Wednesday, December 29, 2010

Hasif Bangun Pagi

Pagi tadi waktu di dapur, kedengaran suara hasif dalam bilik. Belum sempat menjenguk di dalam, hasif dah terpancul di luar bilik. Hehe..Awal plak si kecik ni bangun, biasanya umi terpaksa angkat dari katil untuk dihantar ke rumah pengasuh barulah dia sedar. So, pagi tadi sempatlah bermain2 ngan abi sebelum abi ke tempat kerja.

jalan hasif jalan...

boringla main sorang-sorang

umi xpayahla pegi kerja arini..

ngantuk lagi ke sif ?

teman abi breakfast

Last Day Harith di Houikuen

Tanggal 26 Februari 2010 merupakan hari terakhir harith di houikuen (nursery) di nihon memandangkan bulan 3 kami dijangkakan pulang ke Msia. Mengimbau kenangan hari terakhir harith ke sekolah, umi & abi serta adik hasif dijemput ke sekolah untuk turut sama memeriahkan majlis perpisahan kecil yang diadakan oleh sensei-sensei (cikgu-cikgu) dan harith no tomodachi (kawan-kawan harith).

Sangat terharu dengan majlis perpisahan yang diadakan memandangkan kami cuma lah warga asing yang menumpang di negara mata hari terbit itu. Hati kami mula tersentuh bilamana melihat ada di antara kawan-kawan harith yang menangis sepanjang majlis tersebut. Di tambah lagi apabila sensei-sensei juga turut menangis saat bersalaman dan perpelukan dengan harith. Lantas, airmata yang cuba kami tahan mengalir juga akhirnya. Terharu dan bersyukur dengan layanan baik yang kami terima sepanjang persekolahan harith di sana. Bibir kami tak putus-putus mengucap domo arigatou gozaimasu (jutaan terima kasih) walaupun kami tahu ungkapan itu tidak menzahirkan maksud sebenar kami. Cuma abi sempat berbicara dengan sensei-sensei dalam nihon go (bahasa jepun) memberitahu betapa kami berterima kasih kepada mereka yang menjaga harith selama hampir setahun di situ.

Sebagai ingatan, kami menghadiah keychain terukir nama malaysia sebagai ingatan buat sensei-sensei. Walaupun kami  tahu ianya tidak mampu membalas segala jasa baik mereka selama ini, namun mudah-mudahan hadiah ikhlas daripada kami diterima seadanya.

Sesungguhnya kenangan harith ke houikuen merupakan antara kenangan termanis kami semasa berada di sana. Umi rindu saat-saat berbasikal menghantar dan menjemput harith di sekolah. Setiap pagi kami akan berbasikal sambil berbicara atau menyanyi melitasi landasan densha (keretapi). Rindu detik-detik menunggu dengan adik hasif di rumah kepulangan harith dan abi pulang tatkala abi menjemput harith dengan kuruma (kereta). Sungguh umi rindu semua itu dan umi yakin detik-detik itu tak akan berulang lagi......sedihnya :(

muka baru bangun tidur


harith no tomodachi

ada seorang girl nangis

rupanya dr awal majlis lg kawan harith tu nangis

mmg sepanjang majlis nangis

bye-bye harith kun..

sensei nngis waktu peluk harith...harith control macho je..

soyanara harith kun....matta ne

Tuesday, December 28, 2010

Harith dan Taska

Sebenarnya sudah beberapa bulan saya berkira-kira untuk menghantar harith ke taska bermula tahun 2011...cuma rancangan saya tergendala tatkala memikirkan beberapa faktor...terutama melibatkan hasif...Apakah adik hasif akan ok bilamana abang kesayangannya tidak lagi bersama di rumah pengasuh. Selama ni abang harith menjadi peneman adik hasif semasa ketiadaan umi & abi...abang harith bukan saja teman adik hasif bermain tapi juga teman bergaduh ;)

Sebentar tadi saya menghubungi Teacher Siti...cikgu taska berhampiran dgn rumah. Sebaik sahaja panggilan dijawab, teacher siti menyebut nama saya. Seingat saya baru sekali saya menelefon beliau, itupun sudah lebih sebulan lalu. Itu menunjukkan beliau mengganggap setiap orang adalah penting, walaupun cuma seorang ibu seperti saya. Mudah-mudahan anak-anak di bawah jagaannya juga dijaga sebaik mungkin.

Sebetulnya saya agak berminat dengan konsep smartreader. Saya sudahpun ke taska yang terletak di Alor Akar, Kuantan berjumpa dengan teacher dan mengajukan beberapa soalan asas berhubung dengan taska tersebut. Namun, selepas mengambil kira faktor kedudukan taska berkenaan yang agak jauh dengan kediaman dan pejabat saya, saya terpaksa membatalkan hasrat untuk menghantar harith ke sana. Kemudian baru saya pertimbangkan taska yang berhampiran dengan rumah kami ini. Sekurang-kurangnya kalau saya terpaksa pulang lambat sedikit, abi boleh tolong ambilkan harith. Kalau saya terlambat ke pejabat, bolehlah abi tolong hantarkan. Hehehe.

Saya ada juga bertanyakan kepada teacher siti tentang nisbah cikgu dan anak-anak. Katanya seorang cikgu akan menjaga 4-5 orang anak. Rasa macam ok jugala. Sebenarnya tujuan utama saya nak hantar harith ke taska adalah supaya dia boleh berkawan, dan belajar  berkomunikasi. Itu jugalah sebab utama kami hantar harith ke sekolah waktu kat nihon dulu. Bukan sebab umi tak sempat nak jaga. Hehehehe. Dan sekurang-kurangnya bolehla harith belajar sesuatu kat taska nanti. Maklumlah kalu di rumah pengasuh apa sangatlah dia dapat belajar. Saya bukanlah memperkecilkan peranan pengasuh, saya akui selama ini beliau menjaga anak-anak saya dengan baik sekali. Namun pada pendapat saya, di rumah pengasuh bukanlah tempat paling sesuai untuk anak saya belajar.

Selama 6 bulan di rumah pengasuh, tiada benda-benda baru yang dibawa balik oleh anak-anak saya. Harith, alhamdulillah bagi saya dia senang menerima pelajaran. Seusia 2 tahun, dia sudah mengenal A-Z ..dia mengenal dan bukan menghafal. Semuanya kami lakukan di rumah. Harith belajar membaca doa makan & tidur juga di rumah. Namun, pembelajarannya seakan terhenti di situ. Sepatutnya sekarang di usia 3 tahun, dia sudah boleh membaca sukukata. Tapi saya masih lagi belum berjaya membawa dia ke arah itu. Saya tidak mengharapkan sesutu yang terlalu besar...kalaula harith boleh menyanyi sebaris dua lagu kanak-kanak,pasti ckup membuatkan hati umi & abi gembira...

Benarlah kata orang, pembelajaran bermula di rumah. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh menyandarkan tugas mendidik kepada orang lain bahkan kitalah cikgu terhebat buat anak-anak kita. Kekangan masa, itulah masalah utama bagi ibu-ibu yang bekerja dan seringkali itulah juga alasan untuk kita membiarkan hari-hari terus berlalu tanpa sebarang pengisian yang secara tidak sedarnya kita menerbangkan segala potensi yang ada dalam diri anak-anak kita.

Semalam, ketika mata ini sudah mula mengantuk, waktu itu jugalah harith menghulurkan buku kegemarannya kepada saya untuk dibacakan sambil berkata, "umi, nak baca pasal ketam,baca kuda laut". Berbunga-bunga hati ini mendengar permintaan harith. Abi waktu itu dh ketawa besar mendengar tutur harith. Sempat juga belajar mengenai butterfly, ostrich dan  sea horse. Adik hasif juga tak mahu ketinggalan, terus duduk di riba sebaik saja buku dibuka. Selesai membaca, saya minta harith ceritakan semula ke abi. "abi, abi tau tak, caterpillar boleh bertukar menjadi butterfly." harith bersungguh-sungguh bercerita. Tersenyum-senyum abi mendengar cerita anak terunanya dengan penggunaan bahasanya yang tersendiri.

Akhirnya, saya memujuk harith untuk tidur. Menangis -nangis dia..."harith tak nak tidur, harith nak baca..nk baca pasal sea horse". Selepas berjanji untuk sambung malam besok, harith akhirnya akur. InsyaAllah semoga umi bisa meluangkan sedikit masa setiap malam buat menemani harith & adik hasif membaca.
Tentang Taska, saya meminta harith membuat pilihan sama ada untuk tinggal di rumah pengasuh atau ke sekolah, harith memilih untuk ke sekolah. Kalau benar hendak ke sekolah, saya meminta harith berjanji untuk bangun awal. Tapi hari ini, seperti selalunya harith tetap bangun lambat...huhuhu.

Bagi saya, rancangan untuk menghantar harith ke taska masih lagi dalam pertimbangan. Mudah-mudah keputusannya nanti adalah yang terbaik buat kami. InsyaAllah.




Wednesday, December 22, 2010

Mimpi Semalam

Semalam saya bermimpi ke Tanah Suci dengan suami tersayang...apa maknanya saya sendiri tak pasti...

MasyaAllah, perasaan yang sangat gembira walaupun hanya dalam membuat persiapan untuk ke sana. Tapi saya tak sempat merasa berada di sana kerna mimpi saya terhenti tatkala suami mengejutkan saya untuk menunaikan solat subuh pagi tadi..  

Tapi sungguh,saya benar-benar mau ke sana. Pernah saya utarakan kepada suami keinginan untuk mmbawa hasif bersama. Tapi, saya sedia maklum..belum ada rezeki kami buat masa ini. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami agar boleh saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makah suatu hari nanti..Amin

Saya percaya,mimpi bukan sekadar mainan tidur. Mungkin mimpi semalam menggambarkan keinginan yng mendalam saya untuk ke sana atau satu peringatan kepada saya tentang matlamat hidup sebenar seorang hamba Allah yang seringkali terlupa...Wallahualam.

Pagi tadi selesai urusan kerja, saya singgah ke Tabung Haji untuk membuka akaun. Lepas ni bolehla menabung sikit-sikit....Kesian saya,umur dh 28 baru nak buka akaun tabung haji..hehe

Monday, December 20, 2010

Video Hasif

Video hasif yang berjaya diupload....

     video

      video

    video
   




Be Strong

Sometimes i feel like flying, like a bird
Sometimes i feel so small like an ant
Sometimes i feel like running all over the world
Sometimes i feel so weak..i can do nothing
Sometimes i feel so strong..encouraged
Sometimes i feel like to cry
No matter what, life must go on

To everyone that i love..especially my beloved husband, my sons and to me myself, don't see the difficulty in an oppurtunity but lets see the oppurtunity in every difficulty....insyaAllah

Sunday, December 19, 2010

Cherating

We are now in Cherating...spending this weekends here...abi have to attend the course that has been arranged by his faculty ..so that's why we are here...accompany our dearest abi..

We arrived here friday everning..that night, abi already have programme to be attended while me, harith & hasif just stayed in our room at the challet.

Yesterday, abi slightly busy as he have to attend the programme starting from morning until night..just came back to take lunch with us... luckily, at 5-830 p.m was free time for him so we can bring our beloved sons to the swimming pool as has been requested by harith since we arrived...

Hope they enjoy to be here...though i wish someday we will have a vacation that we can spend every single moments together...four of us

Now, we are wating for abi to finish his last session...maybe after having our lunch , we will go back to our sweet home..

Anyway, thanks to abi for bringing us here, eventhough i have crazily missed him every second we not having him, but at least  i have my two heroes to spend the time with...





Wednesday, December 15, 2010

Harith 3 Tahun..


Anak umi dh bsar, sgt cepat msa berlalu..17 Nov 2010, genap umur harith 3tahun...alhamdulillah,syukur pd Allah atas kurniaanMu ini...Semoga harith membesar menjadi anak yg soleh, penyejuk mata dan hati abi dan umi...


Sejak harith dh 3 tahun ni, umi rasa harith semakin pandai, xbanyak kerenah..dh makin matang..cuma kadang2 suka usik adik..berebut mainan ngn adik...tapi bila adik nangis, harith jga la pujuk adik (which is kadang-kadang je)..hehe..yang selebihnya umi la kena pujuk adik nngis..So, wahai harith sayang, lepas ni jgnla buat adik...walaupun harith slalu guna alasan, 'harith gurau je ngn adik'...bilamana adik hasif nngis..Macam umi selalu pesan, harith kena selalu sayang adik hasif, sb harith la satu-satunya abang yang adik hasif ada kt dunia ni..bukan dua, bukan tiga...

Harith dah pandai guna toilet sendiri...dlu genap 2thun, harith dh xpakai diapers lg..rsa syukur sgt2 sb boleh berjimat banyak tanpa perlu mmbeli diapers untuk harith lg.. :) Sekarang harith dh pandai guna toilet sendiri..dulu umi pantau juga dari jauh...bila yakin harith dh boleh bersihkan diri, umi suruh harith buat sendiri je..kadang-kadang bila perlu je umi & abi membantu...

Time makan juga, selesai je makan..harith cepat-cepat ke toilet....ingatkan nk g mana...rupanya harith g cuci tangan & mulut kat toilet...rsa cam nk tergelak je tgok  telatah harith...macam dh besar bebenor..huhuhu..

Harith banyak cakap skrg ni..bertanya itu dan ini...menurut pengasuhnya...harith sgt byk bertanya smpai pengasuhnya habis idea nk jawab soalan-soalannya...huhu..tp rsanya biasalah anak seusia ini suka bertanya sebab perasaan ingin tahu tu sgt mendalam dlm jiwa mereka...maklumlah anak-anak mula nk terokai dunia...banyak yg mereka harus pelajari sebenarnya...bagi umi, xsalah anak suka bertanya sebab itu tandakan mereka berfikir tentang sesuatu kejadian...peranan ibu bapa la yg harus membuka jalan kepada anak-anak untuk mereka mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul...Kadang-kadang kita berdepan dgn masalah masa, kepenatan..seringkali soalan yg diajukan dijawab sambil lewa, atau kadang-kadang anak-anak dimarah kerna byk bertnya...mudah-mudahan kita tidak menjadi ibu bapa yg sebegitu....kerna mungkin apabila dimarah, anak-anak akan menganggap bertanya itu satu kesalahan dan secara tidak langsung perasaan ingin tahu dalam diri anak-anak akan mulai hilang....

Anak umi yg sulung ni sangat gemarkan buku (adik hasif pn sama)...kalau dulu kami banyak sediakan buku bergambar...tapi sekarang rsanya harith dah tak sesuai hanya tgok gambar kerna banyak yg sudah dikenali...jadi sekarang umi suka cari buku-buka bergambar beserta dengan cerita. Yang terbaru umi beli buku My Very First Encylopedia With Winnie The Pooh...


Masa mula-mula tgok buku ini mmg terus terpikat...comel sebab ada gambar pooh...hehe..(ni umi ke harith nk baca xtaula) mujurlah umi xslah beli...harith suka sgt buku ni...tiap-tiap malam sebelum tidur, kami (abi,umi, harith& hasif) spend baca buku sama-sama...malam weekend aritu, belajar psal hidupan laut..tiba time ketam...harith request nk makan ketam plak...huhu..so, esoknya (mujurlah ari ahad) kami keluar cari ketam...suka sgtla anak bujang kami tu..huhu..Sekarang, time nk tidur,sure masalah sb harith nk continue lg baca buku...menangis2 dia xnk bg tutup buku...sedangkan abi & umi dh penat..esok nk kena g keje..huhuhu

Sekrang ni, umi cuba nk suruh harith minum susu pakai cawan je..tp belum berjaya lg..umi janji dengan harith kalu harith boleh minum pakai cawan...umi nk hadiakan aeroplane mainan...pernah sekali je harith nk mnum pkai cawan sebab umi bgtau nk bli aeroplane..lepas tu minta botol juga..siap cakap, 'harith xnk aeroplane, harith nk mnum pakai botol'...harith, harith..Sekarang, harith slalu tnya, 'kenapa umi xbelikan harith aeroplane?', jawapan umi tetap sama, 'sebab harith tak minum susu dalam cawan'..harith dam je..huhu

Itulah serba sedikit cerita anak sulung umi yang semakin membesar ni...muhammad harith aiman...