Saturday, December 31, 2011

Cuti Tahun Baru

Minggu ni weekend jadi 3 hari sebab esok tahun baru (ahad)..so isnin cuti lagi..sangat seronok nak spend masa ngn anak-anak. Minggu ni sangat memenatkan bagi umi berdepan dengan client-client yang menyerabutkan kepala..huhu...mujurlah ada cuti,dapatkan 'lari'sebentar daripada bebenan kerja ;)

Tadi,breakfast kami agak lambat,merangkap lunch sekali...time makan harith bersuara,"umi, alhamdulillah harith tak demam." gelihati pula mendengar, umi senyum je..sambil sentuhTe dahi harith, "alhamdulillah".
 Teringat tempoh hari,harith pernah juga berkata, "masyaAllah, harith terlupala nak ambil kertas kat sekolah tadi,umi". Sejuk je rasa hati bila ungkapan-ungkapan ini keluar daripada mulut harith yang berumur 4 tahun.

Arini,dapatlah kemas-kemas seluruh bahagian rumah...harith pun nak tolong umi,harith yang vacum,umi pula mop lantai. Selesai berkemas, nak gi mandi. Harith tanya umi, 'umi, mana kopiah harith?'..umi jawab,"ni kopiah harith,betulkan?" ..'aah,betul..mana sejadah harith?..tanya harith lagi..."tu yang hijau tu,kenapa?"soal umi.."harith nak solat"..terus harith betulkan sejadah dan mula nak solat. "umi,baca apa dah umi?"..nak tergelak je ngn harith ni,tetiba nak solat...pastu muka confident je nk solat pastu boleh tanya plak nak baca apa...bila umi cakap, "umi nak mandi dulu,pastu baru solat"..harith cakap,umi g la mandi,harith tunggu,nak tengok tv dulu (bleh plak macam tu,huhu)..last-last harith solat jemaah ngn abi...tak sempat tunggu umi,hehe..

semoga harith menjadi anak yang soleh..berjaya dunia & akhirat 

Saturday, December 24, 2011

Wajah Yang Selalu Dirindui

 Inilah wajah yang selalu umi rindu..semoga anak-anak umi setiap waktu dilindungan Allah...

Tuesday, December 20, 2011

Nasi Arab

Abi memang suka sangat makan nasi arab...pantang gi jalan mana-mana,kalau dengar ada kedai nsi arab,mesti nak cuba..so umi terpanggillah nak cari resipi nasi arab mandhi ni...time lunch hour kelmarin, gi beli ayam dan bahan2 nak masak nasi arab ni..Balik keje,terus ke dapur sediakan menu ni...abi yang tolong bakar ayam...harith dan hasif pun suka,makan bertambah-tambah..hehe...umi pun puas hati tengok abi dan anak2 makan banyak...malam ni nak try wat sekali lagi...hehe..Jom layan gambar....



Monday, December 19, 2011

360 Darjah

Assalamualaikum..smoga kita semua dalam limpah Allah hendaknya...

Cuaca yang agak mendung...Hari Isnin macam biasa hari untuk panaskan enjin untuk bekerja 5 hari sebelum bercuti hujung minggu..

Pagi tadi pukul 620 bangun solat subuh,tetiba rasa lama dah tak mengaji...betul lah kata orang, perkara paling susah buat orang yang berilmu (walaupun saya bukan banyak sgt ilmu di dada) ialah untuk beramal...dan perkara yang paling susah untuk orang yang beramal ialah untuk beristiqamah...terus tadi, saya capai Al-Mathurat untuk dibaca...dalamnya ada bacaan surah al-baqarah...teringat tentang kebaikan surah al-baqarah yang jika dibaca dalam rumah, boleh menjauhkan dari ganggunan syaitan....gangguan syaitan datang dalam bermacam bentuk...tujuannya untuk membolak-balikkan hati kita dan memecah belahkan hubungan sesama kita..smoga Allah menjauhkan kita semua dari godaan syaitan dan semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA.

Sesudah tu, saya ke dapur untuk menyediakan sarapan...Harith dan Hasif akan bersarapan di taska..Maka saya cuma sediakan nasi goreng untuk bento (bekal) abi...sempat juga tadi gorang cucur jagung sekali, lebihan adunan goreng semalam.. Semalam, buat cucur dengan dibantu oleh harith...Pukul 8, saya kejutkan hasif,panggil harith langsung tak sedar. Hasif ni sungguh mudah nak kejut mandi...angkat je berdiri, mata terkebil-kebil tahan mengantuk...bawa ke bilik mandi terus segar...Sudah tu, abi yang pakaikan baju..Harith plak masih tak bangun2...mmg macam tu lah hari-hari..Bangun tu nangis-nangis dulu...nak mandi pun nak kena dengan umi, nak pakaikan baju lagi...nak hantar ke taska pun umi...taska mmg dalam kawasan ump, cuma makan masa dalam 10-15 min juga sebab kena buat U-turn beberapa kali...

Time turun rumah dah pukul 835...kete dah gerak sikit, teringat abi minta hantar kasut untuk jahit, turun kereta masuk umah balik...sampai di taska dah dekat pukul 9...bergegas sambung perjalanan ke ofis plak...sampai dekat selekoh, saya tekan break sedikit sambil membelok...tiba-tiba kereta berpusing 360 darjah, saya tekan break slow2...masih lagi belum berhenti...berpusing lagi 360..hanya beristighfar panjang...Mujurlah tak ada kereta depan belakang...Syukur Alhamdulillah Allah masih lindungi saya dan panjangkan umur saya.

Kira-kira 3 bulan saya lalu jalan yang sama untuk ke tempat kerja, ni kejadian pertama seumpama itu..dan kira setahun setengah berulang alik dengan kereta yang sama ke tempat kerja, tak pernah lagi kereta saya berpusing sebegitu. Ada bisikan di telinga, mengapa hari ini kejadian tak diingini berlaku walaupun saya sempat membaca ayat-ayat suci di permulaan hari...namum saya tepis bisikan itu dan yakin bahawa Allah masih lagi sayangkan saya dan mungkin sebab saya sempat menyebut khalimah Nya, Allah lindungi saya daripada sebarang kecederaan dan jauhi daripada perkara yang lebih teruk terjadi. Syukur Alhamdulillah....

Teringat plak, baru minggu lepas kereta saya hampir2 masuk lubang tepi jalan time nak pusing masuk simpang...langsung tak perasan....tayar duduk tengah2 blok jalan..terpaksa kena angkat kereta...mujur takde apa-apa kerosakan...rasa trauma tu pun tak habis lagi dah ada kejadian baru....fobia plak rasa..Apapun,moga Allah lindungi kita semua...amin

Tuesday, December 13, 2011

Harith & Hasif Dah Makin Besar

Ari Selasa yang agak penat sikit bagi umi...semalam hasif asyik terjaga je dari tidur...biasanya sebelum tidur umi akan buatkan susu dan hasif akan tidur nyenyak sampai ke pagi...tapi semalam kejap2 hasif bangun, 3-4 kali umi bangun buatkan susu sustagen..laju je minum..hasif minum susu Dutch Lady je, cuma semalam saje umi buka susu sustagen yang tersimpan dalam almari. Susu sustagen ni bagus bagi anak2 yang kurang selera makan sebab mengandungi zat macam piramid makanan seimbang yang diperlukan (iklan kejap)...Dulu memang bagi susu sustagen kat hasif sebab nampak dia kurang makan nasi tapi memandangkan sekarang agak selera dia makan, umi tukar ke dutch lady sama macam abang harith. Abang harith pula lepas berenti minum botol sebelum masuk 4 tahun aritu, kurang dah minta susu. Kalau dulu kejap2 susu...sian pula...kalau tak tanya, mmg dia tak minta..semalam, umi yang offer harith susu, abi yang buatkan....mujur nak minum..Tujuan taknak bagi botol bukan niat nak suruh berenti minum susu, tapi agaknya tanpa botol, selera minum susu pun berkurang.

Semalam, hasif asyik terjaga...lepas habis sebotol susu, merengek lagi...buat susu lagi...pastu nangis balik..last2 ajak di salin diapers di toilet..sapu minyak di perut,tertidur dia...terasa macam ada baby pulak..huhu..

Semalam sebelum tidur, harith minta nak cuci pinggan...tak yakin sebenarnya tapi umi biarkan harith buat...tak sangka plak boleh dia sabun dlu kemudian bilas...seronok plak rasa...siap cakap kat umi, 'umi gi kat luarlah, biar harith yang basuh'..huhu...dan besar anak umi ni...nanti besar sikit bolehlah tolong umi kat dapur ya..sekarang ni pun, kalau time umi masak, dia sibuk nak tolong sama...harith-harith..umi tengok sejak masuk umur 4tahun ni...dah bertambah matang harith ni...ada gaya abang sikit.....cuma kadang-kadang gaduh juga dengan adik hasif..

Harith ni sekarang ni kalau keluar, nak smart je...siap cakap kat umi...nnti kalu nak keluar, harith xnak dah pakai selipar, nak pakai kasut...kalau nak pakai kasut, kena siap ngn stokin...pandai dah demand nak pakai seluar panjang..xnak dah seluar paras lutut...baru pun nak pakai yang dia suka dan rasa smart je..xnak yang xde lengan, harith cakap sexy...huhu...

Hasif plak kami tengok dan faham hampir semua yang kami cakap....kalau suruh apa2..mmg hasif akan ikut..macam minta angkat punggung time nak pakai diapers, tanya remote tv...hasif akan hulurkan..minta angkat botol susu yang jatuh dan macam2 lagi..cuma bercakap,agak lambat sikit...kalau nak apa2, hasif akan dapatkan umi atau abi sambil tarik tangan...kalau nak minta pakaikan stokin, hasif akan bawa stokin dan tunjuk2 ke kasi...so far, xde masalah nak faham bahasa yang hasif gunakan...kadang2 ada lah kena berteka teki dulu nak faham apa yang hasif nak sampaikan...apapun, happy besarkan hasif dan we love him as the way he is..

Hasif suka tengok iklan filem toyol kat tv..kalu ada iklan tu, terus bangun...wat mimik muka dengan goyang badan sekali...hasif-hasif...semalam abi umpan tengok cite toyol nak suruh hasif duk diam dari merengek..huhu..Semalam juga time duk tengok tv, hasif ambil bear atas sofa, pastu duk main2...dukunglah, dodoilah..tergelak kami dibuatnya...dah macam pegang baby pun ada....adakah hasif dah sedia tuk dapat adik??? hahaha...

Semalam sebelum tidur, harith berbisik ke telinga umi, 'harith nak bangun awal esok, tak nak lambat dah'..bila umi cakap, 'harith pandai, untung umi dapat anak macam harith..sayang harith'..harith jawab,'harith pun sayang umi'. Tapi pagi tadi, harith bangun lewat lagi, umi dan adik hasif dah siap pakai baju, harith masih liat nak bangun. Bila abi bersuara, baru lah harith bangun. Tu pun nangis2 dulu, nak minta umi mandikan...nak antar ke sekolah pun kena umi...kesian umi, selalu lambat ke ofis...harap-harap lepas ni harith boleh lah bangun awal sikit...
Apapun, terima kasih Allah kerna bagi anugerah terindah untuk kami bergelar ibu ayah kepada permata hati kami walaupun disebaliknya terkandung dengan 1001 cerita...semoga harith dan hasif terus membesar dengan sihat dan bijak..amin

Sunday, December 4, 2011

Majlis Taska Harith Hasif

Hampir terlupa umi nak update video majlis makan malam taska harith & hasif yang di adakan tempoh hari di Hotel Vistana, Kuantan. Taska UMP buat persembahan tarian hindustan...time latihan, kata cikgu hasif pun ikut sama menari...sebelum majlis bermula pun umi dah pesan awal-awal kat cikgu hasif, kalau hasif tak nak menari time acara tu nanti, minta cikgu dukung je...nampaknya hasif agak malu nak menari,huhu...sedikit frust sebab adik hasif tak nak menari, tapi takpelah hasif...asalkan hasif boleh turut serta dan happy, umi dan abi dah cukup happy...harith pula berjaya menari dengan baik...tak sangka pula kami, huhu...very proud of you harith...we love both of you very much....Jom layan....


psst...harith & hasif memakai baju punjabi warna purple dan berseluar putih...

Harith..We Will Love You Until The End Of Our Life

Video ni lama dah siap,time birthday harith tapi umi tak sempat nak upload time tu...Umi ngan abi wat ni sempena birthday harith..hope you will like it harith...umi dan abi sangat-sangat sayangkan harith...

Saturday, December 3, 2011

DEMAM

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua...

Pagi ni abi dan anak-anak masih nyenyak beradu...semalam adik hasif tidur awal sikit..manakala umi & harith tidur awal lewat..abi ada dinner di kuantan semalam, menangis-menangis harith nak ikut...kali ni kami anak beranak tak dapat ikut, mujur abi bawa balik 'kambing golek'..terubatlah juga si kecil dua orang tu..lepas makan, kami sambung menonton tv, kemudian tertidur hasif..

Lebih kurang pkul 230 pagi tadi abi dapat panggilan dari pakcik pengawal keselamatan...maklumkan ada tangkapan students dibuat, bergegas abi ke sana..mujur waktu tu belum tidur..

Sehari lepas main air aritu, hasif macam panas badan sikit..umi bagi ubat dan hasif ke taska dengan abang...balik tu cikgu kata hasif dah ok...esok tu plak abi ngan harith plak demam...kemudian berjangkit ke umi..dua ari lepas memang lemah sangat rasa tapi umi tetap ke ofis memandangkan nak settle kan urusan sebelum bercuti seminggu...kelmarin, masih rasa sakit tekak tapi ok sikit dari ari sebelum tu..pagi ni rasa sihat dah, xde sakit tekak dah...syukur alhamdulillah..

Waktu sakit ni teringat kata ni,lupa siapa yang pernah ungkap kata-kata ni.. Waktu kita sakit, Allah akan tarik 3 perkara daripada kita iaitu kesihatan ,selera makan dan dosa kita. Dua perkara Allah akan kembalikan semula iaitu kesihatan dan selera makan tapi tidak dosa. Maksudnya sakit tu penghapus dosa. Semoga Allah hapuskan dosa-dosa kita semua...amin..

Dua ari lepas, time bawa harith ke pejabat...harith tidur je..hasif pula abi yang jemput pulang..kata cikgu hasif senyap je aritu sebab abang takde. Waktu antar pagi tu pun, hasif senyap je,intai umi ngan abang harith dari dalam kelas...muka pun tak ceria..sian adik hasif..Alhamdulillah antibodi hasif kuat, demam kejap je...waktu harith kena chicken pox ngan sakit mulut,tangan & kaki pn, hasif tak terjangkit...semoga Allah selalu melindungi anak umi ni...

Arini, nak kena packing...esok kami berangkat ke Kedah..mungkin juga akan ke Penang. Abi ada kena buat promotion kpd students matriks kat sana..so bolehlah kami ikut sama, hehe. Umi dah ambil cuti seminggu..so minggu depan, memang nak luang masa ngan anak-anak...tapi yang tak bestnya bercuti time cuti sekolah..takut orang ramai. Mujur abi dah booked hotel di Sungai Petani..Apapun, semoga Allah permudahkan segala urusan kami...insyaAllah

Friday, December 2, 2011

Gambang Water Park

Ahad lepas, kami mendapat kunjungan tetamu dari jauh...kakak saya dan family dari kb datang ke rumah kami di Pekan...harith & hasif la syok sangat sebab dapat main ngan sepupu diaorang (kak eisya & abang akim). Esoknya, hari ahad kami ke Gambang Water Park. Kami dapat tiket free sebab Harian Metro ada buat promosi aritu, kumpul 10  keratan muka depan, dapat tukar dengan 4 keping tiket. Kalau nak beli,rasanya dalam RM 22 untuk satu tiket orang dewasa. Memandangkan tarikh tutup 30hb November, terpaksalah kami mencari ruang untuk ke sana walaupun cuaca sekarang tidak menentu, kejap panas, kejap hujan..

Sampai di sana, orang sangat lah rmai...maklumlah cuti sekolah..mujurlah kak sa sedia beratur...kalau lah cuma kami berempat yang pergi, rasanya terus kami pulang tanpa sempat beratur..hehe. Sebaik mendapat tiket, kami terus ke kolam...umi terpaksalah mandi sekali temankan adik hasif...mmg seronok sangat main air, harith pun nampak berani sangat...langsung tak takut akan 'ombak buatan'..adik hasif pun happy sangat dapat main air..dua kali juga hasif terjatuh dalam air time duduk atas pelampung...mula-mula jatuh sendiri, mujur umi cepat-cepat capai baju hasif, kemudian dengan umi sekali tenggelam...huhuhu...dasyat sungguh..mujur adik takde apa-apa cuma nampak adik hasif cuak sikit...bukan adik je,umi sekali jadi seram, hihi...Kemudian hujan kejap petang tu... kami berteduh sebentar sambil makan tengahari dan solat zohor...kemudian harith ikut kak eisya main air lagi...Jom layan photo yang sempat abi snap...

psst..puas ati tengok anak-anak happy main air...esoknya hasif start demam, tp kejap aje sembuh lepas mkn ubat..skrg ni abi,umi & harith baru je nak baik dr demam..huhu

Thursday, November 24, 2011

Potty Training

Mengimbas kembali pengalaman toilet training Harith, terasa cepat sekali...waktu tu usia harith hampir 2 tahun...jujurnya memang tidak terlintas nak potty training harith time tu..Waktu tu, auntie noli ada datang ke umah time kat jepun dlu,bercerita yang datuk haikal dh suruh noli ajar haikal ke toilet...waktu tu haikal pn belum masuk 2 tahun (harith tua dua bulan lebih dari haikal) cuma tahun yg berbeza..so umi pn terlintas nak try kat harith..walaupun mmg langsung tak terfikir nak lepas diapers...mungkin juga umi terlupa yang harith time tu dah makin besar...so, kebetulan waktu tu ada cuti, so umi bawa harith ke tandas,minta dia kencing...dan alhamdulillah dia faham dan seingat umi, kira-kira seminggu, harith dah boleh faham..kebetulan pula kat sekolah harith time tu pn mmg cikgu-cikgu ada wat toilet raining,so makin mudahlah harith nak terima..dan genap umur harith 2 tahun, harith dah tak pakai diapers..termasuk waktu malam...syukur sangat-sangat..kadang2 mmg ada juga terkencing malam, mmg kena banyak2 sabar,pujuk diri sendiri tak nak marah..lagipun harith kecil lagi waktu tu...banyak abi boleh berjimat sebab harith dah tak pakai diaper...hehe..itulah serba sedikit pengalaman potty training tuk harith...

Hasif pula umi sendiri xtau bila masa nak  start potty training...mmg xnak letak target...xnak compare2 ngn harith...sebab setiap anak kn ada keistimewaan tersendiri...lagi pun hasif mmg selalu istimewa...hehe..cuma umi perasan sejak guna cloth diapers ni, hasif jd sensitif ...kalau dah agak basah, dia akan tarik tangan umi ke toilet pastu tepuk-tepuk cloth diaper..so pahamlah nak minta tukarlah tu...dah sekarang ni hasif dah berak kat toilet..umi ngn abi dah start ajar ke toilet..waktu nak mandi, hasif mmg akan kencing kat toilet....ada lah dalam 4,5 kali hasif dah berak kat toilet...siap bersorak angkat tangan ngan abi bila berjaya tu...huhu.. so, ini hadiah daripada abi tuk hasif yang baru nak start poty training ni...good luck hasif...gambatte ne...love you so much..




Monday, November 21, 2011

Harith's 4th Birthday

Pada 17hb Nov (Khamis) lepas merupakan birthday harith yang ke-4. Mujur seminggu sekali umi akan ke kuantan atas urusan kerja,bolehlah tempah kek best sikit...kek vanila coklat ice cream..selesai kerja di kuantan, umi ngn abi g ambil kek yang dah ditempah. Sehari sebelum tu jga umi ada bli barang2 untuk dijadikan doorgifts dan malam tu umi pulun bungkus door gifts untuk kawan-kawan harith. Lepas ambil kek, kami terus ke sekolah harith antar kek ngn door gifts.Gambar door gifts umi lupa nak snap..rugi plak rasa sebab tu 1st time umi sediakan door gift untuk birthday anak-anak...mujur umi minta cikgu harith tolong ambil gambar... Jamuan birthday dibuat time minum petang. Jom layan gambar2 yang cikgu harith ambil sempena majilis birthday...




Semoga harith happy dapat celebrate birthday ngan kawan-kawan. Apapun,doa kami semoga harith membesar menjadi anak yang soleh,penyejuk mata dan hati umi abi....amin

Tuesday, November 1, 2011

Cerita Weekend & Accident depan mata....

Assalamualaikum...semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah selalu...

Ini kisah ujung minggu lalu,kami sekeluarga hanya spend masa di rumah memandangkan minggu sebelum nya kami dah balik kampung...saja nak main2 ngn harith hasif...pagi2 saya bangun siapkan sarapan..rasa suka sangat duduk umah sekarang ni,walaupun jauh dah bandar...dan jauh dari kedai2 makan, tapi oklah seronok dan bersemangat nak masak sekarang berbanding time tinggal kat kuantan dlu...*harap-harap berkekalan semangat ni*

Hari sabtu tenghari, saya pujuk anak2 tidur kalau nak ke pasar malam petang tu....pukul 4 lebih,saya tertidur ngn harith, hasif sibuk duk main kete mainan dia...tiba2 terdengar abi menjerit...rupa2 hasif berjaya panjat meja makan dan terpatahkan spek baru abi yang tak sampai sebulan lagi....hasif cuba nak pakai tapi sebab tak pandai nak buka, maka patahlah ia...memang sedih sangat abi time tu,umi pun tumpang sedih...bukan senang umi nak pujuk abi suh wat spek baru....lama abi pakai spek lama...mujur ada kedai spek yang buat sale dekat ngn ofis lama umi,tu yang terbuka hati abi nak beli spek baru...tak sampai sebulan dah patah...nak buat macamana benda nak jadi...abi cuba nak smbung balik dan umi terus ambil hasif,tidurkan...

Pukul 5 lebih, umi ajak harith ke pasar malam...kira-kira 20min juga dari rumah...tak nak kejutkan hasif sebab baru je tidur...so kami pergi berdua je..selesai membeli kami pulang. Dalam kereta, sembang2 dengan harith...saya pesan harith besar2 nanti ke sekolah,kena pandai2 cari kawan...nanti ada yang baik,ada yang nakal...harith nak kawan yang macamana? tnya saya...'nak kawan yang baik'..jawab harith*standard jawapan budak-budak* tapi harapnya harith ingat sampai bila-bila lah jawapan harith tu..

Kami melalui sebuah surau...kedengaran azan maghrib dilaungkan time tu.."umi,napa umi tak berhenti solat? berentilah umi"kata harith....'kita balik dululah...solat kat umah..kena balik cepat sebab nanti adik nangis', saya jawab. "hari tu umi ngan abi berhenti solat kat masjid"tanya harith tak puas hati. 'aritu, abi ada, adik hasif ada...ni abi ngn adik kat umah, kita solat kat umah', jawab saya lagi. Saya sambung balik sembang-sembang ngan harith.

Tiba di selekoh sebelum pintu masuk ump,ada kawasan lapang...time tu saya lihat kira-kira 20-30 buah motor berkumpul kat kawasan lapang tu...dalam hati saya terdetik, apalah dibuat budak-budak remaja ni waktu maghrib macam tu..di depan kete kami, ada dua motor...sengaja saya jarakkan sedikir, kurang 500m jaraknya...kemudian ada 2,3 motor dari arah depan melalui jalan kami...mungkin nak masuk ke kawasan budak-budak berkumpul. Tiba -tiba motor mereka berlanggar, penunggangnya melambung, serpihan motor hampir2 terkena kereta kami...kejadian betul-betul depan mata saya...terus saya masuk ke lorong sebelah, mujurlah kereta di hadapan sudah memberhentikan kereta...kalau tak, mmg kami pun mungkin terlibat kemalangan juga...'mengucap'panjang saya, menyebut namaNya...sampai tiba di rumah menceritakan kepada abi...terus saya solat maghrib, panjat syukur kepadaNya yang melindungi kami berdua...Esoknya (kelmarin),abi call bagitau saya dia tanya pada pakcik jaga tentang kejadian tu, dimaklumkan budak yang accident tu meninggal dunia dan sorang lagi di hopital 50%-50%...Alhamdulillah Allah kerna panjangkan umur kami...Ya Allah, kau lindungilah kami selalu, jauhkan kami, anak-anak kami, saudara seislam kami daripada perkara yang tidak diingini..

Tuesday, October 18, 2011

Harith & hasif ke Taska

Lama tak mencoret sesuatu kat blog ni...mmg terasa mengabaikan sungguh blog ni...rindu sangat nak menulis,macam-macam nak cerita tapi sibuk sungguh sekarang ini (macamla jadi wakil rakyat..huhu)

Macam-macam benda baru dalam kehidupan sekarang ni...macam yang umi dah cerita,hasif dah ke tasta bersama abang harith...memandangkan kami pindah ke pekan dah dekat akhir tahun,tu yang ambil keputusan hantar harith ke taska ump je sama ngn adik hasif. Taska ni nampak sangat ok,bersih, cikgu-cikgu yang nampak sangat penyayang dan sukakan budak-budak. Memang nampak selesa..jauh beza dengan tadika harith dlu,maybe sebab tu dulu harith selalu nangis time g sekolah.

Sekarang harith dan hasif g sekolah sama-sama...umi akan hantar on the way g ofis..kadang2 ada juga abi antar mcam arini. Harith ada juga time mood dia x berapa ok,cakap taknak g school..tp hasif ceria je nak g sekolah..huhu..bila abi kejut adik hasif bangun, laju je bangun g mandi...abang harith liat sikit nak mandi,hihi..biasanya hasif yang akan siap dlu..siap berbaju, dia akan g cari beg sekolah...kalau tak jumpa beg hasif, beg abang pn jadilah...dia akan galas kat belakang..kekadang beg kosong je sb barang2 umi dah letak dalam satu beg,action je lebih hasif ni...saje umi bg dia galas sebab nampak dia macam happy sangat bila galas beg pastu mulut bising2 ajak g school (guna bahasa dia,huhu)..

Aritu cikgu bagitau diaorang akan buat persembahan kat Hotel Vistana bulan depan, sekarang tangah praktis menari..cikgu2 bagitau hasif pun ikut sama berlatih menari,hehe..pagi tadi abi antar diaorang g skolah sb nak tnya pasal program tu nanti..minta2 la abi setuju nak ikut g Vistana nanti...bolehlah tengok harith n hasif buat persembahan...harith n hasif praktis rajin2 tau,nanti umi ngn abi g tengok, insyaAllah...

Tahun depan harith dah kira 5 tahun,xtaulah nak stay kat sekolah tu atau nak start ke tadika..kalau kat taska tu pun ada belajar iqra,kafa..xdelah sekadar taman asuhan,kira oklah juga. Apapun nanti kena discuss balik ngn abi...

Saturday, September 24, 2011

Lalu sekejap

Rasa lama sungguh tak update blog ni...lepas raya haritu mmg agak sibuk..kami sekeluarga berpindah dari kuantan ke pekan...banyak benda baru dalam kehidupan saya sekarang...saya berpindah dari umah sewa di kuantan ke rumah warden di pekan...abi mula bertugas sebagai warden di ump berkuatkuasa awal bulan ini dan saya juga bertukar tempat kerja. Kalau dulu saya di kuantan, bermula pertengahan bulan ini saya mula bertugas di ofis pekan. Satu tanggungjawab yang besar juga bagi saya memandangkan saya diamanahkan untuk menguruskan sebuah firma guaman di bandar pekan ni...

Mungkin memang rezeki kami di pekan agaknya...kebetulan sewaktu saya mendapat tawaran untuk ke pekan,abi juga dirisik2 untuk menjadi warden di ump,pekan. Dan alhamdulillah, kami sama2 memulakan tugas yang baru pada bulan yang sama. Sebelum ini, perkara yang paling merisaukan saya selain urusan kerja adalah berkenaan dengan hasif. Kalau harith mmg saya tak perlu risau kerna pasti ada mana-mana tadika di sana. Tapi saya percaya,Allah pasti menolong kami dan saya  selalu beroda semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah, taska ump boleh menerima hasif di sana maka tiada lagi perkara yang merisaukan kami.

Sudah seminggu harith dan hasif ke taska di ump. Kata pengurus dan guru-guru, mereka tidak menghadapi  masalah menjaga hasif. Syukur alhamdulillah. Risau juga saya kalau-kalau mereka keberatan untuk menerima hasif tapi mujurlah sewaktu saya ke sana untuk meraikan majlis raya anjuran taska tersebut, saya sempat berjumpa dengan pengurusnya yang memberitahu beliau pernah menjaga anak-anak istimewa seperti hasif di tempat yang lama. Sikap positif yang ditunjukkan amat melegakan hati saya. Syukur alhamdulillah.

Jujurnya saya rindu pejabat lama saya terutama sekali staffs2 yang sangat best. Namun memandangkan abi memang akan mengajar di pekan, rasanya ini peluang terbaik untuk kami sekeluarga. Kesian juga abi dlu terpaksa berulang-alik dari rumah-pejabat-rumah kira-kira 80km sehari. Sekarang ni jarak rumah warden ke pejabat abi sangatlah dekat memandangkan kami menetap dalam kawasan ump dan abi sekarang kembali berbasikal sepertimana waktu belajar di jepun dulu. huhuhu.

Saya juga berazam untuk berbasikal atau berjogging tapi mungkin hanya pada hujung minggu, hehe.Setidak-tidaknya bolehlah bersenam sikit memandangkan sudah lama meninggalkan aktiviti berbasikal. Memang terasa badan agak berat sekarang sebab tiada aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh :-)

Apapun, semoga kami boleh mengadaptasi suasana baru ini dengan sebaik mungkin...insyaAllah

Tuesday, August 9, 2011

Hasif Ku Sayang

Lama xcite psal pasal hasif..bk nak diceritakan tp kekadang tu mcam xde mood je nak menulis...

Aritu kami (umi,harith n hasif) ada ikut abi g Tembleng Resort kat kuantan ni..time tu abi ada program kat sana...memandangkan abi dpt satu apartment sorang, so petang tu abi dtg jemput kami g sana..

Luas apartment tu, suka sgt tgok ruang tamu yang luas..tak macam kebanyakan umah teres yang agak memanjang. Harith dan hasif sangat happy dapat berlari-lari main kejar2..biasanya kat umah kami, diaorang hanya akan naik kereta masing2 sorang satu..tak pernah lagi tengok main kejar2. Tp kat sana, tu 1st time tengok harith n hasif main lari2..hide and seek..happy sangat tengok.

Harith suka sangat menyakat adik hasif..siap tunggu hasif bangun dari tidur sebab xsabar nak main. Ntah apa maksudnya, harith cakap,"adik totet..kiss sikit"..pastu dia g kiss adik, then lari. Hasif pun apa lagi, buat muka konon-konon marah, pastu kejar abang harith. Begitu lah diaorang main. Kalau hasif cakap macam tu, sure adik hasif marah, siap angkat tangan konon nak pukul abang. Yang abang plak duk gelak-gelak. Suka sangat tengok diaorang bergurau.

Pastu main hide and seek..harith sembunyi, adik hasif yang cari. Sembunyi belakang langsir lah, belakang katil. Memang bising la bilik time tu. Seronok sangat tengok diaorang ni. Tapi bila kat umah kami, acara kejar-kejar xdelah...diaorang just main-main kereta, mainan2 yang lain.

Hasif sekarang dah pakai cloth diapers. Menyesal plak sebab agak terlewat mencuba cloth diapers ni...kadang-kadang time nak mandi suruh hasif kencing, dia kencing. Poo poo pun pernah kat toilet, saja ajak g toilet time dia tepuk2 punggun,hehe..

Hasif sekarang suka makan sendiri..pakai baju & seluar sendiri... pakai selipar pun dah pandai., tak terbalik.sikat rambut nak sikat sendiri....kalau bercakap ngn dia, macam dia faham..contoh kalu suruh ambil susu, angkat botol yang terbalik di lantai, suruh ambil bantal, suruh angkat punggung time nak pakai diapers. Buka dan tutup tv pun dah pandai sekarang cuma xreti nak on astro. Hehe

Sekarang suka buka bbtv ..618 astro..suka sangat tengok, abang pun sama..so kalau time nak ke dapur tu, tulah umpan nya. Kalau pagi buka ntv7..hi-5, suka sangat tengok orang menyanyi dan menari,huhu..

Kalau time abi ngn umi nak solat, hasif pun akan ambil sejadah dia minta kami bentangkan...pastu dia ikutlah sekali kami solat. kalau sujud, dia pn ikut sujud. Kalau dia solat sorang plak, mulut kumat kamit konon baca ayat dalam solat..Kelakar sungguh hasif ni..huhu


 




Tuesday, August 2, 2011

Shah ALam-2nd Day


Kami sempat ke SACC Mall bawa harith n hasif jalan-jalan
seronok betul dua beradik ni dapat main kereta..
sampai nangis2 harith & hasif.. xnak turun,nak main lagi
kemudian kami bertolak ke kl, ke lowyat abi nak tgok barang2 pc
then kami ke umah kakak umi di pandan indah
malam tu keluar gi makan nasi arab
seronok dapat bawa anak gi jalan2 sebelum puasa ;D



Grandblue Wave 1st Day

Kami sampai di shah alam kira-kira jam 10 malam...sebelum tu dah berhenti makan di genting sepah, abi nak makan nasi sementara umi dan harith n hasif makan mcD, beli kat area situ. Kami menginap di grandblue wave hotel, malam tu semua dah kepenatan..umi ngn hasif penat setengah hari spend di hospital, abi penat drive, harith pn sure penat, balik sekolah terus jalan jauh...lepas angkut barang2 ke bilik, mandi2...kami terus tidur..

Esoknya, jam 8 pagi anak-anak bangun, kami turun breakfast...apa yang boleh dirumuskan selepas menikmati sarapan, makanan di Awana Kial jauh lebih sedap. Tiada apa yang special sampai kitaorg xtau nak makan apa. Lain kali xnak datang lagi. Kalau nak makan best, ramai yg recommend Hotel UITM..apapun oklah daripada takde..lepas sarapan, kami sempat ke swimming pool. Yang paling best harith lah dapat mandi kolam. Hasif xberapa sihat sangat, demam sikit. Tapi ceria je lagi.hehe. Layan je lah...





Lagi ke Klinik Kanak-Kanak

 Hari Rabu minggu lepas, ada appointment dgn pakar kanak-kanak di htaa jam 1030 pagi..saya bawa hasif ke ofis dulu sementara tunggu hampir ke waktu temujanji. Sampai di htaa dekat jam 1030, sangat susah untuk mendapatkan parking,terpaksa 'tawaf' htaa beberapa kali. Sangat ramai orang yang menunggu giliran. Dekat jam 12 baru dapat berjumpa doktor,itupun sekejap sahaja,hanya untuk mengetahui result ujian darah aritu, kata doktor paras bacaan hormon tiroid hasif atas pagar, tada yg membimbangkan. Tapi harus ambil darah sekali lagi untuk repeat test. Adui..sangatlah lama menunggu untuk ambil darah. Hasif dah kebosanan, sempat main dengan kawan-kawan yang baru je kenal...apabila dah bosan, dia berlari-lari sampai ke bilik doktor. Sungguh menguji kesabaran. Pukul 1 lebih baru semuanya selesai. Kami pulang ke ofis,selepas minum susu, tertido kepenatan. Petang tu, sempat bertemu Rania (anak bos umi) yang turut datang ke ofis. Petang tu, selepas pulang ke rumah, kami berangkat ke KL,menemani abi yang melawat students praktikal di cyberjaya. Kami menginap di s.alam.
   

Friday, July 22, 2011

Ayah Long berangkat ke Lubnan

Hari ini saya kembali bekerja setelah cuti sehari kelmarin. Kelmarin dlu (Rabu), pulang dari kerja saya singgah di kedai membeli sedikit lauk untuk dihidangkan kepada keluarga mertua..mi,ayah,k.cah n mirah (adik2 perempuan abi) yang akan tiba di rumah. Abi pulang awal arini, jam 5 abi call bgtau dh sampai rumah dan nak tido kejap. Biasanyakalu abi pulang awal,abi la yg akan jempur harith di sek tp memandangkan abi nk berehat oleh sebab pukul 2 pagi nnti abi nk drive ke kl,saya yang menjemput harith. Setelah tu, ambil harith di rumah mama sal.

Sedang sibuk memasak, di dapur...riuh suara harith ngn hasif bermain. Sampai duduk bersila atas meja di ruang tamu. HAsif mmg begitu,pantang umi n abi xde situ, mmg akan panjat meja la jawabnya. Baru je selesai masak tomyam, kedengaran orang bg salam. Alamak...diaorg dh sampai,hehe...kena mimun air dlu la sementara saya siapkan hidangan. Lepas maghrib,kami makan beramai2...Suka sangat bila keluarga datang ke rumah. Maklumla, tinggal di tempat orang ni, mmg rindu sgt nak bertemu keluarga. Harith n hasif bukan main suka lagi tok wan, nek wan, cik cah n cik su datang..

Pukul 11 kitaorg tido, dan bangun pukul 1 lebih,bersiap2 untuk ke kl. Kami berangkat pkul 230 pagi. Tujuan kami nak ke kl untuk menghantar ayah long harith n hasif (abang sulung abi yang merupakan satu2nya abg yg abi ada )..untuk ke Lubnan memandangkan ayah long seorang tentera yang diarahkan menjaga sempadan di sana selama satu tahun.

Kami tiba di masjid TUDM, Subang  menjelang subuh..solat subuh di sana. Kemudian kami ke kem TUDM dan berpeluang menyaksikan perbarisan para tentera yang akan ke sana. Sempat bersarapan bersama-sama keluarga dan kami sempat bergambar kenang kenangan. Memerhati para isteri yang datang menghantar suami yang akan pergi bertugas, tergambar betapa kuatnya hati isteri-isteri tentera-tentera ini. Kalau lah saya di tempat mereka,entah bagaimana lah rasanya. Teringat saya sewaktu menghantar abi di airport untuk kembali ke Jpan. Waktu tu saya sedang mengandungkan hasif. Tak tergambar betapa sedihnya pada waktu tu mengenangkan keadaan untuk menjaga harith dan kandungan tanpa kehadiran abi. Rasa tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu lagi.

Namum saya kagum dengan isteri2 para tentera yang kelihatan amat tenang walaupun ramai yang punya anak yang masih kecil. Ayah long harith hasif sendiri mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Yang sulung baru darjah 4 kalau tak silap dan yang bongsu muda beberapa bulan drpd hasif. Sedihnya mengenangkan anak-anak yang pastinya akan merindui abi mereka. Apapun, semoga ayah long sentiasa dalam limpah rahmat dan perlindunganNYA di sana.

Selepas menghantar ayah long kelmarin, kami bertolak pulang ke Kuantan. Kalau ikutkan, tokwan nak pulang ke Jerteh petang kelmarin juga. Dalam keteta, seronok betul hasif duk menyakat tok wan..memebebel2 hasif pada tokwan. Kamipun tanyalah apa lah yang hasif nak cakap. Abi tolong translate, hasif cakap suruh tokwan tido kat umah semalam lagi. Umi pula tolong tambah, hasif cakap tak puas lagi main ngn tokwan. Mujurlah tokwan termakan pujukan hasif. hehe. Semalam kami makan roti canai je sebab singgah berenti makan nasi di Gambang petangnya.

Pagi tadi, saya bangun jam 6..sempat sediakan nasi lemak untuk sarapan. Memang puas hati bila masak sendiri untuk keluarga. Hajatnya nak minta mereka tinggal lagi di sini memandangkan esok pun cuti. Tapi abi ada kursus sampai hari ahad ni. Tadi pun abi keluar awal siki selepas sarapan. Ayah pun memang susah nak tinggalkan umah lama-lama. Harap-harap lain kali bolehlah datang lagi. Mie pun sekarang ni agak kurang sihat. Kami doakan moga mie cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Amin. 

Tuesday, July 19, 2011

Busy ke??...

Lama sangat tak upload blog ni. Banyak benda nak citer terutama pasal harith ngn hasif tapi saya busy sikit kebelakangan ini, nak buka blog pn tak sempat. Tapi aktiviti ngn anak-anak berjalan seperti biasa...pulang dari kerja, akan akan menjemput harith di sekolah dan kami akan menjemput hasif di rumah mama sal lebih kurang pkul 630 petang.

Saja nak update something yang mengganggu memikiran saya ni. Ari sabtu lepas, saya ke koleh shahputra, ada panggilan exam PTD, saje je rasa nak pergi. Dari pukul 9.00 pagi smpai dekat pukul 4 petang baru selesai. Abi yang menjaga anak-anak di rumah. Sempat lagi abi bawa harith ngn hasif g main pantai. Bestnya.

Selesai exam, singgah ke Secret Recipe sebentar nk beli cake untuk abi dan anak-anak. Seperti biasa saya memilih Cholcolate Indulgence, sangat best. Sampai di rumah, anak-anak menyambut kepulangan saya dengan sorakan. Pasti diaorang rindu kat umi diaorang ni. Hehe, perasan sudah. Tiba di rumah, saya tanya pada harith, harith nk makan kek tak? sebenarnya dah beberapa hari harith cakap ngn makan kek,sengaja saya buat tak tahu je. Sampai ada satu malam tu, dia terjumpa name card kawan abi yang jual kek...dia tatap gambar2 sambil tunjuk mana yang dia nak...last2 tidur malam pun duk peluk name card tu,bangun besoknya pun tangan duk pegang lagi. Kesian sungguh.  Dengan pantas menjawab soalan saya, 'nak, nak'. "harith doa la dlu, minta ngn Allah biar dapat makan kek arini". Harith pun ikutla berdoa, 'Ya Allah, bagi lah harith kek Ya Allah". Lawak pun ada dengar harith berdoa. Habis je berdoa, punya la suka dia nampak kek depan mata. Hasif pun bukan main juga  tak sabar. Akhirnya 3 keping kek habis kami makan berempat...umi share ngn adik hasif, tak cukup kongsi pula ngn harith,hehe.

Tentang exam PTD tu, saya tawakkal je..dah sedia maklum exam mmg agak mencabar. Dulu lepas exam, tak lepas PAC plak. Kesimpulannya mmg sangat bernasib baik mereka yang terpilih sebagai PTD.

Kebetulan pula, sehari sebelum pergi exam PTD ni, kak tie..akak satu ofis yang suaminya bekerja di LHDN meminta saya membuka web LHDN, katanya rasa-rasa nama saya tersenarai untuk interview LHDN. So, check-check, mmg ada terlisted nama saya untuk panggilan interview. Rasa macam nak try tapi tak taulah. Kalau nak pergi, harus ke kl la selasa minggu depan. Kebetulan khamis ngn jumaat mmg nak kena apply cuti sebab nak ikut abi pergi conference kat Putraya dan kami akan meginap di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Apapun,moga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Tuesday, July 5, 2011

Hasif Ke Ofis

Harini pengasuh hasif, mama sal cuti sebab bwa anak ke hospital. So, kena la bwa si kecil hasif ke ofis.    Pagi td ada kes kt court jap. Matter dpan SAR start lmbt so pkul 1030 bru saya g court. sebelum tu sempat tidurkn hasif . Balik ke ofis jam 1130, hasif dh bangun tapi baik je duk main susun envelope dalam kotak.

Elok duk main-main ngn hasif, dia tarik cermin mata saya, dah patah. Aduila..terpaksalah gi tukar frame baru, mujurla kedai dkat je, melayang lagi duit. Lain kli jgn buat mcm ni lg ya syg, sian umi.Tengahari td mkn nasi ramai-ramai kt ofis. Suka sgtla si hasif ni. Lpas mkn lpas minum susu, terus tdo. Bolehla solat zohor dengan tenang.

Time tdur tu, sempat jugala saya siapkan report yang nk dihantar ni. Ni dah bangun dh, beriba sambil menaip ni sebab hasif nk jalan merata. Pagi tadi hasif baik je duk main kereta mainan, duk menulis, panjat2 kerusi. Ni dah sedikit kebosanan sebab xboleh bebas.  Sabar syg ya, jap lg kita balik ya.

Thursday, June 30, 2011

Harith Suka Baby Girl

Semasa pulang ke kampung tempoh hari, berkesempatan kami bertemu anak sedara baru saya (anak adik perempuan) yang melahirkan anak sulung, baby girl...Damia Zahirah.

Harith suka sangat kat baby Damia, siap cakap nak bawa balik kuantan. Bila saya suruh tanya pada cik tie, dia betul2 pergi tanya, cik tie mengangguk kepala tanda setuju. Suka sangat la harith. Hasif pun tak kurangnya, sama-sama dengan abang harith nak tengok baby dimandikan mama saya. Baik pulak diaorang ni tengok je adik mandi, tak usik pun...masing2 duk diam, perhatikan saja.

Harith bila dengar je baby Damia nangis, cepat2 di dekat baby,tepuk2 sambil berzikir...mula2 zikir panjang, lama-lama makin pendek, penat agaknya,huhu. Boleh pulak bagitau abi ngn umi dia nak tukar adik hasif ngn baby Damia. Sebab dia kata baby girl comel. Harith-harith. Abi cakap tukar ngn adik hasif tak boleh, tukar ngn harith bolehlah, harith duduk umah tok pa, baby ikut kami balik kuantan. Terus masam je cakap tak mau.

Bila tanya je, harith nak baby boy ke baby girl....terus dia cakap nak baby girl. Hehe...Tapi nampak beza sungguhla dia layan baby Damia tu, lembut je cakap. Kalu ngn adik hasif, selalu kasar cam nak gaduh. Maybe sebab sama-sama boy kot. Harith ni kekadang baik sangat ngn adik hasif, peluk dan pujuk adik kalau adik nangis. Tapi kekadang marah beria kalu adik hasif buat salah. Garang sungguh. Apapun, umi doakan harith dan hasif saling menyayangi. Jangan gaduh-gaduh ya anak-anak umi. Love both of you so much.

Cerita2 Court

Kelmarin, saya ada matter kat court...biasanya kes2 civil akan didengar di civil court tp memandangkan hakim bercuti, kes civil turut didengar di criminal court. Dimulakan dengan kes criminal semalam. Saya mmg xboleh tengok OKT (orang kena tuduh) sebab timbul rasa kesian.

Kebetulan kelmarin orang dlm  court ramai. Mula-mula dtg saya duduk bhagian dpan, lpas tu keluar ke pejabat court untuk cari file yg xde dalam list. Datang semula, seats depan dah penuh. So,duduk betul2 di belakang kandang OKT. Kes criminal pertama dipanggil, OKT didakwa atas tuduhan mencederakan isteri ketika hendak 'bersama'. Ketika hakim bertanyakan detail ttg kecederaan yg dilakukan, pendakwaraya memaklumkan kecederaan pd  **ma**an. Tertuduh hanya menundukkan muka, pasti merasa malu dengan pertuduhan yang dibacakan. Saya yang berada betul2 dibelakang tertuduh turut berasa malu bila kisah rumahtangga didengar oleh orang lain. Namum, pertuduhan harus dibacakan sebelum memastikan sama ada tertuduh mengaku bersalah atau tidak. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Pagi tadi, sampai di ofis, agak riuh kedengaran suara officemates, rupanya membincangkan tentang kes ini yang dipaparkan dalam akhbar M*tr* pada hari ini. Namun ada penambahan cerita di mana si suami dikatakan menggigit **ma**an isterinya. Aduilah, kenapa lah perlu menokok tambah cerita hanya untuk melariskan akhbar. Saya yang berada dekat dengan OKT tidak mendengar satu langsung perkatan 'gigit' dikeluarkan oleh pendakwaraya mahupun hakim. Tak terpikirkah mereka, akibat daripada tulisan mereka bisa mengaibkan si suami yang belum terbukti bersalah dan sesahihan cerita itu belum boleh dipastikan. Bagi saya "A person is innocent until proven guilty".

Semalam juga seorang OKT didakwa melakukan rompakan menggunakan serpihan botol kaca ke atas seorang wanita dan melarikan duit RM 83 dan OKT turut merompak 7eleven berhampiran dengan melarikan rokok dan wang tunai. OKT mengaku bersalah dan ditetapkan satu tarikh untuk dijatuhkan hukum.

Pasti selepas ini saya akan rindu untuk ke court lagi. Lepas raya nanti, saya akan berpindah tempat kerja dan akan membuat kerja2 conveyancing dan lebih tertumpu urusan di pejabat. Apapun, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan kita semua. amin.

Wednesday, June 29, 2011

Mimpi ke Tanah Suci

Malam kelmarin, saya mimpi ke Tanah Suci Mekah...mimpi kali ke-2. Sebelum ini, pernah juga mimpi tapi mimpi baru nak berangkat tapi ni saya mimpi dah berada di sana. Mimpi saya dan abi sedang berada di tanah suci. Gembira sangat rasa, bangun-bangun dah subuh. Selesai solat subuh, saya bagitau abi tentang mimpi saya, tersenyum je dia.

InsyaAllah tahun ni, mama dan abah akan ke tanah suci,mungkin berangkat selepas raya nanti. Ada juga bincang ngn abi, ingat nak pergi umrah tapi abi cadang simpan duit untuk haji terus. Tapi saya teringin nak pergi umrah dlu, tengok suasana macamana baru pergi lagi sekali untuk haji kemudian nanti. Barulah lebih bersedia. Maklumlah, pergi haji, ilmu kena ada...pendapat saya lah. Nampaknya kena berbincang ngn abi lah nanti...apapun, smoga Allah permudahkan jalan dan impian untuk ke tanah suci akan tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.

Meeting dan balik kampung

Lama x update blog ni....ari Jumaat lpas balik kampung saya di kota bharu..dua tiga hari sebelum tu abi dah bagitau ada meeting kat usm,kubang kerian..plan awal abi pergi sendiri tapi pagi Jumaat tu, abi bgtau boleh pergi dengan kereta sendri so apa lagi, ambil peluanglah balik umah saya. Lpas isyak,bertolak pulang..sementara menunggu abi tidur sat sb nak jalan jauh,saya packing beg dan uruskan anak2.

Pukul 3 pagi kami sampai di Jerteh, singgah di rumah mertua dulu. Esok pagi kira-kira kul 11,kami bertolak ke kb. Suka sangat anak-anak dapat balik kampung, umi diaorang tok sah cakaplah mmg gembira sungguh. Maklumlah dah 2 bulan rasanya tak balik. Cakap kat abi, kan best kalau abi dapat mengajar kt usm,boleh duk kb.hehe

Hari sabtu, kami spend masa di rumah mama je..petang saya dan abi keluar g shopping susu harith & hasif. Hasif tidur, harith pun pujuk duk umah je..janji nk belikan vitagen,hehe..Best gak dapat keluar dating nk abi sekali sekala, jalan berdua berpegangan tangan (lagak macam xde anak lagi)..hahaha

Hari ahad pula, abi keluar ke usm dekat pukul 2. Saya pula keluar ngn mama, bwa hasif sekali ke kb...nk beli baju baru sehelai dua sebab rasa tak banyak baju untuk ke pejabat. On the way balik, abi call mama bagitau accident...saya yang kat sebelah mama ni dah cuak dh. Abi bgtau kena langgar dari belakang.

Sampai di rumah, abi dah sampai. Kereta kena langgar dengan motor dari belakang. Takdelah teruk sangat tapi kalu nk baiki kena lah dalam RM 200-300. Budak yg langgar tu xde lesen pulak. Abi minta dia tanggung kos baiki nanti dan minta dia bwa ke workshop so abi ikutlah dari belakang. Sekali dia larikan diri. Mujur abi dh suh dia miscall nak ambil no phone dan dah rekod no plate motor dia. 

Malam tu, saya sms dia bagitau kalau tak nak settle, kami akan buat report polis. Sure dia kena RM 300 sebab dia yang salah. Kemudian dia call, abi sempat marah sebab lari macam tu sedangkan nak cuba settle cara baik. Dia bgtau nak discuss dgn ayah dia dan janji nak call balik mlm tu. Tunggu punya tunggu, dia xde call pun. Esoknya abi g wat report ngn abah. Kalau dia tak buat report juga dalam masa 48jam, kena denda RM 300 dan kena 4 charges, langgar dari belakang, xde lesen, mak ayahpun kena sb bg anak bwa motor xde lesen dan langgar lari.

Mulanya saya kesian juga, takut-takut dia orang susah ke. Tapi kenapalah xnak settle elok2...lari lagi. Kalu ada masalah,bagitaulh..bincang elok2. Sms tu, ayat budak2 zaman sekarang,xde hormat pada orang yg lagi tua langsung. Kalau abi xbuat report pula, kalaulah dia yg wat report...kita plak kena denda nanti. Lepas ni, polis cari dia la kot, tengoklah macamana nanti..


Wednesday, June 22, 2011

Nilai Seutas Gelang Emas

Tersentuh saya membaca blog zuriat berkat yang memaparkan balasan email yang diterima mengenai usaha seorang ibu tetap memelihara auratnya ketika hendak bersalin. Jujurnya saya bersetuju dengan Puan Noraslina Jusin mengenai makna 'darurat' itu sebenarnya.
Sebelum hamil lagi, saya memang berniat untuk check up dan bersalin dengan doktor perempuan. Bagi saya tiada istilah darurat memandangkan tidak melibatkan soal hidup dan mati dan masih terdapat doktor wanita. Hanya terserah kepada kita untuk menentukannya.

Saya mengikut suami ke Jepun waktu mengandungkan harith 3 bulan. Hari pertama kami ke hospital, suami request untuk dapatlkan doktor perempuan. Syukur kerna sepanjang proses check up sehingga bersalin, semuanya dilakukan oleh doktor wanita. Itu pengalaman semasa mengandungkan harith.

Semasa mengandungkan hasif pula, di Malaysia saya diperiksa oleh doktor wanita. Cuma ada 2,3 kali discan perut oleh doktor lelaki untuk memeriksa kandungan air ketuban saya yang agak banyak pada waktu itu. Saya akur kerna memang tak ada doktor pakar wanita pada ketika itu. Waktu melahirkan hasif juga disambut oleh doktor wanita. Cuma pada malamnya semasa pergi ke bilik doktor, agak terkejut kerna terpaksa diperiksa jahitan oleh doktor lelaki. Waktu tu di hospital kerajaan, yang ada hanya seorang doktor lelaki yang ditemani nurse. Apapun saya tetap berasa kesal hingga ke hari ini dan berdoa agar untuk anak-anak seterusnya, insyaAllah...semua proses dilakukan oleh doktor muslimah.

Minta untuk dikongsi ya..

Berikut emel yang dikirimkan :


Thursday, June 16, 2011

Speech Therapy

Kelmarin, ada temujanji hasif dgn speech therepist...hampir-hampir saya terlupa,mujur sehari sebelumnya ada panggilan dr uia,mengingatkan saya tentang temujanji esoknya..bagus betul..

Selepas urusan kerja pagi tadi, saya pulang menjemput hasif di rumah pengasuh mama sal. Temujanji jam 11 pagi..jam 1030 pg saya dh sampai di rumah mama sal..sampai di uia sebelum jam 11pagi. Menunggu sebentar sementara tiba giliran hasif. Jam 11.15 pg kami masih belum dipanggil. Temujanji sebelumnya pun begitu, hampir 15minit terpaksa menunggu...saya mmg sangat tidak suka menunggu kerna bagi saya mmg sudah ditetapkan sejam untuk setiap orang. Kemudian saya bertanya di kauter, sama therapist ada atau tidak. Jawab receptionist ialah orang yg sebelum saya datang lambat..lbh kurang jam 1030-1045. Masalahnya haruskah saya menunggu kerna orang lain yang tidak menepati masa. Bagi saya itu sangat tak adil sb kita harus menghormati masa orang lain. Itu kisah 2 minggu lepas. Semalam juga begitu, tapi tahap kesabaran saya tinggi sikit semalam jadi bolehlah berdiam diri walaupun rasa sedikit tak puas ati.

Sementara menunggu, saya biarkan hasif bermain di sekitar situ. Kemudian keluar seorang kanak-kanak lelaki berusia lbh kurang 5 atau 6 tahun. Melalui percakapan bapanya dengan therapist (bukan therapist hasif),saya dapat mengagak yg anak itu autistic. Mula-mula,dia berjalan-jalan di sekitar situ kemudian menghampiri saya dan meletakkan kepala di atas riba saya. Saya menarik anak itu dan meribanya sambil saya minta anak itu melihat saya, saya katakan 'abang kenal tak auntie ni sapa?'..terus dia senyum2..saya pernah baca yang anak-anak autistic ni sukar merenung mata orang lain. Kata bapanya dia tak kenal orang. Beberapa kali dia datang kembali menghampiri saya. Jujurnya timbul perasaan kasih pada anak itu walaupun cuma beberapa minit baru berjumpa. Mungkin kerna mempunyai anak istimewa membuatkan saya mudah mengasihi anak-anak istimewa ini.

Hasif pula seolah-olah mengejar abang itu, mungkin nak ajak bermain. Saya minta anak itu memakai selipar yang ditanggalkannya dan selepas beberapa kali meminta perkara yang sama, akhirnya dia memakai selipar dengan betul. Walaupun dia seolah-olah tidak mendengar arahan saya tetapi alhamdulillah dia sebenarnya faham. Saya yakin, anak-aak istimewa jika dididik dengan baik pasti boleh berjaya. Sebelum balik, sempat dia datang bersalam dengan saya sambil hasif melambai-lambai isyarat bye-bye.

Kemudian, tiba giliran hasif pula. Namum hasif sedikit mengantuk dan akibatnya dia kurang memberi tumpuan dan mengikut arahan. Jadi, kami hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang simple. Akhirnya sebelum jam 12,kami dah pun keluar dan mengambil tarikh temujanji yang baru. Agak terkilan sebenarnya kerna masa tidak dapt digunakan semaksimum mungkin. Mudah-mudahan temujanji akan datang, hasif akan lebih memberi kerjasama. Masa temujanji yang akan datang saya cepatkan kerna tak nak mengganggu waktu tidur hasif.




Naik je kereta, hasif terus tidur sambil minum susu. Aduhai, penat sangat ke hasif?. Lain kali hasif behave sikit ya, sian umi jauh-jauh dtg bawa hasif...Kalau hasif xnak bg kerjasama, umi xnak dtg lagi..

Budak Kecik Yang Takde Keje

Video ni dh diambil beberapa hari lepas, aksi hasif waktu keboringan waktu abang harith tidur...

Friday, June 3, 2011

Kungfu Panda 2



Dua hari lepas akak satu ofis,k.zu satu family pergi tgok movie kungfu panda..sehari sebelum tu sorang lagi teman ofis juga panggil k.zue pun pergi menonton filem yg sama dan sarankan saya tgok movie ni ngn anak-anak. Kemlarin pagi dah nak bgtau abi tp terlupa. Dari ofis saya call abi ajak g tgok kungfu panda ni...dan mcm tak caya je abi boleh setuju sebab kitaorang mmg bukan kaki wayang...seingat saya mungkin baru sekali g tgok wayang..tu pun ngn abi time honeymoon kat genting dlu..movie 3D..cite apa ntah,Shrek mungkin...Minggu lepas ada jga bgtau abi nk g tgok Nur Kasih lah tapi abi buat tak layan...ckp suh tnggu je tgok kt umah..(dah agak dh)

So sangatlah excited nak bwa harith n hasif g tgok kungfu panda ni sb nak tgok reaksi diaorang. Balik kerja,singgah beli nasi ayam jap..balik makan kemudian mandikan diaorang dan bersiap2 sementara tunggu solat maghrib..lepas solat maghrib kami terus ke kompeks teruntun, bli tiket time tu je..mujur orang pun tak ramai sgt. Mula-mula masuk, time iklan..hasif peluk saya erat..takut agaknya sebab bunyi agak kuat..tp time cite dh start..punye lah kusyuk tgok sambil makan popcorn..harith elok je duduk senyap. Bila dah tengah2 cite, hasif dah agak bosan,nk bangun..bila bg pop corn diam balik..mujurlah ada 'umpan'. Silapnya, kami ambil seats tengah2..patutnya duduk paling belakang senang ngn anak2 kecik ni. Cite mmg best cuma 'terganggu' sedikit time nk pujuk hasif duduk diam.

Oklah bwa anak-anak tgok movie mcm ni...sebenarnya nak please kn anak2 je..happy bila tengok anak-anak happy..


Wednesday, May 25, 2011

Macam-macam di fikiran

Tadi, saya tiba-tiba terjaga dr tidur, pukul 230 pagi kalau tak silap...ke dapur untuk buatkan hasif susu setelah mendengar suara-suara kecil hasif..sudah arif tentang itu..hehe..yg bagusnya hasif,dia tak pernah menangis kuat tanda lapar..hanya membunyikan suara halus dan memasukkan jari ke mulut..mujurlah saya cepat sedar..selang beberapa minit selepas tu,harith pulak minta buatkan susu..sekali lagi ke dapur..harith ni kadang-kadang minum susu juga tengah2 malam walaupun dh usia 3thun setengah..tapi mujurlah sekarang ini, xde lagi kencing malam..alhamdulillah..

Selepas masing-masing smbung tidur balik, saya masih juga belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu yg bermain di fikiran saya...mengenai satu tawaran kerja yg saya terima dulu,sekali lagi saya dihubungi petang tadi berharap supaya saya menerima tawaran tersebut..Bagi saya tawaran yg baik bawu. Sejujurnya saya masih berharap untuk berada di sektor awam namum kalau mungkin rezeki saya bukan di situ, saya akur. Tambahan pula ketidakstabilan ekonomi kita sekarang dan umur saya yg makin meningkat mungkin antara faktor mengapa tidak ada lagi panggilan interview yang saya terima seperti waktu selepas selesai pengajian dulu. Apapun, saya sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki saya dan keluarga. Pada saya, rezeki Allah itu luas dan rezeki kita sudahpun tertulis sejak berada dalam rahim ibu lagi...

Pagi ini ada temujanji hasif untuk ke audiologi di hospital...temujanji pertama untuk tahun ini..namum keadaan hasif yg selsema mungkin akan menjadi faktor penyumbang kepada result ujian pendengaran nanti. Kelmarin saya membawa hasif ke klinik selepas melihat hidung merah-merah..bimbang ada infection..mujur doktor kata ianya akibat selesema dan diberikan ubat sapu. Dua hari lepas, kami memenuhi temujanji fisiologi. Jujurnya saya agak penat dan kalau diberi pilihan memang saya tak ingin menjejakkan kaki ke hospital mahupun klinik. Kelmarin dlu, saya untuk pulang menjemput hasif dari tempat kerja kemudian bergegas ke hospital untuk ke fisio. Kelmarin pagi saya selesaikan urusan kerja saya dlu, kemudian pulang menjemput hasif di rumah pengasuh, bawa ke klinik, hantar ke rumah pengasuh kembali dan ke pejabat semula. Pagi ini pula, saya akan ke hospital dulu dan pulang menghantar hasif ke rumah pengasuh dan kembali ke pejabat semula. Bukan keinginan saya untuk bergelut dengan kekalutan masa dan tenaga namum saya tiada pilihan demi melihat buah hati saya sihat dan ceria. Teringat satu firman Allah, "dalam kesusahan, pasti ada kesenangan"..Semoga Allah jadikan saya sebagai seorang ibu yang kuat dan tabah demi anak-anak saya. Selagi terdaya, amanah ini akan saya pikul sampai akhir hayat ini, insyaAllah. Semoga anak-anak sentiasa menganggap saya sebagai ibu yg terbaik buat mereka walau banyaknya kekurangan saya.

Semalam selepas adik hasif dah tidur, harith masih minum susu. Abi dan saya kembali ke luar bilik meninggalkan harith dan hasif dan meminta harith juga turut tidur. Abi menyiapkan kerja mungkin dan saya m'iron  baju abi. Saya kemudian kembali ke bilik...harith memeluk saya sambil bertanya, "kenapa umi ngn abi tinggal harith sorang-sorang?..sedih harith"..rasa terharupun ada, nk tergelak pun ada mendengar kata-kata harith. Kemudian dia bercerita pasal sekolah. Ada kawan pukul harith. Saya pesan suruh bagitau kawan tu jangan buat macam tu lagi kalu dia buat lagi arini..kalau tak dengar juga, suruh bagitau cikgu..Cakap pasal harith, tetiba rasa rindu pulak..Oklah, saya nak sambung tidur balik. Bye-bye

Friday, May 20, 2011

Cuti-Cuti Singapore

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...smoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya...

Lama saya tak update blog ni...hari Jumaat lepas (13hb Mei 2011), kami bertolak ke Singapore dengan teman-teman ofis saya bersama keluarga masing-masing..ari Jumaat,lepas abi pulang dari solat Jumaat, kami menaiki teksi untuk ke stesen bas di kuantan..di sana kami berkumpul menaiki bas yg disewa khas untuk membawa kami ke KL Sentral.. sampai di sana kira-kira jam 830 malam..kami menunggu di bilik yg disediakan di sana dan sempat makan malam sementara menunggu ketibaan train untuk ke Singapore yang dijangkakan smpai pkul 11...namun ada sedikit kelewatan di mana train smpai kira-kira jam 11.40malam..Adik hasif terus tido sebaik menaiki train akibat kepenatan...mujurlah disediakan katil, bolehlah kami berehat sebelum sampai di Singapore....Kami tiba di Singapore kira-kira jam 8 pagi...Sampai di stesen keretapi, kami bersarapan sebelum mandi dan menggantikan pakaian...kami menaiki bas mengelilingi bandar Singapore...dalam perjalanan adik hasif muntah, akibat minum susu kotak strawberi....bila bas berenti untuk memberi masa kami laluan untuk bergambar kenangan-kenangan, saya berlari-lari mencari toilet untuk mencucu baju yg dikotori...hehe. Selepas makan tengahari di restoren yg menyediakan makanan ala-ala indonesia, kami ke Bugis Street untuk membeli belah. Sesudah itu kami check in di Hotel Dickson 81 dan beristirehat sebentar sebentar sebelum berkumpul kembali jam 740 malam..

Kami kemudian ke sebuah restoren mamak untuk menikmati hidangan nasi beriani ayam/kambing...Nasi beriani kambing menjadi pilihan saya dan abi manakala nasi beriani ayam untuk harith...Selesai makan malam, kami di bawa ke Night Safari...pertama kali mengunjungi zoo pada waktu malam..agak menghiburkan juga bila mana kami menaiki trem menggelilingi zoo untuk melihat haiwan-haiwan seperti harimau, zebra, lion dan pelbagai jenis haiwan lagi...yang paling happy pastinya si harith & hasif..umi dan abi pun happylah sebab tengok anak2 happy :))...then kaum2 ibu membuat 'lawatan' ke Mustafar Mall untuk bershopping manakala kami sekeluarga terus pulang ke hotel memandangkan terasa agak kepenatan walaupun harith still minta nak jalan lagi...

Esoknya, ari ahad kami berkumpul jam 8.30 pagi untuk bersarapan. Kemudian kami ke tempat yang paling dinanti-nantikan Universal Studio Singapore...tiket telahpun diagih-agihkan dalam bas lagi..sampai di sana jam 10 dan  masing-masing membawa haluan sendiri dan kami diminta berkumpul di hadapan gate USS jam 530 petang....penggunjung pada hari itu tidak terlalu ramai seperti yang kami jangkakan walaupun hari minggu...bersyukur sangat rasa dan kami memasuki semua attraction yang menepati syarat...kerana ada bebarapa tempat yang hasif tidak melepasi had ketinggian....walau bagaimanapun, bagi saya cuaca yang panas terik mengurangkan mood kami untuk berjalan...dan kami beberapa membeli minuman dek kerna cuaca yg sangat panas. Apapun, sangat terhibur dalam USS tu, dan rasanya nak pergi lagi ke sana bila harith dan hasif dah besar sikit..insyaAllah..

Selesai ke USS, kami berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan Song of the Sea..sebelum itu kami menikmati makan malam ala chinese foods...kemudian kami meneruskan berjalan kaki ke tempat yang dituju. Agak memenatkan selepas seharian berjalan di USS...akhir sampai di tepi pantai. Persembahan yang sangat menghiburkan melebihi apa yg saya sendiri jangkakan. Kalau berpeluang lagi ke Singapore, teringin nak saksikan persembahan tu sekali lagi.insyaAllah. Kemudian, kami pulang ke menaiki bas. Sampai di Bugis Street kami turun bersama beberapa orang lagi teman yang lain untuk membeli sedikit cenderahati buah keluarga tersayang sebagai tanda ingatan. Kalau ikutkan hati, memang teramat penat rasa namum memandangkan masih belum ada apa-apa yg dibeli, kami gagahi juga ke sana. Kami berjalan kaki, cuma hasif yg duduk dalam stroller. Melihat harith jalan bersama tanpa apa-apa rungutan, terdetik hati saya betapa kuatnya anak ini...Sesudah lama berjalan, barulah harith bersuara untuk ke tandas dan meminta dibelikan minuman. Kami ke Burger King membelikan set burger untuk harith dan hasif. Sesudah makan, baru kelihatan ceria harith & hasif. Kami kemudian berjalan pulang ke hotel. Sebelum itu, kami bercadang ke Mustafar Mall tapi memandangkan kesian melihat harith dan hasif dan kami sendiri yang kepenatan, kami putuskan untuk terus pulang ke hotel. Malangnya kami tersesat mencari jalan pulang, dan rasanya kami pusing satu bandar itu, tapi masih juga belum temui hotel tempat kami menginap. Kami berjalan kaki dan bertanya orang sekeliling...mujur lah Singapore terkenal sebagai negara aman seperti juga Jepun yang memberanikan kami berjalan di tengah malam...Akhirnya sampai juga kami di hotel..

Esoknya selepas bersarapan kami bertolak ke stesen keretapi untuk bertolak pulang ke KL Sentral. Keretapi kami jam 1 tengahari dan kami tiba di KL Central kira-kira jam 8 malam. Kemudian kami menaiki bas untuk pulang ke Kuantan.
Berkunjung ke Singapore,satu pengalaman yg cukup indah...walaupun agak penat travel dengan anak-anak yang belum ckup besar ni tapi mmg seronok dapat kenal negara orang...negara yg bersih, aman damai.....kalau ada rezeki, mau rasanya pergi lagi ke Singapore...tapi sebelum tu teringin sangat nak ke Indonesia, disamping dapat lihat negara orang dan kenal dengan budaya mereka..bolehlah berjumpa dengan teman-teman di Matsuyama dulu....mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami....
















Friday, May 6, 2011

Mama, aku mula melupai wajahmu


Kisah menarik ini dari email blalang_groups, kredit kepada penulis asal. Saya ambil dari isuhangat.net.
Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?
Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.
Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.
Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.
Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.
Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.
Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.
Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.
Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.
Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.
Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.
Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.
Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.
Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.
Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.
Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.
“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.
Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.
Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.
Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?
Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.