Tuesday, May 6, 2014

Peluang Bisnes Dengan Shaklee


Bekerja sambil jaga anak, boleh ke???....Saya percaya jika diberi pilihan, semua ibu akan memilih untuk bekerja tanpa perlu meninggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain.

Leader saya ini, Master Nadiah Suhaidi dulunya merupakan seorang
 lepasan Ijazah dari UTP memilih untuk menjadi surirumah demi kepentingan keluarga. Namun, saya yakin sekarang ini beliau boleh tersenyum lebar, tindakan beliau untuk serius dalam Shaklee setahun yang lalu telah meletakkan nama beliau sebaris dengan mereka yang berjaya dalam Shaklee. 

Saya percaya, rezeki Allah sememangnya luas. Setelah setahun serius dalam Shaklee, beliau kini bergelar Master (rank tertinggi dalam bisnes Shaklee) dan telah membuktikan bahawa surirumah juga boleh berjaya. Bayangkan pendapatan bulanan terkini yang beliau terima daripada Shaklee adalah melebihi 10 kali ganda pendapatan terakhir saya ketika bergelar peguam...hebatkan???

Walaupun telah berjaya, beliau kini sibuk bercoaching (bersama suami dan anak-anak yang turut serta)..bagi melahirkan lebih ramai 'Master Nadiah Suhaidi' dan lebih ramai 'Leaders' yang berjaya kerana itulah matlamat utama dalam Shaklee.

Saya menyeru mereka yang berhasrat menambah pendapatan keluarga terutama surirumah untuk bersama-sama group Jutawan kami. Insya Allah, hanya dengan modal RM 75 untuk mendaftar keahlian, kita juga mampu berjaya seperti Master Nadiah Suhaidi, insyaAllah.

Jangan risau, dalam Shaklee, kita tidak sendirian, kita akan sentiasa diguide oleh para 'Leaders' yang telah berjaya. Apa yang penting, mestilah rajin berusaha dan selebihnya serahkan kepada Allah. Ingat, rezeki Allah itu sangat luas.


Berminat menyertai kami?...Boleh PM/whatsapp 014-2933913 segera untuk keterangan lanjut.

Thursday, May 1, 2014

Lebih Baik Menjadi Tangan Di Atas

Lepas jemput harith balik sekolah tadi..harith dan hasif tolong umi beli tepung goreng di kedai runcit...suruh beli satu,diaorang beli dua sebab takut habis...hihi

Sampai rumah, harith tanya,`umi,blh tak duit ni harith nk sedekah kat mualimah?...blh guna untuk beli aircond'...

Kira baki duit tadi RM 5. Umi balas, `takpe ke harith...kan habis duit nanti'...(saja nak uji kefahaman anak seusia kurang 7tahun tentang sedekah)

`takpela umi...nanti Allah gantilah balik duit ni'...katanya tadi dia dah sedekah duit RM2 yang umi bagi kelmarin untuk belanja...

Alhamdulillah,moga sentiasa menjadi tangan yang di atas...yang banyak memberi daripada menerima...

Macam nak sediakan tabung khas kat rumah untuk tujuan sedekah untuk didik anak-anak amalan bersedekah...

Pernah dengar ada ustaz sedia tabung untuk mereka sekeluarga isi setiap hari....setiap jumaat@hujung minggu mereka akan sama-sama bawa duit ke masjid atau sedekahkan kepada yg memerlukan...amalan tu dimulakan oleh ayah ustaz ketika ustaz tu masih kanak-kanak

Wednesday, April 30, 2014

Working At Home Mother

Baru nak masuk 'ofis'@ #homesweethome ditemani dua permata hati hasif dan safiya....

Mengimbau kembali life 5 bulan lepas, ketika masih lagi bekerja... walaupun waktu kerja 9 am to 5pm, saya masih mahukan freedom of time untuk saya dan family...

Mana tidaknya asyik terkejar-kejar dengan kerja dan urusan rumahtangga...

Pagi-pagi bangun tidur, terus siapkan diri dan anak-anak untuk ke taska. Kekadang memang akan ada yang tertinggal macam drypers dan botol susu gara-gara kekalutan di pagi hari 

Waktu di ofis, walau sesibuk mana pun memang akan pam susu untuk stok safiya....pernah juga terpaksa bergegas ke taska gara-gara susu rosak akibat tertinggal kat ofis gara-gara terlupa bawa balik hari sebelumnya 

Balik rumah, tak sempat dudukpun (even tau patutnya kena spend masa ngn anak-anak dulu)....terus masuk dapur untuk masak....selalu sangat akibat kepenatan, hubby ajak makan kat luar....sampai anakanda yang sulung pernah cakap, "lamanya tak makan masakan umi, harith rindula nak makan kat rumah",...huwaa.. memang rasa bersalah sangat pada waktu tu...

harith memang pandai sangat ambil hati...saya baru je tumis bawang nak masak...dia datang dapur tanya,"umi masak apa ni?..wangi sampai ke dalam bilik"...hehe..dia tau umi dia ni semangat memasak kalu dipuji...tapi mana datangnya semangat kalau dah kepenatankan?...

Lepas solat Isya' terus tidurkan anak-anak. Kadang-kadang nak ajar anak membaca atau mengaji al-quran pun tak sempat. Kesian...

Itu belum masuk kain baju yang tak nak lipat dan lain-lain kerja rumah yang terbengkalai...mana taknya baru pegang kain nak lipat, anak start nangis...baru nak basuh pinggan, anak-anak bergaduh sesama sendiri....aduh...penatnya bila bayangkan kembali betapa huru-hara kehidupan pada waktu tu....

Begitula rutin seharian kami hinggalah suami bertanya..."sampai bila kita nak hidup macam ni...terkejar sana sini...apa yang kita cari sebenarnya???"...

Soalan daripada suami memang membuka mata hati saya bahawa suami dan anak-anak merasa 'kehilangan' saya dan mereka sangat 'memerlukan' saya....itulah antara sebab saya nekad untuk hantar surat untuk resign suatu masa dahulu 

Kini, tempoh 6 bulan yang saya bagi pada diri sendiri untuk 'berehat sebentar' sudah hampir tamat.

Jujurnya saya lebih tenang kini bergelar working-at-home-mom (WAHM) bersama anak-anak. Alhamdulillah, rasa keluarga lebih 'terjaga'.

Kalau dulu saya tak terfikir WAHM boleh menjana income lebih daripada waktu makan gaji, kini saya yakin bahawa semuanya tidak mustahil.

Saya sudah kenal ramai surirumah yang bukan hanya mempunyai income 4 angka, malah 5,6 angka, hanya dengan menjana pendapatan dari rumah...hebat bukan?...

Saya sentiasa percaya bahawa rezeki Allah itu luas, setiap daripada kita sudah tertulis rezeki masing-masing termasuk anak-anak...
apa yang penting kita usaha dan selebihnya berdoa Allah buka jalan dan pintu rezeki, InsyaAllah....

Tiada yang lebih berharga selain daripada sebuah keluarga yang bahagia 

Saturday, April 19, 2014

Pemaju Oh Pemaju

Salam Jumaat....

Dua tiga hari ini banyak betul dugaan yang kami hadapi terutama berkenaan dengan rumah yang baru je siap...kami cuba positif kan minda, "setiap kesukaran diiringan dengan kemudahan", InsyaAllah....

Terpanggil saya untuk share, mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berhasrat nak beli rumah dalam pembinaan daripada Pemaju mahupun bina sendiri rumah menggunakan Kontraktor.

Rumah kitaorang beli baru je siap setelah lewat kira-kira 10 bulan. Tapi kitaorang tak risau sangat sebab dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) kitaorang ada dinyatakan Pemaju akan bayar Liqudated and Ascertained Damages (LAD) sebanyak 10% setahun daripada harga rumah SEMASA serahan milikan kosong /serahan kunci (vacant possession).

Mujur S&P disediakan waktu saya masih praktis, so mmg check betul2 pasal LAD ni sebab sedia maklum, kalau beli umah under construction ni, possibility untuk lewat tu memang ada. Pemaju juga adalah maklumkan yang mereka mmg akan bayar LAD.

Dua hari lepas, kami nak ambil kunci daripada Pemaju, so husband tanyala Pemaju tentang LAD....diaorang offer untuk bayar 65% LAD.... memang cuak jugala kitaorang...husband dengan tegasnya menolak offer tersebut dan maklumkan yang kitaorang takkan sign sebarang document jika Pemaju tak jelaskan 100% LAD.
Pemaju juga ada menyebut bahawa sekiranya kitaorang tak puas hati, bawa bawa kes ke Tribunal... Amboi, main cabar-cabar nampak, hehe. So, apa lagi, kitaorang terus call Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk mengetahui tentang prosedur yang peluang untuk dapat hak kitaorang dan dimaklumkan bahawa keputusan adalah berdasarkan S&P. So kitaorang agak yakin bahawa kitaorang sememangnya entitle untuk dapat 100% LAD. 

On the way nak ke ofis Pemaju, memang berdebar-debar...sempatla duk ulang2 baca surah al-insyirah (kelapangan), mudah-mudahan Allah lapangkan dada kami dan permudahkan urusan kami. InsyaAllah.

Sampai ofis Pemaju, kitaorang jumpa dengan bos diaorang....beliau minta untuk berbincang secara professional....memang itu yang kitaorang nak pun...tak lama selepas berbincang, beliau setuju untuk bayar 100% LAD namun secara installments selama 6 bulan. Tak kisahlah, janji kitaorang dapat hak kitaorang...bukan nak minta lebih pun. Alhamdulillah selesai urusan dengan baik.

Kalaulah semua Pemaju bertanggunjawab untuk menyerahkan hak Pembeli-Pembeli rumah terutama tentang denda kelewatan serahan rumah, takdelah menyusahkan Pembeli untuk bawa kes ke Tribunal dan sekurang-kurangnya kes-kes tuntutan dapat dikurangkan.

Waktu pergi tengok rumah, kami dimaklumkan oleh jiran2 bahawa S&P mereka ada dimaklumkan tentang LAD cuma tidak dimaklumkan bila LAD akan dibayar oleh Pemaju. Maknanya Pemaju boleh ambil kesempatan untuk lenggah-lenggahkan masa untuk membayar LAD kepada Pembeli.

So, nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli rumah dalam pembinaan, sila fahami terma dalam S&P terutama bab KELEWATAN baik dari pihak Pemaju mahupun Pembeli untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Sekian. Semoga memberi sedikit manfaat.

Wednesday, April 16, 2014

Set Kecantikan Kulit

Customer saya  yang telah mencuba Set Kecantikan Kulit biasanya diaorang akan add on ESP....


Alhamdulillah, kebanyakan mereka yang mencuba berpuas hati.

Jangan risau, tak perlu beli sekaligus terus satu set, ikut kesesuaian bajet juga 

Saya sendiri mengamalkan Set Kecantikan Kulit ini.

#GLA selain dapat mencantikkan kulit, dapat menstabilkan hormon termasuk memperbetulkan kitaran period yang tak stabil.

GLA biasanya saya cadangkan untuk mereka yang bertujuan meningkatkan kesuburan termasuk yang ingin mencuba untuk mendapatkan zuriat.

GLA juga sesuai untuk mereka yang mengalami kegemukkan akibat hormon dan susah menurunkan berat badan.

Tanda-tanda mereka yang mengalami masalah berat badan disebabkan hormon ialah bahagian bawah badan mereka jauh lebih besar dan bahagian atas (tak stabil) dan biasanya cepat naik berat badan walaupun 'menjaga makan'.

#Vitamin C pula mmg best sebab bertindak secara sustained release dalam merembeskan Vitamin C sebanyak 100g sejam selama 5 jam berturut-turut, = 500g Vitamin C iaitu bersamaan dengan kandungan Vitamin C dalam 7 1/2 biji oren, sesuai dengan keperluan tubuh kita.

Dalam satu botol = 180 biji Vitamin C = keperluan 6 bulan

#Vitamin E pula selain dapat menghilangkan parut, dapat lembutkan kulit muka..pengalaman saya juga Vitamin E, bangun pagi kulit rasa moist dan licin.

1 Botol Vitamin E = 120 biji = keperluan 4 bulan

#B Compleks -selain baik untuk kulit, dapat melawan tekanan dan kemurungan.

1 Botol B Compleks = 120 biji = keperluan 4 bulan

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya,Wan Farina.. pm/ whatsapp 014-2933913



Dulu masa pregnant dua orang hero, Harith dan Hasif...memang tercari-cari supplemen Omega sebab tahu OMEGA SEMEMANGNYA BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK BAYI.

Masalah utama pada waktu itu ialah untuk dapatkan supplemen Omega 3 yang berstatus halal terutama waktu kat Nihon dulu yang kebiasannya turut mengandungi gelatin yang sukar diketahui sumbernya.

Sebagai alternatifnya, saya mungkin boleh mengambil ikan tulen tapi malangnya saya bukan penggemar setia ikan....waktu kat Nihon dulu bestla makan ikan-ikan besar macam salmon, tuna, markerel, sardin....tapi harus diingat juga bahawa ikan-ikan laut dalam ni mungkin mengandungi plumbun atau merkuri yang bahaya.

Omega Guard Shaklee ini dihasilkan melalui proses penyulingan untuk mengesktrak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbun, merkuri, arsenik, kadminum dan PCB yang merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.

Sekarang saya memang consume Omega Guard sebagai supplemen penyusuan untuk Safiya. InsyaAllah akan diteruskan sehingga kehamilan akan datang, kalu ada rezeki.

Apa yang saya suka tentang Omega Guard ni, selain untuk perkembangan otak baby, ia juga membantu perkembangan memori ibu.

Jujurnya, selepas melahirkan anak sulung, saya memang jadi cepat lupa....mungkin disebabkan kekurangan zat besi selepas melahirkan....

Selain itu, Omega Guard berfungsi sebagai membakar lemak dan menurunkan paras kolestrol...bagi ibu-ibu menyusu yang nak kuruskan badan, sangat disarankan ambil Omega Guard di mana berfungsi lebih hebat daripada Lechitin.

Bagi ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang menyusu, disarankan untuk mengambil supplemen Omega Guard ni.

Disamping bagus untuk perkembangan otak baby, kebaikan lain dapat turut dirasai oleh ibu juga. 
 
Untuk dapatkan free consultation, sila hubungi saya, Wan Farina -014-2933913.

Thursday, April 10, 2014

Pengalaman Menggunakan Set Menyusu Shaklee

Teringat waktu awal penyusuan Safiya...Safiya 2 bulan, mmg tak risau langsung sebab susu memang banyak...

Safiya 4 bulan, susu makin kurang....DROP dan terus DROP...Memang stress waktu tu sebab mmg waktu pregnant lagi pasang niat nk susukan Safiya sampai 2 tahun, insyaAllah...

Macam-macam petua saya amalkan...makan kurma, bayam, minum air halba, milo...macam-macam lagila...tapi susu mmg merundum....masa tu berkira-kira nk try SET PENYUSUAN SHAKLEE tapi 10x pikir sebab risau harga mahal....akhirnya saya beli juga demi cinta hati saya...NUR SAFIYA...

Lepas cuba Set Penyusuan, alhamdulillah susu memang cukup untuk keperluan seharian...setiap hari dapat buat stok untuk Safiya...memang jimat sebab tak perlu beli susu formula yang mahal-mahal dan yang paling penting dapat bekalkan susu ibu yang penuh khasiat...THE BEST MILK IN THE WORLD...

ESP dan ALFALFA memang membuatkan susu jadi bertambah pekat menyebabkan baby mudah kenyang di samping sesuai untuk mencantikkan kulit dan menyingkirkan toksin dalam badan....

Ostematrix pula membekalkan keperluan kalsium saya....ibu menyusu dan hamil memang memerlukan kalsium yang cukup buat ibu dan baby....Alhamdulillah tiada lagi sakit-sakit belakang dan kekejangan....

Sekarang saya memang dah jatuh cinta dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE.