Monday, September 30, 2013

Kini Kembali


بسم الله الرحمن الرحيم dan Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak menulis di sini, saya kini kembali...last entry yang saya tulis ialah pengalaman bersalin anak ketiga saya iaitu anak perempuan saya yang kini hampir mencecah satu tahun...betapa cepatnya masa berlalu.

Saya kini ibu kepada tiga orang anak, dua putera dan seorang puteri...alhamdulillah.Kehidupan sebagai ibu bekerjaya bukanlah satu tugas yang mudah bagi saya.Tambahan dalam masa terdekat ini begitu banyak perkara berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga.

Akhir bulan Ogos, kontrak abi sebagai warden di UMP telah tamat... Sepatutnya bulan September abi dijangka menyambung pengajiaan Phd nya di Japan...betapa sukarnya saya melihat suami saya mencari-cari universiti di sana dalam sibuk beliau masih bertugas sebagai pensyarah di sini. Betapa saya melihat beliau gembira saat menerima surat tawaran daripada universiti di sana. Namum, kami dikhabarkan permohonan abi untuk ke universiti itu ditolak oleh pihak universiti di sini atas sebab universiti tersebut tidak termasuk dalam ranking top 200 over the world. Walaupun peratusan dalam bidang research tidak menyumbang kepada kenaikan ranking universiti, keputusan tersebut kami terima dengan rasa berat hati. Walaupun sedih melihat kekecewaan suami, saya tetap percaya bahawa  pasti ada rahmat di sebalik apa yang berlaku. Kami mungkin merasakan rancangan kami adalah yang terbaik, namum saya yakin bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Memandangkan kami masih di sini, kami terpaksa meneruskan tugas kami dalam bidang yang berbeza. Dalam masa beberapa hari, kami terpaksa mencari rumah sewa. Alhamdulillah ada rezeki kami walaupun kami rasakan sewa sangat mahal bagi kami untuk sebuah rumah baru yang tak punya sebarang kelengkapan.Namum kami terpaksa juga menyewa rumah yang kami duduki sekarang memandangkan tidak punya pilihan lain selainnya.

Banyak perkara harus diselesaikan dek perpindahan kami sekeluarga dari Pekan ke Kuantan. Urusan persekolah Harith, pusat jagaan untuk Hasif dan Safiya. Abi pula sibuk dengan projek kereta solar.

Rasanya kurang dua minggu kami betul-betul menetap di Kuantan. Belum habis lengguh badan mengemas barang dari rumah Pekan ke Kuantan. Mujur ada adik ipar dan mertua yang datang membantu. 

Tanggal 28hb September lepas, abi berangkat ke Australia bersama-sama team projek kerata solar membawa tugas besar mewakili UMP. Sabtu lepas baru saja berlalu namum saya rasa bagai sudah berbulan tanpa suami. Menitis juga air mata saat ini menghantar abi di airport walau cuba menahan semampu mungkin.

Berita ketibaan abi di sana telah kami terima. Doa saya semoga abi baik-baik di sana dan akan kembali dengan selamat. Ameen.

No comments:

Post a Comment