Wednesday, October 23, 2013

Vitamin C Shaklee



Vitamin C Shaklee kini kembali setelah setahun tiada bekalan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba Vitamin C Shaklee ini.

Kenapa pilih Vitamin C Shaklee?

Vitamin C Shaklee didatangani dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa berada dalam badan kita memandangkan Vitamin C adalah mudah dimusnahkan dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

Satu tablet Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren di mana ianya akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam menyamai kandungan satu setengah biji oren selama 5 jam iaitu mencukupi keperluan Vitamin C untuk badan kita.

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoids iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik.

Sumber natural- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Jika berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee, sila hubungi saya secara sms/wsapp di talian 014-2933913. InsyaAllah saya akan berikan harga istimewa untuk anda.

Friday, October 4, 2013

Kebaikan Kolagen Shaklee




Collage Powder terbukti berkesan untuk:


- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Untuk sepanjang bulan ini jika anda membeli 1 set promosi Shaklee Collagen Powder, anda akan mendapat :
  • FREE MEMBERSHIP bernilai RM 65
  • FREE 1 BOX SHAKLEE COLLAGEN POWDER bernilai RM 298
  • FREE 1 BOTOL COQ 10 HEALTHPLUS bernilai RM124
  • FREE POSTAGE bernilai RM 10
  • CASH REBATE RM 100++
  • DI ADD KE SECRET GROUP KAMI UNTUK BELAJAR BUAT BIZ SHAKLEE
  • FREE COACHING
  • FREE CONSULTATION
  • TOTAL ANDA UNTUNG ADALAH RM497+ RM 100++ (CASH REBATE)

Set Menyusu Shaklee


Ini merupakan set penyusuan Shaklee yang pertama saya ambil di mana membuatkan saya jatuh cinta dengan produk Shaklee hinggalah saya kini bergelar Independent Distrubutor Shaklee yang sah.

Masa pregnantkan Safiya, saya mmg menanam azam untuk menyusu Safiya sehingga umur 2 tahun, insyaAllah memandangkan saya menyusukan Harith sehingga umur 8 bulan sahaja dan Hasif sehingga 1 tahun 2 bulan.

Semasa dalam pantang, susu saya memang banyak di mana saya telah mula membuat stok untuk bekalan masuk kerja nanti. Namum bilamana Safiya mencecah 5 bulan, susu saya mula drop. Risau sangat masa tu.Terus saya mencari-cari produk yang sesuai dan alhamdulillah saya temui Shaklee.

Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih menyusukan Safiya sepenuhnya dan mudah-mudahan dapat diteruskan sehingga Safiya berumur 2 tahun. 



Terdapat EMPAT jenis Set Penyusuan:

1) SET B 

- Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, dan Alfalfa
- Untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang 
  mempunyai masalah eczema.
- Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai       untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan   (cirit-birit) dengan alfalfa.
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat



2) SET EU FOUR PACK

- Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, dan Kalsium
- Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
- Sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan    kalsium yang secukupnya kepada ibu
- Dapat membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur

3) SET E 

- Terdiri daripada Vitalea, B complex, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan    kalsium yang secukupnya kepada ibu
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
- Memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan       milk booster 

4) SET 3M (Set Pilihan Ramai)

- Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
- Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah           penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air   sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana   kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu     dapat berfungsi dengan baik:)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
- Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation - contohnya ibu telah       berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan       kerap bagi stimulasi susu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh     dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

**Konsultasi berterusan beserta tips ekslusif pemakanan vitamin ini akan di berikan kepada semua pelanggan erna sahaja.

 Jika anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang      istimewa, sila hubungi saya.


Wan Farina
ID Shaklee : 967674
Call/wsaap: 014-2933913

Thursday, October 3, 2013

Masanya Sudah Tiba Untuk Jadi Fulltime Mom


Assalamualaikum
Sebenarnya lama dah bercita-cita nak jadi fulltime mum kepada anak-anak
Bila diingat-ingat lama juga tempoh pengajian dulu
Saya dulu pernah ambil jurusan sains hayat Matrikulasi Pongsu Seribu, P.Pinang, selepas habis SPM
merupakan first batch matriks under KPM
waktu tu matriks setahun setengah...rasanya tahun seterusnya dah jadi setahun je.

