Friday, May 9, 2014

Set Ezcema Shaklee

Set yang saya guna untuk Hasif yang mengalami masalah kulit yang agak teruk selepas bertukar taska.

Basic H untuk mandian, Herbal Blend pula krim untuk sapu dan Mealshakes untuk minum.
Alhamdulillah, kulit semakin bersih dan lembut...cuma tinggal parut je lagi yang belum hilang. Harus disapu Vitamin E lepas ni.

Basic H sangatla jimat....saya guna sikit je untuk mandikan hasif. Selain untuk mandian, banyak lagi kegunaannya terutama untuk bagi membantu kerja-kerja rumah seperti mop lantai, tanggalkan kotoran degil seperti kesan minyak dan mencucu sayur serta buah.

Nak dijadikan cerita, Hasif memang suka mandi dan main air....biasanya dia langsung tak usik Basic H ni kecuali saya yang akan mandikan dia. Dua hari lepas, selesai mandi..dia tarik tangan saya bagitau suruh tengok dalam bilik mandi.

Macam nak luruh jantung tengok sebotol Basic H yang baru sikit je guna tertumpah atas lantai.....hasif basuh lantai guna sebotol terus. Hahaha. Sabar jelah.

Tak mampu buat apa-apa kecuali minta hasif tolong doa umi murah rezeki, boleh beli Basic H yang baru untuk mandian hasif. Nasib baik dia tadah tangan dan berdoa. Sejuk hati umi.

Kalau bukan rezeki. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah berjaya kawal diri daripada marah anak istimewa ini 

1 comment:

  1. Play Slots Online Casino NZ | No Deposit Bonus Codes
    Play online casino slots at 1xbet Choegocasino. Casino review 2021 and get your bonus now! 메리트카지노총판 ☝️ Welcome Bonuses ⭐ Free Spins 카지노 ⚡️ Fast Payouts.

    ReplyDelete