Monday, October 15, 2012

Pengalaman Melahirkan

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni...ni baru nak tulis pasal pengalaman bersalin anak ketiga yang kami bagi nama Nur Safiya.

Kalau ikut tarikh last period, estimate due date ialah pada 10.10.2012 tapi kalau ikut tarikh scan EDD ialah pada 15.10.2012. Kalau ikutkan masa harith dulu, bersalin awal seminggu dari EDD,kalau hasif pula awal 2,3 hari je. So,kali ni macam expect akan bersalin awal juga. Time g check up di klinik, doktor kata antara 10-13  Oktober 2012 dijangka baby keluar.

Pada 1.10.2012 (hari isnin),baby masuk 38w rasa perut mengeras tapi tak tetap. Memang contraction datang sekali sekala. Mula terfikir tu ke contraction. Malam tu mmg tak bleh nak tido,pusing kiri tak hilang sakit, pusing kanan pun tak hilang juga. Last2 gi kemas2 beg sikit. Actually dari aritu lagi pack barang. Selesai solat subuh, sakit pun hilang.

Esok pagi 2.10.2012,umi gi klinik,kebetulan mmg kena g check up.Nurse kata macam belum lagi. Ingat nak ajak abi balik hujung minggu,kebetulan abi kena g KL,hari Jumaat lagi kena ada sana,so umi rasa mmg nak kena balik juga. Buatnya umi sakit time abi takde,haru la jawabnya. Lagipun mmg plan nak bersalin di HUSM, so takut pulak tak sempat balik kalau lambat.

Lepas check up di klinik,sempatlah masuk ofis kejap...tghari tu terus balik umah. Tunggu abi balik sambil siap-siapkan harith dan hasif. Abi balik,kami ke ECMall..g makan sushi kat Sushi King sebab hari bonanza...ada discountla untuk ahli. Lepas selesai makan sushi, kami terus bertolak balik kampung. Singgah umah abi dulu di Jerteh sebelum balik ke umah mama umi di KB. Ari Khamis tu (4.10.2012) abi bertolak ke Litar Sepang sebab abi join pertandingan kereta mesra alam mewakili ump. Tunggu punye tunggu,baby tak mau keluar lagi. Umi pn selalu duk cakap ngn baby supaya jangan keluar dulu sebelum abi balik..hehe.

Hari Selasa (9.10.12) start pukul 2 pagi,rasa sakit perut...mula-mula tahan dulu,cuba tidur balik...tak boleh tidur sebab sakit...sampai la subuh duk tahan sakit...sambil duk kira-kira,adalah dalam sejam sekali sakit. Lepas solat subuh tu umi call abi minta abi balik. Abi bertolak balik dari Pekan pagi tu juga. Yang peliknya tengahari tu umi tak rasa sakit dah...umi agak malam atau esok tu mesti dah nak bersalin.

Tunggu punya tunggu takde pulak sakit bila abi ada ni...Hari Khamis kami balik Jerteh,stay kat sana sementara tak sakit lagi. Hari Sabtu (13.10.2012) pagi,ada rasa sakit dari jam 2-4 pagi...mmg tak boleh tidur tapi umi tak kejutkan abi sebab masih boleh tahan lagi. Sempatla umi buat solat hajat minta selamat semuanya.

Pagi tu rasa sakit pun hilang. Time mandikan hasif, umi dukung angkat hasif naik umah. Tiba-tiba rasa macam ada air mengalir keluar,tak boleh nak tahan dari keluar...mcam deras je mengalir dan rasa panas kat peha..terus gi toilet cek,takde plak bau...then, terus ajak abi balik umah mama kt pengkalan chepa tuk antar harith dan hasif sebelum gi hospital.

Sampai umah mama, g solat zohor dlu..siap2 nak ke husm..time nak berangkat tu,adui..sedihnya nak tinggalkan harith dan hasif. Harith dah sebak time salam ngn umi, umi lagi la bertambah2 sebak...lepas salam dan kiss  & peluk harith ngn hasif, umi kuatkan kaki melangkah keluar. Memang air mata mengalir laju sepanjang perjalanan.

Sampai kat husm, kami ke bahagian kecemasan sb hari sabtu untuk pendaftaran dan kemudian ke wad bersalin. Time tu ada sorang je ibu yang juga nak bersalin dan sedang diperiksa doktor. Tak lama kemudian, turn umi plak nak kena cek. Umi bagitau doktor, belum ada rasa sakit, cuma ada air keluar, risau takut air ketuban. Harith dlu turun air ketuban sementara hasif,keluar darah. Bila doktor cek, belum ada lagi bukaan dan kemungkinan bukan air ketuban yang keluar tapi kena confirmkan balik dan umi kena tahan wad. Umi pula yakin yang tu air ketuban sebab memang sebab mmg xblh nak control cuma ianya sedikit.

Umi kemudian dihantar abi ke wad,then umi turun ke bawah untuk antar abi pulang. Time nak pisah ngn abi tu,sedih sgt rasa dan sememangnya umi menangis,hehe. Malam tu sunyi nya tido tanda harith ngn hasif. Biasanya diaorang mesti tido ngn umi,sebelah kanan peluk harith,sebelah kiri peluk hasif. Jadi bila diaorang takde,mmg sangat terasa dan mesti diaorangpun rasa perkara yang sama. Sekitar jam 10, umi call abi,cakap ngn harith dan kemudian hasif. Sebak sangat cakap ngn hasif. Abi bagitau hasif nangis2 sbelum tido mesti sebab rindukan umi,lagilah umi rasa sebak.

Lepas solat Isyak, sempat buat solat hajar moga Allah mudahkan segala urusan. Kemudian, sempat baca surah Maryam agar umi mudah bersalin. Sebelum tido,umi minum minyak selusuh yang mama buat. Lebih kurang jam 2 lbh, ada rasa sakit perut,umi tahan je cuba tido tapi mmg tak lena. Nurse ada bagitau sebelum subuh, jam 530 doktor akan datang cek. 

Umi tahan je dlu selagi termampu.Sakit dah makin kerap tp masih lagi boleh tahan. Dalam 10 minit sakit dtg skali. Berkira-kira sama ada nak bgtau nurse ke tak. Kemudian umi ckp kat nurse kat kaunter sebab rasa macam dh betul sait bersalin. Nurse tnya,boleh tnggu tak sampai doktor datang kira-kira jam 530.Umi cakap boleh lagi walaupun dah kerap sangat sakitnya.

Jam 530 pagi, doktor dtg tuk cek bahagian bawah ngn masukkan alat, sakit juga rasa time tu. Doktor kemudian sahkan yang air ketuban belum pecah. Alhamdulillah xde infection pada baby. Kamudian,bgtau doktor yang dh ada sakit bersalin. Doktor cek dah bukaan 4 dan minta nurse bawa turun umi ke wad bersalin selepas subuh.

Selepas tu nurse masukkan ubat tuk buang air besar tp xde rasa maybe sb dah ke toilet sebelum tu. Masuk je subuh, umi call abi suh dtg lepas solat. Sementara tu, umi g mandi dan solat subuh. Mmmg ada rasa sakit tapi masih boleh control. Selesai tu, nurse dah ready nak bawa umi turun, tapi umi mnta masa sikit lagi nak kemas2 barang. Lepas tu ke kaunter,nurse bawa turun ke wad.

Sampai di wad dalam pukul 7 pagi...tunggu sekejap sebelum doktor datang. Dalam pukul 730, abi datang..terus umi nangis tgok abi. Doktor datang cek,dah bukaan 5. Alhamdulillah,umi rasa boleh control lg sambil sembang2 ngn abi. Abi tak putus suh baca doa nasi yunus,alhamdulillah mudah je rasa.

Kemudian datang beberapa orang doktor senior,tanya samada umi nak ambil epidural, umi menolak. Diaorang macam pelik umi xnak tapi umi yakinkan diaorang sb umi bersalinkan harith dan hasif secara natural. Kemudian doktor suggest sedut gas untuk tahan sakit tapi umi tak nak sebab tak pernah ambil sebelum ini. Doktor jangka yang umi akan sakit betul2 jam 11 pg.

Umi pula dah rasa sakit dalam 10 minit sekali dan kemudian 5 minit. Sambil tu umi hanya genggam tangan abi sambil berzikir. Rasa mcam semuanya terlalu cepat. Tiba-tiba umi dah rsa nak teran dan bagitau nurse. Midwife plak time tu gi bilik bedah,sedia peralatan tuk operation ibu yang juga nak bersalin sebab ingat umi lambat lagi bersalin. Mujur ada nurse yang lagi sorang. Bila bagitau umi dah rsa nak teran, dia minta teran je. Dua, tiga kali push, baby pun keluar. Alhamdulillah, lahir seorang baby girl.

Lepas selesai,abi diminta kuar tuk urusan jahit. Nurse kata sikit so tak perl;u bius tp rasa adui sakitnya la dari sakit bersalin, huhu. Selesai tu, baby dibawa tuk dibersihkan sementara umi pn tertido kepenatan. Bila nurse bawa bay tuk disusukan,umi rasa tak larat sangat dan ngantuk,mungkin sebab kesan gas yang nurse minta umi sedut time tgah sakit tu. Rasanya lain kali umi tak nak ambil dah sebab rasa mmg tak membantu langsung tuk tahan sakit malah lagi teruk kesannya sebab sangat mengantuk sampai tak boleh nak buka mata nak tengok baby.

Apapun syukur kpd Allah semuanya selamat dan baby sihat. Alhamdulillah.

Wednesday, September 26, 2012

Baby 37 Weeks

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog ni,tak tahula malas melanda plak sekarang ni
tapi memandangkan baby dalam perut ni dah makin besar
nak update la sikit...nanti kang meletup memang lagila xde masa

Alhamdulillah sekarang ni baby dah 37weeks..
cepat je rasa masa berlalu
pejam celik pejam celik dah nak smpai due date dh
sekarang ni,sebab dh lebih 36 weeks,kena g check up seminggu sekali
last week g check up di Klinik Peramu,klinik ni ada doktor...
so pergi tuk scan baby...doc bgtau kepala baby dh kat bawah
check HB,bacaan rendah sikit iaitu 10.8,sepatutnya 11
tapi xde la rendah sangat,tp still kena ambil darah..adui

Kelmarin pula ke Klinik Kg Marhum,dekat je ngn umah
punyelah ramai orang, pukul 9 sampai,pukul 1130 baru settle
bacaan HB tetap sama...10.8 walaupun pil iron dah ambil 2biji 2x makan
so next week,kena g jmpa doktor lagi kat Peramu
harap2 naiklah nanti,taknaklah kena cucuk pulak...

Sekarang ni ada perut asyik mengeras je..tp xde lah sakit mana
rasa macam senggugut je,tapi saya tak ambil pusing sangat
normal lah rasanya...asal jangan sakit nak bersalin sudah

kalau ikutkan estimate due date 10.10.12 atau 15.10.12
kalau ikutkan time bersalin harith,awal seminggu
hasif pulak awal 3,4 ari
so kali ni xtaulah...
nak minta cuti awal,sayang plak cuti
kalau ikut seminggu awal ialah pada 3.10.12 atau 8.10.12
iaitu minggu depan

abi dah offer nak antar umi balik kg kalu nak
cuma umi rasa macam awal sangat
tak best pulak kalau abi tak de sama sementara nak tunggu bersalin

kebetulan pula sekarang ni abi tgah busy
tengah siapkan projek buat kete elektrik tuk masuk pertandingan antara universiti...anjuran Proton
so sekarang mmg abi banyak habis masa kat lab je
seminggu dua ni asyik balik lewat je
semalam harith tunggu abi balik,nak tido ngan abi katanya
last2 tertido juga ngn umi,xsedar abi balik kul 1230

pertandingan kete tu akan diadakan di litar sepang next week
so, maybe abi akan ke kl 3-6hb nanti
abi ada offer nak pergi satu family
tapi mmg umi tak naklah,kang bersalin plak kat kl
huhuhu

so umi harap sangat baby janganlah kuar lagi
bagi lah chance abi ke litar sepang
sebab nampa bersungguh betul abi wat projek tu
umi pun xnak m'halang, kenalah supportive
so,umi doa..kalau abi jadi g kl nnti,janganlah sakit lagi
plannya,lepas abi balik dr kl,nak bertolak balik kg pada 7.10.12
tapi kalu tak sempat balik,bersalin kat kuantanlah nampaknya
apapun,moga Allah bg yang terbaik
kita yang merancang,namun perancangan Allah adalah yang terbaik

semalam time g check kat klinik,nurse bgtau baby tak turun bawah lg
sb ada rasa ruang kat bahagian bawah
lega lah rasa, harap jangan awal sangat
tapi sekarang ni dah rasa sakit kat ari-ari,sakit belakang kadang-kadang

makin dekat EDD ni,makin berdebar-debar pulak rasa
kadang-kadang terjaga tido tengah2 malam
so umi gunakan masa tu doa tuk baby
takde apa umi harapkan selain agar baby dalam perut ni
sihat sempurna sifat,sempurna akal fikiran,
bijak,fasih lisan dan cantik rupa paras serta akhlak
moga baby keluar dari perut umi dengan mudah dan selamat,amin
kadang-kadang umi minta harith sama-sama doa, adik hasif pun angkat tangan juga berdoa sama-sama
harith pun dah boleh ingat doa yg selalu umi baca,hehe

semoga segalanya dipermudahkan
moga Allah tenangkan hati umi,lapangkan dada
untuk menghadapi saat nak bersalin nanti
semoga Allah bagi yang terbaik untuk kami sekeluarga
amin....

Wednesday, August 29, 2012

Raya Aidilfitri 2012




Salam Aidilfitri buat smua rakan-rakan muslim
arini hari ketiga umi kembali masuk ofis selepas cuti seminggu
memang meriah sambutan raya tahun ni sebab banyak rumah sanak saudara
dapat dikunjungi
harith dan hasif pula happy sgt dapat main ngn sepupu-sepupu

tahun ni giliran beraya umah abi dlu di jerteh,ari raya ke2 balik pengkalan chepa,umah mama umi plak...sempatla tiga hari kat sana
then balik semula ke jerteh dua ari sebelum balik ke Pekan

Kami sampai Pekan,subuh ari ahad lepas...sangat la penat bertolak malam
beberapa kali berhenti tidur...
pukul 1130 pagi,bersiap2 tuk ke open house umah PM kita..hehe
pendek kata,raya tahun ni mmg terasa best juga la walaupun dalam keadaan umi yang pregnant 8 bulan ni..hehe

ari isnin lalu,umi nak kna g klinik..so abi yang uruskan anak ke sekolah
nangis-nangis harith nak ikut abi g ofis,maklumla lama sangat cuti
xde mood nak g sekolah..usahkan harith & hasif, umi pn rasa nak cuti lagi

Dua ari lepas (isnin),umi ada check up di klinik ibu dengan ngn umah kami ni
check urine, ok...beratpn ada naik...cuma hb umi still agak rendah 10
denyutan jantung baby pn ok...skrg baby dh msuk 33mnggu ++
time nurse tanya,ada bengkak kaki..dengan yakin nya umi cakap xde
tengahari kelmarin,time nak solat asar,rasa sakit sikit time nak duduk
tengok2 kaki bengkak sikit...xdelah sakit sangat cuma rasa macam orang gemuk je,hehe

smlm tak berapa larat nak masak...balik ofis,singgah kfc jap..bli tuk dinner
skrg ni pn rasa kaki bengkak balik...xtaulah boleh tak nak masak mlm ni
tadi time lunch hour, g beli barang dapur sikit..then sempat lg g kedai Anakku
kalu ikut duk tahan je dari beli baju baby sebab nak recycle je baju abang harith ngn hasif..baju2 pn dah siap basuh...ingt nak beli lepas baby kuar
tp tadi macam terliur je tgok baju baby girl yang cantik2
jadi terbeli juga la for the first time buat baby dalam tummy ni..suke suke

smlm,ada call mama tanya khabar...mama bgtau nanti nak buat air selusuh tuk umi bersalin nanti...macam dah dekat je rasa nak bersalin
still duk pikir-pikir nak bersalin kat kuantan ke kb
tp bila fikir tuk kesenangan,rasa better balik bersalin di kb
but still not confirm yet..

okla,sampai berjumpa lagi...



