Wednesday, February 23, 2011
Anak teruna yang rajin
Weekend baru-baru ni ada beli penyapu baru....tak sempat umi simpan,keluar dari dapur tgok hasif duk 'menyapu'..hehe...besar nnti rajin-rajin tolong umi ya sayang....
Sunday, February 13, 2011
Aktiviti Weekend Kami
Malam kelmarin, saya berjanji dengan harith kalau dia tidur awal,esok boleh mandi kolam. So, kelmarin...selesai sarapan pagi, harith menuntut janji....ini antara gambar yg sempat di snap. Memang suka sangat dua beradik ni bermain air.
| main kolam depan rumah... |
| suka sangat main air |
| wajah ceria dua beradik dpt mandi kolam |
Friday, February 11, 2011
Kisah Daripada Al-Quran
Dua hari yg lepas, time lunch hour saya sempat ke book store berdekatan..memang niat nak cari buku untuk anak-anak kalau ada yang sesuai...belek punya belek terjumpa buku ni yang pada saya agak menarik.
*semoga noli dan ayu berpuas ati dgn comment saya tentang buku ni...mungkin untuk aireen dah sesuai untuk menggunakan buku ni...cuma untuk haikal yg sebaya harith...rsanya perlu sedikit masa lg sebab harith hanya berminat pd page bergambar, page yg xde gambar dia x give attention sgt...tp kalau nk try slow2 ok jgak ;)
Memang dh lama saya dan abi cari buku cerita teladan daripada al-quran untuk dibacakan untuk anak-anak. Sebelum ni kami ada terjumpa buku tentang haiwan-haiwan di Makah dan Madinah...dalam buku yang berasingan. Cuma bagi kami buku tersebut terlalu panjang, mungkin belum sesuai dibacakan untuk anak kami.
Buku yang saya beli di atas harganya RM45 sebab hard cover, kalu kulit nipis RM35 (dah macam promoter plak..huhu)..saya memilih yang hard cover sb nampak lg menarik di samping berniat menyimpan untuk jangkamasa lama untuk anak-anak yg akan datang.InsyaAllah.
Antara kandungan cerita di dalamnya ialah kisah pembunuhan pertama di kalangan manusia iaitu anak Nabi Adam, Qabil dan Habil yang terlalu ikutkan bisikan iblis..Disamping membaca untuk anak-anak, juga sebagai peringatan kepada saya yang sudah agak lupa tentang sejarah islam.
Cerita-cerita dalam buku ini disertakan dengan gambar bewarna yang menarik. Dah macam promoter kedai buku umi ni. Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas tapi memandangkan hasif pun suka dengar umi bercerita, kira sekali la tu. Hehe. Harap-harap harithasif suka lah dengar umi bercerita nanti...
Antara kandungan buku ini..
Setelah beberapa hari membacakan cerita-cerita dalam buku ini kepada harith hasif, tumpuan hanya diberikan pada page yang bergambar sahaja. Kreativiti diperlukan untuk mengolah cerita dalam bahasa yang mudah difahami dan menarik. Harith setiap kali dibacakan cerita bertanya gambar mana yang saya rujuk..aduiii..sedangkan tak smua page dalam buku ini bergambar...dan satu cerita paling pendek mempunyai lbih kurang 10muka surat yang mungkin agak panjang untuk anak seusia 3tahun. So, saya berpendapat mungkin kurang sesuai buku ini digunakan untuk harith hasif. Nampaknya saya khatam dulu la nanti sebelum saya bacakan untuk mereka. Takpelah, umi diaorg ni pun dh lupa cerita-cerita islam ni. Mungkin nanti saya harus cuba meringkaskan cerita agar tidak membosankan mereka.
*semoga noli dan ayu berpuas ati dgn comment saya tentang buku ni...mungkin untuk aireen dah sesuai untuk menggunakan buku ni...cuma untuk haikal yg sebaya harith...rsanya perlu sedikit masa lg sebab harith hanya berminat pd page bergambar, page yg xde gambar dia x give attention sgt...tp kalau nk try slow2 ok jgak ;)
Harith hasif sangat sukakan buku ini. Memang khusyuk sekali mendangar saya bercerita menggunakan buku ini. Pantang ada kelapangan, pasti harith mengusung buku ni kepada saya untuk dibacakan. So, bila dibandingkan kedua buku di atas, melalu pemerhatian saya...anak-anak kecil suka kan binatang...apa sahaja cerita berkenaan haiwan pasti bisa menarik perhatian mereka. Selain tu, mereka sukakan buku-buku yang mempunyai banyak gambar dan warna yang menarik.
Wednesday, February 9, 2011
Harith belajar ABC
Tadi terjumpa video ni yang diambil lebih kurang setahun yang lalu..ingatkan dh terdelete. Waktu ni umur harith genap 2thun, baru start belajar ABC..sebutan pun pelat-pelat lg, huhu...
Ini buku ABC yg kami guna untuk mengajar harith...ada special value pada buku ni sebenarnya sebab ianya hadiah daripada seorang pakcik nihon. Waktu tu kami sedang belek-belek buku di jusco kat sna..time tu dah malam. Umi time tu duk survey buku sesuai tuk harith...buku ni harga dalam rm45-60...nilai yg agak mahal pada kami bagi sebuah buku ABC untuk si anak kecil. Tetiba ada seorang pakcik pekerja security kat jusco tu (umur dlm 50-60 tahun) tengah ambil troli-troli duk usha-usha harith..siap main sorok-sorok dgn harith di sebalik tiang,hehe. Lama duk main tu, pakcik tu menghampiri kami dan bertanya, adakah harith suka baca buku ke..kami jawab mmg suka..asyik duk suruh baca buku je. Then, dia minta nk tgok buku yang umi pegang time tu...pastu dia bawa ke kaunter & bayarkan untuk kami. Kami dah tolak dgn cara baik tapi pakcik tu berkeras nak bayarkan juga. Alahai, rasa bersalahlah plak,rasa segan sgt...murah rezeki harith hari tu...semoga rezeki pakcik tu akan bertambah murah...amin..
*malam kelmarin, kami dh tidur dlu...dengar abi duk gelak sorang-sorang dpan lappy,ingatkan duk buat apa..rupanya duk tengok video harith ni....sure gelak sb dengar harith pronounce pelat-pelat lg,hehe..lain kali abi commentlah skit..jgnlah jd silent reader je..hehe
Hasif yang suka pakai kopiah
Hasif mmg pantang jmpa kopiah abi,terus dia pakai...hasif makin laju berjalan sejak balik kampung ni...seronok agaknya tgok orang lain berlari..hehe..sabar hasif,berlajar jalan betul-betul dulu baru nnti boleh join main lumba lari...
Budak kecik yang tiru gaya mengaji
Pagi tadi selesai solat subuh, tiba-tiba si kecil hasif terbangun, pastu terus duduk bersila sbelah umi...kemudian dia tiru gaya mengaji..huhu..hasif buat lawak pagi2 hari...
Tuesday, February 1, 2011
Balik Kampung
Sekarang ini kami sekeluarga berada di kampung halaman saya di kota bharu,esok kami akan ke rumah abi di jerteh sebelum pulang ke kuantan hari sabtu. Memandangkan chinese new year jatuh pada hari khamis dan jumaat...sengaja saya dan hubby ambil cuti selama tiga hari bermula isnin-rabu,bolehlah kami spend masa seminggu bercuti. Kami bertolak hari sabtu,singgah dulu di jerteh sebelum datang ke kb. Tadi kami ke tesco kb, bawa harithasif jalan-jalan. Bukan main suka dua beradik ni, jom layan video hasif ni..bukan main suka lg dapat berjalan...
Sejak berada di kampung ni,nampak mcam hasif ceria sangat...pastu asyik nak jalan je..mungkin excited tgok sepupu-sepupu semua dh boleh jalan. Hasif dah start tarik tangan saya ajak ke toilet kalu dia nk mandi or salin pampers,haha....
Subscribe to:
Posts (Atom)