Friday, July 22, 2011

Ayah Long berangkat ke Lubnan

Hari ini saya kembali bekerja setelah cuti sehari kelmarin. Kelmarin dlu (Rabu), pulang dari kerja saya singgah di kedai membeli sedikit lauk untuk dihidangkan kepada keluarga mertua..mi,ayah,k.cah n mirah (adik2 perempuan abi) yang akan tiba di rumah. Abi pulang awal arini, jam 5 abi call bgtau dh sampai rumah dan nak tido kejap. Biasanyakalu abi pulang awal,abi la yg akan jempur harith di sek tp memandangkan abi nk berehat oleh sebab pukul 2 pagi nnti abi nk drive ke kl,saya yang menjemput harith. Setelah tu, ambil harith di rumah mama sal.

Sedang sibuk memasak, di dapur...riuh suara harith ngn hasif bermain. Sampai duduk bersila atas meja di ruang tamu. HAsif mmg begitu,pantang umi n abi xde situ, mmg akan panjat meja la jawabnya. Baru je selesai masak tomyam, kedengaran orang bg salam. Alamak...diaorg dh sampai,hehe...kena mimun air dlu la sementara saya siapkan hidangan. Lepas maghrib,kami makan beramai2...Suka sangat bila keluarga datang ke rumah. Maklumla, tinggal di tempat orang ni, mmg rindu sgt nak bertemu keluarga. Harith n hasif bukan main suka lagi tok wan, nek wan, cik cah n cik su datang..

Pukul 11 kitaorg tido, dan bangun pukul 1 lebih,bersiap2 untuk ke kl. Kami berangkat pkul 230 pagi. Tujuan kami nak ke kl untuk menghantar ayah long harith n hasif (abang sulung abi yang merupakan satu2nya abg yg abi ada )..untuk ke Lubnan memandangkan ayah long seorang tentera yang diarahkan menjaga sempadan di sana selama satu tahun.

Kami tiba di masjid TUDM, Subang  menjelang subuh..solat subuh di sana. Kemudian kami ke kem TUDM dan berpeluang menyaksikan perbarisan para tentera yang akan ke sana. Sempat bersarapan bersama-sama keluarga dan kami sempat bergambar kenang kenangan. Memerhati para isteri yang datang menghantar suami yang akan pergi bertugas, tergambar betapa kuatnya hati isteri-isteri tentera-tentera ini. Kalau lah saya di tempat mereka,entah bagaimana lah rasanya. Teringat saya sewaktu menghantar abi di airport untuk kembali ke Jpan. Waktu tu saya sedang mengandungkan hasif. Tak tergambar betapa sedihnya pada waktu tu mengenangkan keadaan untuk menjaga harith dan kandungan tanpa kehadiran abi. Rasa tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu lagi.

Namum saya kagum dengan isteri2 para tentera yang kelihatan amat tenang walaupun ramai yang punya anak yang masih kecil. Ayah long harith hasif sendiri mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Yang sulung baru darjah 4 kalau tak silap dan yang bongsu muda beberapa bulan drpd hasif. Sedihnya mengenangkan anak-anak yang pastinya akan merindui abi mereka. Apapun, semoga ayah long sentiasa dalam limpah rahmat dan perlindunganNYA di sana.

Selepas menghantar ayah long kelmarin, kami bertolak pulang ke Kuantan. Kalau ikutkan, tokwan nak pulang ke Jerteh petang kelmarin juga. Dalam keteta, seronok betul hasif duk menyakat tok wan..memebebel2 hasif pada tokwan. Kamipun tanyalah apa lah yang hasif nak cakap. Abi tolong translate, hasif cakap suruh tokwan tido kat umah semalam lagi. Umi pula tolong tambah, hasif cakap tak puas lagi main ngn tokwan. Mujurlah tokwan termakan pujukan hasif. hehe. Semalam kami makan roti canai je sebab singgah berenti makan nasi di Gambang petangnya.

Pagi tadi, saya bangun jam 6..sempat sediakan nasi lemak untuk sarapan. Memang puas hati bila masak sendiri untuk keluarga. Hajatnya nak minta mereka tinggal lagi di sini memandangkan esok pun cuti. Tapi abi ada kursus sampai hari ahad ni. Tadi pun abi keluar awal siki selepas sarapan. Ayah pun memang susah nak tinggalkan umah lama-lama. Harap-harap lain kali bolehlah datang lagi. Mie pun sekarang ni agak kurang sihat. Kami doakan moga mie cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Amin. 

Tuesday, July 19, 2011

Busy ke??...

Lama sangat tak upload blog ni. Banyak benda nak citer terutama pasal harith ngn hasif tapi saya busy sikit kebelakangan ini, nak buka blog pn tak sempat. Tapi aktiviti ngn anak-anak berjalan seperti biasa...pulang dari kerja, akan akan menjemput harith di sekolah dan kami akan menjemput hasif di rumah mama sal lebih kurang pkul 630 petang.

Saja nak update something yang mengganggu memikiran saya ni. Ari sabtu lepas, saya ke koleh shahputra, ada panggilan exam PTD, saje je rasa nak pergi. Dari pukul 9.00 pagi smpai dekat pukul 4 petang baru selesai. Abi yang menjaga anak-anak di rumah. Sempat lagi abi bawa harith ngn hasif g main pantai. Bestnya.

Selesai exam, singgah ke Secret Recipe sebentar nk beli cake untuk abi dan anak-anak. Seperti biasa saya memilih Cholcolate Indulgence, sangat best. Sampai di rumah, anak-anak menyambut kepulangan saya dengan sorakan. Pasti diaorang rindu kat umi diaorang ni. Hehe, perasan sudah. Tiba di rumah, saya tanya pada harith, harith nk makan kek tak? sebenarnya dah beberapa hari harith cakap ngn makan kek,sengaja saya buat tak tahu je. Sampai ada satu malam tu, dia terjumpa name card kawan abi yang jual kek...dia tatap gambar2 sambil tunjuk mana yang dia nak...last2 tidur malam pun duk peluk name card tu,bangun besoknya pun tangan duk pegang lagi. Kesian sungguh.  Dengan pantas menjawab soalan saya, 'nak, nak'. "harith doa la dlu, minta ngn Allah biar dapat makan kek arini". Harith pun ikutla berdoa, 'Ya Allah, bagi lah harith kek Ya Allah". Lawak pun ada dengar harith berdoa. Habis je berdoa, punya la suka dia nampak kek depan mata. Hasif pun bukan main juga  tak sabar. Akhirnya 3 keping kek habis kami makan berempat...umi share ngn adik hasif, tak cukup kongsi pula ngn harith,hehe.

Tentang exam PTD tu, saya tawakkal je..dah sedia maklum exam mmg agak mencabar. Dulu lepas exam, tak lepas PAC plak. Kesimpulannya mmg sangat bernasib baik mereka yang terpilih sebagai PTD.

Kebetulan pula, sehari sebelum pergi exam PTD ni, kak tie..akak satu ofis yang suaminya bekerja di LHDN meminta saya membuka web LHDN, katanya rasa-rasa nama saya tersenarai untuk interview LHDN. So, check-check, mmg ada terlisted nama saya untuk panggilan interview. Rasa macam nak try tapi tak taulah. Kalau nak pergi, harus ke kl la selasa minggu depan. Kebetulan khamis ngn jumaat mmg nak kena apply cuti sebab nak ikut abi pergi conference kat Putraya dan kami akan meginap di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Apapun,moga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Tuesday, July 5, 2011

Hasif Ke Ofis

Harini pengasuh hasif, mama sal cuti sebab bwa anak ke hospital. So, kena la bwa si kecil hasif ke ofis.    Pagi td ada kes kt court jap. Matter dpan SAR start lmbt so pkul 1030 bru saya g court. sebelum tu sempat tidurkn hasif . Balik ke ofis jam 1130, hasif dh bangun tapi baik je duk main susun envelope dalam kotak.

Elok duk main-main ngn hasif, dia tarik cermin mata saya, dah patah. Aduila..terpaksalah gi tukar frame baru, mujurla kedai dkat je, melayang lagi duit. Lain kli jgn buat mcm ni lg ya syg, sian umi.Tengahari td mkn nasi ramai-ramai kt ofis. Suka sgtla si hasif ni. Lpas mkn lpas minum susu, terus tdo. Bolehla solat zohor dengan tenang.

Time tdur tu, sempat jugala saya siapkan report yang nk dihantar ni. Ni dah bangun dh, beriba sambil menaip ni sebab hasif nk jalan merata. Pagi tadi hasif baik je duk main kereta mainan, duk menulis, panjat2 kerusi. Ni dah sedikit kebosanan sebab xboleh bebas.  Sabar syg ya, jap lg kita balik ya.