Tuesday, May 6, 2014

Sebab Saya Pilih Shaklee


Seindah Hiasan!


Ramai yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak bisnes, saya pilih Shaklee?

1) Yakin

Pertama ialah kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang disahkan halal, semulajadi dan selamat. Selepas pengalaman saya sendiri mencuba Set Penyusuan Shaklee sewaktu tercari-cari tips dan panduan untuk banyakkan susu ibu ketika menyusukan Safiya, saya sememangnya berpuas hati dengan produk ini. Alhamdulillah saya masih menyusukan Safiya ketika ini (1 thn 5 bln) dan insyaAllah akan teruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

2) Mudah

Bisnes Shaklee sememangnya mudah. Semuanya di hujung jari dan diuruskan secara online. Saya memang inginkan bisnes yang mudah dan tidak memerlukan saya keluar rumah memandangkan agak sukar untuk saya menguruskan tiga orang terutama Hasif dan Safiya yang masih kecil.

Dengan Shaklee, apabila ada customer order...saya hanya akan order dari Shaklee secara online sebaik sahaja customer membuat pembayaran. Bagi item yang ada stok dengan saya, saya mempunyai pilihan iaitu dengan mengepos menggunakan pos laju.

3) Produk yang dikenali ramai

Produk Shaklee sememangnya suka dikenali ramai, jadi ini memudahkan kerja saya kerana tak perlu promote bersungguh-sungguh. Dengan berkongsi kebaikan dan pengalaman menggunakan produk Shaklee, insyaAllah ramai yang akan order nanti.

4) Freedom of time
Bisnes Shaklee memberikan saya kebebasan masa sepenuhnya. Maklumlah, sebagai surirumah, banyak tugasan yang perlu disiapkan terutama menguruskan anak-anak. Jadi, saya akan menumpukan perhatian kepada bisnes apabila semua kerja rumah siap. Mudah bukan?..apapun, fokus dan pengurusan masa amatlah penting tidak kita apapun bisnes kita.

5) Menjaga anak 

Jika waktu bekerja dulu, saya titipkan anak-anak ke taska. Sebelum saya resign, saya memang tekad untuk menjaga sendiri anak-anak. Dengan Shaklee, walaupun berbisnes tetapi anak-anak tetap berada di depan mata. Itu yang saya sangat suka. Tambahan pula, anak kedua saya...Mohamad Hasif ialah seorang anak istimewa iaitu anak Down Syndrome yang memerlukan perhatian dan kasih sayang penuh daripada saya.

6) Amalan rohani

Jujurnya, sewaktu bekerja dulu saya agak jarang menekankan amalan rohani seperti membaca al-quran dan berzikir oleh sebab kesempitan masa. Tapi alhamdulillah, selepas saya resign dan join Shaklee, saya berpeluang mengaji, berzikir dan melakukan amalan-amalan rohani. Pendek kata rasa tenang je hati. Bagi saya, kita bukan saya hidup di dunia tetapi kehidupan akhirat harus dititikberatkan.

7) Modal yang kecil

Dengan modal sekecil RM 65 untuk keahlian seumur hidup, saya memulakan bisnes Shaklee.
Shaklee bukan sekadar MLM dan tidak mengamalkan sistem MLM. Dalam Shaklee,  siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya..InsyaAllah. Tiada istilah siapa yang lambat join takkan mampu menyaingi mereka yang terdahulu. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan adalah penentu kepada kejayaan dalam Shaklee.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Untuk keterangan boleh hubungi saya di sini atau di talian 014-2933913

No comments:

Post a Comment