Saturday, September 24, 2011

Lalu sekejap

Rasa lama sungguh tak update blog ni...lepas raya haritu mmg agak sibuk..kami sekeluarga berpindah dari kuantan ke pekan...banyak benda baru dalam kehidupan saya sekarang...saya berpindah dari umah sewa di kuantan ke rumah warden di pekan...abi mula bertugas sebagai warden di ump berkuatkuasa awal bulan ini dan saya juga bertukar tempat kerja. Kalau dulu saya di kuantan, bermula pertengahan bulan ini saya mula bertugas di ofis pekan. Satu tanggungjawab yang besar juga bagi saya memandangkan saya diamanahkan untuk menguruskan sebuah firma guaman di bandar pekan ni...

Mungkin memang rezeki kami di pekan agaknya...kebetulan sewaktu saya mendapat tawaran untuk ke pekan,abi juga dirisik2 untuk menjadi warden di ump,pekan. Dan alhamdulillah, kami sama2 memulakan tugas yang baru pada bulan yang sama. Sebelum ini, perkara yang paling merisaukan saya selain urusan kerja adalah berkenaan dengan hasif. Kalau harith mmg saya tak perlu risau kerna pasti ada mana-mana tadika di sana. Tapi saya percaya,Allah pasti menolong kami dan saya  selalu beroda semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah, taska ump boleh menerima hasif di sana maka tiada lagi perkara yang merisaukan kami.

Sudah seminggu harith dan hasif ke taska di ump. Kata pengurus dan guru-guru, mereka tidak menghadapi  masalah menjaga hasif. Syukur alhamdulillah. Risau juga saya kalau-kalau mereka keberatan untuk menerima hasif tapi mujurlah sewaktu saya ke sana untuk meraikan majlis raya anjuran taska tersebut, saya sempat berjumpa dengan pengurusnya yang memberitahu beliau pernah menjaga anak-anak istimewa seperti hasif di tempat yang lama. Sikap positif yang ditunjukkan amat melegakan hati saya. Syukur alhamdulillah.

Jujurnya saya rindu pejabat lama saya terutama sekali staffs2 yang sangat best. Namun memandangkan abi memang akan mengajar di pekan, rasanya ini peluang terbaik untuk kami sekeluarga. Kesian juga abi dlu terpaksa berulang-alik dari rumah-pejabat-rumah kira-kira 80km sehari. Sekarang ni jarak rumah warden ke pejabat abi sangatlah dekat memandangkan kami menetap dalam kawasan ump dan abi sekarang kembali berbasikal sepertimana waktu belajar di jepun dulu. huhuhu.

Saya juga berazam untuk berbasikal atau berjogging tapi mungkin hanya pada hujung minggu, hehe.Setidak-tidaknya bolehlah bersenam sikit memandangkan sudah lama meninggalkan aktiviti berbasikal. Memang terasa badan agak berat sekarang sebab tiada aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh :-)

Apapun, semoga kami boleh mengadaptasi suasana baru ini dengan sebaik mungkin...insyaAllah

1 comment:

  1. Dah pindah ye..patutla lama senyap..
    Nasib baik taska tu senang terima hasif kan..kalu tak susah hati jugak kan..

    Semoga gembira di tempat baru, suasana baru.. :)

    ReplyDelete