Hari ini merupakan hari ketiga harith ke tadika..Kelmarin, abi, umi & adik hasif hantar harith ke tadika. Sebelum tu, sepatutnya abi sorang je yg hantar harith memandangkan umi & adik hasif belum bersiap. Semalam umi cuti half day sebab ada temujanji speech therapy untuk hasif. Bergegas umi dan hasif bersiap dan kami jga ikut menghantar harith ke sekolah. Sampai saje di tadika,harith menangis...panggil umi, abi..harith nak pegang adik hasif. Menangis harith sekuat hati. Akhirnya kami meniggalkan harith di situ. Dalam kereta, umi pulak yg menangis mengingatkan harith..
Kelmarin, selepas selesai sesi speech therapy, umi antar hasif ke rumah mama sal. Umi ke Mega Mall, mmg niat nak cari mainan untuk hasif dan harith. Petang waktu jemput harith pulang, harith dah berada di muka pintu. Harith bagitau harith suka duduk di sekolah,ramai kawan-kawan. Lega hati umi.
Sampai di rumah,harith & hasif buka hadiah...bukan main suka lg dapat mainan. Hehe. Terhibur kami melihat mereka gembira. Harith ada bagitau dia belajar solat, solat ramai-ramai.
Harith: umi, macam ni kawan harith solat. Sengaja aku sembahyang...Allahuakhbar...
Umi : sengaja ke sahaja harith?
Harith: sengaja la umi...sengaja aku sembahyang...
Umi : sahaja aku sembahyang fardhu maghrib..
Harith: bukan gitu umi, sengaja aku sembahyang je..cikgu tak cakap pun fardhu..
Umi : ooo..yeke...(adui..kata cikgu je dia nak dengar)...
Takpelah, suka umi dengar harith belajar sembahyang...
Sempat ambil gambar harith pakai baju sekolah. 1st day pakai...Tadi harith minta umi yg hantar ke sekolah. Lepas umi hantar adik ke rumah mama sal..singgah beli kuih kejap then g sekolah. Sampai je di tadika, harith tak nak turun, nangis-nangis dalam kereta...minta umi jangan gi work,harith nak duduk umah. Lama memujuk,akhirnya berjaya bawa harith ke kelas. Still menangis lagi dan menjerit sekuat hati. Aduhai, mmg buat umi serba salah..petang time jemput ok je tapi pagi-pagi time hantar mmg selalu nangis..maybe harith tak biasa lagi di sekolah baru...entahlah..Tapi cikgu kata harith ok je semalam lepas kami pergi.. Harap-harap harith tak menagisla dan suka duduk di sekolah...Umi dan abi nak sangat hantar harith ke sekolah sebab kami nak harith bergaul dengan kawan-kawan, belajar berdisiplin. Bukan kami nak harith terus pandai baca buku, memadai kalau pandai baca doa-doa pendek...belajar mewarna. Abi lah yg suka sangat harith ke sekolah. Pagi tadipun abi yg mandikan harith, pakaikan baju...sanggup pergi lambat ke pejabat (biasanya pkul 7 abi dah gerak) tapi tadi pkul 8 baru kami keluar sama-sama...So harapnya harith akan bertahan lama di tadika itu...
Wahhh..abg harith dah start g school yer.Seronok kan g school..ada kawan2 ramai.xmau nanes2 lagi tau.
ReplyDeleteUmi, biasalah tuh memula nangis.nanti dah lama2 mesti abg harith seronok kat sekolah.Kakak masa memula g sekolah pun nangis gak.Petang ahad lagi dah bgtau 'esok kakak xnak g school'. tp bila time ambik bukan main lagi citer macam2..seronok duduk school.Siap hafal nama kawan2 lagi.Hihihi..
oo..yeke camtu.lega dgr kakak aireen pn pernah camtu,kira normal la ya..nampaknya wan kena keras ati sikitlah...tp kadang2 tersentuh jga ati bila harith menangis meronta2 :(
ReplyDelete