Wednesday, October 27, 2010

Urutan Pada Bayi

Semalam selepas terbaca petikan di sebuah majalah yang umi beli, baru umi perasan lamanya umi tak lakukan urutan pada hasif. Dulu memang menjadi amalan umi mengurut seluruh badan hasif selepas mandi 2x sehari menggunakan Johnson's Baby Oil. Tapi entah mengapa, rutin yang sekian lama menjadi amalan umi ditinggalkan begitu saja. Teruknya umi ni kan hasif. Maafkan umi.

Berdasarkan kajian di Touch Reserach Institute, University of Miami School of Medicine, urutan bayi setiap hari boleh meningkatkan pembentukan tulang sehingga 15 %. Urutan setiap hari telah terbukti membantu pembesaran fizikal bayi, membina keyakianan diri dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi.

Jadi, semoga menjadi peringatan buat umi untuk kembali melakukan urutan pada hasif. Walaupun mungkin tak mampu melakukan 2x sehari seperti sebelum ini tapi sekurang-kurangnya sekali sebelum tidur rasanya dah cukup ok. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment