Friday, October 15, 2010

Ujian Kromosom

Selepas sebulan kelahiran Hasif, umi bawa Hasif ke hospital untuk menjalani ujian kromosom...sewaktu masih di hospital selepas bersalinkan Hasif, umi ada bertanyakan doktor dan nurse, takde ke kemungkinan Hasif  bukan down sindrom..kata mereka melihat kepada ciri-ciri Hasif iaitu raut wajah terutama mata yang naik ke ke atas sedikit...seakan bentuk badam, meyakinkan bahawa Hasif down sindrom...tapi apapun Hasif harus menjalani ujian kromosom...

Beberapa kali jarum dicucuk ke tangan Hasif...nurse tak berjaya mencari salur darah...jarum keluar masuk...Hasif menangis..pastinya sakit...umi hanya mampu memeluk Hasif...menggosok-gosok meminta Hasif bersabar...sabar adik Hasif...sikit je lagi..adik kan kuat...xleh nangis...umi kan ada sni...nurse masih belum berjaya dan trpaksa meminta doktor sendiri yang mengambil darah Hasif...kesian sungguh umi melihat Hasif..tapi apa mampu buat...akhirnya darah yang disedut keluar dari salur darah dimasukkan ke dalam botol untuk dihantar ke HUSM untuk ujian kromosom.

Sehari sebelum kami berangkat ke nihon, umi dan Hasif ke hospital lagi..temujanji untuk mengetahui keputusan ujian kromosom. Tapi ujar doktor...pihak HUSM tak boleh nak menjalankan ujian tersebut memadangkan darah yang dihantar tak mencukupi amount yang dikehendaki. Hampanya umi...sekali lagi diminta darah Hasif diambil lagi untuk tujuan yang sama...sekali lagi umi terpaksa keraskan hati melihat tangan Hasif dicucuk lagi untuk pengambilan darah...Selesainya, kami pulang dengan perasaan yang sungguh kecewa...kecewa kerana darah yang sebelum ini dibazirkan begitu saja....walhal bukan senang untuk darah itu diambil...kesian Hasif, terpaksa menahan sakit untuk perkara yang sia-sia..sungguh umi kecewa...

Esoknya kami berangkat ke sana...setelah selesai urusan pendaftarn kami anak beranak di pejabat imegresen dan beberapa hal yang lain..abi membawa kami ke hospital untuk mendaftarkan Hasif...di sna doktor menyarankan ujian kormoson dijalankan memandangkan keputusan sebenar msih belum diketahui. Sample darah diambil dan kami diminta datang semula selepas 2 minggu untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut.

Dua minggu kemudian, kami hospital lagi...seperti diduga doktor memaklumkan kepada abi yang Hasif memang disahkan down sindom...iaitu jenis trisomy 21..Walaupun pada mulanya umi berjanji akan menerima segala kputusan dengan redha..tapi airmata ini menitis juga. Kelihatan abi tenang dengan perkhabaran yang disampaikan doktor.

Kata doktor dalam bahasa nihon, biasanya janin macam ni akan gugur sebelum dilahirkan...tapi dia survive dan nekad untuk dilahirkan ke dunia sebab dia tahu dia mempunyai ayah, ibu dan seorang abang yang sangat kuat.. sangat tersentuh mendengar kata-kata doktor..kata-kata yang sehingga kini tersemat di hati ini...

Mmg benar...Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan kita...anak-anak adalah titipan Allah buat kita didunia...Allah beri kita anak yang istimewa sebab Allah yakin kita juga istimewa...Bersyukurlah atas anugerah ini kerna kita diamanahkan Allah untuk menjaga anak istimewa ini...anak yang insyaAllah bakal menjadi penghuni syurga...yang insyaAllah akan mendoakan kedua orang tuanya..amin.

No comments:

Post a Comment