Thursday, March 31, 2011

Happy Birthday Abi

Hari ni 31hb Mac merupakan hari lahir abi..Happy Birthday Abi. Smoga abi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga abi berjaya dunia akhirat..Tiada kata boleh menggambarkan kasih sayang kami pada abi. Dan semoga abi sentiasa menjadi suami dan abi yang terbaik buat umi dan harith hasif...

Tadi, atas permintaan harith,umi hantar ke tadika. Waktu dalam kereta, umi bagitau harith arini birthday abi. Mungkin harith tak faham lagi maksud sebenar birthday tu apa...harith mungkin faham birthday tu beli kek kemudian makan ramai-ramai. So, bila umi bgtau arini birthday abi..harith tanya "kat mana birthday abi?"..
Harith minta umi belikan kek untuk abi...umi tnya harith nak makan kfc kat umah ke nak keluar makan kat luar?..mula-mula jawab nak makan kfc pastu nak mkan chichen chop..xtau yg mana satu.

Duk sembang2, dah sampai tadika..umi bgtau kalau nak kfc kna g tadika dulu..harith pn ok je keluar kereta tanpa kena paksa..Masuk je pagar sekolah,terus nangis minta umi jangan pergi work..puas memujuk barulah harith masuk ke kelas...ada 5minit jga umi tunggu dalam kelas sebelum harith ok sikit..Then umi keluar,waktu tu harith dah tak nangis..Harith mnta nak tgok umi dan kami duk berbalas bye-bye sampai hilang daripada pandangan..Nampaknya harith dah ok harini...alhamdulillah..Lega rasa ati umi...

Wednesday, March 30, 2011

1,2,3,4

Rasa rindu sangat kat harith & hasif...ikut hati nak je balik gi tengok diaorg. Baik kah hasif di umah mama sal...ok ke harith di tadika?.. Tetiba teringat lagu ni... ditujukan khas untuk harith dan hasif, buah hati kesayangan umi dan abi.

Kisah Harith ke Tadika

Hari ini merupakan hari ketiga harith ke tadika..Kelmarin, abi, umi & adik hasif hantar harith ke tadika. Sebelum tu, sepatutnya abi sorang je yg hantar harith memandangkan umi & adik hasif belum bersiap. Semalam umi cuti half day sebab ada temujanji speech therapy untuk hasif. Bergegas umi dan hasif bersiap dan kami jga ikut menghantar harith ke sekolah. Sampai saje di tadika,harith menangis...panggil umi, abi..harith nak pegang adik hasif. Menangis harith sekuat hati. Akhirnya kami meniggalkan harith di situ. Dalam kereta, umi pulak yg menangis mengingatkan harith..

Kelmarin, selepas selesai sesi speech therapy, umi antar hasif ke rumah mama sal. Umi ke Mega Mall, mmg niat nak cari mainan untuk hasif dan harith. Petang waktu jemput harith pulang, harith dah berada di muka pintu. Harith bagitau harith suka duduk di sekolah,ramai kawan-kawan. Lega hati umi.

Sampai di rumah,harith & hasif buka hadiah...bukan main suka lg dapat mainan. Hehe. Terhibur kami melihat mereka gembira. Harith ada bagitau dia belajar solat, solat ramai-ramai.
    
Harith: umi, macam ni kawan harith solat. Sengaja aku sembahyang...Allahuakhbar...
Umi   : sengaja ke sahaja harith?
Harith: sengaja la umi...sengaja aku sembahyang...
Umi   : sahaja aku sembahyang fardhu maghrib..
Harith: bukan gitu umi, sengaja aku sembahyang je..cikgu tak cakap pun fardhu..
Umi : ooo..yeke...(adui..kata cikgu je dia nak dengar)...

Takpelah, suka umi dengar harith belajar sembahyang...



Sempat ambil gambar harith pakai baju sekolah. 1st day pakai...Tadi harith minta umi yg hantar ke sekolah. Lepas umi hantar adik ke rumah mama sal..singgah beli kuih kejap then g sekolah. Sampai je di tadika, harith tak nak turun, nangis-nangis dalam kereta...minta umi jangan gi work,harith nak duduk umah. Lama memujuk,akhirnya berjaya bawa harith ke kelas. Still menangis lagi dan menjerit sekuat hati. Aduhai, mmg buat umi serba salah..petang time jemput ok je tapi pagi-pagi time hantar mmg selalu nangis..maybe harith tak biasa lagi di sekolah baru...entahlah..Tapi cikgu kata harith ok je semalam lepas kami pergi.. Harap-harap harith tak menagisla dan suka duduk di sekolah...Umi dan abi nak sangat hantar harith ke sekolah sebab kami nak harith bergaul dengan kawan-kawan, belajar berdisiplin. Bukan kami nak harith terus pandai baca buku, memadai kalau pandai baca doa-doa pendek...belajar mewarna. Abi lah yg suka sangat harith ke sekolah. Pagi tadipun abi yg mandikan harith, pakaikan baju...sanggup pergi lambat ke pejabat (biasanya pkul 7 abi dah gerak) tapi tadi pkul 8 baru kami keluar sama-sama...So harapnya harith akan bertahan lama di tadika itu...

Monday, March 28, 2011

Bila Harith Buat Abi Terasa Hati..

Kelmarin, waktu tengah duk iron baju-baju abi,kedengaran abi memarahi harith..dengar mcm harith ada buat adik..tapi tak pasti apa yg harith dh buat. Selesai iron baju, saya minta abi potong rambut harith sb arini dah nk g sekolah..Nampak muka abi masam je,ni mesti sb harith tadi. Dalam duk marah tu, abi potong jga rambut harith..sudah harith,turn adik hasif plak..

Sudah mandi, muka abi still masam lg..saya tanya abi, apa yg harith dah buat..abi bgtau harith sepak kereta mainan adik hasif,waktu tu hasif tengah duk main. Pastu bila abi panggil,harith ckp xnak...berulang panggilpun macam tu jga..sebab tu abi marah. Kata abi, itu 1st time harith buat macam tu..biasanya harith buat perangai dengan umi je.

So, sebagai hukuman abi tak bagi buat susu harith. Bila umi minta harith pergi peluk abi, minta maaf..harith menolak. Maka makin marahlah abi...harith dipulaukan. Abi langsung tak cakap ngn harith. Mula-mula harith ok lagi, pastu abi cakap dengan hasif lepas zohor kita keluar..abi,umi dan adik hasif..Terus menangis harith teresak-esak. Waktu ke dapur, harith menghampiri umi,minta dibuatkan susu dengan suara berbisik. "Harith pergilah minta maaf ngn abi,kalau tak abi tak bagi minum susu",pujuk saya. Harith menggeleng-geleng kepala.

Harith masuk ke bilik, teresak-esak menangis melihat abi masih tak layan dia. Bila abi suruh harith turun katil, sebaknya saya rasa...tapi saya tak nak back up harith..biarlah abi hukum harith supaya harith sedar kesalahan dia.

"Harith dah besarkan, tak perlu umi & abi lg",kata abi.Waktu tu harith dah menangis. "Harith tak payah minum susu abi beli, harith beli sendiri", adui...luruh hati saya mendengarnya..menangis saya sambil memeluk hasif yg seakan mahu turut menangis melihat abangnya dimarahi. Waktu harith turun katil sambil menangis2, hasif turut turun kemudian memeluk abangnya...mungkin tak sampai hati membiarkan abangnya sendirian di bawah. Kemudian, melihat badan harith basah, hasif mendapatkan tuala dan mengelap badan abang kesayanganya. Alahai, betapa sayangnya hasif pada kamu, harith....tapi kenapalah harith suka buat adik?...tak nampakkah harith kasih hasif pada harith seakan melebih kasihnya pada umi & abi...

"Dah lah harith buat salah tak minta maaf"...kata abi. Terus harith menghulurkan tangan pada abi.."Datanglah sini",ujar abi. Harith menarik tangan abi dan mencium sambil minta maaf & berjanji tak kan mengulangi kesalahan itu lagi. Kedengaran suara abi sebak dan menangis sambil berkta,"harith ingat abi suka sangat ke nak marah harith kalau harith tak buat salah..harith buat abi sedih"..abi kemudian pergi ke dapur membuat susu untuk harith. Umi memeluk harith yg masih lagi menangis, "harith, abi marah harith sebab abi sayang harith...abi nak harith jadi budak baik..harith marah abi ke?"..."tak",jawab harith.

Abi kemudian memberikan harith susu dan memeluk harith ..."harith buat abi gitu, abi terasa hati lah..abi sedih", tersentuh umi mendengar kata-kata abi. Umi tahu abi pun sebenarnya sedih nak marah2 harith..tapi umi ingat kata-kata abi dlu,"semua orang sayang anak, tapi kita sayang anak, biar dalam hati je..jangan tunjuk sangat".

Bangun je dari tidur, petang kelmarin...harith tersentum sambil berkata, "harith tak nak buat adik lagi'. Kemudian harith peluk abi yg masih tidur dan mencium pipi abi sambil bertanya,"kenapa abi marah harith?"..jawab abi, "sebab harith buat adik"..harith,"tapi harith tak buat adik, harith buat kereta". Abi, "yelah, kan adik tengah main. Kalau harith tengah main,adik kacau..harith marah tak?", harith jawab ,"marah". "Macam tu lah adik rasa, cuma adik tak bgtau sebab adik tak boleh cakap lagi. Adik kan istimewa",ujar abi.

Semoga lepas ni harith tak buat adik lagi dan akan selalu sayang adik hasif sepertimana adik hasif sayang harith..

1st Day Harith ke Tadika

Saya dan abi baru saje selesai mendaftar harith ke tadika pagi ini....harith skrg berumur 3tahun 4 bln tapi kalau ikut tahun kira 4 tahunlah (lahir Nov 2007)..abi lah paling bersemangat dan gembira untuk menghantar harith ke tadika...pkul 7 lebih tadi,abi kejutkan harith bangun tidur,pujuk harith untuk mandi, pakaikan baju,sikatkan rambut...pendek kata,abi yg menguruskan harith untuk ke tadika arini..umi hanya menyiapkan beg untuk dibawa bersama..Kemudian kami sama-sama hantar harith ke tadika...menangis2 juga harith sebaik kami meninggalkannya...aduhai..mujurlah ini kali ketiga umi menghadapi situasi ni, kali pertama..waktu hantar harith ke sekolah di japan,kedua..waktu hantar harith ke taska yg pergi hanya untuk dua hari...syukur waktu ke rumah kak sal (ibu pengasuh)..harith langsung tak menangis..Kalaulah ini kali pertama umi berdepan dengan keadaan sebegini, pasti umi juga turut menangis mendengar buah hati umi menangis...

Saya berkira-kira untuk menghantar harith ke tadika sewaktu pengasuh harith &hasif cuti tempoh hari. Saya bawa mereka ronda-ronda sekitar kawasan perumahan kami di mana mulanya kami temui Taska Kemas (Program Permata)..tapi kata cikgu,taska dah penuh..tapi kalau ada kekosongan, dia akan hubungi petang itu. Kemudian saya ternampak tadika smartreader..saya terus menghubungi cikgunya..Rupanya, ada satu lg tadika smartreader berdekatan dengan rumah kami.

Minggu lepas cikgu kemas temph hari menghubungi saya,memaklumkan ada 1 kekosongan untuk harith bermula bulan April. Tapi waktu tu, hati saya sudah tertarik dengan tadika smartreader yang juga berkonsepkan Islamic School di mana pada waktu tengahari, harith nanti akan turut belajar Iqra dan surah-surah pendek. Waktu ke sana untuk membuat pendaftaran, gembira saya melihat anak-anak seusia 3,4 tahun membaca doa dan diikuti surah-surah lazim. Mudah-mudahan harith nanti boleh membaca dan mengaji al-quran...insyaAllah...

Sememangnya saya gembira harith sudah ke sekolah,cuma sedikit sedih memikirkan hasif keseorangan tanpa abang kesayangan di rumah pengasuh. Mujurlah waktu pagi, ada abang hanif (anak pengasuh) yang bersekolah petang. Taklah nanti hasif kesunyian.

Semalam hati saya tiba-tiba rasa hiba mendengar perbualan abi dengan harith. Kata abi yang memujuk hartih ke sekolah, "harith kenalah pergi sekolah...nanti balik ajar adik. Sian adik,adikpun nak gi sekolah juga....cuma adik kecil lagi..adikkan istimewa"...

Kesian hasif..kalau diberi pilihan,saya pasti hasif juga mahu ke sekolah seperti abang..Takpelah dik, nanti adik besar sikit, umi abi hantar adik pergi sekolah pulak. Ada juga saya bertanya taska untuk hasif, yuran agak mahal sikit..RM 300 sebulan.

Semalam, selepas solat maghrib, saya mengajak harith mengaji...seperti biasa hasif lebih fokus daripada abangnya..setia didepan saya,sambil mulut berbunyi seakan2 mengikut saya mengaji. Habis al-fatihah, harith keluar menonton tv..hasif masih memegang buku hafazan...sambil memerhati saya mengaji. Kemudian, hasif keluar mendapatkan abang harith..menarik tangan abang supaya masuk mengaji...sambil mulut membebel-bebel seakan memarahi abang harith yg cuma mengaji sebentar.. Hahaha...Sungguh kelakarlah hasif ni...

Sebelum tidur semalam, kami buat aktiviti melukis..harith dan hasif masing-masing diberikan kertas dan pensil. Harith meminta saya yang melukis manakala hasif menconteng-conteng di kertas dengan muka yang excited sekali. sampai terbongkok2 belakang duk menconteng...hehehe

Semoga harith baik-baik saja di tadika dan begitu juga dengan adik hasif di rumah pengasuh. Nanti malam ni,kita buat aktiviti lagi. Mudah-mudahan harith akan terus ke tadika dan tak minta untuk balik tinggal di rumah pengasuh...

Wednesday, March 23, 2011

Awana Kijal Part II

Gambar-gambar aksi harith & hasif bermain air...suka sgt diaorg ni...bila tgok anak-anak suka,umi dan abi pun sgtlah gembira...


betul ke umi bg hasif mandi kolam ni?

bestnya main air

harith la yg paling happy

sgt sukanya dia

hasif: umi,jgnlah selamkan adik

swimming pool yg sgt bsr
kasihnya ayah

Tuesday, March 22, 2011

Cuti-cuti Awana Kijal

Lamanya rasa tak berkesempatan nk update blog ni...weekend baru-baru ni kami menemani abi ke Paka atas urusan kerja. Kami bermalam selama 2 hari di Awana Kijal,suka sangat dua beradik ni dapat ke sana...Hotel yg sangat memuaskan terutama swimming pool yg sgt bsar. Memang puas hati anak-anak mandi berenang. Banyak gmbr dlm camera abi,ni umi upload gmbr dan video dlm cam umi dlu...




Saturday, March 12, 2011

Ulangtahun Kelahiran Umi...

Hari ni genaplah 29 tahun umi berada di atas muka bumi Allah ini...menikmati segala nikmat yg kesemuanya milik Dia Yang Maha Esa. Terasa begitu pantas masa berlalu, tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum usia mencecah ke 30an. Betapa sedikit tua diri ini.

Hari ini abi harus ke pejabat memandangkan hari ini diumum sebagai hari bekerja atas sebab PM nak datang melawat. Pagi tadi, selesai saya menggosok baju abi, abi datang mendapatkan umi, "happy birthday syg..mlm ni xpayah msakla..kita mkn kat luar ya"...sungguh membuatkan hati saya tersentuh. Saya hanya menggeleng-geleng kepala..

Sangka saya abi dah x ingat...dlu hubby saya susah nak ingat birthday-bithday ni. Namun bagi saya dan keluarga, birthday sesuatu yang amat bermakna dan kami sekeluarga tak pernah lupa bithday masing-masing. Apa salahnya meraikan setahun sekali bersama yg tersayang. Dulu pernah jga saya merajuk sb en hubby lupa nak wish birthday..teruknya saya..hehe..Skrg saya xde lah nk merajuk kalu pn en hubby lupa birthday saya,tapi of course lah saya tetap akan rsa sedih..

Setakat ni saya xpernah lg lupa birthday suami & anak-anak. Paling tidak pasti ada kek buat mereka sb saya nak buat mereka rasa dihargai sebab merekalah orang-orang terpenting dalam hidup saya. Tahun lalu, hubby ada buat kejutan di birthday saya..keluar senyap-senyap dengan harith dan pulang dengan kek yg sungguh comel. Benar-benar membuat hati sy tersentuh dan sampai mati saya akan ingat peristiwa tu. Thanks abi.

birthday cake tahun lpas

Alhamdulillah kerna Allah masih panjangkan umur saya. smoga saya masih boleh terus bernafas untuk melihat anak-anak saya membesar terutama anak istimewa saya, hasif.
Semoga saya boleh menjadi isteri yang solehah kepada suami saya, ibu yang terbaik buat harith & harith dan anak yg baik yg boleh mendoakan kedua ibu bapa saya. Amin

Temujanji Fisio

Rabu lepas kami ada temujanji fisio hasif...sengaja memilih hari rabu sb abi xde klas so bolehlah teman kami ke htaa..boleh umi tunggu je di hospital, tak perlu pulang ke rumah menjemput hasif dan kembali ke kuantan.
Namun apakan daya, abi ada meeting untuk buat soalan exam students...xpelah,umi ngan hasif jelah yg pergi.
Pkul 330 umi keluar ofis utk menjemput hasif di rumah pengasuh..waktu tu harith & hasif tgah tidur,trus ambil hasif ke kereta. Mujur harith tidur,xperlu nk terangkan mengapa umi xbawa harith sama..

antara aktiviti hasif

abang & kakak yg suka melayan hasif ;)
Menurut therapist, perkembangan hasif bagus...xde delay sgt drpd kanak-kanak seusianya..alhamdulillah. Cuma untuk speech, hasif lambat sikit tapi masih belum di refer ke speech therapy (mujurlah kami telah set appointment dgn uia). 

Kata therapist,hasif dh nampak stabil berjalan,xde lg bukaan besar seperti sebelum ini. Hasif juga sdah boleh berjalan mengundur ke belakang yang menurut beliau menunjukkan hasif sudah pandai mengimbangi badan. Kerna kalau berjalan ke depan mungkin disebabkan faktor mata yang melihat keadaan di hadapan.

Menurut beliau lg, hasif perlu latihan tangan untuk stimulate jari-jari dia. Bagi umi penglihatan dan sense jari dia agak baik sb umi selalu jga letakkan kismis,vitamin atas tapak tangan dan hasif boleh mengambilnya dengan cepat sekali. Tapi memandangkan therapist mencadangkan umi belikan mainan yg boleh stimulate jari-jari hasif,mngkin lpas ni umi akan cuba dapatkan. Bukan xnk beli cuma smpai skrg umi masih belum jumpa yg sesuai. Nampaknya kena buat misi mencari mainan hasif la nnti..hehe

Katanya,stimulate jari-jemari penting supaya nnti senang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yg menggunakan tangan seperti pakai butang baju.

Kebetulan waktu latihan tu ada seorang abang pelatih, suka melayan hasif ni. Bila agak lama lakukan aktiviti, hasif dah agak boring. Hasif ke pintu dan melambai-lambai tangan pada abang ni, membebel-bebel..sambil tunjuk ke arah pintu. Bila lambat abang bg respon terus dia tarik tombol pintu. Ketawa kami melihat gelagat hasif ni. Macam-macam lagilah gelagat hasif yg buat bilik tu riuh rendah dengan gelak ketawa kami...hehehe

Apapun best dapat bawa hasif g terapi tp masa sejam tu rsa mcm kejap sgt. Sehingga berjumpa di bulan hadapan

Wednesday, March 9, 2011

Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday, March 6, 2011

Teluk Cempedak

Semalam selepas maghrib, kami keluar makan malam di tempat biasa kalau nk makan western foods. Selepas makan, saya ajak suami ronda-ronda..teringat satu tempat yang mempunyai taman permainan. Tak tahu nama sebenar tempat tu, tapi rsanya dikenali sebagai Beteng. Sampai di situ, orang ramai sangat,parking pun xde. Rupanya ada gerai-gerai dibuka di sepanjang jalan. Akhirnya kami membatalkan rancagan untuk ke situ. Saya mencadangkan untuk ke Teluk Cempedak pula...lebih kurang 10km mungkin dari bandar Kuantan.

Sudah lama sangat tak ke sana, hampir setahun yang lalu...waktu mula-mula pindah ke sni. Rupanya ramai juga orang ke sana, mungkin mahu menikmati udara di tepi pantai. Kami cuma jalan-jalan menyedup udara malam. Kemudian kami duduk sambil membiarkan harith hasif berjalan-jalan di situ. Saya dan harith meninggalkan abi dan hasif sebentar. Saya dapatkan sebotol 'buih sabun' untuk harith dan freeze magnet yang tertulis 'teluk cempedak' yang dijual di tepi-tepi jalan. Kemudian kami ke tempat abi dan hasif berada. Kami sama-sama bermain buih sabun. Harith dan hasif berlari-lari mengejar bubble sambil ketawa riang. Indahnya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak.

Kemudian, datang sepasang suami isteri mat salleh di sebelah kami yang memerhati gelagat harith dan hasif sambil tersenyum. Tersipu-sipu hasif bila mereka turut menangkap buih-buih sabun. Beberapa kali diminta, barulah hasif mendekati sang suami untuk bersalam dan mencium tangan. Entah mengapa hasif sedikit malu, tidak mendekati 'auntie' seperti diminta. Mungkin hasif pelik lihat mat salleh yang jarang sekali ditemui di sini. Hehehe.

Selepas mereka meninggalkan tempat itu selepas say goodbye kepada kami, kami juga turut pulang ke rumah. Pengisian yang sangat menggembirakan malam ini bilamana dapat mendengar hilai ketawa anak-anak.

*sayang kerna tidak membawa camera untuk merakamkan aktiviti kami tadi...camera dalam hand bag umi plk xde memory kad..xpelah,ada alasan ni nak ajak mr hubby pergi ke TC lg,ekekeke....

Tafsir Al-Quran

Ari jumaat lepas saya ke kedai buku Popular,sedang membelek-belek buku, saya terjumpa tafsir Al-Quran ini..kebetulan ada promosi untuk bulan Mac ini. Kebetulan saya ada jga berniat nk membeli tafsir Al-Quran memandangkan saya belum ada apa-apa jenis tafsir di rumah, dua tiga mnggu lpas saya bersama kakak-kakak ofismates survey di sebuah kedai buku-buku agama tapi harganya dalam lebih kurang RM 130-150..Yang ini pula harga asal RM 89.90, oleh sebab saya ada kad ahli, dapat diskaun 20%,jadi RM71.92...sangat-sangat gembira dapat harga murah, alhamdulillah.

Kelmarin, selepas solat subuh..saya membelek-belek tafsir Al-Quran yang saya beli itu, tafsir yang sangat bagus bagi pendapat saya. Selain mempunyai tulisan yang besar yang memudahkan membacanya, insyaAllah..tafsir ini memuatkan hukum-hukum tajwid di belakang tafsir tersebut. Selain itu, kandungannya juga turut disusun mengikut tajuk. Contohnya, kalau kita ingin membaca tafsir mengenai hari akhirat, telah disusun kandungannya di juz berapa..ayat berapa yang membincangkan tentang hari akhirat.

Sebelum ini, Al-Quran cuma dibaca tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah bagusnya jika kita membaca Al-Quran dengan mengetahui maknanya sekali. Kepada sesiapa yang belum lagi mempunyai tafsir Al-Quran, saya sarankan yang ini sebab saya rasa tafsir ini sangat-sangat bagus.
tafsir yang sangat besar

hukum tajwid

isi kandungan

turut ada ringkasan di bahagian bawah

*buku yg comel

Thursday, March 3, 2011

Semoga kami termasuk dalam golongan yang Redha

Sabtu lalu,seperti biasa kami sekeluarga akan keluar ke Kuantan, walaupun sebenarnya xde apa sangat  nk dibeli, kami akan bawa harith hasif jalan-jalan...maklumlah 5 hari terkurung di rumah pengasuh,rasa nya weekend adalah masa untuk bawa anak-anak ambil angin luar.

Tengahari anak-anak ngantuk plak, so tidurkan diaorg dulu...lepas solat asar kami keluar. Sampai EC Mall dh nak maghrib, lpas bli2 barang sikit kami ke surau, bertemu dengan kawan kerja abi yang menunggu isterinya solat. Saya solat dlu sementara abi menjaga anak-anak. Selesai solat,saya bersembang dengan isterinya berkenaan anak-anak. Kebetulan isterinya merupakan guru di sekolah rendah, yang turut mengajar anak-anak DS. Menceritakan serba sedikit pengalaman berdepan dengan anak-anak DS. Saya sambil tersenyum memegang hasif sambil berkata,"anak ni pn special ni". (dalam hati umi, rasanya xde sekumitpun perasaan malu untuk memperkenalkan hasif)Isterinya tersenyum sambil mengangguk-angguk. Saya minta hasif bersalam,terus hasif menghulur tangan bersalam kemudian mencium tangan auntie itu. "oo..pandainya dia"..tersipu-sipulah si hasif. Kemudian hasif menghulur kedua-dua tangan minta didukung, terus auntie mengambil hasif...macam biasalah anak-anak special ni kan berwatakan penyayang,terus dipeluknya auntie tu..huhu...Lama berbual, kami minta diri untuk pulang. Banyak lagi nak bertukar-tukar cerita terutama mengenai perkembangan anak-anak. Moga ada rezeki untuk berjumpa di lain hari.

Sewaktu kami masuk dalam lif, ada pasangan pakistan mungkin...tersenyum-senyum kat hasif, mcamana biasa hasif kalu nampak orang stare kat dia...becok lah mulut berbunyi menegur orang...berkata perlahan suami kepada isteri nya, memaklumkan hasif SD mungkin...terus saya bagitau suami, "abi, orang tu ngumpat adik", kami sama-sama ketawa...hahaha

Semalam abi belanja makan kat luar..kemudian kami ke EC Mall skali lg, nak beli seaweed..suka sangat dua beradik tu makan seaweed lebih saya buat sushi tempoh hari. Kemudian kami ke kedai baju disney, saja nak usha baju anak-anak. Promoter nya datang, kemudian bertanya kan umur hasif. Katanya dia juga mempunyai anak saudara mcam hasif berusia 6 tahun,perempuan. Sempat bercerita tentang kerenah anak saudaranya yang mencuit hati..dh pandai bercakap. Siap tunjuk gambar anak saudaranya dalam h.set. Sungguh comel, anak perempuan itu. Sy tanya ada masalah kesihatan x? Dia cakap ada masalah jantung berlubang, dan pergi IJN tapi doktor dah tak boleh buat apa kerana ada seakan bonjolan pada jantungnya. Maknanya anak itu hanya menunggu masa dijemput Ilahi. Tapi sekarang, anak itu masih aktif bermain dan ke sekolah, cuma kalau kadang-kadang akan sesak nafas, dan tubuh menjadi biru. Alahai,kesiannya anak kecil itu.

Dalam kereta, saya cakap pada abi kesiannya family anak tu, dah 6 tahun bersama. Tak dapat nak bayangkan kalau terjadi pada hasif. Kami yang bersama hasif baru 2 tahun pn rsanya tak sanggup kehilangan apatah lagi ibu ayah yang dh bersama anaknya selama 6 tahun. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur anak itu. Mendengar cerita mak saudaranya saja saya dapat bayangkan betapa anak itu disayangi seluruh keluarganya. Itu belum mendengar daripada ibu ayahnya sendiri. Betapa bertuahnya anak itu yang dilahirkan dalam keluarga yang amat menyayanginya.

Walau apapun, REDHA..itulah jalan terbaik untuk setiap ketentuan yang telah ditetapkanNYA. Selagi hati tidak redha,selagi itulah hati takkan tenang...bahkan kita seakan cuba lari daripada bayang-bayang sendiri. Namum kalau kita redha, kita akan lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang dan akan lebih menghargai erti sebuah kehidupan. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang redha.