Dua hari lepas, hari isnin... first day saya ke ofis bersama tiga anakanda tersayang untuk dihantar ke taska memandangkan abi diaorang takde...sebelum ni Harith ke sekolah pra di Pekan bersama abi.
Jam 8.30 pagi semua dah siap, kalut sungguh saya menguruskan anak tanpa suami. Bila nak start kereta...tak boleh start..jeng jeng jeng...batery lemah.
Tanda bateri lemah ialah sebab lampu masih boleh bernyala, cuma enjin je tak boleh nak hidup. Adoi, time ni la nak jadi camni, saat abi takde ni lah nak jadi.hihi. Tengok jam mmg dah agak lambat. So terpaksa biarkan kereta tu dulu. Balik nantila tgok camne.
Tanda bateri lemah ialah sebab lampu masih boleh bernyala, cuma enjin je tak boleh nak hidup. Adoi, time ni la nak jadi camni, saat abi takde ni lah nak jadi.hihi. Tengok jam mmg dah agak lambat. So terpaksa biarkan kereta tu dulu. Balik nantila tgok camne.
Anak-anak ke taska berdekatan dengan ofis..Alhamdulillah semua behave je dalam kereta. Harith pun bagus sangat jaga Hasif kat belakang sementara Safiya pun baik je duduk dalam baby seat kat sebelah saya. Saya cakap kat Harith, "umi rasa nak nangis je sebab anak-anak umi semua baik sangat."
Petang tu, kami minta tolong kawan abi berdekatan dengan umh, Pakcik Lat untuk tolong jump start kereta. Harith yang duk bising bagitau itu ini tentang nak sambung wayar. Siap cakap, abi pesan wayar kena sambung betul-betul, kalau tak boleh meletup.Huhu. Mujurlah kemudian enjin boleh hidup.
Malangnya pagi esoknya (kelmarin) sekali lagi kereta tak boleh nak start. So terpaksa biarkan dulu sebab memang tak sempat nak jump start.
Akhirnya pagi tadi, selepas chat ngan abi,saya beranikan diri untuk jump start kereta. Mujur ada Harith, memberi sedikit kekuatan kepada saya. Ini cara saya nak jump start kereta.
1. Ambil wayar jumper. Seeloknya guna wayar yang besar.
2. Sambung wayar jumper ke bateri. Mula-mula sambung wayar merah ke
terminal positif yang lemah, kemudian sambung wayar merah ke terminal
terminal positif yang lemah, kemudian sambung wayar merah ke terminal
positif kereta yang berkeadaan baik. Wayar hitam sambung ke terminal negatif kereta berkeadaan baik dan wayar hitam satu lagi sambun ke mana- mana bahagian besi/body kereta bateri yang lemah.
*biasanya ramai yang sambung wayar hitam terus ke terminal negatif
kereta yang bateri lemah namun ini boleh menyebabkan penghasilan gas
hidrogen berlebihan dan boleh mengakibatkan letupan

3. Hidupkan enjin kereta yang berkeadaan baik. Jika bateri amat lemah, harus
biarkan enjin hidup dalam 15-20 minit. Kemudian, cuba start kereta yang
bateri lemah.
4. Bila dah berjaya hidup, tanggalkan wayar jumper dari bateri. Mulakan
dengan menanggalkan wayar hitam dari bahagian besi/body dan kemudian tanggalkan wayar hitam pada terminal negatif kereta yang berkeadaan baik.Seterusnya tanggalkan wayar merah pada terminal positif pada kereta yang berkeadaan baik dan kemudian tanggal wayar merah pada terminal positif kereta bateri yang lemah.

Syukur alhamdulillah, setelah langkah-langkah di atas di ambil, kereta dapat dihidupkan.
Besar sungguh ujian di saat abi takde. Mungkin Allah menguji sebab nak saya jadi lagi kuat, berdikari dan lebih menghargai kehadiran suami selama ini. Biasanya kalau bateri kereta lemah, abi yang akan handle tanpa bantuan saya. Namun bila saya mengalaminya sendiri, baru saya sedar betapa sukarnya keadaan tanpa suami di sisi.
wah berjaya jugak kak wan, noli pun selamani abg amir yg buat, informatif betul post kak wan kali ni
ReplyDeleteSalam Wan, memang bahaya kalau tersilap letak klip wayar tu kan. Sebenarnya panduan ni penting, terutama untuk kita yang perempuan ni..hehe..
ReplyDeleteNoli~alhamdulillah berjaya jga walau cuak jgakla, cuma yakinla sikit sb abi diaorg bg support melalui phone,huhu
ReplyDeleteNia~salam nia, tu yg anak sulung, harith siap warning...jgn silap pasang umi..haha...itula, klu ada panduan, rasa yakin sikit
Looking for car battery? Try this website mytayar.com
ReplyDeleteJust key in the battery spec on the website. Website will show pricing from the workshops. You choose what is important to you; price, location, brand or specific model.
Just pay 5% online as deposit. The website will send an email with details of the seller. Pay the balance 95% directly to seller once he delivers.
We monitor the shops so that they don't cheat the consumer.
Price Includes Battery, Installation, Alternator Check, Warranty and Free Delivery within KL, PJ, Shah Alam, Putrajaya, Puchong, Bangi & Kajang after Trade In of Existing Battery.
hm. cerita ni sama dgn saya. saya pernah bateri kong tepi jalan. naik suv lak tu. chery tigo. nak jumper xde sesapa lak. nak pendekkan cita, sep bek sy ada simpan nombo dealer bateri keta ni. fb depa bateriku.com. kalau sesapa yg agak2 nak tuka, baik kol dorg ni dr pergi bengkel. murah sgt. ni haa nombo sy share kt sini.
ReplyDelete1-800-22-2324 bebas tol
012 245 8027 yg ni bleh kol, sms atau wasap.
100% bumiputera ni~
masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ
ReplyDeleteBiasanya khidmat jumper bateri kereta disediakan oleh insuran kereta, auto assist, try call insurance dia ade tak polisi untuk jump kereta free, just sharing ye kak :)
ReplyDeletetq for the guide...
ReplyDeletemcm mn pulak klu negatif terus sambung ke battery? apa kesannya? boleh merosakkan ecu ke?? selama ni jumper terus sambung ke battery je😣
ReplyDelete