Monday, October 15, 2012

Pengalaman Melahirkan

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni...ni baru nak tulis pasal pengalaman bersalin anak ketiga yang kami bagi nama Nur Safiya.

Kalau ikut tarikh last period, estimate due date ialah pada 10.10.2012 tapi kalau ikut tarikh scan EDD ialah pada 15.10.2012. Kalau ikutkan masa harith dulu, bersalin awal seminggu dari EDD,kalau hasif pula awal 2,3 hari je. So,kali ni macam expect akan bersalin awal juga. Time g check up di klinik, doktor kata antara 10-13  Oktober 2012 dijangka baby keluar.

Pada 1.10.2012 (hari isnin),baby masuk 38w rasa perut mengeras tapi tak tetap. Memang contraction datang sekali sekala. Mula terfikir tu ke contraction. Malam tu mmg tak bleh nak tido,pusing kiri tak hilang sakit, pusing kanan pun tak hilang juga. Last2 gi kemas2 beg sikit. Actually dari aritu lagi pack barang. Selesai solat subuh, sakit pun hilang.

Esok pagi 2.10.2012,umi gi klinik,kebetulan mmg kena g check up.Nurse kata macam belum lagi. Ingat nak ajak abi balik hujung minggu,kebetulan abi kena g KL,hari Jumaat lagi kena ada sana,so umi rasa mmg nak kena balik juga. Buatnya umi sakit time abi takde,haru la jawabnya. Lagipun mmg plan nak bersalin di HUSM, so takut pulak tak sempat balik kalau lambat.

Lepas check up di klinik,sempatlah masuk ofis kejap...tghari tu terus balik umah. Tunggu abi balik sambil siap-siapkan harith dan hasif. Abi balik,kami ke ECMall..g makan sushi kat Sushi King sebab hari bonanza...ada discountla untuk ahli. Lepas selesai makan sushi, kami terus bertolak balik kampung. Singgah umah abi dulu di Jerteh sebelum balik ke umah mama umi di KB. Ari Khamis tu (4.10.2012) abi bertolak ke Litar Sepang sebab abi join pertandingan kereta mesra alam mewakili ump. Tunggu punye tunggu,baby tak mau keluar lagi. Umi pn selalu duk cakap ngn baby supaya jangan keluar dulu sebelum abi balik..hehe.

Hari Selasa (9.10.12) start pukul 2 pagi,rasa sakit perut...mula-mula tahan dulu,cuba tidur balik...tak boleh tidur sebab sakit...sampai la subuh duk tahan sakit...sambil duk kira-kira,adalah dalam sejam sekali sakit. Lepas solat subuh tu umi call abi minta abi balik. Abi bertolak balik dari Pekan pagi tu juga. Yang peliknya tengahari tu umi tak rasa sakit dah...umi agak malam atau esok tu mesti dah nak bersalin.

Tunggu punya tunggu takde pulak sakit bila abi ada ni...Hari Khamis kami balik Jerteh,stay kat sana sementara tak sakit lagi. Hari Sabtu (13.10.2012) pagi,ada rasa sakit dari jam 2-4 pagi...mmg tak boleh tidur tapi umi tak kejutkan abi sebab masih boleh tahan lagi. Sempatla umi buat solat hajat minta selamat semuanya.

Pagi tu rasa sakit pun hilang. Time mandikan hasif, umi dukung angkat hasif naik umah. Tiba-tiba rasa macam ada air mengalir keluar,tak boleh nak tahan dari keluar...mcam deras je mengalir dan rasa panas kat peha..terus gi toilet cek,takde plak bau...then, terus ajak abi balik umah mama kt pengkalan chepa tuk antar harith dan hasif sebelum gi hospital.

Sampai umah mama, g solat zohor dlu..siap2 nak ke husm..time nak berangkat tu,adui..sedihnya nak tinggalkan harith dan hasif. Harith dah sebak time salam ngn umi, umi lagi la bertambah2 sebak...lepas salam dan kiss  & peluk harith ngn hasif, umi kuatkan kaki melangkah keluar. Memang air mata mengalir laju sepanjang perjalanan.

Sampai kat husm, kami ke bahagian kecemasan sb hari sabtu untuk pendaftaran dan kemudian ke wad bersalin. Time tu ada sorang je ibu yang juga nak bersalin dan sedang diperiksa doktor. Tak lama kemudian, turn umi plak nak kena cek. Umi bagitau doktor, belum ada rasa sakit, cuma ada air keluar, risau takut air ketuban. Harith dlu turun air ketuban sementara hasif,keluar darah. Bila doktor cek, belum ada lagi bukaan dan kemungkinan bukan air ketuban yang keluar tapi kena confirmkan balik dan umi kena tahan wad. Umi pula yakin yang tu air ketuban sebab memang sebab mmg xblh nak control cuma ianya sedikit.