Tuesday, August 14, 2012

Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sedar tak sedar dah masuk ke ari 26hb ramadhan
alhamdulillah,Allah bagi kekuatan untuk umi berpuasa dengan perut yang semakin membesar ni....

Dua minggu lpas,baby dah 30 minggu,umi scan baby di klinik al-amin,kuantan
alhamdulillah semuanya baik2 dan doktor maklumkan yang baby dalam perut ni baby girl...suka sangat dengar padahal dah 2 doktor yg lain bgtau benda yang sama...maklumlah memang teringin sangat nak anak pompuan,
dan macam tak percaya je sb umi ingat umi xde harapan nak dapat baby girl

baju-baju abang harith ngn hasif dah umi cuci
so nanti bolehla baby pakai nanti,sehelai baju baru pn tak beli lagi
umi dah cakap kat abi,lepas bersalin nanti baju nak shopping baju baby
biar confirm betul2 baby girl....
so nampaknya nanti baby akan banyak pakai baju color biru ngn kuning je dlu
lepas tu kite beli baju comel2 ye sayang....

arini umi g check up baby di klinik ibu
baby dah 32 minggu...time test urine td,urine kotor sikit,biasa macam ok je
padahal umi xde pn ambil kafein, baik kopi atau teh
so lepas ni kena minum air kosong banyak2
hb pn rendah..9.5,sepatutnya kena refer ke klinik besar tp umi refuse sb macam malas je nak bersesak-sesak bulan2 puasa ni
balik nnti nak kena try apa yg patut...maybe ambil ikan bilis dan minum air jambu batu tuk meningkatkan hb...minta2la menjadi

untuk raya tahun ni,umi rajin sungguh buat biskut raya
ni 1st time umi buat sendiri,kalau time kecik dlu tolong mama je
dua tahun lepas,tolong MIL ngn SIL,
tapi tahun ni semangat sangat nak wat biskut padahal penat toksah cakapla
jangan tak percaya umi dah siapkan 5 jenis biskut raya
biskut suci dalam debu,biskut mula2 buat sudah berjaya dihabiskan oleh abi
then biskut snow almond umi wat 2 mnggu lepas...
weekend baru ni, umi wat tart nenas,biskut cornflakes madu, biskut nestum,
buat lagi sekali biskut suci dalam debu...
ahad malam tu nak wat biskut suji pelangi yg warna warni
tp gi dapur timbang minyak sapi xckup...punyela harith nangis sb umi tak jadi nak buat biskut tu...harith bgtau dia suka sangat umi wat biskut raya
so,smlm mnyak sapi dah beli...insyaAllah malam ni proceed ngn biskut suji pelangi tu..harap2 tak penatla malam nanti

semalam,rasa penat sangat...balik ofis,rehat jap then solat asar
harith pulak mengadu lapar...umi g masak nasi...goreng telur ngn kicap
berselera sungguh harith ngn hasif makan
nak masak lauk tuk berbuka punyelah xlarat
umi buat sup perut..abi tolong perap tuk wat kambing bakar (favourite abi)
then umi bakar,then wat air jagung

time umi tengah wat air jagung,harith masuk ke dapur
pastu harith cakap,"umi buat air tak sedap"...
umi diam je,dalam hati mmg terasa sungguh
dalam keadaan yg sangat penat,dengar kata2 macam tu walau cuma dari anak kecil ckup buatkan umi terasa....mmg rasa nak nagis
harith mmg xsuka air jagung...dia biasa akan minta air anggur je...

lepas berbuka ngn minum air,terasa perut sakit,kaki rasa lengguh sungguh
umi masuk bilik,baring....time tu jga umi nangis
mungkin smlm sangat2 penat,tambah terasa ngn kata-kata harith
taktaula napa umi sensitif sangat
umi tau harith xde niat nak wat umi sakit ati
atau dia saje nak provoke umi sebab nak umi layan dia,biasala anak-anak
tp lepas tu umi dah ok balik...solat terawih ngn abi
nak wat biskut mmg tak larat sangat...
smlm tido awal sikit...harith ngn hasif ni mmg kena peluk sebelum tido
belah kanan harith...belah kiri hasif...dua-dua minta umi peluk sampai diaorang tertido...kalu umi peluk hasif,harith yg bising..kalu umi peluk harith,hasif yang nangis...begitula dua beradik ni...
kalu baby dah keluar nanti,tak taula camana,hehe

okla,panjang lebar plak...mmg banyak sungguh nak cite pasal anak-anak ni
cuma sejak dua menjak ni memang agak malas nak update blog
sampai berjumpa lagi
selamat hari raya aidilfitri

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 2012

Assalamualaikum...semoga kita semua berada dalam limpah rahmat Allah selalu hendaknya. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menyambut bulan yang mulia, yang penuh berkat ini.

Hari ini dah masuk hari ke-5, syukur sangat-sangat sebab umi mampu berpuasa dengan baby yang dah pun masuk usia 28 weeks. Bila diingat balik,rasanya time pregnantkan harith dan hasif,mmg sempat rasa puasa di bulan Ramadhan..

First day puasa aritu,mmg letih sangat rasa..masuk hari ke-2 macam ok sikit..tapi bila ari kerja,penat tu bergandalah nak compare dgn ari-ari tak  puasa...maklumlah nak bawa perut yang makin membesar ni..hehe

Setakat kelmarin,masih lagi mampu untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk seisi keluarga...mmg berazam nak sediakan dengan air tangan sendiri,nak dapat pahala lebih la katakan...insyaAllah. Bukan apa,mmg tak selera nak ke pasar Ramadhan sebab tak tahu cara penyediakan makanan, so solution nya...kenakan rajinkan diri untuk masak.

Lepas berbuka dengan kurma & air,umi ngn abi akan solat maghrib dulu then baru makan nasi. Kemudian abi akan siap-siapkan harith & hasif untuk ke masjid UMP untuk solat isyak dan terawih. Semoga Allah bagi kekuatan untuk umi dan abi tunaikan solat terawih sampai akhir Ramadhan.

Kelmarin,time jemput harith & hasif...cikgu bagitau, harith cakap dia puasa...harith tak nak makan,tapi jam 1 tghari..harith minta nasi ngan cikgu bagitau lapar sangat...hehe...harith harith...umi ngn abi takde pn suruh harith puasa sb tahu dia kecil lagi,belum pn masuk 5 tahun..kami cuma terangkan kenapa kita umat islam wajib berpuasa.

Oklah,sambung tulis kali pulak...semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan ibadat puasa dengan sempurna...amin

Monday, July 16, 2012

Baby Boy ke Girl ?

Hari Sabtu lepas, 14/7/2012....baby dah 27 minggu
plan nak start buat biskut raya dengan harith tp ada lg bahan tak cukup
bangun pagi umi terus ke dapur nak siapkan breakfast,
kemudian harith bangun, mengadu lapar...
kejap ya sayang,nanti umi wat bihun goreng

suapkan harith sambil tgok tv,umi bagitau arini nak g klinik tengok baby dalam perut
harith tanya,"baby dah nak kuar ke umi?"...belumla sayang
harith sekarang ni selalu je tanya ni bulan berapa
pastu dia duk kira la berapa bulan nak sampai bulan 10
tak sabar sangat nak tunggu baby kuar
umi bagitau,nak g scan baby sebab nak tengok baby boy ke girl
nanti bolehla panggil terus nama baby
nak tau harith cakap apa?
"harith dah tau la umi, ni baby girl.." dia siap panggil nama tuk baby girl sambil usap2 perut umi
harith-harith, comel je kalau tengok harith cakap ngn baby...lembut je
tp kalu ngan adik hasif, mak aii...punyelah kasar....hurmmm

lepas solat zohor, pukul 3 ptg, kami bertolak ke kuantan
kebetulan lepas maghrib, ada majlis aqiqah anak kawan umi, baby raisha...
tu yang sambil2 terus ke klinik,
kalau ikut nak tnggu baby 28 mnggu, tp sebab minggu dpan dah start puasa...scan je terus aritu..
sampai di klinik W.Y Ko dalam kul 4
umi g register dlu, ada dalam 10 orang lagi...klinik tutup jam 6
kami ke kedai baby dulu,nak cari present tu baby raisha
dalam kul 5 lbh dtg balik, ada lagi 5 orang lagi
tunggu dalam kete kejap then masuk dalam klinik

Dalam pukul 6 petang, nama umi dipanggil
terus baring tuk scan...Dr Ko kata baby tutup dengan tangan tak nak bagi tengok,haha
dalam skrin tu nampak scan 2D ngn 4D...so Dr Ko try tengok lagi
"haa...Dr dah nampak ni"...jeng jeng jeng ...
Dr Ko kata baby girl...memang clear sangat nampak
Harith siap cakap "haaa,kan harith dah cakap,baby girl...harith mimpi"
tergelak Dr dengar...
Dr Ko bagitau semua ok,baby sihat...alhamdulillah
berat baby dalam 600 g baru..air ketuban nampak banyak sikit...
Dr pesan supaya umi jangan risau,baby sihat...

Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa umi nak dapat baby girl...
mungkin juga atas doa-doa kawan-kawan, ramai yang jumpa umi mesti doa kali ni baby girl
teirngat umi minta tolong aunty aini nak g umrah tempoh hari, tolong doa..
agar kali ni umi dapat baby girl...sihat sempurna
Alhamdulillah, Allah perkenankan insyaAllah
Umi pn ada buat nazar,kalau dapat baby girl, umi nak kena sembelih kambing seekor
nampaknya kena tunaikan nanti bila baby dah lahir
apapun, syukur sangat2...tiada lain umi nak minta
cuma mendoakan agar baby dalam perut ni sihat sempurna sihat & akal fikiran
mudah-mudahan Allah makbulkan doa umi ni..amin


Tuesday, July 10, 2012

Baby 26 Minggu sudah


Selamat Pagi Selasa semua
tetiba mood nak menulis datang,nak cite pasal progress baby sikit
Alhamdulillah sekarang little baby dalam perut dh 26 minggu lebih
selalu menendang dh, kadang-kadang sampai terjaga malam
selalu rasa pergerakan baby banyak sebelah kiri
kalu tido plak kadang-kadang rasa nak tido belah ngiring belah kanan, kadang kiri...so tak leh nak teka lagi baby ni boy ke girl
umi pn tak berapa pandai nak teka
kalu awal2 dlu rasa macam baby boy tapi lately rasa macam girl plak
kalu tanya harith,dgn confident je dia jawab..baby dalam perut umi ni girl..
hihi,best gak main teka-teka ni
tp rasanya dh masuk 28w, umi nak g scan 4d..malas dh nak main teka teka
ingat nak g time ofis hour...sb seminggu sekali umi akan g kuantan
tp mcam kesian plk kat harith sb dia selalu tanya bile umi nak g scan
so,maybe g weekend je,leh abi,harith & hasif tgok sama

Abang harith & hasif selalu je tiba-tiba dtg minta nak kiss perut umi
lucu sangat klu tgok hasif usap-usap perut umi
kalu hasif tak dgr kata umi,umi akan buat-buat ckp ngn adik baby
bagitau abg hasif tak nakal,pastu hasif plak yang duk cakap-cakap..
konon-konon mengadu kat adik baby yang umi marah dia,haha

Sekarang rasa sedikit tak selesa,selalu sakit bahagian pinggul
kalu kat ofis xde sgt sb banyak duduk je
tapi kalu balik umh,lepas masak & wat keje2 umah,
mmg sakit,nak jalan pn terasa...
dulu xpernah rasa camni...
apapun,moga Allah bg umi kesihatan yang baik sepanjang pregnant ni
supaya umi boleh uruskan abi dan anak2 dengan baik

Tentang gender baby,kite tunggu nanti
semoga Allah bagi yang terbaik
doa umi tak putus-putus agar baby ni sihat sempurna sifat,akal fikiran,
jadi anak yang soleh..amin


Monday, July 9, 2012

Ke Gambang Water Park

Assalamualaikum...pagi isnin ni rasa tak semangat sungguh nak start keje...
tetiba dtg mood nk update blog yang lama menyepi ni...so better taipla,klu dah lama2,mmg ilang camtu je apa yg nak ditulis....

Ari Khamis lepas,kakak umi (cik sa) dan family dtg ke kuantan..adik lelaki (cik han) pn ikut sama...bermalam di umah adik ipar di kuantan,then petang jumaat dtg umh kami di ump...balik kje,umi ambil harith hasif kat school...tak lama kemudian,diaorang sampai...terus umi ke dapur,masak tuk makan malam...juadahnya kari ikan tenggiri, ayam goreng celup tepung dan papadom...

Harith & hasif suka sgt jumpa ngn kak echa ngn abg akim...malam tu paksa tidur awal sebab esok tu (sabtu),kami nak ke gambang water park. Ni kali ke-2 kami pergi bersama. Untung dapat tiket free sb tukar keratan akhbar harian metro...thanks to harian metro...

Pagi esok tu, lepas subuh, umi terus ke dapur siapkan breakfast...bihun goreng ngan keropok lekor..Selesai makan, siap2 untuk ke sana. Jam 930 pg kami bertolak dr umah...kira-kira 1030 pg, sampai gambang water park...mujur orang tak ramai sangat macam 1st time kitaorang pergi. Cik sa la gi tukar tiket...then masuk untuk mandi...

Tempat pertama kami pergi, Coco Beach...dlupn masa 1st time dtg, kami spend masa kat sni je for the whole day...tak sempat ke tempat lain sebab ari ujan...harith ngn hasif la suka sangat dapat main air....umi ngn abi gilir2 adik hasif mandi..harith main ngn k.echa ngn a.akim...time ombak besar dtg, mmg penat sikitla sambil dukung hasif...tambah2 perut umi dah agak besar, tenaga mmg sangat terhad...mujur ada abi...abi la byk duk main ngn hasif sebab umi cepat sangat rasa penat...


 Lama juga duk mandi kat sini...umi nak ajak g tempat kids,tp jenuh nak panggil harith dll sebab diaorang main kat tengah2....ingatkan nak g kjap tempat kids sebelum balik..


Ingatkan nak duk kejap je, suka plak tengok harith duk turun naik main.... adik hasif je duk ngn umi abi...memandangkan syok sgt diaorang main macam taknak balik, umi abi g salin baju then solat zohor dlu...adik hasif dah tertido kepenatan sambil tunggu abang harith,akim ngn k.echa main lagi...diaorang la suka sangat dpt main air...lebih kurang pukul 4 pm,kitaorang bertolak balik Pekan...sungguh seronok sebab tgok anak2 happy walaupun rasa penat sangat dan sakit badan,hehe...

Esok tu,Cik sa sefamily dah nak balik kb..pagi tu,umi siapkan sarapan nasi lemak. Selesai makan, diaorang bertolak balik...sebelum tu cik sa nak ke zoo teruntum di bandar kuantan...kami sekeluarga tak ikut sebab rasa penat sangat...mujur cik sa ada kawan yg juga pergi ke gambang water park,leh g zoo sama-sama....

Apapun,mmg best dtg kunjungan dari k.sa sekeluarga,maklumla family duk jauh,hehe..harith la yang paling sedih k.echa ngn a.akim nak balik..xpe harith,nanti raya ni kita balik kampung ya...nanti bulan 10 ni pn insyaAllah, umi balik bersalin kat kb, lama sikit duk kampung....tp tak decide betul2 lagi...nak bersalin kuantan ke kb..masih difikir-fikir...apapun,raya nanti,mmg akan balik..insyaAllah...hingga bertemu lagi....

Tuesday, June 19, 2012

Scan Baby

Assalamualaikum...selamat pagi dan salam ceria semua..Lamanya tak update blog ni...memang kemalasan menyerang sejak akhir-akhir ni...

Minggu lepas,g check up kt klinik desa berdekatan rumah ni...termiss sebenarnya tarikh appointment...sedar2 waktu check diary time kat ofis. malas nak pergi dah sebab agak jauh...dah nk smpai ump. Try call tp xdpt. So pasang niat nak g esok tu..esok tu pagi2 nurse dh call tanya,mujur xde masalah nak g aritu...

Harith tiba-tiba dapatkan umi,sambil gosok-gosok mata dia tanya,
harith :umi,mana baby,umi?...
umi: baby???ni ha,ada dlm perut umi
harith: aik,bukan dh keluar ke...laa,harith mimpi td,baby dh keluar..semalam
          pn harith mimpi baby kat sekolah..
umi: yeke harith..comel x baby? boy ke girl?
harith: comel tp harith tak tau boy ke girl..
umi: oo,xpelah...harith g la mandi,umi nak kena g klinik ni...nurse nak check
       baby
harith: umi,ni dh bulan 10 ke?
umi: belumla,ni baru bln 6..baby belum nak keluar lg la harith..huhu

~perbualan ngn harith pagi tu...excited sungguhla harith ni nk dpt baby baru..harapnya lepas baby keluar ni,harith ngn hasif dapat jadi abang yang baik tuk baby nanti..amin~

time check tu,nurse kata ukuran rahim mcam baby dh 26weeks padahal baru 23 weeks...so,nurse nak wat appointment lg 2 mnggu nak check balik...umi minta nurse wat sebulan lg appointment...nk g scan kat private...klu xde masalah,xperlu refer ke doktor pakar..bukan apa,malas nak menunggu di klinik kerajaan lama-lama...

So,kelmarin..lpas settle kes di court,umi ke klinik al-amin,kuantan..kebetulan parking berdekatan situ sebab penuh pagi tadi. Umi request doktor perempuan. Baik sangat doktor tu. Bila scan,doktor bgtau...everything ok..ukuran baby 23 weeks...alhamdulillah...umi tnya gender baby...doktor bgtau klu tgok,xde nmpak 'bird'..so maybe girl..happy sangat dengar,rasa nak melompat je *over*..tp xconfirm lg sb bay kecil lagi...tp umi harapla ianya betul tp kalu dpt boboy lagi umi terima ke ngn hati terbuka..Yelahkan,apa yang Allah sediakan tuk kita,pasti sememangnya yang terbaik....

Balik tu,bgtau harith umi pergi scan,punyela suka dia tgk gmbr scan walaupun tak berapa clear. umi ingt dh masuk 28weeks nnti nak gi sama ngn abi,harith & hasif wat scan 4D...insyaAllah...

Teringat,2,3 malam yg lepas,harith ambil hset umi yang lama,dia buka bacaan al-quran then letak atas perut umi..bile umi tnya nape..harith cakap nak bg baby dengar supaya baby pendai-pandai...oh,sungguh terharu umi sama kamu,harith...harith ngn hasif mmg suka sangat nak dpt baby....selalu datang kiss perut umi dan gosok-gosok sambil cakap-cakap...sweet sangat...sabarnya anak-anak tunggu adik baby keluar nanti....

Monday, May 21, 2012

Musim Sakit

Assalamualaikum....Lama betul dah tak update blog ni...minggu lepas,harith aiman tiba-tiba demam...jam 1 pagi umi tersedar selepas tersentuh dahi harith yang panas...terus umi kejutkan harith,bagi ubat...lap tuala basah..dan tertidur sambil peluk harith...dalam jam 4 a.m, umi tersedar lagi...badan harith panas lagi..time tu umi dah risau...harith ni jarang jatuh sakit...mmg boleh bilang berapa kali je pernah demam...selsema...hasif pun alhamdulillah,jarang demam...selsema tu biasa la...

Umi kejutkan abi,abipun risau tahu harith demam..umi siap pesan,kalu badan harith panas lagi pagi tu,mmg kena bawa g hospital...mujurlah harith ada prudential medical card...so blehlah terus ke KMC (Kuantan Medical Centre..Umi ke ofis pagi tu nak settlekan kerja...abi yang bawa harith,kebetulan abi dah ambil cuti sebab aritu umi abi nak kena operate tp tak jadi last minute sebab bilik bedah penuh..cuti abi plak takleh cancel so abi mmg duk kat umah je..dalam pkul 10,abi call bgtau harith kena tahan wad..demam dan bengkak tonsil...aduh,risaunya umi...duk kat ofis pun tak tenang...

Petang balik keje,g ambil adik hasif kat taska then balik umah,packing baju2 nak bawa g KMC...mmg plan esok tu (Jumaat),umi nak ambil cuti,nak temankan harith...sian plak harith kalu umi xde saat-saat dia tak sihat macam ni kan....so malam tu kami berempat stay di KMC bersama-sama..

Harith kena tahan wad selama 5 hari...ari selasa boleh discharge...best sangat rasa,mmg tak sabar nak pulang ke rumah...sekarang harith dan sihat..Semoga lepas ni harith tak sakit-sakit lagi..amin.

Pulang je ke rumah,abi plak tak sihat,sakit tekak...sampai ilang suara...selang sehari lepas tu,umi plak...dua hari lepas umi takde suara nak cakap...hari ni baru ok sikit...tupun suara serak lagi...huhu...

Harapnya lepas ni kami sekeluarga sihat-sihat selalu..amin

Wednesday, May 2, 2012

Sakit Kepala

Asalamualaikum

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah
hari ni saya kurang sihat sikit..semalam lepas maghrib,makan nasi goreng ngan hasif,lepas minum sikit air lemon tea,tiba-tiba rasa mata berpinar,kepala berdenyut-denyut,terus rehat kat katil.abi tengah sibuk siapkan kerja,petang ni nak bertolak ke KB,ada presentating di USM esok.punyelah sakit kepala ni,sampai nangis-nangis saya semalam.Abi pula terima berita kematian student,terpaksa kluar sebentar menemani keluarga mangsa bagi mengambil barang milik mangka bagi tujuan pengkebumian.Hasif yang perasan umi sakit,datang picit-picit kepala...aduilah,prihatin sungguh anak umi sorang ni.Boring dia takde teman main sebab abang harith tidur. 

Bangun subuh tadi masih terasa sakit...kebetulan arini saya kena ke kuantan...kalu ikutkan nak je MC arini tapi sebab dah janji ngn bos nak cover dia tuk 3 hari sebab dia cuti,terpaksalah kuatkan diri...dahla abi xde tuk seminngu ni...abi terus sambung cuti balik kampung sebab sepupu kahwin..pastu umi abi nak kena operate...kami 3 beranak balik rabu depan,ari mie masuk wad sehari before operate..umi cuti 3 hari..yeay... 

Thursday, April 26, 2012

Hasif Di Taska

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
Tadi time antar harith dan hasif kat sekolah
cikgu bagitau umi
hasif suka belajar,kalau time nak belajar tu hasif gi depan sekali
siap ajak kawan-kawan sama-sama duk depan
cikgu cakap bagus sungguh hasif ni
cikgu bagitau juga hasif elok je belajar, boleh fokus
sekarang ni diaorang belajar menggunakan modul Bacalah Anakku
hasif boleh sebut dengan baik
ada yang kena dengar betul-betul,tapi mmg hasif try nak ikut cikgu sebut
alhamdulillah..suka umi dengar

teringat time kat umah
ada juga kitaorang pasang video Bacalah Anakku
biasa abi lah yang suka pasang bila umi kat dapur
mmg khusyuk je hasif depan tv
pastu ikut balik apa yg didengar
lama dah ditinggal aktiviti tu
nampaknya kena buat baliklah

semalam lepas abi balik keje
kitaorang makan keropok sama-sama
punyelah banyak hasif bercakap guna bahasa dia
macam nak cerita sesuatu
abi selalu cakap 'kesian adik',
"bestnya kalu adik dapat cakap"
umi rasa nak je gi ambil suntikan xenotransplant
kawan abi cakap ada member anak dia kat taska
umur dlm 5 thun..juga DS
bila ambil suntikan tu, alhamdulillah dia boleh bertutur dengan baik
umi teringin sangat nak try
mana tau rezeki adik hasif
tapi bila pikir kos rawatan yang sangat mahal
 lebih kurang 18k mungkin,terpaksa umi pendamkan hasrat dulu
semoga Allah murahkan rezeki umi dan abi
umi ngn abi nak sangat dengar adik hasif bercakap macam abang harith
hasif mmg suka bercakap guna bahasa dia
selalu nampak macam nak cerita sesuatu kat kitaorang
kadang-kadang siap ngan body language lagi
skrg ni dah boleh padam sikit-sikit kalu hasif cakap
contoh kalu nak bagitahu abang harith buat dia
hasif akn buat muka cam nak nangis
pastu sebut 'abang,abang'
tunjuk tempat dia sakit
bila umi tanya, "abang buat ek?cubit pipi adik?"
dia angguk-angguk
bila tanya abang,mmg betul...
pastu hasif akan merajuk sampailah abang salam minta maaf
lepas tu,terus je ok duk sebelah abang harith main sama-sama
hasif,hasif...umi doa smoga hasif cepat boleh bercakap...amin



Tuesday, April 17, 2012

Check Up

Arini pergi check up di klinik marhum,dekat ngan umah
bangun tido tadi rasa sakit kepala,berdenyut-denyut
time check tadi semua ok,tekanan darahpun tak tinggi
semuanya baik-baik...alhamdulillah
sekarang ni baby dah 14 minggu
mudah-mudahan membesar dengan sihat,insyaAllah

Alhamdulillah,alahan-alahan takde sangat dah mcam awal-awal aritu
kadang-kadang ada rasa mual,sy makan gula-gula je
pastu suka makan buah-buah
epal,anggur memang selalu ada dalam peti
tapi macam biasa, dah anak-anak ni
kalu tengok je umi dia makan,
harith hasif pun nak makan sama

Lawaknya aritu
belilah yogurt simpan dalam fridge dalam 4,5
pastu konon nak soroklah letak dalam plastik
time mama sy ada di umah aritu
harith hasif takgi sekolah
boleh diaorang selongkar peti
jumpalah yogurt tu
mama kata satu-satu diaorang ambil makan
saya balik2 smua dah habis
uwaa...buat-buatlah merajuk ngn diaorg
pandai pulak datang pujuk umi ni
haa,tulah...sapa suh makan tak simpan kat umi
mujur tak jadi mcam cite Batu Belah tu
(lupa dah mak dia kempunan mkn ikan apa)

sekarang ni,tak selera sungguh nak makan nasi
sy biasa akan makan nasi tuk breakfast
tuk dinner, saya rasa nak makan nasi goreng, mee kecuali nasi putih
biasanya hanya akan prepare nasi tuk abi ngn anak-anak
skrg ni,rasa nak makan western foods je...huhu
awal-awal aritu teringin nak makan pizza..dpt makan,sikit je jamah
 angin mungkin sebab ada yis
skrg ni suka sgt makan spageti...boleh makan dari pagi sampai malam
semalam, sebab tgok kat facebook kawan gambar macaroni,spageti
boleh plak pukul 930 mlm gi dapur
godek-godek cari bahan wat macaroni
pastu makan ngn anak-anak yg dah makan nasi sebelum tu
little baby ni suka betul makanan omputih ni..huhu
nasib baiklah perasaan malas nak masak dah pergi jauh-jauh
kalu tak tak merasa la

Main Air Di Indera Sempurna Resort



Assalamualaikum
Lama tak update blog ni,semalam ada kawan tegur,saya dah berenti b'blog ke
ada juga yang membaca blog yang ntah apa-apa ni
mmg rindu nak wat entry baru tapi mood tu takdak mai
padahal banyak benda nak share terutama hal anak-anak
bila tak terus menulis,maka banyaklah yang terhilang dari memori ni

Ni saje nak cite time g Indera Sempurna Resort tempoh hari
Birthday abi aritu, 31 Mac, abi ada kursus felo di Cherating
memandangkan tak sempat nak celebrate birthday abi
abi decide nak bawa anak-anak ke mari
so kami spend masa bermalam di sini
petang tu sempat main kolam kejap sebab kemudian hujan
esoknya kami ambil cuti so pagi tu sempatlah bawa harith hasif mandi kolam
punyalah suka kanak-kanak ribena ni main air
yang happynya hasif pun dah berani
tengoklah aksi hasif tu,sungguh berani budak kecik itu
umi ngn abi pun happy gak main air
maklumlah ari keje,xde orang sangat
kire macam swimming pool tu kami yang punye...hahaha

Ok anak-anak,nanti kita datang lagi ya...
takdelah yang boleh buat umi abi happy selain melihat harith hasif happy
bye-bye

Tuesday, April 10, 2012

Quit Or Stay???

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak coret masalah yang berlegar difikiran buat masa ni..hari khamis lepas, as usual saya akan jumpa bos besar saya di kuantan...dia maklumkan pada saya yang contract lawyers di sana will be expired end of this may and will not be continued due to the facts that cannot be stated here. So, Madam tu nak saya keje kat main office di sana....Adui,rasa nak luruh jantung ni...salary mmg akan naik..dia kata dia akan retire dalam tempoh 3 tahun, so at least ada yang akan take over ofis tu..lagipun tuk belajar, sana mmg good place la sebab big firm compared to Pekan tempat saya kerja ni, kecil la sikit. Mula-mula rasa maybe rezeki baby dalam perut..tapi masalahnya sangatla jauh...saya sudah selesa di sini, dengan ofis,staffs, family....sekarang kami di rumah warden,untuk ke sana kira-kira 50km...dalam sejam...so akan ambil masa 2 jam untuk pergi balik....bos kata saya boleh masuk jam 930 pg dan balik kul 430 ptg...tp tulah,mampukah saya nak berulang sejauh itu setiap hari...

Sungguh saya pening memikirkannya...mula-mula saya ada 2 pilihan..kalau saya nak stay sni..saya harus beli ofis sni yang memerlukan kira-kira 50k tak termasuk modal pusingan untuk belanja bulanan...pilihan kedua, saya akan ke main office...Bila pikir-pikir saya rasa saya belum layak nak buka firm sendiri...masih banyak perkara yang saya harus belajar dan saya rasa mungkin peluang ni datang untuk membolehkan saya gain knowledge sebelum saya start with my own firm..insyaAllah...

So, sekarang ni saya hanya tunggu keputusan daripada diaorang..kalu diaorang jadi beli firm ni, saya mmg akan ke main office...kalu tak,maknanya saya akan stay sini...buat masa ni,saya hanya mampu berdoa,saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan Allah bagi saya jalan yang terbaik...Ya Allah, janganlah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek daripada itu...sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mengetahui.

Tujuan saya meninggalkan firm lama saya dan ke mari adalah sebab kesian abi berulang jauh dulu dari umah sewa kami di kuantan...Dan sekarang mungkin saya pula yang akan berulang...Dengan keadaan berbadan dua ni rasanya bukan mudah untuk semua tu..Apapun, saya mohon agar Allah lindungi kami sekeluarga terutama baby dalam perut ni...

Terpikir juga nak jadi housewife macam dulu-dulu tapi rasanya tak sanggup...bagi saya tinggal di rumah adalah jauh lebih penat berbanding dengan keluar bekerja...hehehe..Tapi kalu jadi housewife,bolehlah ikut abi further study next year dengan tiga kanak-kanak ribena masa tu..insyaAllah...hihihi...

Wednesday, April 4, 2012

Alahan Pergi Jauh-Jauh

Assalamualaikum....
Kurang sejam lagi nak lunch hour...hari ni agak bermalas-malasan di ofis... pagi tadi ada la clients datang...then bukak buku,tutup buku...tak berapa boleh fokus sikit..tak tau napa...biasa sebenarnya mood malas ni datang melanda..tapi mujur juga,ada sebab nak update blog ni yang dah lama menyepi...bukan takde cite nak share,terlalu banyak sebenarnya dan banyak dah pudar dari ingatan...especially pasal harith dan hasif...nampaknya lepas ni,kena merajinkan diri untuk update blog ni biar tak bersawang....haha

My little baby dah 12 minggu...alhamdulillah setakat ni semuanya ok...alahan yang teruk time awal pregnant dah beransur pergi...syukur sgt..kali ni alahan agak teruk di awal kehamilan...rasa loya je tekak ni...selera makan pun kurang...pastu rasa sangat penat,sampai nak masak,kemas rumah pun tak larat,bukan ari keje je..weekend pun asyik tidur je..mujur abi tolong masak tuk makan sendiri ngn anak2...umi pula mmg tak selera nak makan nasi...

Minggu lepas,mama datang ke rumah kami...seronok sangat rasa...so,mama la tolong masak,umi tolong2 je..baru la selera tu datang balik...ni mama kat umah adik di kuantan...esok ke rumah kami lagi...syok sangat rasa..sekarang ni,umi suka sangat makan nasi lauk daging goreng,sambal belacan ngn timun...perghh...mmg bertambah2 makan...hehe...tak taulah selera datang balik sebab kena ngan masakan mama atau sebab baby dah 12minggu...ada juga terbaca,bila dah masuk 12minggu...alahan akan beransur2 pergi...syukur sangat.. apapun,semoga baby membesar dengan sihat...amin amin

Sunday, March 18, 2012

So Touching

Tersentuh sungguh tgok video ni...Subhanallah...Doa umi semoga Allah sentiasa menjaga kandungan baby dalam rahim umi ni dan semoga baby membesar dengan sihat,sempurna fizikal dan akal fikiran...amin



Thursday, March 15, 2012

Kunjungan Noli Amir Sekeluarga

Assalamualaikum...

Ari isnin aritu,juga birthday umi...kami menerima kunjungan dari noli,amir sekeluarga...kawan umi dan abi time kat matsuyama,jpun dlu...lama sangat rasa tak jumpa,kira-kira 2 tahun...

Noli dan Amir dah ada 2 orang anak...Haikal dan Yousuff...Haikal sempatlah jadi kawan sepermainan Harith time duk sana dlu... Haikal ni masuk 4 tahun, Yousuf pula umur 1 tahun 4 bulan... Yousuf ni kami tak pernah jumpa lagi sb lahir kat Nihon,time tu kitaorang dah balik Mesia..so,sangat excited nak jumpa noli sekeluarga...

Noli sekeluarga balik ni pun sb noli nak bersalin anak ke3...pun baby boy gak...hehe...nampak noli dah agak sarat...apapun, moga noli sentiasa sihat....

Lepas bersalin bulan nanti, noli dan anak2 akan ke nihon balik...dalam bulan Mac-April tahun depan akan balik Mesia for good. Nanti Amir akan mengajar di UMP gak cam abi...mungkin tahun depan abi plak yang akan sambung belajar, tinggal umi ngn anak2...hehe..xpe,umi tak pernah halang cita-cita abi,malah akan menyokong abi sepenuhnya...

Noli Amir sekeluarga sempat stay 2 malam di rumah kami, minta maaf sangat kalu ada kekurangan..harap2 selesa berada ni sni...kelmarin pagi, noli amir sekeluarga bertolak pula ke KL...sebelum ke Penang...smoga selamat sampai ke destinasi...sampai bertemu lagi nanti,insyaAllah

My Little Baby


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pada hari lahir umi tempoh hari, umi ke klinik berdekatan dengan ofis ni untuk scan...tanda2 pregnant mmg dh ada,just nak confirm...instinct umi kuat menyatakan little baby dlm perut ni dh lebih 5 minggu...sb dlu time harith, start muntah2, terus g check,baby dh 5 minggu..

Saje nak check aritu, sb nak bg birthday present tuk diri sendiri,hehe..
bila dh scan, doktor kata baby dah 9minggu...EDD 13.10.2012 alhamdulillah
smoga baby membesar dengan sihat dan bijak,amin

harith dan hasif pun sangat excited bila umi cakap ada baby dalam perut ni...bila suruh kiss, abang harith dan hasif cepat2 kiss perut umi ni,hehe...moga2 abang2 jaga adik baby bila kuar nanti

harith suka sgt tengok gambar scan baby,siap kiss lagi,hehe
umi pun sangat suka nak dapat baby ni..
tak sangka juga murah rezeki sb umi baru je berenti ambil pil noriday start awal tahun ni...
mmg niat kalu ada rezeki,nak dapat baby tahun ni,
alhamdulillah kerna Allah memakbulkan doa umi
sentiasa berdoa agar Allah kurniakan umi baby yang sihat sempurna
amin

Monday, March 12, 2012

Ummi's Birthday

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni ulangtahun hari lahir umi...dah bertambah umur umi...rasanya macam baru je umi bersalinkan harith...waktu umi belum masuk 25 tahun...hari ini dah masuk 30 tahun dah..maknanya anak2 umi pun dah makin besar...cepatnya masa berlalu...apapun, syukur alhamdulillah umi masih berkesempatan nak tengok harith dan hasif membesar...smoga Allah panjangkan umur umi untuk bersama-sama abi, harith dan hasif selalu..amin

Hari ni, harith dan hasif awal-awal abi antar ke sekolah...sebelum jam 8 pagi..diaorang bangun awal arini,abi dan umi siap-siapkan untuk ke sekolah..arini diaorang ada trip sekolah...ke zoo di Kemaman...bestkan..umi pun tumpang seronok..mula-mula, serba salah juga nak lepaskan hasif pergi, harith okla dah besar...bukan apa, takut cikgu susah nak jaga hasif...tp minggu lepas, bila cikgu miza bagi green light untuk hasif turut sama, umi dah paling happy rasanya..hehe..apa taknya, bila tanya hasif, nak g zoo tak..dia akan anggukkan kepala...bila tanya hasif nakal x...siap geleng2 kepala..huhu...bila mamai2 nak bangun tidur, abi tanya nak gi zoo tak,pun dia angguk2 kepala sambil mata masih terpejam...hahaha...

Program taska tu selama seminggu, esok ada program penyampaian bantuan untuk keluarga yang memerlukan, lusa g tengok wayang then g makan mcD, pastu hari seterusnya g mandi swimming pool di De' Rhu...penuh program tuk seminggu ni...wah,sukala tu anak-anak umi boleh jalan-jalan ngn kawan-kawan...tak sabar nak jemput diaorang kul 5 nnti...

Arini juga, kami akan menerima tetamu dari jauh..noli & amir sekeluarga,kawan umi abi time kat matsuyama dulu...masih ingatkah harith pada haikal...lama dah rasa kami xjumpa,lepas kitaorang balik aritu....lebih kurang 2 tahun agaknya...

Tadi umi turun nak g klinik jap...ramai sangat orang,musim orang sakit agaknya...umi just nak g check...rasa macam harith dan hasif nak dapat adik...dah wat pregnancy test kat umah aritu dan resultnya positif..kali ni umi rasa sangat happy...excited nak dapat baby...semoga Allah lindungi little baby dalam perut umi ni dan semoga baby membesar dengan sihat....amin..harith dan hasif pun suka sangat tahu nak dapat adik...hari-hari kiss perut umi...hehehe

Awal-awal aritu rasa lemah sangat,xde selera nak makan...skrang ni ok sikit...cuma sangat xde mood nak masak...mujurlah abi sekarang rajin masak,umi sediakan bahan...abi yang masak...semoga keadaan ini tak berpanjangan ;)

Thursday, January 19, 2012

Surah Al-Khausar





Terjemahan


1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada Kamu (Muhammad) kebaikan-kebaikan yang  banyak  di  dunia dan    akhirat
3.Oleh itu kerjakan lah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
4.Sesungguhnya orang yang membenci engkau,dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara   yang diingininya). 




Surah al-khausar ini telah diajar kepada Harith, alhamdulillah dia dah ingat...nak kena selalu baca baru tak lupa,insyaAllah. Time ajar surah ni, umi bagitau maksud sekali...pastu harith tanya apa tu korban. Kena lah explain sikit...bukalah cite camne korbah tu bermula..kisah nabi ibrahim dan ismail...nampak tertariklah harith sebab cite pasal sembelih2 ni...mujur dia ingat lagi tengok time sembelih lembu time raya haji aritu..so bolehlah tambahkah kefahaman dia...

Teringat aritu,kebetulan ceramah ustaz kat tv..katanya kalau kita stress2 baca surah ni 3x pada air yang nak diminum,insyaAllah boleh hilangkan stress..So,lepas ni kalau stress2,nak trylah buat...

Monday, January 16, 2012

Hasif's 3rd Birthday

Assalamualaikum semua....semalam birthday hasif ke-3,dah besar dh anak umi ni rupanya,kejap je rasa masa berlalu...semoga hasif membesar dengan sihat dan bijak...sentiasa dilindungi Allah selalu

Petang kelmarin,ke Kuantan..ambil kek birthday hasif...petang tu tunjuk ke dia,punya seronok tengok kek dia...siap marah-marah umi simpan kek dalam fridge..

Pagi ni,umi siap-siap awal sikit...hantar kek dan gifts ke sekolah... harap-harap hasif happylah sambut ngan kawan-kawan petang ni..jom tengok kek birthday hasif...

taraa...



 
dapat juga kek boboiboy



 

 

Friday, January 13, 2012

Menghitung Birthday Hasif

Sekarang ni umi tengah menghitung hari untuk sambut birthday hasif...lagi dua hari...excited plak..mula-mula ingat nak ajak kawan-kawan sikit, teringat time kat jepun dulu...wat majlis untuk birthday anak-anak,best sangat rasa..tapi takut plak tak sempat nak masak dengan hero 2 orang ni..dan memandangkan birthday harith dua bulan lepas,umi antar kek ke sekolah..birthday hasif ni pun nak wat camtu jugak...biar adil gitu...kalau x hantar kek ke sekolah,sure adik hasif sedih plak...walaupun mungkin dia belum faham makna 'birthday' yang sebenar...

Nak cite sikit,semalam cam biasa anak-anak masuk tidur ngan umi...sebelum tidur tu,harith mesti cite-cite sikit ngan umi...semalam harith cakap ke umi, "umi,eh..harith tak nak panggil umi la,nak panggil ibu pulak,boleh umi?"..."mm,ikut harith la,nak panggil apa pun,umi ke ibu ke",umi jawab..biasalah,adik umi peluk sebelah kanan,harith belah kiri,bila abang harith cakap,adik hasif pun sama nak dapatkan perhatian umi sama...harith marah,dia tolak kepala adik.umi marah lah,umi mmg xsuka harith buat camtu...terus harith merajuk.."umi marah harith,umi xnak kawan harith kan, kan?", tanya harith..."mmglah,umi bukan kawan harith,umi ibu harith,selamanya umi ni ibu harith,bukan kawan harith"...pastu umi siap buat lagu,umi bukan kawan,umi ibu..hahaha...barulah dia senyum...siap suruh umi ulang2 nyanyi lagu tu..aduilah...

Pastu umi cerita nak beli kek ke hasif...tanya hasif,nak kek apa?kek upin ipin ke,kek ben10 ke,kek pooh ke...harith cakap nak kek ben10,pastu adik hasif boleh plak cakap boboiboy....ketawa umi ngan abang harith dengar adik sebut boboiboy...umi dukung adik keluar bilik,g kat abi...suh abi tanya adik nak kek upin ipin ke ben10..sekali lagi adik jawab boboiboy....kami semua ketawa...maknanya adik hasif fahamlah soalan umi dan abi...comel betul dengar adik hasif sebut boboiboy....beberapa hari lepas,bila tengok cite boboiboy,adik hasif sebut boboiboy...umi ingat kebetulan tapi bila tiap kali watak tu keluar,mmg jelas sebutan adik..semalam time tengah tgok tv,umi minta suh sebut boboiboy,hasif sebut bababa,tapi bila abi tukar channel cite boboiboy,clear je dia sebut ulang2...hasif,hasif...mmg suka sangat buat orang gelak...selalu menghiburkan kami...

Ingat kejap lagi nak call,order kek,ahad ni g ambil di kuantan...bolehla bwa ke sekolah isnin nanti...tadi umi dah beli makanan ringan sikit untuk bagi kat kawan-kawan sekolah nanti...sama gak macam time abang harith dulu...moga hasif happy la nanti..

Semalam,bila cakap nak beli kek ke hasif,harith cakap suh beli dua,satu tuk dia...kena la umi terangkan yang birthday harith dah sambut hari tu,ni turn hasif plak...bulan 11 nanti,baru blh beli kek tuk harith lagi...barulah dia faham...umi cakap birthday umi ngan abi bulan 3, harith siap cakap nak beli kek untuk umi ngan abi lagi,hahaha.

Thursday, January 12, 2012

Harith Dan Al-Quran

Assalamualaikum...

Tajuk entry macam hebat je...hehe..umi bukan nak cite harith dah pandai baca al-quran...cuma nak coretkan aktiviti-aktiviti harith membaca surah-surah pendek dalam al-quran

Dulu,ada juga sekolah lama ajar iqra,bila time buka buka iqra kat rumah,harith dah kenal huruf sikit-sikit...agak mencabar juga nak mengajar di rumah sebab biasalah anak-anak tengah syok bermain..

Sekarang ni,di taska, baru start kelas iqra..tahun lepas harith tak sempat nak join belajar sebab masuk taska ump dah nak akhir tahun...harapnya dapat membantulah harith mengenal huruf nanti...

Dua hari lepas,balik dari sekolah,harith bagitau umi yang harith dah pandai baca doa pakai baju...dia baca...malam tu,bila umi bacakan doa pakai baju,harith siap cakap salah...nak juga cakap yang cikgu dia ajar je betul...nak betulkan sebutan,dia boleh cakap dia baca dah betul..huhu...sabar jelah...

Sekarang ni (lupa bila start) tapi rasanya 3,4 bulan ni...sebelum tidur,umi akan minta harith baca doa tidur dan surah 3 Qul...mula-mula start tu,umi yang baca dulu...harith ikut slow2..lama-lama harith dah ingat...skrg ni ingat surah al-ikhlas,al-falaq,an-nas,al-qafirun,al-massad,al-khausar...semalam dalam proses nak ingat surah an-nasr...anak-anak mmg mudah menghafal sebenarnya...terkejut juga umi,macam aritu just beberapa kali bacakan pada harith surah an-khausar,lama dah rasanya..tp dua hari lepas bila umi suruh ikut baca,dia dah boleh baca sendiri...ingtkan sekolah yang ajar..bila tanya,harith cakap umi yang ajar..huhu...terkesima kejap..

Berdepan dengan anak-anak kecil,mak ayah kena pakai guna psikologi sikit...kena banyak cerita..dulu,kalau ajak mengaji mmg harith cepat ilang fokus,tapi bila time nak tidur tu,umi bagitaulah kenapa kena baca doa tidur...mengaji...supaya Allah selalu jaga kita,lindung kita dari gangguan syaitan...dia macam boleh terima..start dari hari tu,tiap kali nak tidur,harith akan bca doa tidur,mengucap dua kalimah syahadat dan baca surah-surah yang dia dah ingat...

Bermula dua malam lepas,harith sekarang ni ikut abi ke surau ump tuk solat maghrib dan isya'...mudah-mudahan berpanjangan macam tu...pernah terbaca tapi lupa kat mana...al-quran kena didedahkan kepada anak-anak sejak kecil supaya sebati dengan jiwa mereka...

Harapnya umi dan abi pun boleh slalu solat jemaah time abi di rumah  macam waktu subuh dan time hujung minggu....amin...memang sebelum kahwin lagi umi menyimpan impian untuk selalu solat jemaah dengan suami nanti sebab time tu mama selalu cite...baba dan mek (arwah tok dan nenek umi) mmg selalu akan solat jemaah kalau baba tak ke surau...mmg umi selalu perhatikan sendiri waktu mereka datang bermalam di rumah kami,arwah baba akan tunggu mek untuk solat berjemaah...rasanya tak pernah lagi tengok mereka solat berasingan....best sangat kalau dapat jadi macam tu...

Berbalik kepada anak sulung umi,harith...sekarang ni menjadi agak sensitif,tak tahu kenapa...kalau umi cakap tinggi suara sikit,kadang-kadang bukan marahpun,dia akan merajuk dan akan cakap,"umi tak sayang harith,umi marah harith"..pastu menangis..umi akan peluk harith dan cakap,"harith,mana ada ibu yang tak sayang anak...umi marah sebab umi nak harith jadi budak baik...takkan kalau harith buat salah,umi tak boleh nak marah"...kalau harith dah besar nanti dan boleh baca apa yang umi tulis ni,umi nak harith tahu yang umi tak pernah bezakan harith dan adik hasif...umi sayang abi,harith dan hasif seluruh jiwa umi...tak pernah sedetikpun timbul perasaan benci terhadap kamu,nak...tak ada manusia yang tak pernah buat salah,biarlah umi menjadi orang pertama yang memarahkan kamu harith daripada membiarkan kamu dimarahi orang lain...semoga anak-anak umi sentiasa menjadi anak yang soleh..penyejuk mata dan hati umi dan abi..Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,Kau perkenankanlah doa hambamu ini....amin..