Tuesday, August 9, 2011

Hasif Ku Sayang

Lama xcite psal pasal hasif..bk nak diceritakan tp kekadang tu mcam xde mood je nak menulis...

Aritu kami (umi,harith n hasif) ada ikut abi g Tembleng Resort kat kuantan ni..time tu abi ada program kat sana...memandangkan abi dpt satu apartment sorang, so petang tu abi dtg jemput kami g sana..

Luas apartment tu, suka sgt tgok ruang tamu yang luas..tak macam kebanyakan umah teres yang agak memanjang. Harith dan hasif sangat happy dapat berlari-lari main kejar2..biasanya kat umah kami, diaorang hanya akan naik kereta masing2 sorang satu..tak pernah lagi tengok main kejar2. Tp kat sana, tu 1st time tengok harith n hasif main lari2..hide and seek..happy sangat tengok.

Harith suka sangat menyakat adik hasif..siap tunggu hasif bangun dari tidur sebab xsabar nak main. Ntah apa maksudnya, harith cakap,"adik totet..kiss sikit"..pastu dia g kiss adik, then lari. Hasif pun apa lagi, buat muka konon-konon marah, pastu kejar abang harith. Begitu lah diaorang main. Kalau hasif cakap macam tu, sure adik hasif marah, siap angkat tangan konon nak pukul abang. Yang abang plak duk gelak-gelak. Suka sangat tengok diaorang bergurau.

Pastu main hide and seek..harith sembunyi, adik hasif yang cari. Sembunyi belakang langsir lah, belakang katil. Memang bising la bilik time tu. Seronok sangat tengok diaorang ni. Tapi bila kat umah kami, acara kejar-kejar xdelah...diaorang just main-main kereta, mainan2 yang lain.

Hasif sekarang dah pakai cloth diapers. Menyesal plak sebab agak terlewat mencuba cloth diapers ni...kadang-kadang time nak mandi suruh hasif kencing, dia kencing. Poo poo pun pernah kat toilet, saja ajak g toilet time dia tepuk2 punggun,hehe..

Hasif sekarang suka makan sendiri..pakai baju & seluar sendiri... pakai selipar pun dah pandai., tak terbalik.sikat rambut nak sikat sendiri....kalau bercakap ngn dia, macam dia faham..contoh kalu suruh ambil susu, angkat botol yang terbalik di lantai, suruh ambil bantal, suruh angkat punggung time nak pakai diapers. Buka dan tutup tv pun dah pandai sekarang cuma xreti nak on astro. Hehe

Sekarang suka buka bbtv ..618 astro..suka sangat tengok, abang pun sama..so kalau time nak ke dapur tu, tulah umpan nya. Kalau pagi buka ntv7..hi-5, suka sangat tengok orang menyanyi dan menari,huhu..

Kalau time abi ngn umi nak solat, hasif pun akan ambil sejadah dia minta kami bentangkan...pastu dia ikutlah sekali kami solat. kalau sujud, dia pn ikut sujud. Kalau dia solat sorang plak, mulut kumat kamit konon baca ayat dalam solat..Kelakar sungguh hasif ni..huhu


 




Tuesday, August 2, 2011

Shah ALam-2nd Day


Kami sempat ke SACC Mall bawa harith n hasif jalan-jalan
seronok betul dua beradik ni dapat main kereta..
sampai nangis2 harith & hasif.. xnak turun,nak main lagi
kemudian kami bertolak ke kl, ke lowyat abi nak tgok barang2 pc
then kami ke umah kakak umi di pandan indah
malam tu keluar gi makan nasi arab
seronok dapat bawa anak gi jalan2 sebelum puasa ;D



Grandblue Wave 1st Day

Kami sampai di shah alam kira-kira jam 10 malam...sebelum tu dah berhenti makan di genting sepah, abi nak makan nasi sementara umi dan harith n hasif makan mcD, beli kat area situ. Kami menginap di grandblue wave hotel, malam tu semua dah kepenatan..umi ngn hasif penat setengah hari spend di hospital, abi penat drive, harith pn sure penat, balik sekolah terus jalan jauh...lepas angkut barang2 ke bilik, mandi2...kami terus tidur..

Esoknya, jam 8 pagi anak-anak bangun, kami turun breakfast...apa yang boleh dirumuskan selepas menikmati sarapan, makanan di Awana Kial jauh lebih sedap. Tiada apa yang special sampai kitaorg xtau nak makan apa. Lain kali xnak datang lagi. Kalau nak makan best, ramai yg recommend Hotel UITM..apapun oklah daripada takde..lepas sarapan, kami sempat ke swimming pool. Yang paling best harith lah dapat mandi kolam. Hasif xberapa sihat sangat, demam sikit. Tapi ceria je lagi.hehe. Layan je lah...





Lagi ke Klinik Kanak-Kanak

 Hari Rabu minggu lepas, ada appointment dgn pakar kanak-kanak di htaa jam 1030 pagi..saya bawa hasif ke ofis dulu sementara tunggu hampir ke waktu temujanji. Sampai di htaa dekat jam 1030, sangat susah untuk mendapatkan parking,terpaksa 'tawaf' htaa beberapa kali. Sangat ramai orang yang menunggu giliran. Dekat jam 12 baru dapat berjumpa doktor,itupun sekejap sahaja,hanya untuk mengetahui result ujian darah aritu, kata doktor paras bacaan hormon tiroid hasif atas pagar, tada yg membimbangkan. Tapi harus ambil darah sekali lagi untuk repeat test. Adui..sangatlah lama menunggu untuk ambil darah. Hasif dah kebosanan, sempat main dengan kawan-kawan yang baru je kenal...apabila dah bosan, dia berlari-lari sampai ke bilik doktor. Sungguh menguji kesabaran. Pukul 1 lebih baru semuanya selesai. Kami pulang ke ofis,selepas minum susu, tertido kepenatan. Petang tu, sempat bertemu Rania (anak bos umi) yang turut datang ke ofis. Petang tu, selepas pulang ke rumah, kami berangkat ke KL,menemani abi yang melawat students praktikal di cyberjaya. Kami menginap di s.alam.