Saturday, May 10, 2014

Pilihan Set Slimming Shaklee

SET SLIMMING yang SUPERB dan AWESOME turut mengandungi ESP -Energizing Soy Protein....

ESP sememangnya mengandungi KANDUNGAN PROTEIN YANG SANGAT TINGGI....

PERLU KE ESP UNTUK MEREKA YANG NAK KURUS? 
YA, SEMEMANGNYA PERLU...

INI PENTING- Kerana PROTIN digunakan untuk MEMBINA OTOT, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh MENAHAN KELAPARAN, yang mana boleh membantu MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN antara waktu makan.


The Power Of Sedekah

Nak share sikit satu cerita yang saya dengar dari radio ikim time tengah duk masak kat dapur beberapa bulan lepas...walaupun dah lama dengar tapi intipatinya masih lagi segar dalam ingatan.

Kisahnya ada seorang anak ni...berasal dari keluarga yang kurang senang,time tu dia duk kat asrama...

Pada suatu hari, dia terima duit RM 50 daripada ayah untuk beli buku-buku yang diminta oleh cikgu...besar nilainya RM 50 tersebut baginya yang bukan datang daripada keluarga berada...

Pada hujung minggu dia dan kawan-kawan ke bandar untuk membeli buku. Berbekalkan duit RM 50 yang diberi ayah dan beberapa keping duit syiling,dia sampai ke bandar.

Turun saja dari bas, dia melihat ada peminta sedekah...seorang pakcik yang buta. Lantas diseluk poket seluarnya, mencari-cari jika ada lebihan duit tambang bas tadi (tidak mungkin dia guna wang RM 50 pemberian ayah kerna sememangnya duit itu untuk pembelian buku)...

Akhirnya tercapai tangannya duit syiling 0.50 sen dari dalam poket. Satu-satunya duit yang tinggal selain wang RM 50. Dimasukkan ke dalam tabung pakcik buta tadi. Tingggg..kedengaran duit syiling jatuh.

Pakcik buta tersebut tersenyum sambil berdoa, "semoga Allah memberi ganjaran dan murahkan rezekimu nak".

Anak tersebut terus ke kedai buku. Mengambil buku-buku yang dikehendaki oleh guru dan disusun di kaunter pembayaran. Selesai dikira, jumlah pembelian dimaklumkan oleh cashier.

Tangannya menyeluk poket untuk mengambil wang RM 50 pembelian ayah . Namun, puas dicari..wang tersebut tidak juga ditemui...sah,duit tersebut tiada. Sedihnya dia...bukan sahaja sedih kerana tidak dapat membeli buku-buku keperluan tetapi lebih menyedihkan mengenangkan betapa banyak keringat ayah yang keluar bagi mendapatkan duit RM 50 tersebut.

Lantas,teringat dia kepada pakcik buta tadi...'mungkinkah duit tersebut termasuk dalam tabung pakcik itu bersama duit syiling 0.50 sen tadi?' bisik hatinya.

Dia terus mendapatkan pakcik tersebut,memaklumkan bahawa duitnya hilang. "Berapa duit yang kamu hilang, nak?", tanya pakcik itu. "RM 50 pakcik",jawabnya.

Pakcik tua itu membalas,"Nak, demi Allah..pakcik ini memang buta tapi pakcik tidak melihat ada duit selain duit-duit yang ada di sini. Kamu boleh periksa tabung tersebut dan dompet pakcik jika kamu mahu".

Lepas memeriksa, sememangnya tiada duit RM 50 di situ. Akhirnya dia terpaksa pinjam wang dari kawan untuk tambang bas pulang semula ke asrama kerana tidak mempunyai sebarang wang lain.

Sampai di bilik, terima ingin menukar baju dan membuka laci, alangkah terkejutnya dia melihat ada duit RM 50 di dalam laci, bukan hanya satu tapi dua. MasyaAllah...

Dia kemudian menanyakan kepada kawan-kawan jika ada yang meletakkan wang tersebut di situ tetapi hanya ditertawakan,'mana mungkin ada orang buka laci kamu dan masukkan duit,kalau ada yang buka laci dan ambil duit, itu biasa,"kata mereka sambil tertawa.

