Saturday, May 10, 2014

The Power Of Sedekah

Nak share sikit satu cerita yang saya dengar dari radio ikim time tengah duk masak kat dapur beberapa bulan lepas...walaupun dah lama dengar tapi intipatinya masih lagi segar dalam ingatan.

Kisahnya ada seorang anak ni...berasal dari keluarga yang kurang senang,time tu dia duk kat asrama...

Pada suatu hari, dia terima duit RM 50 daripada ayah untuk beli buku-buku yang diminta oleh cikgu...besar nilainya RM 50 tersebut baginya yang bukan datang daripada keluarga berada...

Pada hujung minggu dia dan kawan-kawan ke bandar untuk membeli buku. Berbekalkan duit RM 50 yang diberi ayah dan beberapa keping duit syiling,dia sampai ke bandar.

Turun saja dari bas, dia melihat ada peminta sedekah...seorang pakcik yang buta. Lantas diseluk poket seluarnya, mencari-cari jika ada lebihan duit tambang bas tadi (tidak mungkin dia guna wang RM 50 pemberian ayah kerna sememangnya duit itu untuk pembelian buku)...

Akhirnya tercapai tangannya duit syiling 0.50 sen dari dalam poket. Satu-satunya duit yang tinggal selain wang RM 50. Dimasukkan ke dalam tabung pakcik buta tadi. Tingggg..kedengaran duit syiling jatuh.

Pakcik buta tersebut tersenyum sambil berdoa, "semoga Allah memberi ganjaran dan murahkan rezekimu nak".

Anak tersebut terus ke kedai buku. Mengambil buku-buku yang dikehendaki oleh guru dan disusun di kaunter pembayaran. Selesai dikira, jumlah pembelian dimaklumkan oleh cashier.

Tangannya menyeluk poket untuk mengambil wang RM 50 pembelian ayah . Namun, puas dicari..wang tersebut tidak juga ditemui...sah,duit tersebut tiada. Sedihnya dia...bukan sahaja sedih kerana tidak dapat membeli buku-buku keperluan tetapi lebih menyedihkan mengenangkan betapa banyak keringat ayah yang keluar bagi mendapatkan duit RM 50 tersebut.

Lantas,teringat dia kepada pakcik buta tadi...'mungkinkah duit tersebut termasuk dalam tabung pakcik itu bersama duit syiling 0.50 sen tadi?' bisik hatinya.

Dia terus mendapatkan pakcik tersebut,memaklumkan bahawa duitnya hilang. "Berapa duit yang kamu hilang, nak?", tanya pakcik itu. "RM 50 pakcik",jawabnya.

Pakcik tua itu membalas,"Nak, demi Allah..pakcik ini memang buta tapi pakcik tidak melihat ada duit selain duit-duit yang ada di sini. Kamu boleh periksa tabung tersebut dan dompet pakcik jika kamu mahu".

Lepas memeriksa, sememangnya tiada duit RM 50 di situ. Akhirnya dia terpaksa pinjam wang dari kawan untuk tambang bas pulang semula ke asrama kerana tidak mempunyai sebarang wang lain.

Sampai di bilik, terima ingin menukar baju dan membuka laci, alangkah terkejutnya dia melihat ada duit RM 50 di dalam laci, bukan hanya satu tapi dua. MasyaAllah...

Dia kemudian menanyakan kepada kawan-kawan jika ada yang meletakkan wang tersebut di situ tetapi hanya ditertawakan,'mana mungkin ada orang buka laci kamu dan masukkan duit,kalau ada yang buka laci dan ambil duit, itu biasa,"kata mereka sambil tertawa.

Terduduk sekejap dia mengingati pakcik buta tadi. Mungkinkah Allah gandakan duitnya kerana sedekah 0.50 sen nya pagi tadi di saat dia sendiri kesempitan wang. Hebatnya kuasa Allah.

Kejadian tersebut meyakinkan beliau bahawa tidak berkurang harta seseorang kerana sedekah sebaliknya Allah pasti akan gandakan.

Kisah tersebut adalah kita sebenar yang dialami sendiri oleh ustaz yang menyampaikannya. Kini dia menjadikan amalan sedekah sebagai amalan harian. Mewarisi amalan ayahnya yang menyediakan tabung sedekah di rumah untuk memupuk amalan sedekah di kalangan ahli keluarga.

Sangat terkesan saya dengan cerita tersebut. Pernah berceloteh dengan suami (sebagai peringatan untuk diri sendiri)...apa kata setiap kali kita pergi masjid contohnya, keluarkan DUIT TERBESAR yang ada dalam dompet kita... Jangan pula sebelum pergi masjid, sorokkan duit yang besar-besar,hehehe.

Kalau ada RM 50 masukkan RM 50, kalau duit terbesar RM 100, masukkan RM 100....mula-mula memang akan rasa 'berat' tapi lama-lama pasti perkara tersebut akan jadi biasa.

InsyaAllah akan mendapat nikmat...iaitu kebahagian dalam memberi,melebihi kebahagian dalam menerima 

InsyaAllah digandakan setiap sedekah yang kita keluarkan ikhlas kerana Allah.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete