Wednesday, May 25, 2011

Macam-macam di fikiran

Tadi, saya tiba-tiba terjaga dr tidur, pukul 230 pagi kalau tak silap...ke dapur untuk buatkan hasif susu setelah mendengar suara-suara kecil hasif..sudah arif tentang itu..hehe..yg bagusnya hasif,dia tak pernah menangis kuat tanda lapar..hanya membunyikan suara halus dan memasukkan jari ke mulut..mujurlah saya cepat sedar..selang beberapa minit selepas tu,harith pulak minta buatkan susu..sekali lagi ke dapur..harith ni kadang-kadang minum susu juga tengah2 malam walaupun dh usia 3thun setengah..tapi mujurlah sekarang ini, xde lagi kencing malam..alhamdulillah..

Selepas masing-masing smbung tidur balik, saya masih juga belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu yg bermain di fikiran saya...mengenai satu tawaran kerja yg saya terima dulu,sekali lagi saya dihubungi petang tadi berharap supaya saya menerima tawaran tersebut..Bagi saya tawaran yg baik bawu. Sejujurnya saya masih berharap untuk berada di sektor awam namum kalau mungkin rezeki saya bukan di situ, saya akur. Tambahan pula ketidakstabilan ekonomi kita sekarang dan umur saya yg makin meningkat mungkin antara faktor mengapa tidak ada lagi panggilan interview yang saya terima seperti waktu selepas selesai pengajian dulu. Apapun, saya sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki saya dan keluarga. Pada saya, rezeki Allah itu luas dan rezeki kita sudahpun tertulis sejak berada dalam rahim ibu lagi...

Pagi ini ada temujanji hasif untuk ke audiologi di hospital...temujanji pertama untuk tahun ini..namum keadaan hasif yg selsema mungkin akan menjadi faktor penyumbang kepada result ujian pendengaran nanti. Kelmarin saya membawa hasif ke klinik selepas melihat hidung merah-merah..bimbang ada infection..mujur doktor kata ianya akibat selesema dan diberikan ubat sapu. Dua hari lepas, kami memenuhi temujanji fisiologi. Jujurnya saya agak penat dan kalau diberi pilihan memang saya tak ingin menjejakkan kaki ke hospital mahupun klinik. Kelmarin dlu, saya untuk pulang menjemput hasif dari tempat kerja kemudian bergegas ke hospital untuk ke fisio. Kelmarin pagi saya selesaikan urusan kerja saya dlu, kemudian pulang menjemput hasif di rumah pengasuh, bawa ke klinik, hantar ke rumah pengasuh kembali dan ke pejabat semula. Pagi ini pula, saya akan ke hospital dulu dan pulang menghantar hasif ke rumah pengasuh dan kembali ke pejabat semula. Bukan keinginan saya untuk bergelut dengan kekalutan masa dan tenaga namum saya tiada pilihan demi melihat buah hati saya sihat dan ceria. Teringat satu firman Allah, "dalam kesusahan, pasti ada kesenangan"..Semoga Allah jadikan saya sebagai seorang ibu yang kuat dan tabah demi anak-anak saya. Selagi terdaya, amanah ini akan saya pikul sampai akhir hayat ini, insyaAllah. Semoga anak-anak sentiasa menganggap saya sebagai ibu yg terbaik buat mereka walau banyaknya kekurangan saya.

Semalam selepas adik hasif dah tidur, harith masih minum susu. Abi dan saya kembali ke luar bilik meninggalkan harith dan hasif dan meminta harith juga turut tidur. Abi menyiapkan kerja mungkin dan saya m'iron  baju abi. Saya kemudian kembali ke bilik...harith memeluk saya sambil bertanya, "kenapa umi ngn abi tinggal harith sorang-sorang?..sedih harith"..rasa terharupun ada, nk tergelak pun ada mendengar kata-kata harith. Kemudian dia bercerita pasal sekolah. Ada kawan pukul harith. Saya pesan suruh bagitau kawan tu jangan buat macam tu lagi kalu dia buat lagi arini..kalau tak dengar juga, suruh bagitau cikgu..Cakap pasal harith, tetiba rasa rindu pulak..Oklah, saya nak sambung tidur balik. Bye-bye

Friday, May 20, 2011

Cuti-Cuti Singapore

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...smoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya...

Lama saya tak update blog ni...hari Jumaat lepas (13hb Mei 2011), kami bertolak ke Singapore dengan teman-teman ofis saya bersama keluarga masing-masing..ari Jumaat,lepas abi pulang dari solat Jumaat, kami menaiki teksi untuk ke stesen bas di kuantan..di sana kami berkumpul menaiki bas yg disewa khas untuk membawa kami ke KL Sentral.. sampai di sana kira-kira jam 830 malam..kami menunggu di bilik yg disediakan di sana dan sempat makan malam sementara menunggu ketibaan train untuk ke Singapore yang dijangkakan smpai pkul 11...namun ada sedikit kelewatan di mana train smpai kira-kira jam 11.40malam..Adik hasif terus tido sebaik menaiki train akibat kepenatan...mujurlah disediakan katil, bolehlah kami berehat sebelum sampai di Singapore....Kami tiba di Singapore kira-kira jam 8 pagi...Sampai di stesen keretapi, kami bersarapan sebelum mandi dan menggantikan pakaian...kami menaiki bas mengelilingi bandar Singapore...dalam perjalanan adik hasif muntah, akibat minum susu kotak strawberi....bila bas berenti untuk memberi masa kami laluan untuk bergambar kenangan-kenangan, saya berlari-lari mencari toilet untuk mencucu baju yg dikotori...hehe. Selepas makan tengahari di restoren yg menyediakan makanan ala-ala indonesia, kami ke Bugis Street untuk membeli belah. Sesudah itu kami check in di Hotel Dickson 81 dan beristirehat sebentar sebentar sebelum berkumpul kembali jam 740 malam..

Kami kemudian ke sebuah restoren mamak untuk menikmati hidangan nasi beriani ayam/kambing...Nasi beriani kambing menjadi pilihan saya dan abi manakala nasi beriani ayam untuk harith...Selesai makan malam, kami di bawa ke Night Safari...pertama kali mengunjungi zoo pada waktu malam..agak menghiburkan juga bila mana kami menaiki trem menggelilingi zoo untuk melihat haiwan-haiwan seperti harimau, zebra, lion dan pelbagai jenis haiwan lagi...yang paling happy pastinya si harith & hasif..umi dan abi pun happylah sebab tengok anak2 happy :))...then kaum2 ibu membuat 'lawatan' ke Mustafar Mall untuk bershopping manakala kami sekeluarga terus pulang ke hotel memandangkan terasa agak kepenatan walaupun harith still minta nak jalan lagi...

Esoknya, ari ahad kami berkumpul jam 8.30 pagi untuk bersarapan. Kemudian kami ke tempat yang paling dinanti-nantikan Universal Studio Singapore...tiket telahpun diagih-agihkan dalam bas lagi..sampai di sana jam 10 dan  masing-masing membawa haluan sendiri dan kami diminta berkumpul di hadapan gate USS jam 530 petang....penggunjung pada hari itu tidak terlalu ramai seperti yang kami jangkakan walaupun hari minggu...bersyukur sangat rasa dan kami memasuki semua attraction yang menepati syarat...kerana ada bebarapa tempat yang hasif tidak melepasi had ketinggian....walau bagaimanapun, bagi saya cuaca yang panas terik mengurangkan mood kami untuk berjalan...dan kami beberapa membeli minuman dek kerna cuaca yg sangat panas. Apapun, sangat terhibur dalam USS tu, dan rasanya nak pergi lagi ke sana bila harith dan hasif dah besar sikit..insyaAllah..

Selesai ke USS, kami berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan Song of the Sea..sebelum itu kami menikmati makan malam ala chinese foods...kemudian kami meneruskan berjalan kaki ke tempat yang dituju. Agak memenatkan selepas seharian berjalan di USS...akhir sampai di tepi pantai. Persembahan yang sangat menghiburkan melebihi apa yg saya sendiri jangkakan. Kalau berpeluang lagi ke Singapore, teringin nak saksikan persembahan tu sekali lagi.insyaAllah. Kemudian, kami pulang ke menaiki bas. Sampai di Bugis Street kami turun bersama beberapa orang lagi teman yang lain untuk membeli sedikit cenderahati buah keluarga tersayang sebagai tanda ingatan. Kalau ikutkan hati, memang teramat penat rasa namum memandangkan masih belum ada apa-apa yg dibeli, kami gagahi juga ke sana. Kami berjalan kaki, cuma hasif yg duduk dalam stroller. Melihat harith jalan bersama tanpa apa-apa rungutan, terdetik hati saya betapa kuatnya anak ini...Sesudah lama berjalan, barulah harith bersuara untuk ke tandas dan meminta dibelikan minuman. Kami ke Burger King membelikan set burger untuk harith dan hasif. Sesudah makan, baru kelihatan ceria harith & hasif. Kami kemudian berjalan pulang ke hotel. Sebelum itu, kami bercadang ke Mustafar Mall tapi memandangkan kesian melihat harith dan hasif dan kami sendiri yang kepenatan, kami putuskan untuk terus pulang ke hotel. Malangnya kami tersesat mencari jalan pulang, dan rasanya kami pusing satu bandar itu, tapi masih juga belum temui hotel tempat kami menginap. Kami berjalan kaki dan bertanya orang sekeliling...mujur lah Singapore terkenal sebagai negara aman seperti juga Jepun yang memberanikan kami berjalan di tengah malam...Akhirnya sampai juga kami di hotel..

Esoknya selepas bersarapan kami bertolak ke stesen keretapi untuk bertolak pulang ke KL Sentral. Keretapi kami jam 1 tengahari dan kami tiba di KL Central kira-kira jam 8 malam. Kemudian kami menaiki bas untuk pulang ke Kuantan.
Berkunjung ke Singapore,satu pengalaman yg cukup indah...walaupun agak penat travel dengan anak-anak yang belum ckup besar ni tapi mmg seronok dapat kenal negara orang...negara yg bersih, aman damai.....kalau ada rezeki, mau rasanya pergi lagi ke Singapore...tapi sebelum tu teringin sangat nak ke Indonesia, disamping dapat lihat negara orang dan kenal dengan budaya mereka..bolehlah berjumpa dengan teman-teman di Matsuyama dulu....mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami....
















Friday, May 6, 2011

Mama, aku mula melupai wajahmu


Kisah menarik ini dari email blalang_groups, kredit kepada penulis asal. Saya ambil dari isuhangat.net.
Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?
Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.
Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.
Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.
Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.
Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.
Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.
Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.
Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.
Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.
Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.
Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.
Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.
Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.
Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.
Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.
“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.
Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.
Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.
Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?
Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Harith-Chicken pox

Petang rabu minggu lpas, kami sekeluarga pulang ke kampung saya & suami..saja ambil cuti ari khamis & jumaat..smbung terus cuti sb isnin cuti labour day..blehla lama sikit bercuti,maklumla lama dh rasa xblk kampung..

Petang rabu time g jemput harith di sekolah, cikgu bgtau harith macam nk kna chicken pox sb dh keluar merah2 sebiji dua..mungkin berjangkit dari kekawan kat sekolah...ari khamis di rumah tok wan, dah makin banyak keluar merah-merah..tapi mujurlah harith ni kuat, boleh main lari-lari ngn sepupu-sepupu lagi (k.echa& abg akim)..tapi sehari sebelum balik semuala ke kuantan (ari ahad),harith demam sikit dan nampak agak lemah...mujurlah harith tak meragam sepanjag perjalanan pulang...(teringat time saya kena chichen pox waktu darjah 1,langsung xbleh bangun...baring je)..sungguh kuat harith ni walau baru berumur 3thun 5 bulan..dulu time kna H1N1 waktu kat nihon dlu pun, harith xmeragam...kejap je baik...umi & abi yang demam teruk sakit2 badan...semoga harith terus membesar menjadi anak yg kuat..amin...

Alhamdulillah hasif sihat sepanjang harith kena chichen pox..harith dah beransur baik tapi masih belum ke sekolah...kelmarin harith tiggal dengan mama sal (pengasuh hasif) dan hari ni ikut abi ke pejabat. Tengah malam tadi,hasif sedikit panas...risau umi kalau-kalau hasif berjangkit sama..Jam 5 pagi tadi saya mandikan hasif...rutin yang saya amalkan time anak2 demam...nampak ok sikit lepas tu..pergi rumah pengasuh pun baik2 je...tapi kalu ada keluar biji-biji merah,kena ke klinik untuk mendapatkan anti virus. Kata doktor, kalau ambil anti virus, chichen pox tak teruk sangat. Skrang pun ada imunisasi untuk chichen pox. Hebatnya..

Tengahari nanti lpas solat Jumaat, abi akan menjemput hasif dan kami akan ke pejabat Imigresen..nak tukar gambar di passport harith & hasif..maklumlah gambar dua, tiga tahun yang lalu...muka pun dah berubah...gambar passport hasif time umur 2bulan, dan harith time umur 3bulan...hehe...InsyaAllah kami akan ke Singapore ari Jumaat depan, trip ofis umi buat, dan harapnya harith cpat2 sembuh dan hasif tak sakit-sakit...tadipun dah terpikir, minta jauhlah adik hasif kena chicken pox dalam masa terdekat ni...tak best kalau adik hasif tak ikut kami ke sana nanti...Semoga segala urusan kami dipermudahkanNYA...amin