Lamanya rasa tak berkesempatan nk update blog ni...weekend baru-baru ni kami menemani abi ke Paka atas urusan kerja. Kami bermalam selama 2 hari di Awana Kijal,suka sangat dua beradik ni dapat ke sana...Hotel yg sangat memuaskan terutama swimming pool yg sgt bsar. Memang puas hati anak-anak mandi berenang. Banyak gmbr dlm camera abi,ni umi upload gmbr dan video dlm cam umi dlu...
Tuesday, March 22, 2011
Saturday, March 12, 2011
Ulangtahun Kelahiran Umi...
Hari ni genaplah 29 tahun umi berada di atas muka bumi Allah ini...menikmati segala nikmat yg kesemuanya milik Dia Yang Maha Esa. Terasa begitu pantas masa berlalu, tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum usia mencecah ke 30an. Betapa sedikit tua diri ini.
Hari ini abi harus ke pejabat memandangkan hari ini diumum sebagai hari bekerja atas sebab PM nak datang melawat. Pagi tadi, selesai saya menggosok baju abi, abi datang mendapatkan umi, "happy birthday syg..mlm ni xpayah msakla..kita mkn kat luar ya"...sungguh membuatkan hati saya tersentuh. Saya hanya menggeleng-geleng kepala..
Sangka saya abi dah x ingat...dlu hubby saya susah nak ingat birthday-bithday ni. Namun bagi saya dan keluarga, birthday sesuatu yang amat bermakna dan kami sekeluarga tak pernah lupa bithday masing-masing. Apa salahnya meraikan setahun sekali bersama yg tersayang. Dulu pernah jga saya merajuk sb en hubby lupa nak wish birthday..teruknya saya..hehe..Skrg saya xde lah nk merajuk kalu pn en hubby lupa birthday saya,tapi of course lah saya tetap akan rsa sedih..
Setakat ni saya xpernah lg lupa birthday suami & anak-anak. Paling tidak pasti ada kek buat mereka sb saya nak buat mereka rasa dihargai sebab merekalah orang-orang terpenting dalam hidup saya. Tahun lalu, hubby ada buat kejutan di birthday saya..keluar senyap-senyap dengan harith dan pulang dengan kek yg sungguh comel. Benar-benar membuat hati sy tersentuh dan sampai mati saya akan ingat peristiwa tu. Thanks abi.
| birthday cake tahun lpas |
Alhamdulillah kerna Allah masih panjangkan umur saya. smoga saya masih boleh terus bernafas untuk melihat anak-anak saya membesar terutama anak istimewa saya, hasif.
Semoga saya boleh menjadi isteri yang solehah kepada suami saya, ibu yang terbaik buat harith & harith dan anak yg baik yg boleh mendoakan kedua ibu bapa saya. Amin
Temujanji Fisio
Rabu lepas kami ada temujanji fisio hasif...sengaja memilih hari rabu sb abi xde klas so bolehlah teman kami ke htaa..boleh umi tunggu je di hospital, tak perlu pulang ke rumah menjemput hasif dan kembali ke kuantan.
Namun apakan daya, abi ada meeting untuk buat soalan exam students...xpelah,umi ngan hasif jelah yg pergi.
Pkul 330 umi keluar ofis utk menjemput hasif di rumah pengasuh..waktu tu harith & hasif tgah tidur,trus ambil hasif ke kereta. Mujur harith tidur,xperlu nk terangkan mengapa umi xbawa harith sama..
Namun apakan daya, abi ada meeting untuk buat soalan exam students...xpelah,umi ngan hasif jelah yg pergi.
Pkul 330 umi keluar ofis utk menjemput hasif di rumah pengasuh..waktu tu harith & hasif tgah tidur,trus ambil hasif ke kereta. Mujur harith tidur,xperlu nk terangkan mengapa umi xbawa harith sama..
| antara aktiviti hasif |
| abang & kakak yg suka melayan hasif ;) |
Menurut therapist, perkembangan hasif bagus...xde delay sgt drpd kanak-kanak seusianya..alhamdulillah. Cuma untuk speech, hasif lambat sikit tapi masih belum di refer ke speech therapy (mujurlah kami telah set appointment dgn uia).
Kata therapist,hasif dh nampak stabil berjalan,xde lg bukaan besar seperti sebelum ini. Hasif juga sdah boleh berjalan mengundur ke belakang yang menurut beliau menunjukkan hasif sudah pandai mengimbangi badan. Kerna kalau berjalan ke depan mungkin disebabkan faktor mata yang melihat keadaan di hadapan.
Menurut beliau lg, hasif perlu latihan tangan untuk stimulate jari-jari dia. Bagi umi penglihatan dan sense jari dia agak baik sb umi selalu jga letakkan kismis,vitamin atas tapak tangan dan hasif boleh mengambilnya dengan cepat sekali. Tapi memandangkan therapist mencadangkan umi belikan mainan yg boleh stimulate jari-jari hasif,mngkin lpas ni umi akan cuba dapatkan. Bukan xnk beli cuma smpai skrg umi masih belum jumpa yg sesuai. Nampaknya kena buat misi mencari mainan hasif la nnti..hehe
Katanya,stimulate jari-jemari penting supaya nnti senang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yg menggunakan tangan seperti pakai butang baju.
Kebetulan waktu latihan tu ada seorang abang pelatih, suka melayan hasif ni. Bila agak lama lakukan aktiviti, hasif dah agak boring. Hasif ke pintu dan melambai-lambai tangan pada abang ni, membebel-bebel..sambil tunjuk ke arah pintu. Bila lambat abang bg respon terus dia tarik tombol pintu. Ketawa kami melihat gelagat hasif ni. Macam-macam lagilah gelagat hasif yg buat bilik tu riuh rendah dengan gelak ketawa kami...hehehe
Apapun best dapat bawa hasif g terapi tp masa sejam tu rsa mcm kejap sgt. Sehingga berjumpa di bulan hadapan
Wednesday, March 9, 2011
Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Sunday, March 6, 2011
Teluk Cempedak
Semalam selepas maghrib, kami keluar makan malam di tempat biasa kalau nk makan western foods. Selepas makan, saya ajak suami ronda-ronda..teringat satu tempat yang mempunyai taman permainan. Tak tahu nama sebenar tempat tu, tapi rsanya dikenali sebagai Beteng. Sampai di situ, orang ramai sangat,parking pun xde. Rupanya ada gerai-gerai dibuka di sepanjang jalan. Akhirnya kami membatalkan rancagan untuk ke situ. Saya mencadangkan untuk ke Teluk Cempedak pula...lebih kurang 10km mungkin dari bandar Kuantan.
Sudah lama sangat tak ke sana, hampir setahun yang lalu...waktu mula-mula pindah ke sni. Rupanya ramai juga orang ke sana, mungkin mahu menikmati udara di tepi pantai. Kami cuma jalan-jalan menyedup udara malam. Kemudian kami duduk sambil membiarkan harith hasif berjalan-jalan di situ. Saya dan harith meninggalkan abi dan hasif sebentar. Saya dapatkan sebotol 'buih sabun' untuk harith dan freeze magnet yang tertulis 'teluk cempedak' yang dijual di tepi-tepi jalan. Kemudian kami ke tempat abi dan hasif berada. Kami sama-sama bermain buih sabun. Harith dan hasif berlari-lari mengejar bubble sambil ketawa riang. Indahnya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak.
Kemudian, datang sepasang suami isteri mat salleh di sebelah kami yang memerhati gelagat harith dan hasif sambil tersenyum. Tersipu-sipu hasif bila mereka turut menangkap buih-buih sabun. Beberapa kali diminta, barulah hasif mendekati sang suami untuk bersalam dan mencium tangan. Entah mengapa hasif sedikit malu, tidak mendekati 'auntie' seperti diminta. Mungkin hasif pelik lihat mat salleh yang jarang sekali ditemui di sini. Hehehe.
Selepas mereka meninggalkan tempat itu selepas say goodbye kepada kami, kami juga turut pulang ke rumah. Pengisian yang sangat menggembirakan malam ini bilamana dapat mendengar hilai ketawa anak-anak.
*sayang kerna tidak membawa camera untuk merakamkan aktiviti kami tadi...camera dalam hand bag umi plk xde memory kad..xpelah,ada alasan ni nak ajak mr hubby pergi ke TC lg,ekekeke....
Tafsir Al-Quran
Ari jumaat lepas saya ke kedai buku Popular,sedang membelek-belek buku, saya terjumpa tafsir Al-Quran ini..kebetulan ada promosi untuk bulan Mac ini. Kebetulan saya ada jga berniat nk membeli tafsir Al-Quran memandangkan saya belum ada apa-apa jenis tafsir di rumah, dua tiga mnggu lpas saya bersama kakak-kakak ofismates survey di sebuah kedai buku-buku agama tapi harganya dalam lebih kurang RM 130-150..Yang ini pula harga asal RM 89.90, oleh sebab saya ada kad ahli, dapat diskaun 20%,jadi RM71.92...sangat-sangat gembira dapat harga murah, alhamdulillah.
Kelmarin, selepas solat subuh..saya membelek-belek tafsir Al-Quran yang saya beli itu, tafsir yang sangat bagus bagi pendapat saya. Selain mempunyai tulisan yang besar yang memudahkan membacanya, insyaAllah..tafsir ini memuatkan hukum-hukum tajwid di belakang tafsir tersebut. Selain itu, kandungannya juga turut disusun mengikut tajuk. Contohnya, kalau kita ingin membaca tafsir mengenai hari akhirat, telah disusun kandungannya di juz berapa..ayat berapa yang membincangkan tentang hari akhirat.
Sebelum ini, Al-Quran cuma dibaca tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah bagusnya jika kita membaca Al-Quran dengan mengetahui maknanya sekali. Kepada sesiapa yang belum lagi mempunyai tafsir Al-Quran, saya sarankan yang ini sebab saya rasa tafsir ini sangat-sangat bagus.
| tafsir yang sangat besar |
| hukum tajwid |
| isi kandungan |
| turut ada ringkasan di bahagian bawah |
| *buku yg comel |
Thursday, March 3, 2011
Semoga kami termasuk dalam golongan yang Redha
Sabtu lalu,seperti biasa kami sekeluarga akan keluar ke Kuantan, walaupun sebenarnya xde apa sangat nk dibeli, kami akan bawa harith hasif jalan-jalan...maklumlah 5 hari terkurung di rumah pengasuh,rasa nya weekend adalah masa untuk bawa anak-anak ambil angin luar.
Tengahari anak-anak ngantuk plak, so tidurkan diaorg dulu...lepas solat asar kami keluar. Sampai EC Mall dh nak maghrib, lpas bli2 barang sikit kami ke surau, bertemu dengan kawan kerja abi yang menunggu isterinya solat. Saya solat dlu sementara abi menjaga anak-anak. Selesai solat,saya bersembang dengan isterinya berkenaan anak-anak. Kebetulan isterinya merupakan guru di sekolah rendah, yang turut mengajar anak-anak DS. Menceritakan serba sedikit pengalaman berdepan dengan anak-anak DS. Saya sambil tersenyum memegang hasif sambil berkata,"anak ni pn special ni". (dalam hati umi, rasanya xde sekumitpun perasaan malu untuk memperkenalkan hasif)Isterinya tersenyum sambil mengangguk-angguk. Saya minta hasif bersalam,terus hasif menghulur tangan bersalam kemudian mencium tangan auntie itu. "oo..pandainya dia"..tersipu-sipulah si hasif. Kemudian hasif menghulur kedua-dua tangan minta didukung, terus auntie mengambil hasif...macam biasalah anak-anak special ni kan berwatakan penyayang,terus dipeluknya auntie tu..huhu...Lama berbual, kami minta diri untuk pulang. Banyak lagi nak bertukar-tukar cerita terutama mengenai perkembangan anak-anak. Moga ada rezeki untuk berjumpa di lain hari.
Sewaktu kami masuk dalam lif, ada pasangan pakistan mungkin...tersenyum-senyum kat hasif, mcamana biasa hasif kalu nampak orang stare kat dia...becok lah mulut berbunyi menegur orang...berkata perlahan suami kepada isteri nya, memaklumkan hasif SD mungkin...terus saya bagitau suami, "abi, orang tu ngumpat adik", kami sama-sama ketawa...hahaha
Semalam abi belanja makan kat luar..kemudian kami ke EC Mall skali lg, nak beli seaweed..suka sangat dua beradik tu makan seaweed lebih saya buat sushi tempoh hari. Kemudian kami ke kedai baju disney, saja nak usha baju anak-anak. Promoter nya datang, kemudian bertanya kan umur hasif. Katanya dia juga mempunyai anak saudara mcam hasif berusia 6 tahun,perempuan. Sempat bercerita tentang kerenah anak saudaranya yang mencuit hati..dh pandai bercakap. Siap tunjuk gambar anak saudaranya dalam h.set. Sungguh comel, anak perempuan itu. Sy tanya ada masalah kesihatan x? Dia cakap ada masalah jantung berlubang, dan pergi IJN tapi doktor dah tak boleh buat apa kerana ada seakan bonjolan pada jantungnya. Maknanya anak itu hanya menunggu masa dijemput Ilahi. Tapi sekarang, anak itu masih aktif bermain dan ke sekolah, cuma kalau kadang-kadang akan sesak nafas, dan tubuh menjadi biru. Alahai,kesiannya anak kecil itu.
Dalam kereta, saya cakap pada abi kesiannya family anak tu, dah 6 tahun bersama. Tak dapat nak bayangkan kalau terjadi pada hasif. Kami yang bersama hasif baru 2 tahun pn rsanya tak sanggup kehilangan apatah lagi ibu ayah yang dh bersama anaknya selama 6 tahun. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur anak itu. Mendengar cerita mak saudaranya saja saya dapat bayangkan betapa anak itu disayangi seluruh keluarganya. Itu belum mendengar daripada ibu ayahnya sendiri. Betapa bertuahnya anak itu yang dilahirkan dalam keluarga yang amat menyayanginya.
Walau apapun, REDHA..itulah jalan terbaik untuk setiap ketentuan yang telah ditetapkanNYA. Selagi hati tidak redha,selagi itulah hati takkan tenang...bahkan kita seakan cuba lari daripada bayang-bayang sendiri. Namum kalau kita redha, kita akan lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang dan akan lebih menghargai erti sebuah kehidupan. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)