Sunday, October 24, 2010

Fisioterapi

Khamis lepas, selepas umi settlekan urusan umi di court kejap, umi pulang ke ofis sebentar..kemudian pulang menjemput hasif di rumah pengasuh... abi xdpt ikut ke hospital ..ada appointment ngn students yang nk buat presentation next week..kalu ada abi xde la umi kena pulang jemput hasif...just tunggu kt hospital. xpelah..abi ada hal..nk wak camana..umi kena lah jd isteri yang memahami & supportive..ececeh..Appointment pukul 11pagi..umi & hasif sampai kurang lebih kul 11...ramainya orang..selesai mendaftar, seorang akak dengan suaminya duk mengusha Hasif, patutla tersenyum-senyum dia...beberapa soalan diajukan kepada umi mengenai perkembangan Hasif...kulihat bayi dipangkuan akak itu, yang berusia 2bulan..sama keadaannya dengan Hasif, patutlah keduanya kelihatan 'berminat' melihat Hasif. Umi menceritakan sedikit sebanyak perihal Hasif yang umi rasa secara tidak langsung dapat menjadi perangsang kepada pasangan itu untuk sama-sama membesarkan anak istimewa kami.

Kemudian Hasif di sapa seorang lagi akak...sambil memaklumkan dia juga mempunyai seorang adik yang istimewa seperti Hasif. Sudah berusia 18tahun dan boleh mengurus diri sendiri. Alhamdulillah. Umi kemudian membawa Hasif ke bahagian Fisioterapi sementara menunggu giliran. Temujanji sudah ditetapkan jam 1130, jadi umi tidak menunggu lama..selepas mendaftar, umi terus dibawa ke bilik yang disediakan. Selepas bertanyakan perkembangan terkini Hasif, alat-alat bantuan dikeluarkan untuk digunakan. Namum Hasif berada dalam mood yang kurang baik..mungkin mengantuk memandangkan waktu umi jemput tadi , Hasif sedang tidur dan terjaga sebaik umi meletakkan Hasif ke carseatnya.

Hasif kelihatan sedikit agresif, biasanya dia tidak begitu...pastinya mengantuk.Menurut therapist, Hasif harus dilatih untuk menerima arahan...tidak boleh dibiasakan mengikut kehendak sendiri..InsyaAllah umi akan cuba mendisiplinkan Hasif sedikit. Di rumah, umi ada jga melatih Hasif untuk sedikit berdikari...Sbagai contoh, kalau umi buat susu untuk Hasif, umi akan letak botol susu agak berjauhan dan meminta Hasif untuk mengambilnya. Alhamdulillah, hasif memahami dan boleh mendapatkannya sendiri. Kalau diminta baring, dia akan segera mendapatkan bantal dan merebahkan kepala..begitu juga di rumah pengasuh. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada sedikit. Tapi umi tidak boleh berpuas ati dengan itu, umi tahu umi harus sentiasa melatih hasif...Bak kata therapist, anak-anak ini harus sentiasa di stimulate...dan pencapaian mereka bergantung kepada stimulation yang diberikan oleh parents.


 
Menurut thrapist itu lagi, untuk melatih hasif mengimbangi badan...digalakkan untuk berdiri di atas katil..atau di atas pasir. Jadi semalam sebelum tidur umi dan abi sama-sama melatih hasif di atas katil...mula-mula dengan bantuan umi & abi...kemudian hasif berdiri sendiri...melangkah 2-3 langkah sebelum jatuh. Aktiviti itu berterusan diiringan gelak ketawa hasif....suka sekali dia..InsyaAllah umi & abi akan meluangkan masa untuk hari-hari seterusnya melakukan aktiviti tersebut sampai hasif bisa berjalan.

Selesai sesi fisioterapi pada jam 1230, umi ke bahagian pakar kanak-kanak...orang sudah tidak terlalu ramai. Menunggu sebentar, tiba giliran hasif berjumpa doktor. Selepas diperiksa, doktor memaklumkan hasif berada dalam keadaan baik ..alhamdulillah...temujanji ditetapkan 6 bulan nnti. Selepas selesai urusan di situ, umi pulang menghantar hasif di rumah pengasuh sebelum pulang semula ke pejabat dan tiba tepat jam 2 petang.. 

2 comments:

  1. Salam,wan,
    ooo ada blog rupanya.nanti fith link-kan blog wan yer....

    ReplyDelete
  2. salam fith,baru je berjinak-jinak dgn dunia blog ni..hehe..ok fith,silakan...

    ReplyDelete