Thursday, February 24, 2011

Rezeki Untuk ke Speech Therapy

Sebenarnya mmg dh lama saya teringin nak antar hasif buat speech therapy. Kalau untuk stimulate motor kasar tu,adalah sikit2 info melalui pembacaan kami..juga info semasa melalui sesi fisioterapi...so bolehla kami praktik sendiri...tp untuk speech therapy,sungguh saya xde ilmu...justeru saya rasa perlu untuk menghantar hasif menghadiri speech therapy.

Sewaktu sesi fisio yg lepas therapist tu ada bagitahu perkembangan hasif positif, cuma agak lambat dr segi pertuturan. Saya ada juga bertanyakan tentang speech therapy tp menurutnya mereka akan menentukan pada temujanji yg akan dtg sma ada untuk refer kn hasif ke bahagian speech..

Nak dijadikan cerita, semalam abi bagitau kawan dia nak datang ke rumah ingin bertanyakan tentang perjanjian jual beli rumah. Sebetulnya saya agak penat, sebolehnya prefer tetamu datang pada hujung minggu,bolehlah saya sediakan sedikit juadah atau lunch/dinner di rumah. Tapi memandangkan abi dh janji, tak elok plak rasanya nak batalkan. Lagipun kehadiran tetamu kan membawa masuk 'rezeki'...tak baik plak kalau menolak rezeki...

Harith ngan hasif suka lah tetamu datang...kerna biasanya kami cuma berempat sahaja. Hasif mula-mula malu,kemudian sesudah bersalam, makin mendekati auntie (wife teman abi)...pegang-pegang tangan,duk main-main ngn auntie tu. Diaorang cakap perkembangan hasif nampak ok (alhamdulillah), faham apa yg orang cakap...suka bercakap (banyak sungguh cerita menggunakan bahasa jerman,hehe),sebut 'nak' bila minta sesuatu.

Cuma saya bagitau perkembangan speech dia mungkin lambat sikit. So, diaorang bagitau yg uia,kuantan di jalan hospital ada menyediakan klinik pertuturan & pendengaran. Saya bagai pucuk dicita, ulam mendatang...suka sangat tahu pasal ni sebab sebelum ni saya memang xtau yg uia ada menyediakan klinik pertututan.

Tadi, saya surf internet, cari info pasal klinik pertuturan di uia...mula-mula dapat no audiologi,kemudian diaorg bg no telefon klinik pertuturan. Saya terus call, tanya tentang cara-cara untuk mengikuti speech therapy di sana. Receptionist menelefon kembali setelah mendapat jawapan daripada therapist. Dan alhamdulillah dia memaklumkan temujanji boleh terus dibuat dan insyaAllah hasif akan menghadiri speech therepy di uia pada 24.3.2011.

Tiada yuran dikenakan. Hanya registration fee sebanyak RM 5 akan dikenakan nanti memandangkan hasif belum ada kad lagi..hehe. Syukur sangat-sangat dapat hantar hasif nnti. Memang betul lah, kehadiran tetamu pasti membawa rezeki kepada kita. Atas kehadiran tetamu semalam, saya dapat 'rezeki' yang tak disangka-sangka ini. Mudah-mudah Allah sentiasa permudahkan segala urusan untuk menjaga amanah Allah ini.

*pernah berbicara ngn seorang speech therapist,nk kna stimulate bhgian mulut &pipi selalu, pastu cuba sebut perkataan slow2..word by word..mcam su-su, ba-ba, pa-pa, ma-ma..bila kami dh ke speech therapy, kami akan berkongsi ilmu nnti ;)

Wednesday, February 23, 2011

Anak teruna yang rajin

Weekend baru-baru ni ada beli penyapu baru....tak sempat umi simpan,keluar dari dapur tgok hasif duk 'menyapu'..hehe...besar nnti rajin-rajin tolong umi ya sayang.... 


video

Sunday, February 13, 2011

Aktiviti Weekend Kami

Malam kelmarin, saya berjanji dengan harith kalau dia tidur awal,esok boleh mandi kolam. So, kelmarin...selesai sarapan pagi, harith menuntut janji....ini antara gambar yg sempat di snap. Memang suka sangat dua beradik ni bermain air.

main kolam depan rumah...

suka sangat main air

wajah ceria dua beradik dpt mandi kolam

Friday, February 11, 2011

Kisah Daripada Al-Quran

Dua hari yg lepas, time lunch hour saya sempat ke book store berdekatan..memang niat nak cari buku untuk anak-anak kalau ada yang sesuai...belek punya belek terjumpa buku ni yang pada saya agak menarik.


Memang dh lama saya dan abi cari buku cerita teladan daripada al-quran untuk dibacakan untuk anak-anak. Sebelum ni kami ada terjumpa buku tentang haiwan-haiwan di Makah dan Madinah...dalam buku yang berasingan. Cuma bagi kami buku tersebut terlalu panjang, mungkin belum sesuai dibacakan untuk anak kami.

Buku yang saya beli di atas harganya RM45 sebab hard cover, kalu kulit nipis RM35 (dah macam promoter plak..huhu)..saya memilih yang hard cover sb nampak lg menarik di samping berniat menyimpan untuk jangkamasa lama untuk anak-anak yg akan datang.InsyaAllah.

Antara kandungan cerita di dalamnya ialah kisah pembunuhan pertama di kalangan manusia iaitu anak Nabi Adam, Qabil dan Habil yang terlalu ikutkan bisikan iblis..Disamping membaca untuk anak-anak, juga sebagai peringatan kepada saya yang sudah agak lupa tentang sejarah islam.

Cerita-cerita dalam buku ini disertakan dengan gambar bewarna yang menarik. Dah macam promoter kedai buku umi ni. Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas tapi memandangkan hasif pun suka dengar umi bercerita, kira sekali la tu. Hehe. Harap-harap harithasif suka lah dengar umi bercerita nanti...

Antara kandungan buku ini..



Setelah beberapa hari membacakan cerita-cerita dalam buku ini  kepada harith hasif, tumpuan hanya diberikan pada page yang bergambar sahaja. Kreativiti diperlukan untuk mengolah cerita dalam bahasa yang mudah difahami dan menarik. Harith setiap kali dibacakan cerita bertanya gambar mana yang saya rujuk..aduiii..sedangkan tak smua page dalam buku ini bergambar...dan satu cerita paling pendek mempunyai lbih kurang 10muka surat yang mungkin agak panjang untuk anak seusia 3tahun. So, saya berpendapat mungkin kurang sesuai buku ini digunakan untuk harith hasif. Nampaknya saya khatam dulu la nanti sebelum saya bacakan untuk mereka. Takpelah, umi diaorg ni pun dh lupa cerita-cerita islam ni. Mungkin nanti saya harus cuba meringkaskan cerita agar tidak membosankan mereka.

*semoga noli dan ayu berpuas ati dgn comment saya tentang buku ni...mungkin untuk aireen dah sesuai untuk menggunakan buku ni...cuma untuk haikal yg sebaya harith...rsanya perlu sedikit masa lg sebab harith hanya berminat pd page bergambar, page yg xde gambar dia x give attention sgt...tp kalau nk try slow2 ok jgak ;)
Ini pula buku kegemaran harith hasif...



Harith hasif sangat sukakan buku ini. Memang khusyuk sekali mendangar saya bercerita menggunakan buku ini. Pantang ada kelapangan, pasti harith mengusung buku ni kepada saya untuk dibacakan. So, bila dibandingkan kedua buku di atas, melalu pemerhatian saya...anak-anak kecil suka kan binatang...apa sahaja cerita berkenaan haiwan pasti bisa menarik perhatian mereka. Selain tu, mereka sukakan buku-buku yang mempunyai banyak gambar dan warna yang menarik.

Wednesday, February 9, 2011

Harith belajar ABC

Tadi terjumpa video ni yang diambil lebih kurang setahun yang lalu..ingatkan dh terdelete. Waktu ni umur harith genap 2thun, baru start belajar ABC..sebutan pun pelat-pelat lg, huhu...
video

Ini buku ABC yg kami guna untuk mengajar harith...ada special value pada buku ni sebenarnya sebab ianya hadiah daripada seorang pakcik nihon. Waktu tu kami sedang belek-belek buku di jusco kat sna..time tu dah malam. Umi time tu duk survey buku sesuai tuk harith...buku ni harga dalam rm45-60...nilai yg agak mahal pada kami bagi sebuah buku ABC untuk si anak kecil. Tetiba ada seorang pakcik pekerja security kat jusco tu (umur dlm 50-60 tahun) tengah ambil troli-troli duk usha-usha harith..siap main sorok-sorok dgn harith di sebalik tiang,hehe. Lama duk main tu, pakcik tu menghampiri kami dan bertanya, adakah harith suka baca buku ke..kami jawab mmg suka..asyik duk suruh baca buku je. Then, dia minta nk tgok buku yang umi pegang time tu...pastu dia bawa ke kaunter & bayarkan untuk kami. Kami dah tolak dgn cara baik tapi pakcik tu berkeras nak bayarkan juga. Alahai, rasa bersalahlah plak,rasa segan sgt...murah rezeki harith hari tu...semoga rezeki pakcik tu akan bertambah murah...amin..

*malam kelmarin, kami dh tidur dlu...dengar abi duk gelak sorang-sorang dpan lappy,ingatkan duk buat apa..rupanya duk tengok video harith ni....sure gelak sb dengar harith pronounce pelat-pelat lg,hehe..lain kali abi commentlah skit..jgnlah jd silent reader je..hehe

Hasif yang suka pakai kopiah

Hasif mmg pantang jmpa kopiah abi,terus dia pakai...hasif makin laju berjalan sejak balik kampung ni...seronok agaknya tgok orang lain berlari..hehe..sabar hasif,berlajar jalan betul-betul dulu baru nnti boleh join main lumba lari...

video

Budak kecik yang tiru gaya mengaji

Pagi tadi selesai solat subuh, tiba-tiba si kecil hasif terbangun, pastu terus duduk bersila sbelah umi...kemudian dia tiru gaya mengaji..huhu..hasif buat lawak pagi2 hari...


video


Tuesday, February 1, 2011

Balik Kampung

Sekarang ini kami sekeluarga berada di kampung halaman saya di kota bharu,esok kami akan ke rumah abi di jerteh sebelum pulang ke kuantan hari sabtu. Memandangkan chinese new year jatuh pada hari khamis dan jumaat...sengaja saya dan hubby ambil cuti selama tiga hari bermula isnin-rabu,bolehlah kami spend masa seminggu bercuti. Kami bertolak hari sabtu,singgah dulu di jerteh sebelum datang ke kb. Tadi kami ke tesco kb, bawa harithasif jalan-jalan. Bukan main suka dua beradik ni, jom layan video hasif ni..bukan main suka lg dapat berjalan...

Sejak berada di kampung ni,nampak mcam hasif ceria sangat...pastu asyik nak jalan je..mungkin excited tgok sepupu-sepupu semua dh boleh jalan. Hasif dah start tarik tangan saya ajak ke toilet kalu dia nk mandi or salin pampers,haha....


video

video