Masa di semesta ketiga, kakak sulung saya tolong isi borang upu..
masa tu dah lepas intake upu bln 6 tu, so hanya uitm je ada intake bulan 12
so bulan 12 tahun 2000 saya keluar dari matriks dan ke matrikulasi undang-undang, uitm shah alam.
Matriks di waktu tu satu tahun setengah. Habis matriks, saya terus sambung Degree Law selama lima tahun.
Selesai Degree awal 2006, saya terus buat praktikal (chambering) di firm di Kota Bharu selama 9 bulan. 

Saya ambil law sebab arwah papa dulu seorang peguam di KB. Saya memang bercita-cita jadi macam arwah papa sebab saya selalu ikut arwah papa gi mahkamah. Namun saya takde rezeki untuk sambung firm arwah sebab arwah papa meninggal dunia waktu saya di tahun ketiga pengajian.

Dalam tempoh chambering tu, saya berkahwin ngn abi iaitu pada 9.9.2006, waktu tu abi masih lagi menuntut di tahun 3 (kalau tak silap) di Ehime Universiti, Japan. Tak lama selepas kahwin abi kembali ke sana meneruskan pengajian manakala saya meneruskan chambering yang masih berbaki. Dalam bulan 2, 2007 abi pulang bercuti untuk beberapa bulan. Tak lama selepas itu, saya disahkan hamilkn harith dan masa Call To the Bar (Penerimaan Masuk Sebagai Peguamcara) pada awal Mei 2007 , Harith sudah  ada dalam perut.
Taklama selepas itu saya terbang ke tempat abi. Itu kali pertama naik flight seorang diri (sebelum ni dgn arwah papa je). Sampai di Osaka Airport, abi dah sedia menanti.

Sepanjang di Japan, saya mmg seorang fulltime housewife. Bila pulang ke sini pada tahun 2010  barula saya mula bekerja di firma Mohd Sofian & Co, Kuantan. September 2011, kebetulan semasa abi bercadang jadi warden di UMP, ada kekosongan di Lin & Associates Pekan, jadi saya terus mohon dan alhamdulillah saya diterima selepas ditemuduga di mana saya menjaga  cawangan ofis di sana.
Selepas melahirkan Safiya bulan Oktober 2012, saya dimaklumkan bahawa cawangan sana akan ditutup dan saya ditawarkan untuk bekerja di main office di Kuantan. Bermula tahun 2013 ini saya berulang dari Pekan ke Kuantan iaitu kira-kira 9 bulan hinggalah kami berpindah di sini baru-baru ini.

 Tanggal 1/10/2013 lalu, saya telah menghantar notis untuk resign memandangkan kontrak saya sudah tamat. Saya menolak tawaran untuk sambung kontrak lagi. Mungkin saya akan stay sehingga akhir tahun ini atau mungkin lagi awal, semuanya bergantung kepada keadaan.

Sebenarnya sudah lama abi menyuarakan keinginan supaya saya berhenti kerja dan tumpukan kepada keluarga. Namun syukur sebab suami tidak pernah memaksa bilamana saya minta diberi sedikit masa untuk membuat keputusan. Keputusan saya ambil ini waktu abi dh terbang ke Australia untuk projek kereta solar.

Rasanya tiba masanya saya berehat.Tak pasti samada rehat untuk seketika atau selamanya dalam bidang guaman ini. Apa yang saya pasti, saya perlukan masa dan ruang untuk saya dan keluarga. Cukupla setakat ini terkejar-kejar ke sana ke mari. Saya yakin rezeki Allah sangat luas.Apa yang penting, saya perlu banyakkan berdoa agar Allah murahkan rezeki saya dan keluarga.

Wednesday, October 2, 2013

Batery Kereta Kong- Camne nak jump start kereta

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, hari isnin... first day saya ke ofis bersama tiga anakanda tersayang untuk dihantar ke taska memandangkan abi diaorang takde...sebelum ni Harith ke sekolah pra di Pekan bersama abi.
Jam 8.30 pagi semua dah siap, kalut sungguh saya menguruskan anak tanpa suami. Bila nak start kereta...tak boleh start..jeng jeng jeng...batery lemah. 

Tanda bateri lemah ialah sebab lampu masih boleh bernyala, cuma enjin je tak boleh nak hidup. Adoi, time ni la nak jadi camni, saat abi takde ni lah nak jadi.hihi. Tengok jam mmg dah agak lambat. So terpaksa biarkan kereta tu dulu. Balik nantila tgok camne.

Anak-anak ke taska berdekatan dengan ofis..Alhamdulillah semua behave je dalam kereta. Harith pun bagus sangat jaga Hasif kat belakang sementara Safiya pun baik je duduk dalam baby seat kat sebelah saya. Saya cakap kat Harith, "umi rasa nak nangis je sebab anak-anak umi semua baik sangat."
Petang tu, kami minta tolong kawan abi berdekatan dengan umh, Pakcik Lat untuk tolong jump start kereta. Harith yang duk bising bagitau itu ini tentang nak sambung wayar. Siap cakap, abi pesan wayar kena sambung betul-betul, kalau tak boleh meletup.Huhu. Mujurlah kemudian enjin boleh hidup.

Malangnya pagi esoknya (kelmarin) sekali lagi kereta tak boleh nak start. So terpaksa biarkan dulu sebab memang tak sempat nak jump start.

Akhirnya pagi tadi, selepas chat ngan abi,saya beranikan diri untuk jump start kereta. Mujur ada Harith, memberi sedikit kekuatan kepada saya. Ini cara saya nak jump start kereta.
1. Ambil wayar jumper. Seeloknya guna wayar yang besar. 
2. Sambung wayar jumper ke bateri. Mula-mula sambung wayar merah ke 
   terminal positif yang lemah, kemudian sambung wayar merah ke terminal 
   positif kereta yang berkeadaan baik. Wayar hitam sambung ke terminal          negatif kereta berkeadaan baik dan wayar hitam satu lagi sambun ke mana-    mana bahagian besi/body kereta bateri yang lemah.  
    
    *biasanya ramai yang sambung wayar hitam terus ke terminal negatif       
    kereta yang bateri lemah namun ini boleh menyebabkan penghasilan gas 
    hidrogen berlebihan dan boleh mengakibatkan letupan  
 Cara Jump Start Bateri Kereta

3. Hidupkan enjin kereta yang berkeadaan baik. Jika bateri amat lemah, harus 
    biarkan enjin hidup dalam 15-20 minit. Kemudian, cuba start kereta yang 
      bateri lemah. 
4. Bila dah berjaya hidup, tanggalkan wayar jumper dari bateri. Mulakan   
   dengan menanggalkan wayar hitam dari bahagian besi/body dan  kemudian tanggalkan wayar hitam pada terminal negatif kereta yang berkeadaan baik.Seterusnya tanggalkan wayar merah pada terminal positif  pada kereta yang berkeadaan baik dan kemudian tanggal wayar merah pada terminal positif kereta bateri yang lemah. 

Cara Betul Menanggalkan Cable Jumper
  
Syukur alhamdulillah, setelah langkah-langkah di atas di ambil, kereta dapat dihidupkan.

Besar sungguh ujian di saat abi takde. Mungkin Allah menguji sebab nak saya jadi lagi kuat, berdikari dan lebih menghargai kehadiran suami selama ini. Biasanya kalau bateri kereta lemah, abi yang akan handle tanpa bantuan saya. Namun bila saya mengalaminya sendiri, baru saya sedar betapa sukarnya keadaan tanpa suami di sisi.