Terduduk sekejap dia mengingati pakcik buta tadi. Mungkinkah Allah gandakan duitnya kerana sedekah 0.50 sen nya pagi tadi di saat dia sendiri kesempitan wang. Hebatnya kuasa Allah.

Kejadian tersebut meyakinkan beliau bahawa tidak berkurang harta seseorang kerana sedekah sebaliknya Allah pasti akan gandakan.

Kisah tersebut adalah kita sebenar yang dialami sendiri oleh ustaz yang menyampaikannya. Kini dia menjadikan amalan sedekah sebagai amalan harian. Mewarisi amalan ayahnya yang menyediakan tabung sedekah di rumah untuk memupuk amalan sedekah di kalangan ahli keluarga.

Sangat terkesan saya dengan cerita tersebut. Pernah berceloteh dengan suami (sebagai peringatan untuk diri sendiri)...apa kata setiap kali kita pergi masjid contohnya, keluarkan DUIT TERBESAR yang ada dalam dompet kita... Jangan pula sebelum pergi masjid, sorokkan duit yang besar-besar,hehehe.

Kalau ada RM 50 masukkan RM 50, kalau duit terbesar RM 100, masukkan RM 100....mula-mula memang akan rasa 'berat' tapi lama-lama pasti perkara tersebut akan jadi biasa.

InsyaAllah akan mendapat nikmat...iaitu kebahagian dalam memberi,melebihi kebahagian dalam menerima 

InsyaAllah digandakan setiap sedekah yang kita keluarkan ikhlas kerana Allah.

Cara Nak Daftar Ahli Shaklee

Alhamdulillah...kelmarin selesai daftarkan ahli untuk anak-anak cucu Shaklee....

Senang sangat nak daftar ahli Shaklee ni....arini daftar,insyaAllah esok lusa sampai kitbag beserta dengan manual bisnes dan info-info berkaitan...

Kalau nak
 BELI BARANG dengan HARGA AHLI ,boleh terus order...nanti sampai sekali dengan kitbag.

Daftar ahli bukan semestinya sebab nak bisnes .
Ramai daftar ahli untuk dapatkan harga ahli seumur hidup.
Sekarang dah berkuatkuasa di seluruh Malaysia, tiada lagi penjualan pada harga ahli kepada mereka yang tidak berdaftar.

Kalu memang niat nak berbisnes sama ada secara part time atau sepenuh masa, memang secara personal saya yakin, Shaklee adalah pilihan yang tepat 

Hanya dengan modal serendah RM 75, anda boleh memulakan bisnes.
Tak perlu modal lain dan tak perlu simpan stok pun. 

Set Kehamilan Shaklee

Untuk sahabat-sahabat yang sedang hamil, saya cadangkan mengambilan SET KEHAMILAN ini untuk KEBAIKAN IBU DAN JUGA BAYI....

VITALEA~multivitamin terbaik dengan sumber zat besi . Membantu dalam pembentukan sel darah merah 

B COMPLEKS~ mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama dan ASID FOLIC.

VITAMIN C ~meningkatkan sistem imunisasi ibu agar tidak mudah diserang selesema dan demam semasa hamil.

OSTEMATRIX~membantu ibu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas semasa hamil dan membantu pembentukan tulang bayi

OMEGA GUARD~ membantu perkembangan otak, saraf dan fungsi mata bayi dan meningkatkan memori ibu.

ESP~mengurangkan keletihan ibu semasa mengandung dengan membekalkan tenaga segera kepada ibu dan membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Friday, May 9, 2014

Set Ezcema Shaklee

Set yang saya guna untuk Hasif yang mengalami masalah kulit yang agak teruk selepas bertukar taska.

Basic H untuk mandian, Herbal Blend pula krim untuk sapu dan Mealshakes untuk minum.
Alhamdulillah, kulit semakin bersih dan lembut...cuma tinggal parut je lagi yang belum hilang. Harus disapu Vitamin E lepas ni.

Basic H sangatla jimat....saya guna sikit je untuk mandikan hasif. Selain untuk mandian, banyak lagi kegunaannya terutama untuk bagi membantu kerja-kerja rumah seperti mop lantai, tanggalkan kotoran degil seperti kesan minyak dan mencucu sayur serta buah.

Nak dijadikan cerita, Hasif memang suka mandi dan main air....biasanya dia langsung tak usik Basic H ni kecuali saya yang akan mandikan dia. Dua hari lepas, selesai mandi..dia tarik tangan saya bagitau suruh tengok dalam bilik mandi.

Macam nak luruh jantung tengok sebotol Basic H yang baru sikit je guna tertumpah atas lantai.....hasif basuh lantai guna sebotol terus. Hahaha. Sabar jelah.

Tak mampu buat apa-apa kecuali minta hasif tolong doa umi murah rezeki, boleh beli Basic H yang baru untuk mandian hasif. Nasib baik dia tadah tangan dan berdoa. Sejuk hati umi.

Kalau bukan rezeki. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah berjaya kawal diri daripada marah anak istimewa ini 

Tuesday, May 6, 2014

Sebab Saya Pilih Shaklee


Seindah Hiasan!


Ramai yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak bisnes, saya pilih Shaklee?

1) Yakin

Pertama ialah kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang disahkan halal, semulajadi dan selamat. Selepas pengalaman saya sendiri mencuba Set Penyusuan Shaklee sewaktu tercari-cari tips dan panduan untuk banyakkan susu ibu ketika menyusukan Safiya, saya sememangnya berpuas hati dengan produk ini. Alhamdulillah saya masih menyusukan Safiya ketika ini (1 thn 5 bln) dan insyaAllah akan teruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

2) Mudah

Bisnes Shaklee sememangnya mudah. Semuanya di hujung jari dan diuruskan secara online. Saya memang inginkan bisnes yang mudah dan tidak memerlukan saya keluar rumah memandangkan agak sukar untuk saya menguruskan tiga orang terutama Hasif dan Safiya yang masih kecil.

Dengan Shaklee, apabila ada customer order...saya hanya akan order dari Shaklee secara online sebaik sahaja customer membuat pembayaran. Bagi item yang ada stok dengan saya, saya mempunyai pilihan iaitu dengan mengepos menggunakan pos laju.

3) Produk yang dikenali ramai

Produk Shaklee sememangnya suka dikenali ramai, jadi ini memudahkan kerja saya kerana tak perlu promote bersungguh-sungguh. Dengan berkongsi kebaikan dan pengalaman menggunakan produk Shaklee, insyaAllah ramai yang akan order nanti.

4) Freedom of time
Bisnes Shaklee memberikan saya kebebasan masa sepenuhnya. Maklumlah, sebagai surirumah, banyak tugasan yang perlu disiapkan terutama menguruskan anak-anak. Jadi, saya akan menumpukan perhatian kepada bisnes apabila semua kerja rumah siap. Mudah bukan?..apapun, fokus dan pengurusan masa amatlah penting tidak kita apapun bisnes kita.

5) Menjaga anak 

Jika waktu bekerja dulu, saya titipkan anak-anak ke taska. Sebelum saya resign, saya memang tekad untuk menjaga sendiri anak-anak. Dengan Shaklee, walaupun berbisnes tetapi anak-anak tetap berada di depan mata. Itu yang saya sangat suka. Tambahan pula, anak kedua saya...Mohamad Hasif ialah seorang anak istimewa iaitu anak Down Syndrome yang memerlukan perhatian dan kasih sayang penuh daripada saya.

6) Amalan rohani

Jujurnya, sewaktu bekerja dulu saya agak jarang menekankan amalan rohani seperti membaca al-quran dan berzikir oleh sebab kesempitan masa. Tapi alhamdulillah, selepas saya resign dan join Shaklee, saya berpeluang mengaji, berzikir dan melakukan amalan-amalan rohani. Pendek kata rasa tenang je hati. Bagi saya, kita bukan saya hidup di dunia tetapi kehidupan akhirat harus dititikberatkan.

7) Modal yang kecil

Dengan modal sekecil RM 65 untuk keahlian seumur hidup, saya memulakan bisnes Shaklee.
Shaklee bukan sekadar MLM dan tidak mengamalkan sistem MLM. Dalam Shaklee,  siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya..InsyaAllah. Tiada istilah siapa yang lambat join takkan mampu menyaingi mereka yang terdahulu. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan adalah penentu kepada kejayaan dalam Shaklee.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Untuk keterangan boleh hubungi saya di sini atau di talian 014-2933913

Tips Menjadi Parents Terbaik

Dari Prof Muhaya 

Salam semua..Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah