Semalam selepas maghrib, kami keluar makan malam di tempat biasa kalau nk makan western foods. Selepas makan, saya ajak suami ronda-ronda..teringat satu tempat yang mempunyai taman permainan. Tak tahu nama sebenar tempat tu, tapi rsanya dikenali sebagai Beteng. Sampai di situ, orang ramai sangat,parking pun xde. Rupanya ada gerai-gerai dibuka di sepanjang jalan. Akhirnya kami membatalkan rancagan untuk ke situ. Saya mencadangkan untuk ke Teluk Cempedak pula...lebih kurang 10km mungkin dari bandar Kuantan.
Sudah lama sangat tak ke sana, hampir setahun yang lalu...waktu mula-mula pindah ke sni. Rupanya ramai juga orang ke sana, mungkin mahu menikmati udara di tepi pantai. Kami cuma jalan-jalan menyedup udara malam. Kemudian kami duduk sambil membiarkan harith hasif berjalan-jalan di situ. Saya dan harith meninggalkan abi dan hasif sebentar. Saya dapatkan sebotol 'buih sabun' untuk harith dan freeze magnet yang tertulis 'teluk cempedak' yang dijual di tepi-tepi jalan. Kemudian kami ke tempat abi dan hasif berada. Kami sama-sama bermain buih sabun. Harith dan hasif berlari-lari mengejar bubble sambil ketawa riang. Indahnya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak.
Kemudian, datang sepasang suami isteri mat salleh di sebelah kami yang memerhati gelagat harith dan hasif sambil tersenyum. Tersipu-sipu hasif bila mereka turut menangkap buih-buih sabun. Beberapa kali diminta, barulah hasif mendekati sang suami untuk bersalam dan mencium tangan. Entah mengapa hasif sedikit malu, tidak mendekati 'auntie' seperti diminta. Mungkin hasif pelik lihat mat salleh yang jarang sekali ditemui di sini. Hehehe.
Selepas mereka meninggalkan tempat itu selepas say goodbye kepada kami, kami juga turut pulang ke rumah. Pengisian yang sangat menggembirakan malam ini bilamana dapat mendengar hilai ketawa anak-anak.
*sayang kerna tidak membawa camera untuk merakamkan aktiviti kami tadi...camera dalam hand bag umi plk xde memory kad..xpelah,ada alasan ni nak ajak mr hubby pergi ke TC lg,ekekeke....
No comments:
Post a Comment