di Jerteh, kami ke klinik untuk membuat pemeriksaan ..masa tu tu baby dalam lingkungan 4 bulan lebih dan waktu tu doktor turut memaklumkan kepada kami yag anak kami yang kedua ini juga lelaki. Berita ini disambut baik oleh kami sekeluarga.

Perancangan kami pulang pada awalnya ialah hanya untuk menyambut lebaran di Malaysia...abi, umi dan harith akan kembali semula ke nihon....umi dan harith akan pulang semula ke Malaysia sebulan sebelum EDD iaitu 24 Jan 2009. Namum rancangan kami agak tidak dipersetujui keluarga abi yang memujuk supaya umi dan harith tinggal di Malaysia sampai umi bersalin..Abi jelas keberatan untuk membuat keputusan...kata abi mana sanggup nak pisah ngan harith...abi nak tengok harith membesar depan mata..bukan kejap, 5 bulan....meruntun hati umi mendengar kata-kata abi...umi cuba untuk memahami perasaan abi tapi umi juga serba salah...ikhlas umi juga tak mau berjauhan...biarah sesusah mana pun, umi ingin kita sentiasa dekat...tetapi keadaan memaksa kami membuat keputusan....keputusan yang dibuat kerna gerak hati dariNYA. Sehingga hari abi bakal berangkat kembali ke nihon..umi masih menagis memikirkan ketiadaan abi nnti....

Waktu dalam kereta dari Jerteh ke Airport Pengkalan Chepa, umi genggam tngan abi....hati ini meronta untuk turut pulang ke sana...tapi adakah mungkin?..hanya baru abi yang terisi dalam beg...segala persiapan untuk baby belum dibeli....akhirnya umi akur walaupun terpaksa...
Di airport airmata umi mula bercucuran...tak terbedung lagi...ahh malu...tp perasaan sedih ini mengatasi segalanya...itulah saat terakhir umi melihat abi sebelum umi bertarung hidup dan mati seorang diri melahirkan putera kedua kami.....Saat bersalaman dengan keluarga umi..kedengaran abi berbisik, tolong jaga ina.... membuat airmata umi bercucuran lagi dan lagi.....




Kami Bertiga....

Sedikit gambar sewaktu kami masih bertiga...belum berempat...hehe...



Cukur Jambul Harith

Bila diingat kembali , rasa kelakarlah plak....terharu pn ada...alhamdullilah abi berjaya menyempurnakan acara untuk mencukur kepala bayi kami, Muhammad Harith. Pada waktu tu abi sibuk sikit, jadual kelas mmg padat..mulanya kami rancang nak cukur rambut Harith pada hari Jumaat tp memandangkan abi agak busy, acara tertunda ke hari isnin berikutnya...abi yang cukurkan kepala Harith sorang-sorang...kitaorg tak sempat nak adakan majlis memandangkan umi masih lagi dalam pantang....Nasib baik ada lagi simpanan gambar waktu cukur rambut Harith..bolehlah dijadikan kenangan buat Harith nnti...


Putera Sulung Kami

Alhamdullilah tanggal 17.11.2007, putera sulung kami Muhammad Harith Aiman selamat dilahirkan di Hospital Red Cross, Matsuyama, Ehime, Japan...

Gambar sekitar tarikh kelahiran putera sulung kami...







Begitu cepat masa berlalu, bulan depan bersamaan 17.11.2010, genap 3tahun usia putera sulung kami.....
cerita tentang detik kelahiran Harith akan umi post kemudian nnti...insyaAllah

Fly To Nihon

Memandangkan umi berkahwin dengan abi waktu dalam tempoh chambering lagi...waktu tu umi bru je start chambering di Kota Bharu dalam 2-3 bulan (tempoh chambering ialah 9bulan)...jadi umi & abi sepakat untuk menangguhkan dulu hasrat untuk mempunyai cahaya mata...lagi pun waktu tu abi masih dalam tahun 3 pengajian di Unuversiti Ehime, Japan...banyak faktor harus diambil kira....kalu umi bersalin sebelum habis chambering..means that i have to start from the beginning the whole 9months....oh no! As has been required the period of 9months have to be continously.


Tapi waktu tu rasa macam best plak kalu ada baby, ekeke...so kami serahkan segalanya kepada DIA, kalu dah ditetapkan rezeki kami, kami terima...Alhamdulillah, masuk usia 5bulan usia perkahwinan kami, umi disahkan mengandung...waktu tu ada dalam 3 bulan lagi untuk umi tamatkan tempoh chambering. So, terpaksalah baby dalam perut umi waktu tu ikut umi setiap hari ke ofis. Dah lah waktu tu umi xde lesen kereta lagi so belum boleh drive...jadi hari-hari kena naik bas pergi balik ke ofis...berjalan kaki kira 5min dari stesen bas ke ofis...kadang2 kena pergi mahkamah...kira-kira 10minit..Kadang-kadang kesian plak kat baby sebab umi amatlah aktif walau tu....umi selalu juga gosok-gosok perut cakap kat baby, abi duk jauh..baby kena sabar..kena kuat...supaya besar nnti jadi orang yang kuat....


Tanggal 10.5.2010, tamatlah tempoh cahmbering umi selama 9bulan....was called to the bar dengan 3 lagi teman chamberng yang lain. Walaupun abi xde bersama-sama umi beraikan hari bahagia umi, tapi umi tetap bersyukur sebab anak umi dah ada dalam perut umi waktu tu...


Tanggal 18.5.2007, umi naik flight ke Osaka...ramai yang menghantar di Airport Pengkalan Chepa waktu tu terutama keluarga & keluarga mertua.Sangatlah sedih waktu tu, air mata ini tak henti menagis dari start nak naik flight sampailah tiba di KLIA...ramai yang tnya waktu tu,  betul ke ok nk g sorang-sorang ni?..sebenarnya umi bukan gi sorang diri..kan ada baby yang teman umi..hehehe...tapi mmg sedih sgt masa tu, nk pisah ngn family terutama mama & siblings...ckp kt mama & mie (MIL)..tolong doakan ina...waa..makin laju leraian air mata...dlm fikiran waktu tu duk pikir dapat ke nnti jmpa lg ngn family...mcamana nk bersalin tnpa keluarga...humm..dalam flight duk terbayang wajah-wajah mereka yang umi sayang...satu persatu...saat itu baru umi mengerti keluarga amat berharga dan tiada gantinya....




Sampai di KLIA barulah mata ini berhenti menangis...buka2 beg ambil h.set...tetera banyaknya nombor abi yang tak dijawab...macamana nk jawab...beg umi letak di bahagian hand luggage..dahlah umi lupa nak off kn h.set....syukur xde apa2 berlaku masa penerbangan..sampai KLIA mama call bgtau abi ada call mama...rupa-rupanya abi risau umi tertinggal flight..hehe...that's abi....seorang yang selalu risaukan umi...huhu


Alhamdullilah lebih kurang jam 4pagi...pukul 5 pagi di Japan....umi selamat smpai di Osaka Airport....abi bgtau akan jemput umi di airport nnti...msa nak ambil bagasi sebelum keluar ke imigresen, tungu punya tunggu beg umi tak smpai-sampai....bgtau kpegawa yang bertugas waktu di bahagian bagasi..dahla orang nihon tak tau english...mmg haru la...dahla abi xde...terpaksala umi handle sndiri...terang slow2 akhirnya diaorg paham...call sana sini, akhirnyaberjaya dikesan..rupanya beg umi tak naik flight sekali ngn umi semalam...so kenala tunggu flight malam tu plak...mungkin termiss masa kt KB..sb dh bgtau nk check in ke Osaka terus tapi silap paham agaknya...beg itu hanya ke KLIA...tak dimasukkan ke flight to Osaka...


Tapi syukur at least berjaya dikesan lokasi beg berada..kalu hilang...lagilah naya..dahla banyak peralatan untuk bersalin nnti...bukan senang nk dapat kat nihon...huhu


Setelah meninggalkan alamat dan no telefon abi, umi keluar dari tempat imegresen....kelihatan abi yang setia menanti di muka pintu...terdapat sedikit kegusaran di wajah abi...mungkin terlalu lama menanti umi yang tiba
lewat dari waktu yang dijangkakan...Kami dapatkan bas untuk pulang ke rumah abi...yang kemudian menjadi rumah umi jga ;) Setiba di Matsuyama,  kami dijemput oleh kawan abi, Padli dan nisa...sebelum sampai di rumah, kami berhenti membeli makanan sebentar...umi ingat lagi makanan nihon pertama yang umi makan...nasi jpn dan sotong goreng...oishiideshita :)

My Wedding...

Alhamdulillah tanggal 9.9.2006, umi dan abi selamat diijab kabulkan..alhamdulillah tahun ini genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami....begitu cepat masa berlalu seakan terasa baru semalam detik itu bermula....bukan sedkit kenangan kita lalui bersama....semoga hari-hari mendatang terus menjadi hari-hari yang ceria buat kita sekeluarga....




Khas untuk suami tersayang....

Sesunggunya dirimu amat berharga
peneman saat suka dan duka
tiada yang dapat pisahkan kita melainkan ketentuan DIA
maafkan diri ini jika pernah terkasar bahasa
maaf juga jika sering mengeluh rasa
sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa
semestinya tidak pernah sempurna
hanya mmpu terus berdoa
agar menjadi isteri terbaik
di dunia mahupun di Sana
ibu mithali buat anak2 kita....amin

Tuesday, October 12, 2010

Dimulakan Dengan Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Setelah sekian lama memendamkan hasrat untuk menyediakan blog, akhirnya hari ini..terlaksana juga impian yang selama ini disimpan...

Memandangkan ada sedikit kelebihan masa, elok rasanya masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya daripada dibazirkan begitu saja....

Tujuan utama blog ini ditulis ialah untuk merakamkam sedikit sebanyak aktiviti anak-anak..dan untuk umi meluahkan perasaan..ekekeke

Kurang sejam daripada sekarang, umi harus ke Pejabat Tanah untuk menghadiri satu sesi siasatan iaitu satu procedure yang perlu diadakan antara Pegawai Daerah, Pihak Bank, Peguam dan Tuan Punya tanah sebelum tanah tersebut diputuskan untuk dilelong. Jadi rasanya setakat ini sahaja coretan umi untuk permulaan ini....