Thursday, June 30, 2011

Harith Suka Baby Girl

Semasa pulang ke kampung tempoh hari, berkesempatan kami bertemu anak sedara baru saya (anak adik perempuan) yang melahirkan anak sulung, baby girl...Damia Zahirah.

Harith suka sangat kat baby Damia, siap cakap nak bawa balik kuantan. Bila saya suruh tanya pada cik tie, dia betul2 pergi tanya, cik tie mengangguk kepala tanda setuju. Suka sangat la harith. Hasif pun tak kurangnya, sama-sama dengan abang harith nak tengok baby dimandikan mama saya. Baik pulak diaorang ni tengok je adik mandi, tak usik pun...masing2 duk diam, perhatikan saja.

Harith bila dengar je baby Damia nangis, cepat2 di dekat baby,tepuk2 sambil berzikir...mula2 zikir panjang, lama-lama makin pendek, penat agaknya,huhu. Boleh pulak bagitau abi ngn umi dia nak tukar adik hasif ngn baby Damia. Sebab dia kata baby girl comel. Harith-harith. Abi cakap tukar ngn adik hasif tak boleh, tukar ngn harith bolehlah, harith duduk umah tok pa, baby ikut kami balik kuantan. Terus masam je cakap tak mau.

Bila tanya je, harith nak baby boy ke baby girl....terus dia cakap nak baby girl. Hehe...Tapi nampak beza sungguhla dia layan baby Damia tu, lembut je cakap. Kalu ngn adik hasif, selalu kasar cam nak gaduh. Maybe sebab sama-sama boy kot. Harith ni kekadang baik sangat ngn adik hasif, peluk dan pujuk adik kalau adik nangis. Tapi kekadang marah beria kalu adik hasif buat salah. Garang sungguh. Apapun, umi doakan harith dan hasif saling menyayangi. Jangan gaduh-gaduh ya anak-anak umi. Love both of you so much.

Cerita2 Court

Kelmarin, saya ada matter kat court...biasanya kes2 civil akan didengar di civil court tp memandangkan hakim bercuti, kes civil turut didengar di criminal court. Dimulakan dengan kes criminal semalam. Saya mmg xboleh tengok OKT (orang kena tuduh) sebab timbul rasa kesian.

Kebetulan kelmarin orang dlm  court ramai. Mula-mula dtg saya duduk bhagian dpan, lpas tu keluar ke pejabat court untuk cari file yg xde dalam list. Datang semula, seats depan dah penuh. So,duduk betul2 di belakang kandang OKT. Kes criminal pertama dipanggil, OKT didakwa atas tuduhan mencederakan isteri ketika hendak 'bersama'. Ketika hakim bertanyakan detail ttg kecederaan yg dilakukan, pendakwaraya memaklumkan kecederaan pd  **ma**an. Tertuduh hanya menundukkan muka, pasti merasa malu dengan pertuduhan yang dibacakan. Saya yang berada betul2 dibelakang tertuduh turut berasa malu bila kisah rumahtangga didengar oleh orang lain. Namum, pertuduhan harus dibacakan sebelum memastikan sama ada tertuduh mengaku bersalah atau tidak. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Pagi tadi, sampai di ofis, agak riuh kedengaran suara officemates, rupanya membincangkan tentang kes ini yang dipaparkan dalam akhbar M*tr* pada hari ini. Namun ada penambahan cerita di mana si suami dikatakan menggigit **ma**an isterinya. Aduilah, kenapa lah perlu menokok tambah cerita hanya untuk melariskan akhbar. Saya yang berada dekat dengan OKT tidak mendengar satu langsung perkatan 'gigit' dikeluarkan oleh pendakwaraya mahupun hakim. Tak terpikirkah mereka, akibat daripada tulisan mereka bisa mengaibkan si suami yang belum terbukti bersalah dan sesahihan cerita itu belum boleh dipastikan. Bagi saya "A person is innocent until proven guilty".

Semalam juga seorang OKT didakwa melakukan rompakan menggunakan serpihan botol kaca ke atas seorang wanita dan melarikan duit RM 83 dan OKT turut merompak 7eleven berhampiran dengan melarikan rokok dan wang tunai. OKT mengaku bersalah dan ditetapkan satu tarikh untuk dijatuhkan hukum.

Pasti selepas ini saya akan rindu untuk ke court lagi. Lepas raya nanti, saya akan berpindah tempat kerja dan akan membuat kerja2 conveyancing dan lebih tertumpu urusan di pejabat. Apapun, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan kita semua. amin.

Wednesday, June 29, 2011

Mimpi ke Tanah Suci

Malam kelmarin, saya mimpi ke Tanah Suci Mekah...mimpi kali ke-2. Sebelum ini, pernah juga mimpi tapi mimpi baru nak berangkat tapi ni saya mimpi dah berada di sana. Mimpi saya dan abi sedang berada di tanah suci. Gembira sangat rasa, bangun-bangun dah subuh. Selesai solat subuh, saya bagitau abi tentang mimpi saya, tersenyum je dia.

InsyaAllah tahun ni, mama dan abah akan ke tanah suci,mungkin berangkat selepas raya nanti. Ada juga bincang ngn abi, ingat nak pergi umrah tapi abi cadang simpan duit untuk haji terus. Tapi saya teringin nak pergi umrah dlu, tengok suasana macamana baru pergi lagi sekali untuk haji kemudian nanti. Barulah lebih bersedia. Maklumlah, pergi haji, ilmu kena ada...pendapat saya lah. Nampaknya kena berbincang ngn abi lah nanti...apapun, smoga Allah permudahkan jalan dan impian untuk ke tanah suci akan tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.

Meeting dan balik kampung

Lama x update blog ni....ari Jumaat lpas balik kampung saya di kota bharu..dua tiga hari sebelum tu abi dah bagitau ada meeting kat usm,kubang kerian..plan awal abi pergi sendiri tapi pagi Jumaat tu, abi bgtau boleh pergi dengan kereta sendri so apa lagi, ambil peluanglah balik umah saya. Lpas isyak,bertolak pulang..sementara menunggu abi tidur sat sb nak jalan jauh,saya packing beg dan uruskan anak2.

Pukul 3 pagi kami sampai di Jerteh, singgah di rumah mertua dulu. Esok pagi kira-kira kul 11,kami bertolak ke kb. Suka sangat anak-anak dapat balik kampung, umi diaorang tok sah cakaplah mmg gembira sungguh. Maklumlah dah 2 bulan rasanya tak balik. Cakap kat abi, kan best kalau abi dapat mengajar kt usm,boleh duk kb.hehe

Hari sabtu, kami spend masa di rumah mama je..petang saya dan abi keluar g shopping susu harith & hasif. Hasif tidur, harith pun pujuk duk umah je..janji nk belikan vitagen,hehe..Best gak dapat keluar dating nk abi sekali sekala, jalan berdua berpegangan tangan (lagak macam xde anak lagi)..hahaha

Hari ahad pula, abi keluar ke usm dekat pukul 2. Saya pula keluar ngn mama, bwa hasif sekali ke kb...nk beli baju baru sehelai dua sebab rasa tak banyak baju untuk ke pejabat. On the way balik, abi call mama bagitau accident...saya yang kat sebelah mama ni dah cuak dh. Abi bgtau kena langgar dari belakang.

Sampai di rumah, abi dah sampai. Kereta kena langgar dengan motor dari belakang. Takdelah teruk sangat tapi kalu nk baiki kena lah dalam RM 200-300. Budak yg langgar tu xde lesen pulak. Abi minta dia tanggung kos baiki nanti dan minta dia bwa ke workshop so abi ikutlah dari belakang. Sekali dia larikan diri. Mujur abi dh suh dia miscall nak ambil no phone dan dah rekod no plate motor dia. 

Malam tu, saya sms dia bagitau kalau tak nak settle, kami akan buat report polis. Sure dia kena RM 300 sebab dia yang salah. Kemudian dia call, abi sempat marah sebab lari macam tu sedangkan nak cuba settle cara baik. Dia bgtau nak discuss dgn ayah dia dan janji nak call balik mlm tu. Tunggu punya tunggu, dia xde call pun. Esoknya abi g wat report ngn abah. Kalau dia tak buat report juga dalam masa 48jam, kena denda RM 300 dan kena 4 charges, langgar dari belakang, xde lesen, mak ayahpun kena sb bg anak bwa motor xde lesen dan langgar lari.

Mulanya saya kesian juga, takut-takut dia orang susah ke. Tapi kenapalah xnak settle elok2...lari lagi. Kalu ada masalah,bagitaulh..bincang elok2. Sms tu, ayat budak2 zaman sekarang,xde hormat pada orang yg lagi tua langsung. Kalau abi xbuat report pula, kalaulah dia yg wat report...kita plak kena denda nanti. Lepas ni, polis cari dia la kot, tengoklah macamana nanti..


Wednesday, June 22, 2011

Nilai Seutas Gelang Emas

Tersentuh saya membaca blog zuriat berkat yang memaparkan balasan email yang diterima mengenai usaha seorang ibu tetap memelihara auratnya ketika hendak bersalin. Jujurnya saya bersetuju dengan Puan Noraslina Jusin mengenai makna 'darurat' itu sebenarnya.
Sebelum hamil lagi, saya memang berniat untuk check up dan bersalin dengan doktor perempuan. Bagi saya tiada istilah darurat memandangkan tidak melibatkan soal hidup dan mati dan masih terdapat doktor wanita. Hanya terserah kepada kita untuk menentukannya.

Saya mengikut suami ke Jepun waktu mengandungkan harith 3 bulan. Hari pertama kami ke hospital, suami request untuk dapatlkan doktor perempuan. Syukur kerna sepanjang proses check up sehingga bersalin, semuanya dilakukan oleh doktor wanita. Itu pengalaman semasa mengandungkan harith.

Semasa mengandungkan hasif pula, di Malaysia saya diperiksa oleh doktor wanita. Cuma ada 2,3 kali discan perut oleh doktor lelaki untuk memeriksa kandungan air ketuban saya yang agak banyak pada waktu itu. Saya akur kerna memang tak ada doktor pakar wanita pada ketika itu. Waktu melahirkan hasif juga disambut oleh doktor wanita. Cuma pada malamnya semasa pergi ke bilik doktor, agak terkejut kerna terpaksa diperiksa jahitan oleh doktor lelaki. Waktu tu di hospital kerajaan, yang ada hanya seorang doktor lelaki yang ditemani nurse. Apapun saya tetap berasa kesal hingga ke hari ini dan berdoa agar untuk anak-anak seterusnya, insyaAllah...semua proses dilakukan oleh doktor muslimah.

Minta untuk dikongsi ya..

Berikut emel yang dikirimkan :


Thursday, June 16, 2011

Speech Therapy

Kelmarin, ada temujanji hasif dgn speech therepist...hampir-hampir saya terlupa,mujur sehari sebelumnya ada panggilan dr uia,mengingatkan saya tentang temujanji esoknya..bagus betul..

Selepas urusan kerja pagi tadi, saya pulang menjemput hasif di rumah pengasuh mama sal. Temujanji jam 11 pagi..jam 1030 pg saya dh sampai di rumah mama sal..sampai di uia sebelum jam 11pagi. Menunggu sebentar sementara tiba giliran hasif. Jam 11.15 pg kami masih belum dipanggil. Temujanji sebelumnya pun begitu, hampir 15minit terpaksa menunggu...saya mmg sangat tidak suka menunggu kerna bagi saya mmg sudah ditetapkan sejam untuk setiap orang. Kemudian saya bertanya di kauter, sama therapist ada atau tidak. Jawab receptionist ialah orang yg sebelum saya datang lambat..lbh kurang jam 1030-1045. Masalahnya haruskah saya menunggu kerna orang lain yang tidak menepati masa. Bagi saya itu sangat tak adil sb kita harus menghormati masa orang lain. Itu kisah 2 minggu lepas. Semalam juga begitu, tapi tahap kesabaran saya tinggi sikit semalam jadi bolehlah berdiam diri walaupun rasa sedikit tak puas ati.

Sementara menunggu, saya biarkan hasif bermain di sekitar situ. Kemudian keluar seorang kanak-kanak lelaki berusia lbh kurang 5 atau 6 tahun. Melalui percakapan bapanya dengan therapist (bukan therapist hasif),saya dapat mengagak yg anak itu autistic. Mula-mula,dia berjalan-jalan di sekitar situ kemudian menghampiri saya dan meletakkan kepala di atas riba saya. Saya menarik anak itu dan meribanya sambil saya minta anak itu melihat saya, saya katakan 'abang kenal tak auntie ni sapa?'..terus dia senyum2..saya pernah baca yang anak-anak autistic ni sukar merenung mata orang lain. Kata bapanya dia tak kenal orang. Beberapa kali dia datang kembali menghampiri saya. Jujurnya timbul perasaan kasih pada anak itu walaupun cuma beberapa minit baru berjumpa. Mungkin kerna mempunyai anak istimewa membuatkan saya mudah mengasihi anak-anak istimewa ini.

Hasif pula seolah-olah mengejar abang itu, mungkin nak ajak bermain. Saya minta anak itu memakai selipar yang ditanggalkannya dan selepas beberapa kali meminta perkara yang sama, akhirnya dia memakai selipar dengan betul. Walaupun dia seolah-olah tidak mendengar arahan saya tetapi alhamdulillah dia sebenarnya faham. Saya yakin, anak-aak istimewa jika dididik dengan baik pasti boleh berjaya. Sebelum balik, sempat dia datang bersalam dengan saya sambil hasif melambai-lambai isyarat bye-bye.

Kemudian, tiba giliran hasif pula. Namum hasif sedikit mengantuk dan akibatnya dia kurang memberi tumpuan dan mengikut arahan. Jadi, kami hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang simple. Akhirnya sebelum jam 12,kami dah pun keluar dan mengambil tarikh temujanji yang baru. Agak terkilan sebenarnya kerna masa tidak dapt digunakan semaksimum mungkin. Mudah-mudahan temujanji akan datang, hasif akan lebih memberi kerjasama. Masa temujanji yang akan datang saya cepatkan kerna tak nak mengganggu waktu tidur hasif.




Naik je kereta, hasif terus tidur sambil minum susu. Aduhai, penat sangat ke hasif?. Lain kali hasif behave sikit ya, sian umi jauh-jauh dtg bawa hasif...Kalau hasif xnak bg kerjasama, umi xnak dtg lagi..

Budak Kecik Yang Takde Keje

Video ni dh diambil beberapa hari lepas, aksi hasif waktu keboringan waktu abang harith tidur...

Friday, June 3, 2011

Kungfu Panda 2



Dua hari lepas akak satu ofis,k.zu satu family pergi tgok movie kungfu panda..sehari sebelum tu sorang lagi teman ofis juga panggil k.zue pun pergi menonton filem yg sama dan sarankan saya tgok movie ni ngn anak-anak. Kemlarin pagi dah nak bgtau abi tp terlupa. Dari ofis saya call abi ajak g tgok kungfu panda ni...dan mcm tak caya je abi boleh setuju sebab kitaorang mmg bukan kaki wayang...seingat saya mungkin baru sekali g tgok wayang..tu pun ngn abi time honeymoon kat genting dlu..movie 3D..cite apa ntah,Shrek mungkin...Minggu lepas ada jga bgtau abi nk g tgok Nur Kasih lah tapi abi buat tak layan...ckp suh tnggu je tgok kt umah..(dah agak dh)

So sangatlah excited nak bwa harith n hasif g tgok kungfu panda ni sb nak tgok reaksi diaorang. Balik kerja,singgah beli nasi ayam jap..balik makan kemudian mandikan diaorang dan bersiap2 sementara tunggu solat maghrib..lepas solat maghrib kami terus ke kompeks teruntun, bli tiket time tu je..mujur orang pun tak ramai sgt. Mula-mula masuk, time iklan..hasif peluk saya erat..takut agaknya sebab bunyi agak kuat..tp time cite dh start..punye lah kusyuk tgok sambil makan popcorn..harith elok je duduk senyap. Bila dah tengah2 cite, hasif dah agak bosan,nk bangun..bila bg pop corn diam balik..mujurlah ada 'umpan'. Silapnya, kami ambil seats tengah2..patutnya duduk paling belakang senang ngn anak2 kecik ni. Cite mmg best cuma 'terganggu' sedikit time nk pujuk hasif duduk diam.

Oklah bwa anak-anak tgok movie mcm ni...sebenarnya nak please kn anak2 je..happy bila tengok anak-anak happy..