Wednesday, December 29, 2010

Last Day Harith di Houikuen

Tanggal 26 Februari 2010 merupakan hari terakhir harith di houikuen (nursery) di nihon memandangkan bulan 3 kami dijangkakan pulang ke Msia. Mengimbau kenangan hari terakhir harith ke sekolah, umi & abi serta adik hasif dijemput ke sekolah untuk turut sama memeriahkan majlis perpisahan kecil yang diadakan oleh sensei-sensei (cikgu-cikgu) dan harith no tomodachi (kawan-kawan harith).

Sangat terharu dengan majlis perpisahan yang diadakan memandangkan kami cuma lah warga asing yang menumpang di negara mata hari terbit itu. Hati kami mula tersentuh bilamana melihat ada di antara kawan-kawan harith yang menangis sepanjang majlis tersebut. Di tambah lagi apabila sensei-sensei juga turut menangis saat bersalaman dan perpelukan dengan harith. Lantas, airmata yang cuba kami tahan mengalir juga akhirnya. Terharu dan bersyukur dengan layanan baik yang kami terima sepanjang persekolahan harith di sana. Bibir kami tak putus-putus mengucap domo arigatou gozaimasu (jutaan terima kasih) walaupun kami tahu ungkapan itu tidak menzahirkan maksud sebenar kami. Cuma abi sempat berbicara dengan sensei-sensei dalam nihon go (bahasa jepun) memberitahu betapa kami berterima kasih kepada mereka yang menjaga harith selama hampir setahun di situ.

Sebagai ingatan, kami menghadiah keychain terukir nama malaysia sebagai ingatan buat sensei-sensei. Walaupun kami  tahu ianya tidak mampu membalas segala jasa baik mereka selama ini, namun mudah-mudahan hadiah ikhlas daripada kami diterima seadanya.

Sesungguhnya kenangan harith ke houikuen merupakan antara kenangan termanis kami semasa berada di sana. Umi rindu saat-saat berbasikal menghantar dan menjemput harith di sekolah. Setiap pagi kami akan berbasikal sambil berbicara atau menyanyi melitasi landasan densha (keretapi). Rindu detik-detik menunggu dengan adik hasif di rumah kepulangan harith dan abi pulang tatkala abi menjemput harith dengan kuruma (kereta). Sungguh umi rindu semua itu dan umi yakin detik-detik itu tak akan berulang lagi......sedihnya :(

muka baru bangun tidur


harith no tomodachi

ada seorang girl nangis

rupanya dr awal majlis lg kawan harith tu nangis

mmg sepanjang majlis nangis

bye-bye harith kun..

sensei nngis waktu peluk harith...harith control macho je..

soyanara harith kun....matta ne

3 comments:

  1. Oowh..rupanya harirt dan hasif duk di Jepun yek?Tentu seronok berada di sana kan?Dengarnya kemudahan untuk anak-anak istimewa di negara luar sangat2 memuaskan.
    Selamat kembali ke Malaysia!Bolehlah kita jumpa nanti kan.hihihi

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat merasa hidup di tmpat org..mesti byk pengalaman kan..

    comelnya si harith dlm gambar last tu.. nmpk cam nak nangis pun ada.. mesti dia sedih tgk cikgu2 dia nangis tu.. :)

    ReplyDelete
  3. ibu aisya~mengimbau kenangan awal thn ini..skrg kami dh di msia..kalu ke kuantan..blehla jmpa..hihi..kemudahan utk orang2 istimewa mmg byk..even jalan2 dibuat turut mengambil kira kemudahan insan intimewa ;)

    k.azma~hujan emas ngeri org k.azma...ada best & xbestnya..hihi..
    harith bleh control nngis...umi ngn abi dia plak yg nangis.hehe

    ReplyDelete