Umi kemudian dihantar abi ke wad,then umi turun ke bawah untuk antar abi pulang. Time nak pisah ngn abi tu,sedih sgt rasa dan sememangnya umi menangis,hehe. Malam tu sunyi nya tido tanda harith ngn hasif. Biasanya diaorang mesti tido ngn umi,sebelah kanan peluk harith,sebelah kiri peluk hasif. Jadi bila diaorang takde,mmg sangat terasa dan mesti diaorangpun rasa perkara yang sama. Sekitar jam 10, umi call abi,cakap ngn harith dan kemudian hasif. Sebak sangat cakap ngn hasif. Abi bagitau hasif nangis2 sbelum tido mesti sebab rindukan umi,lagilah umi rasa sebak.

Lepas solat Isyak, sempat buat solat hajar moga Allah mudahkan segala urusan. Kemudian, sempat baca surah Maryam agar umi mudah bersalin. Sebelum tido,umi minum minyak selusuh yang mama buat. Lebih kurang jam 2 lbh, ada rasa sakit perut,umi tahan je cuba tido tapi mmg tak lena. Nurse ada bagitau sebelum subuh, jam 530 doktor akan datang cek. 

Umi tahan je dlu selagi termampu.Sakit dah makin kerap tp masih lagi boleh tahan. Dalam 10 minit sakit dtg skali. Berkira-kira sama ada nak bgtau nurse ke tak. Kemudian umi ckp kat nurse kat kaunter sebab rasa macam dh betul sait bersalin. Nurse tnya,boleh tnggu tak sampai doktor datang kira-kira jam 530.Umi cakap boleh lagi walaupun dah kerap sangat sakitnya.

Jam 530 pagi, doktor dtg tuk cek bahagian bawah ngn masukkan alat, sakit juga rasa time tu. Doktor kemudian sahkan yang air ketuban belum pecah. Alhamdulillah xde infection pada baby. Kamudian,bgtau doktor yang dh ada sakit bersalin. Doktor cek dah bukaan 4 dan minta nurse bawa turun umi ke wad bersalin selepas subuh.

Selepas tu nurse masukkan ubat tuk buang air besar tp xde rasa maybe sb dah ke toilet sebelum tu. Masuk je subuh, umi call abi suh dtg lepas solat. Sementara tu, umi g mandi dan solat subuh. Mmmg ada rasa sakit tapi masih boleh control. Selesai tu, nurse dah ready nak bawa umi turun, tapi umi mnta masa sikit lagi nak kemas2 barang. Lepas tu ke kaunter,nurse bawa turun ke wad.

Sampai di wad dalam pukul 7 pagi...tunggu sekejap sebelum doktor datang. Dalam pukul 730, abi datang..terus umi nangis tgok abi. Doktor datang cek,dah bukaan 5. Alhamdulillah,umi rasa boleh control lg sambil sembang2 ngn abi. Abi tak putus suh baca doa nasi yunus,alhamdulillah mudah je rasa.

Kemudian datang beberapa orang doktor senior,tanya samada umi nak ambil epidural, umi menolak. Diaorang macam pelik umi xnak tapi umi yakinkan diaorang sb umi bersalinkan harith dan hasif secara natural. Kemudian doktor suggest sedut gas untuk tahan sakit tapi umi tak nak sebab tak pernah ambil sebelum ini. Doktor jangka yang umi akan sakit betul2 jam 11 pg.

Umi pula dah rasa sakit dalam 10 minit sekali dan kemudian 5 minit. Sambil tu umi hanya genggam tangan abi sambil berzikir. Rasa mcam semuanya terlalu cepat. Tiba-tiba umi dah rsa nak teran dan bagitau nurse. Midwife plak time tu gi bilik bedah,sedia peralatan tuk operation ibu yang juga nak bersalin sebab ingat umi lambat lagi bersalin. Mujur ada nurse yang lagi sorang. Bila bagitau umi dah rsa nak teran, dia minta teran je. Dua, tiga kali push, baby pun keluar. Alhamdulillah, lahir seorang baby girl.

Lepas selesai,abi diminta kuar tuk urusan jahit. Nurse kata sikit so tak perl;u bius tp rasa adui sakitnya la dari sakit bersalin, huhu. Selesai tu, baby dibawa tuk dibersihkan sementara umi pn tertido kepenatan. Bila nurse bawa bay tuk disusukan,umi rasa tak larat sangat dan ngantuk,mungkin sebab kesan gas yang nurse minta umi sedut time tgah sakit tu. Rasanya lain kali umi tak nak ambil dah sebab rasa mmg tak membantu langsung tuk tahan sakit malah lagi teruk kesannya sebab sangat mengantuk sampai tak boleh nak buka mata nak tengok baby.

Apapun syukur kpd Allah semuanya selamat dan baby sihat. Alhamdulillah.