Thursday, October 3, 2013

Masanya Sudah Tiba Untuk Jadi Fulltime Mom


Assalamualaikum
Sebenarnya lama dah bercita-cita nak jadi fulltime mum kepada anak-anak
Bila diingat-ingat lama juga tempoh pengajian dulu
Saya dulu pernah ambil jurusan sains hayat Matrikulasi Pongsu Seribu, P.Pinang, selepas habis SPM
merupakan first batch matriks under KPM
waktu tu matriks setahun setengah...rasanya tahun seterusnya dah jadi setahun je.

Masa di semesta ketiga, kakak sulung saya tolong isi borang upu..
masa tu dah lepas intake upu bln 6 tu, so hanya uitm je ada intake bulan 12
so bulan 12 tahun 2000 saya keluar dari matriks dan ke matrikulasi undang-undang, uitm shah alam.
Matriks di waktu tu satu tahun setengah. Habis matriks, saya terus sambung Degree Law selama lima tahun.
Selesai Degree awal 2006, saya terus buat praktikal (chambering) di firm di Kota Bharu selama 9 bulan. 

Saya ambil law sebab arwah papa dulu seorang peguam di KB. Saya memang bercita-cita jadi macam arwah papa sebab saya selalu ikut arwah papa gi mahkamah. Namun saya takde rezeki untuk sambung firm arwah sebab arwah papa meninggal dunia waktu saya di tahun ketiga pengajian.

Dalam tempoh chambering tu, saya berkahwin ngn abi iaitu pada 9.9.2006, waktu tu abi masih lagi menuntut di tahun 3 (kalau tak silap) di Ehime Universiti, Japan. Tak lama selepas kahwin abi kembali ke sana meneruskan pengajian manakala saya meneruskan chambering yang masih berbaki. Dalam bulan 2, 2007 abi pulang bercuti untuk beberapa bulan. Tak lama selepas itu, saya disahkan hamilkn harith dan masa Call To the Bar (Penerimaan Masuk Sebagai Peguamcara) pada awal Mei 2007 , Harith sudah  ada dalam perut.
Taklama selepas itu saya terbang ke tempat abi. Itu kali pertama naik flight seorang diri (sebelum ni dgn arwah papa je). Sampai di Osaka Airport, abi dah sedia menanti.

Sepanjang di Japan, saya mmg seorang fulltime housewife. Bila pulang ke sini pada tahun 2010  barula saya mula bekerja di firma Mohd Sofian & Co, Kuantan. September 2011, kebetulan semasa abi bercadang jadi warden di UMP, ada kekosongan di Lin & Associates Pekan, jadi saya terus mohon dan alhamdulillah saya diterima selepas ditemuduga di mana saya menjaga  cawangan ofis di sana.
Selepas melahirkan Safiya bulan Oktober 2012, saya dimaklumkan bahawa cawangan sana akan ditutup dan saya ditawarkan untuk bekerja di main office di Kuantan. Bermula tahun 2013 ini saya berulang dari Pekan ke Kuantan iaitu kira-kira 9 bulan hinggalah kami berpindah di sini baru-baru ini.

 Tanggal 1/10/2013 lalu, saya telah menghantar notis untuk resign memandangkan kontrak saya sudah tamat. Saya menolak tawaran untuk sambung kontrak lagi. Mungkin saya akan stay sehingga akhir tahun ini atau mungkin lagi awal, semuanya bergantung kepada keadaan.

Sebenarnya sudah lama abi menyuarakan keinginan supaya saya berhenti kerja dan tumpukan kepada keluarga. Namun syukur sebab suami tidak pernah memaksa bilamana saya minta diberi sedikit masa untuk membuat keputusan. Keputusan saya ambil ini waktu abi dh terbang ke Australia untuk projek kereta solar.

Rasanya tiba masanya saya berehat.Tak pasti samada rehat untuk seketika atau selamanya dalam bidang guaman ini. Apa yang saya pasti, saya perlukan masa dan ruang untuk saya dan keluarga. Cukupla setakat ini terkejar-kejar ke sana ke mari. Saya yakin rezeki Allah sangat luas.Apa yang penting, saya perlu banyakkan berdoa agar Allah murahkan rezeki saya dan keluarga.

Wednesday, October 2, 2013

Batery Kereta Kong- Camne nak jump start kereta

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, hari isnin... first day saya ke ofis bersama tiga anakanda tersayang untuk dihantar ke taska memandangkan abi diaorang takde...sebelum ni Harith ke sekolah pra di Pekan bersama abi.
Jam 8.30 pagi semua dah siap, kalut sungguh saya menguruskan anak tanpa suami. Bila nak start kereta...tak boleh start..jeng jeng jeng...batery lemah. 

Tanda bateri lemah ialah sebab lampu masih boleh bernyala, cuma enjin je tak boleh nak hidup. Adoi, time ni la nak jadi camni, saat abi takde ni lah nak jadi.hihi. Tengok jam mmg dah agak lambat. So terpaksa biarkan kereta tu dulu. Balik nantila tgok camne.

Anak-anak ke taska berdekatan dengan ofis..Alhamdulillah semua behave je dalam kereta. Harith pun bagus sangat jaga Hasif kat belakang sementara Safiya pun baik je duduk dalam baby seat kat sebelah saya. Saya cakap kat Harith, "umi rasa nak nangis je sebab anak-anak umi semua baik sangat."
Petang tu, kami minta tolong kawan abi berdekatan dengan umh, Pakcik Lat untuk tolong jump start kereta. Harith yang duk bising bagitau itu ini tentang nak sambung wayar. Siap cakap, abi pesan wayar kena sambung betul-betul, kalau tak boleh meletup.Huhu. Mujurlah kemudian enjin boleh hidup.

Malangnya pagi esoknya (kelmarin) sekali lagi kereta tak boleh nak start. So terpaksa biarkan dulu sebab memang tak sempat nak jump start.

Akhirnya pagi tadi, selepas chat ngan abi,saya beranikan diri untuk jump start kereta. Mujur ada Harith, memberi sedikit kekuatan kepada saya. Ini cara saya nak jump start kereta.
1. Ambil wayar jumper. Seeloknya guna wayar yang besar. 
2. Sambung wayar jumper ke bateri. Mula-mula sambung wayar merah ke 
   terminal positif yang lemah, kemudian sambung wayar merah ke terminal 
   positif kereta yang berkeadaan baik. Wayar hitam sambung ke terminal          negatif kereta berkeadaan baik dan wayar hitam satu lagi sambun ke mana-    mana bahagian besi/body kereta bateri yang lemah.  
    
    *biasanya ramai yang sambung wayar hitam terus ke terminal negatif       
    kereta yang bateri lemah namun ini boleh menyebabkan penghasilan gas 
    hidrogen berlebihan dan boleh mengakibatkan letupan  
 Cara Jump Start Bateri Kereta

3. Hidupkan enjin kereta yang berkeadaan baik. Jika bateri amat lemah, harus 
    biarkan enjin hidup dalam 15-20 minit. Kemudian, cuba start kereta yang 
      bateri lemah. 
4. Bila dah berjaya hidup, tanggalkan wayar jumper dari bateri. Mulakan   
   dengan menanggalkan wayar hitam dari bahagian besi/body dan  kemudian tanggalkan wayar hitam pada terminal negatif kereta yang berkeadaan baik.Seterusnya tanggalkan wayar merah pada terminal positif  pada kereta yang berkeadaan baik dan kemudian tanggal wayar merah pada terminal positif kereta bateri yang lemah. 

Cara Betul Menanggalkan Cable Jumper
  
Syukur alhamdulillah, setelah langkah-langkah di atas di ambil, kereta dapat dihidupkan.

Besar sungguh ujian di saat abi takde. Mungkin Allah menguji sebab nak saya jadi lagi kuat, berdikari dan lebih menghargai kehadiran suami selama ini. Biasanya kalau bateri kereta lemah, abi yang akan handle tanpa bantuan saya. Namun bila saya mengalaminya sendiri, baru saya sedar betapa sukarnya keadaan tanpa suami di sisi.

Monday, September 30, 2013

Kini Kembali


بسم الله الرحمن الرحيم dan Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak menulis di sini, saya kini kembali...last entry yang saya tulis ialah pengalaman bersalin anak ketiga saya iaitu anak perempuan saya yang kini hampir mencecah satu tahun...betapa cepatnya masa berlalu.

Saya kini ibu kepada tiga orang anak, dua putera dan seorang puteri...alhamdulillah.Kehidupan sebagai ibu bekerjaya bukanlah satu tugas yang mudah bagi saya.Tambahan dalam masa terdekat ini begitu banyak perkara berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga.

Akhir bulan Ogos, kontrak abi sebagai warden di UMP telah tamat... Sepatutnya bulan September abi dijangka menyambung pengajiaan Phd nya di Japan...betapa sukarnya saya melihat suami saya mencari-cari universiti di sana dalam sibuk beliau masih bertugas sebagai pensyarah di sini. Betapa saya melihat beliau gembira saat menerima surat tawaran daripada universiti di sana. Namum, kami dikhabarkan permohonan abi untuk ke universiti itu ditolak oleh pihak universiti di sini atas sebab universiti tersebut tidak termasuk dalam ranking top 200 over the world. Walaupun peratusan dalam bidang research tidak menyumbang kepada kenaikan ranking universiti, keputusan tersebut kami terima dengan rasa berat hati. Walaupun sedih melihat kekecewaan suami, saya tetap percaya bahawa  pasti ada rahmat di sebalik apa yang berlaku. Kami mungkin merasakan rancangan kami adalah yang terbaik, namum saya yakin bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Memandangkan kami masih di sini, kami terpaksa meneruskan tugas kami dalam bidang yang berbeza. Dalam masa beberapa hari, kami terpaksa mencari rumah sewa. Alhamdulillah ada rezeki kami walaupun kami rasakan sewa sangat mahal bagi kami untuk sebuah rumah baru yang tak punya sebarang kelengkapan.Namum kami terpaksa juga menyewa rumah yang kami duduki sekarang memandangkan tidak punya pilihan lain selainnya.

Banyak perkara harus diselesaikan dek perpindahan kami sekeluarga dari Pekan ke Kuantan. Urusan persekolah Harith, pusat jagaan untuk Hasif dan Safiya. Abi pula sibuk dengan projek kereta solar.

Rasanya kurang dua minggu kami betul-betul menetap di Kuantan. Belum habis lengguh badan mengemas barang dari rumah Pekan ke Kuantan. Mujur ada adik ipar dan mertua yang datang membantu. 

Tanggal 28hb September lepas, abi berangkat ke Australia bersama-sama team projek kerata solar membawa tugas besar mewakili UMP. Sabtu lepas baru saja berlalu namum saya rasa bagai sudah berbulan tanpa suami. Menitis juga air mata saat ini menghantar abi di airport walau cuba menahan semampu mungkin.

Berita ketibaan abi di sana telah kami terima. Doa saya semoga abi baik-baik di sana dan akan kembali dengan selamat. Ameen.

Monday, October 15, 2012

Pengalaman Melahirkan

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni...ni baru nak tulis pasal pengalaman bersalin anak ketiga yang kami bagi nama Nur Safiya.

Kalau ikut tarikh last period, estimate due date ialah pada 10.10.2012 tapi kalau ikut tarikh scan EDD ialah pada 15.10.2012. Kalau ikutkan masa harith dulu, bersalin awal seminggu dari EDD,kalau hasif pula awal 2,3 hari je. So,kali ni macam expect akan bersalin awal juga. Time g check up di klinik, doktor kata antara 10-13  Oktober 2012 dijangka baby keluar.

Pada 1.10.2012 (hari isnin),baby masuk 38w rasa perut mengeras tapi tak tetap. Memang contraction datang sekali sekala. Mula terfikir tu ke contraction. Malam tu mmg tak bleh nak tido,pusing kiri tak hilang sakit, pusing kanan pun tak hilang juga. Last2 gi kemas2 beg sikit. Actually dari aritu lagi pack barang. Selesai solat subuh, sakit pun hilang.

Esok pagi 2.10.2012,umi gi klinik,kebetulan mmg kena g check up.Nurse kata macam belum lagi. Ingat nak ajak abi balik hujung minggu,kebetulan abi kena g KL,hari Jumaat lagi kena ada sana,so umi rasa mmg nak kena balik juga. Buatnya umi sakit time abi takde,haru la jawabnya. Lagipun mmg plan nak bersalin di HUSM, so takut pulak tak sempat balik kalau lambat.

Lepas check up di klinik,sempatlah masuk ofis kejap...tghari tu terus balik umah. Tunggu abi balik sambil siap-siapkan harith dan hasif. Abi balik,kami ke ECMall..g makan sushi kat Sushi King sebab hari bonanza...ada discountla untuk ahli. Lepas selesai makan sushi, kami terus bertolak balik kampung. Singgah umah abi dulu di Jerteh sebelum balik ke umah mama umi di KB. Ari Khamis tu (4.10.2012) abi bertolak ke Litar Sepang sebab abi join pertandingan kereta mesra alam mewakili ump. Tunggu punye tunggu,baby tak mau keluar lagi. Umi pn selalu duk cakap ngn baby supaya jangan keluar dulu sebelum abi balik..hehe.

Hari Selasa (9.10.12) start pukul 2 pagi,rasa sakit perut...mula-mula tahan dulu,cuba tidur balik...tak boleh tidur sebab sakit...sampai la subuh duk tahan sakit...sambil duk kira-kira,adalah dalam sejam sekali sakit. Lepas solat subuh tu umi call abi minta abi balik. Abi bertolak balik dari Pekan pagi tu juga. Yang peliknya tengahari tu umi tak rasa sakit dah...umi agak malam atau esok tu mesti dah nak bersalin.

Tunggu punya tunggu takde pulak sakit bila abi ada ni...Hari Khamis kami balik Jerteh,stay kat sana sementara tak sakit lagi. Hari Sabtu (13.10.2012) pagi,ada rasa sakit dari jam 2-4 pagi...mmg tak boleh tidur tapi umi tak kejutkan abi sebab masih boleh tahan lagi. Sempatla umi buat solat hajat minta selamat semuanya.

Pagi tu rasa sakit pun hilang. Time mandikan hasif, umi dukung angkat hasif naik umah. Tiba-tiba rasa macam ada air mengalir keluar,tak boleh nak tahan dari keluar...mcam deras je mengalir dan rasa panas kat peha..terus gi toilet cek,takde plak bau...then, terus ajak abi balik umah mama kt pengkalan chepa tuk antar harith dan hasif sebelum gi hospital.

Sampai umah mama, g solat zohor dlu..siap2 nak ke husm..time nak berangkat tu,adui..sedihnya nak tinggalkan harith dan hasif. Harith dah sebak time salam ngn umi, umi lagi la bertambah2 sebak...lepas salam dan kiss  & peluk harith ngn hasif, umi kuatkan kaki melangkah keluar. Memang air mata mengalir laju sepanjang perjalanan.

Sampai kat husm, kami ke bahagian kecemasan sb hari sabtu untuk pendaftaran dan kemudian ke wad bersalin. Time tu ada sorang je ibu yang juga nak bersalin dan sedang diperiksa doktor. Tak lama kemudian, turn umi plak nak kena cek. Umi bagitau doktor, belum ada rasa sakit, cuma ada air keluar, risau takut air ketuban. Harith dlu turun air ketuban sementara hasif,keluar darah. Bila doktor cek, belum ada lagi bukaan dan kemungkinan bukan air ketuban yang keluar tapi kena confirmkan balik dan umi kena tahan wad. Umi pula yakin yang tu air ketuban sebab memang sebab mmg xblh nak control cuma ianya sedikit.

Umi kemudian dihantar abi ke wad,then umi turun ke bawah untuk antar abi pulang. Time nak pisah ngn abi tu,sedih sgt rasa dan sememangnya umi menangis,hehe. Malam tu sunyi nya tido tanda harith ngn hasif. Biasanya diaorang mesti tido ngn umi,sebelah kanan peluk harith,sebelah kiri peluk hasif. Jadi bila diaorang takde,mmg sangat terasa dan mesti diaorangpun rasa perkara yang sama. Sekitar jam 10, umi call abi,cakap ngn harith dan kemudian hasif. Sebak sangat cakap ngn hasif. Abi bagitau hasif nangis2 sbelum tido mesti sebab rindukan umi,lagilah umi rasa sebak.

Lepas solat Isyak, sempat buat solat hajar moga Allah mudahkan segala urusan. Kemudian, sempat baca surah Maryam agar umi mudah bersalin. Sebelum tido,umi minum minyak selusuh yang mama buat. Lebih kurang jam 2 lbh, ada rasa sakit perut,umi tahan je cuba tido tapi mmg tak lena. Nurse ada bagitau sebelum subuh, jam 530 doktor akan datang cek. 

Umi tahan je dlu selagi termampu.Sakit dah makin kerap tp masih lagi boleh tahan. Dalam 10 minit sakit dtg skali. Berkira-kira sama ada nak bgtau nurse ke tak. Kemudian umi ckp kat nurse kat kaunter sebab rasa macam dh betul sait bersalin. Nurse tnya,boleh tnggu tak sampai doktor datang kira-kira jam 530.Umi cakap boleh lagi walaupun dah kerap sangat sakitnya.

Jam 530 pagi, doktor dtg tuk cek bahagian bawah ngn masukkan alat, sakit juga rasa time tu. Doktor kemudian sahkan yang air ketuban belum pecah. Alhamdulillah xde infection pada baby. Kamudian,bgtau doktor yang dh ada sakit bersalin. Doktor cek dah bukaan 4 dan minta nurse bawa turun umi ke wad bersalin selepas subuh.

Selepas tu nurse masukkan ubat tuk buang air besar tp xde rasa maybe sb dah ke toilet sebelum tu. Masuk je subuh, umi call abi suh dtg lepas solat. Sementara tu, umi g mandi dan solat subuh. Mmmg ada rasa sakit tapi masih boleh control. Selesai tu, nurse dah ready nak bawa umi turun, tapi umi mnta masa sikit lagi nak kemas2 barang. Lepas tu ke kaunter,nurse bawa turun ke wad.

Sampai di wad dalam pukul 7 pagi...tunggu sekejap sebelum doktor datang. Dalam pukul 730, abi datang..terus umi nangis tgok abi. Doktor datang cek,dah bukaan 5. Alhamdulillah,umi rasa boleh control lg sambil sembang2 ngn abi. Abi tak putus suh baca doa nasi yunus,alhamdulillah mudah je rasa.

Kemudian datang beberapa orang doktor senior,tanya samada umi nak ambil epidural, umi menolak. Diaorang macam pelik umi xnak tapi umi yakinkan diaorang sb umi bersalinkan harith dan hasif secara natural. Kemudian doktor suggest sedut gas untuk tahan sakit tapi umi tak nak sebab tak pernah ambil sebelum ini. Doktor jangka yang umi akan sakit betul2 jam 11 pg.

Umi pula dah rasa sakit dalam 10 minit sekali dan kemudian 5 minit. Sambil tu umi hanya genggam tangan abi sambil berzikir. Rasa mcam semuanya terlalu cepat. Tiba-tiba umi dah rsa nak teran dan bagitau nurse. Midwife plak time tu gi bilik bedah,sedia peralatan tuk operation ibu yang juga nak bersalin sebab ingat umi lambat lagi bersalin. Mujur ada nurse yang lagi sorang. Bila bagitau umi dah rsa nak teran, dia minta teran je. Dua, tiga kali push, baby pun keluar. Alhamdulillah, lahir seorang baby girl.

Lepas selesai,abi diminta kuar tuk urusan jahit. Nurse kata sikit so tak perl;u bius tp rasa adui sakitnya la dari sakit bersalin, huhu. Selesai tu, baby dibawa tuk dibersihkan sementara umi pn tertido kepenatan. Bila nurse bawa bay tuk disusukan,umi rasa tak larat sangat dan ngantuk,mungkin sebab kesan gas yang nurse minta umi sedut time tgah sakit tu. Rasanya lain kali umi tak nak ambil dah sebab rasa mmg tak membantu langsung tuk tahan sakit malah lagi teruk kesannya sebab sangat mengantuk sampai tak boleh nak buka mata nak tengok baby.

Apapun syukur kpd Allah semuanya selamat dan baby sihat. Alhamdulillah.

Wednesday, September 26, 2012

Baby 37 Weeks

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog ni,tak tahula malas melanda plak sekarang ni
tapi memandangkan baby dalam perut ni dah makin besar
nak update la sikit...nanti kang meletup memang lagila xde masa

Alhamdulillah sekarang ni baby dah 37weeks..
cepat je rasa masa berlalu
pejam celik pejam celik dah nak smpai due date dh
sekarang ni,sebab dh lebih 36 weeks,kena g check up seminggu sekali
last week g check up di Klinik Peramu,klinik ni ada doktor...
so pergi tuk scan baby...doc bgtau kepala baby dh kat bawah
check HB,bacaan rendah sikit iaitu 10.8,sepatutnya 11
tapi xde la rendah sangat,tp still kena ambil darah..adui

Kelmarin pula ke Klinik Kg Marhum,dekat je ngn umah
punyelah ramai orang, pukul 9 sampai,pukul 1130 baru settle
bacaan HB tetap sama...10.8 walaupun pil iron dah ambil 2biji 2x makan
so next week,kena g jmpa doktor lagi kat Peramu
harap2 naiklah nanti,taknaklah kena cucuk pulak...

Sekarang ni ada perut asyik mengeras je..tp xde lah sakit mana
rasa macam senggugut je,tapi saya tak ambil pusing sangat
normal lah rasanya...asal jangan sakit nak bersalin sudah

kalau ikutkan estimate due date 10.10.12 atau 15.10.12
kalau ikutkan time bersalin harith,awal seminggu
hasif pulak awal 3,4 ari
so kali ni xtaulah...
nak minta cuti awal,sayang plak cuti
kalau ikut seminggu awal ialah pada 3.10.12 atau 8.10.12
iaitu minggu depan

abi dah offer nak antar umi balik kg kalu nak
cuma umi rasa macam awal sangat
tak best pulak kalau abi tak de sama sementara nak tunggu bersalin

kebetulan pula sekarang ni abi tgah busy
tengah siapkan projek buat kete elektrik tuk masuk pertandingan antara universiti...anjuran Proton
so sekarang mmg abi banyak habis masa kat lab je
seminggu dua ni asyik balik lewat je
semalam harith tunggu abi balik,nak tido ngan abi katanya
last2 tertido juga ngn umi,xsedar abi balik kul 1230

pertandingan kete tu akan diadakan di litar sepang next week
so, maybe abi akan ke kl 3-6hb nanti
abi ada offer nak pergi satu family
tapi mmg umi tak naklah,kang bersalin plak kat kl
huhuhu

so umi harap sangat baby janganlah kuar lagi
bagi lah chance abi ke litar sepang
sebab nampa bersungguh betul abi wat projek tu
umi pun xnak m'halang, kenalah supportive
so,umi doa..kalau abi jadi g kl nnti,janganlah sakit lagi
plannya,lepas abi balik dr kl,nak bertolak balik kg pada 7.10.12
tapi kalu tak sempat balik,bersalin kat kuantanlah nampaknya
apapun,moga Allah bg yang terbaik
kita yang merancang,namun perancangan Allah adalah yang terbaik

semalam time g check kat klinik,nurse bgtau baby tak turun bawah lg
sb ada rasa ruang kat bahagian bawah
lega lah rasa, harap jangan awal sangat
tapi sekarang ni dah rasa sakit kat ari-ari,sakit belakang kadang-kadang

makin dekat EDD ni,makin berdebar-debar pulak rasa
kadang-kadang terjaga tido tengah2 malam
so umi gunakan masa tu doa tuk baby
takde apa umi harapkan selain agar baby dalam perut ni
sihat sempurna sifat,sempurna akal fikiran,
bijak,fasih lisan dan cantik rupa paras serta akhlak
moga baby keluar dari perut umi dengan mudah dan selamat,amin
kadang-kadang umi minta harith sama-sama doa, adik hasif pun angkat tangan juga berdoa sama-sama
harith pun dah boleh ingat doa yg selalu umi baca,hehe

semoga segalanya dipermudahkan
moga Allah tenangkan hati umi,lapangkan dada
untuk menghadapi saat nak bersalin nanti
semoga Allah bagi yang terbaik untuk kami sekeluarga
amin....

Wednesday, August 29, 2012

Raya Aidilfitri 2012




Salam Aidilfitri buat smua rakan-rakan muslim
arini hari ketiga umi kembali masuk ofis selepas cuti seminggu
memang meriah sambutan raya tahun ni sebab banyak rumah sanak saudara
dapat dikunjungi
harith dan hasif pula happy sgt dapat main ngn sepupu-sepupu

tahun ni giliran beraya umah abi dlu di jerteh,ari raya ke2 balik pengkalan chepa,umah mama umi plak...sempatla tiga hari kat sana
then balik semula ke jerteh dua ari sebelum balik ke Pekan

Kami sampai Pekan,subuh ari ahad lepas...sangat la penat bertolak malam
beberapa kali berhenti tidur...
pukul 1130 pagi,bersiap2 tuk ke open house umah PM kita..hehe
pendek kata,raya tahun ni mmg terasa best juga la walaupun dalam keadaan umi yang pregnant 8 bulan ni..hehe

ari isnin lalu,umi nak kna g klinik..so abi yang uruskan anak ke sekolah
nangis-nangis harith nak ikut abi g ofis,maklumla lama sangat cuti
xde mood nak g sekolah..usahkan harith & hasif, umi pn rasa nak cuti lagi

Dua ari lepas (isnin),umi ada check up di klinik ibu dengan ngn umah kami ni
check urine, ok...beratpn ada naik...cuma hb umi still agak rendah 10
denyutan jantung baby pn ok...skrg baby dh msuk 33mnggu ++
time nurse tanya,ada bengkak kaki..dengan yakin nya umi cakap xde
tengahari kelmarin,time nak solat asar,rasa sakit sikit time nak duduk
tengok2 kaki bengkak sikit...xdelah sakit sangat cuma rasa macam orang gemuk je,hehe

smlm tak berapa larat nak masak...balik ofis,singgah kfc jap..bli tuk dinner
skrg ni pn rasa kaki bengkak balik...xtaulah boleh tak nak masak mlm ni
tadi time lunch hour, g beli barang dapur sikit..then sempat lg g kedai Anakku
kalu ikut duk tahan je dari beli baju baby sebab nak recycle je baju abang harith ngn hasif..baju2 pn dah siap basuh...ingt nak beli lepas baby kuar
tp tadi macam terliur je tgok baju baby girl yang cantik2
jadi terbeli juga la for the first time buat baby dalam tummy ni..suke suke

smlm,ada call mama tanya khabar...mama bgtau nanti nak buat air selusuh tuk umi bersalin nanti...macam dah dekat je rasa nak bersalin
still duk pikir-pikir nak bersalin kat kuantan ke kb
tp bila fikir tuk kesenangan,rasa better balik bersalin di kb
but still not confirm yet..

okla,sampai berjumpa lagi...



Tuesday, August 14, 2012

Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sedar tak sedar dah masuk ke ari 26hb ramadhan
alhamdulillah,Allah bagi kekuatan untuk umi berpuasa dengan perut yang semakin membesar ni....

Dua minggu lpas,baby dah 30 minggu,umi scan baby di klinik al-amin,kuantan
alhamdulillah semuanya baik2 dan doktor maklumkan yang baby dalam perut ni baby girl...suka sangat dengar padahal dah 2 doktor yg lain bgtau benda yang sama...maklumlah memang teringin sangat nak anak pompuan,
dan macam tak percaya je sb umi ingat umi xde harapan nak dapat baby girl

baju-baju abang harith ngn hasif dah umi cuci
so nanti bolehla baby pakai nanti,sehelai baju baru pn tak beli lagi
umi dah cakap kat abi,lepas bersalin nanti baju nak shopping baju baby
biar confirm betul2 baby girl....
so nampaknya nanti baby akan banyak pakai baju color biru ngn kuning je dlu
lepas tu kite beli baju comel2 ye sayang....

arini umi g check up baby di klinik ibu
baby dah 32 minggu...time test urine td,urine kotor sikit,biasa macam ok je
padahal umi xde pn ambil kafein, baik kopi atau teh
so lepas ni kena minum air kosong banyak2
hb pn rendah..9.5,sepatutnya kena refer ke klinik besar tp umi refuse sb macam malas je nak bersesak-sesak bulan2 puasa ni
balik nnti nak kena try apa yg patut...maybe ambil ikan bilis dan minum air jambu batu tuk meningkatkan hb...minta2la menjadi

untuk raya tahun ni,umi rajin sungguh buat biskut raya
ni 1st time umi buat sendiri,kalau time kecik dlu tolong mama je
dua tahun lepas,tolong MIL ngn SIL,
tapi tahun ni semangat sangat nak wat biskut padahal penat toksah cakapla
jangan tak percaya umi dah siapkan 5 jenis biskut raya
biskut suci dalam debu,biskut mula2 buat sudah berjaya dihabiskan oleh abi
then biskut snow almond umi wat 2 mnggu lepas...
weekend baru ni, umi wat tart nenas,biskut cornflakes madu, biskut nestum,
buat lagi sekali biskut suci dalam debu...
ahad malam tu nak wat biskut suji pelangi yg warna warni
tp gi dapur timbang minyak sapi xckup...punyela harith nangis sb umi tak jadi nak buat biskut tu...harith bgtau dia suka sangat umi wat biskut raya
so,smlm mnyak sapi dah beli...insyaAllah malam ni proceed ngn biskut suji pelangi tu..harap2 tak penatla malam nanti

semalam,rasa penat sangat...balik ofis,rehat jap then solat asar
harith pulak mengadu lapar...umi g masak nasi...goreng telur ngn kicap
berselera sungguh harith ngn hasif makan
nak masak lauk tuk berbuka punyelah xlarat
umi buat sup perut..abi tolong perap tuk wat kambing bakar (favourite abi)
then umi bakar,then wat air jagung

time umi tengah wat air jagung,harith masuk ke dapur
pastu harith cakap,"umi buat air tak sedap"...
umi diam je,dalam hati mmg terasa sungguh
dalam keadaan yg sangat penat,dengar kata2 macam tu walau cuma dari anak kecil ckup buatkan umi terasa....mmg rasa nak nagis
harith mmg xsuka air jagung...dia biasa akan minta air anggur je...

lepas berbuka ngn minum air,terasa perut sakit,kaki rasa lengguh sungguh
umi masuk bilik,baring....time tu jga umi nangis
mungkin smlm sangat2 penat,tambah terasa ngn kata-kata harith
taktaula napa umi sensitif sangat
umi tau harith xde niat nak wat umi sakit ati
atau dia saje nak provoke umi sebab nak umi layan dia,biasala anak-anak
tp lepas tu umi dah ok balik...solat terawih ngn abi
nak wat biskut mmg tak larat sangat...
smlm tido awal sikit...harith ngn hasif ni mmg kena peluk sebelum tido
belah kanan harith...belah kiri hasif...dua-dua minta umi peluk sampai diaorang tertido...kalu umi peluk hasif,harith yg bising..kalu umi peluk harith,hasif yang nangis...begitula dua beradik ni...
kalu baby dah keluar nanti,tak taula camana,hehe

okla,panjang lebar plak...mmg banyak sungguh nak cite pasal anak-anak ni
cuma sejak dua menjak ni memang agak malas nak update blog
sampai berjumpa lagi
selamat hari raya aidilfitri