Saturday, May 10, 2014

Pilihan Set Slimming Shaklee

SET SLIMMING yang SUPERB dan AWESOME turut mengandungi ESP -Energizing Soy Protein....

ESP sememangnya mengandungi KANDUNGAN PROTEIN YANG SANGAT TINGGI....

PERLU KE ESP UNTUK MEREKA YANG NAK KURUS? 
YA, SEMEMANGNYA PERLU...

INI PENTING- Kerana PROTIN digunakan untuk MEMBINA OTOT, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh MENAHAN KELAPARAN, yang mana boleh membantu MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN antara waktu makan.


The Power Of Sedekah

Nak share sikit satu cerita yang saya dengar dari radio ikim time tengah duk masak kat dapur beberapa bulan lepas...walaupun dah lama dengar tapi intipatinya masih lagi segar dalam ingatan.

Kisahnya ada seorang anak ni...berasal dari keluarga yang kurang senang,time tu dia duk kat asrama...

Pada suatu hari, dia terima duit RM 50 daripada ayah untuk beli buku-buku yang diminta oleh cikgu...besar nilainya RM 50 tersebut baginya yang bukan datang daripada keluarga berada...

Pada hujung minggu dia dan kawan-kawan ke bandar untuk membeli buku. Berbekalkan duit RM 50 yang diberi ayah dan beberapa keping duit syiling,dia sampai ke bandar.

Turun saja dari bas, dia melihat ada peminta sedekah...seorang pakcik yang buta. Lantas diseluk poket seluarnya, mencari-cari jika ada lebihan duit tambang bas tadi (tidak mungkin dia guna wang RM 50 pemberian ayah kerna sememangnya duit itu untuk pembelian buku)...

Akhirnya tercapai tangannya duit syiling 0.50 sen dari dalam poket. Satu-satunya duit yang tinggal selain wang RM 50. Dimasukkan ke dalam tabung pakcik buta tadi. Tingggg..kedengaran duit syiling jatuh.

Pakcik buta tersebut tersenyum sambil berdoa, "semoga Allah memberi ganjaran dan murahkan rezekimu nak".

Anak tersebut terus ke kedai buku. Mengambil buku-buku yang dikehendaki oleh guru dan disusun di kaunter pembayaran. Selesai dikira, jumlah pembelian dimaklumkan oleh cashier.

Tangannya menyeluk poket untuk mengambil wang RM 50 pembelian ayah . Namun, puas dicari..wang tersebut tidak juga ditemui...sah,duit tersebut tiada. Sedihnya dia...bukan sahaja sedih kerana tidak dapat membeli buku-buku keperluan tetapi lebih menyedihkan mengenangkan betapa banyak keringat ayah yang keluar bagi mendapatkan duit RM 50 tersebut.

Lantas,teringat dia kepada pakcik buta tadi...'mungkinkah duit tersebut termasuk dalam tabung pakcik itu bersama duit syiling 0.50 sen tadi?' bisik hatinya.

Dia terus mendapatkan pakcik tersebut,memaklumkan bahawa duitnya hilang. "Berapa duit yang kamu hilang, nak?", tanya pakcik itu. "RM 50 pakcik",jawabnya.

Pakcik tua itu membalas,"Nak, demi Allah..pakcik ini memang buta tapi pakcik tidak melihat ada duit selain duit-duit yang ada di sini. Kamu boleh periksa tabung tersebut dan dompet pakcik jika kamu mahu".

Lepas memeriksa, sememangnya tiada duit RM 50 di situ. Akhirnya dia terpaksa pinjam wang dari kawan untuk tambang bas pulang semula ke asrama kerana tidak mempunyai sebarang wang lain.

Sampai di bilik, terima ingin menukar baju dan membuka laci, alangkah terkejutnya dia melihat ada duit RM 50 di dalam laci, bukan hanya satu tapi dua. MasyaAllah...

Dia kemudian menanyakan kepada kawan-kawan jika ada yang meletakkan wang tersebut di situ tetapi hanya ditertawakan,'mana mungkin ada orang buka laci kamu dan masukkan duit,kalau ada yang buka laci dan ambil duit, itu biasa,"kata mereka sambil tertawa.

Terduduk sekejap dia mengingati pakcik buta tadi. Mungkinkah Allah gandakan duitnya kerana sedekah 0.50 sen nya pagi tadi di saat dia sendiri kesempitan wang. Hebatnya kuasa Allah.

Kejadian tersebut meyakinkan beliau bahawa tidak berkurang harta seseorang kerana sedekah sebaliknya Allah pasti akan gandakan.

Kisah tersebut adalah kita sebenar yang dialami sendiri oleh ustaz yang menyampaikannya. Kini dia menjadikan amalan sedekah sebagai amalan harian. Mewarisi amalan ayahnya yang menyediakan tabung sedekah di rumah untuk memupuk amalan sedekah di kalangan ahli keluarga.

Sangat terkesan saya dengan cerita tersebut. Pernah berceloteh dengan suami (sebagai peringatan untuk diri sendiri)...apa kata setiap kali kita pergi masjid contohnya, keluarkan DUIT TERBESAR yang ada dalam dompet kita... Jangan pula sebelum pergi masjid, sorokkan duit yang besar-besar,hehehe.

Kalau ada RM 50 masukkan RM 50, kalau duit terbesar RM 100, masukkan RM 100....mula-mula memang akan rasa 'berat' tapi lama-lama pasti perkara tersebut akan jadi biasa.

InsyaAllah akan mendapat nikmat...iaitu kebahagian dalam memberi,melebihi kebahagian dalam menerima 

InsyaAllah digandakan setiap sedekah yang kita keluarkan ikhlas kerana Allah.

Cara Nak Daftar Ahli Shaklee

Alhamdulillah...kelmarin selesai daftarkan ahli untuk anak-anak cucu Shaklee....

Senang sangat nak daftar ahli Shaklee ni....arini daftar,insyaAllah esok lusa sampai kitbag beserta dengan manual bisnes dan info-info berkaitan...

Kalau nak
 BELI BARANG dengan HARGA AHLI ,boleh terus order...nanti sampai sekali dengan kitbag.

Daftar ahli bukan semestinya sebab nak bisnes .
Ramai daftar ahli untuk dapatkan harga ahli seumur hidup.
Sekarang dah berkuatkuasa di seluruh Malaysia, tiada lagi penjualan pada harga ahli kepada mereka yang tidak berdaftar.

Kalu memang niat nak berbisnes sama ada secara part time atau sepenuh masa, memang secara personal saya yakin, Shaklee adalah pilihan yang tepat 

Hanya dengan modal serendah RM 75, anda boleh memulakan bisnes.
Tak perlu modal lain dan tak perlu simpan stok pun. 

Set Kehamilan Shaklee

Untuk sahabat-sahabat yang sedang hamil, saya cadangkan mengambilan SET KEHAMILAN ini untuk KEBAIKAN IBU DAN JUGA BAYI....

VITALEA~multivitamin terbaik dengan sumber zat besi . Membantu dalam pembentukan sel darah merah 

B COMPLEKS~ mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama dan ASID FOLIC.

VITAMIN C ~meningkatkan sistem imunisasi ibu agar tidak mudah diserang selesema dan demam semasa hamil.

OSTEMATRIX~membantu ibu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas semasa hamil dan membantu pembentukan tulang bayi

OMEGA GUARD~ membantu perkembangan otak, saraf dan fungsi mata bayi dan meningkatkan memori ibu.

ESP~mengurangkan keletihan ibu semasa mengandung dengan membekalkan tenaga segera kepada ibu dan membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Friday, May 9, 2014

Set Ezcema Shaklee

Set yang saya guna untuk Hasif yang mengalami masalah kulit yang agak teruk selepas bertukar taska.

Basic H untuk mandian, Herbal Blend pula krim untuk sapu dan Mealshakes untuk minum.
Alhamdulillah, kulit semakin bersih dan lembut...cuma tinggal parut je lagi yang belum hilang. Harus disapu Vitamin E lepas ni.

Basic H sangatla jimat....saya guna sikit je untuk mandikan hasif. Selain untuk mandian, banyak lagi kegunaannya terutama untuk bagi membantu kerja-kerja rumah seperti mop lantai, tanggalkan kotoran degil seperti kesan minyak dan mencucu sayur serta buah.

Nak dijadikan cerita, Hasif memang suka mandi dan main air....biasanya dia langsung tak usik Basic H ni kecuali saya yang akan mandikan dia. Dua hari lepas, selesai mandi..dia tarik tangan saya bagitau suruh tengok dalam bilik mandi.

Macam nak luruh jantung tengok sebotol Basic H yang baru sikit je guna tertumpah atas lantai.....hasif basuh lantai guna sebotol terus. Hahaha. Sabar jelah.

Tak mampu buat apa-apa kecuali minta hasif tolong doa umi murah rezeki, boleh beli Basic H yang baru untuk mandian hasif. Nasib baik dia tadah tangan dan berdoa. Sejuk hati umi.

Kalau bukan rezeki. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah berjaya kawal diri daripada marah anak istimewa ini 

Tuesday, May 6, 2014

Sebab Saya Pilih Shaklee


Seindah Hiasan!


Ramai yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak bisnes, saya pilih Shaklee?

1) Yakin

Pertama ialah kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang disahkan halal, semulajadi dan selamat. Selepas pengalaman saya sendiri mencuba Set Penyusuan Shaklee sewaktu tercari-cari tips dan panduan untuk banyakkan susu ibu ketika menyusukan Safiya, saya sememangnya berpuas hati dengan produk ini. Alhamdulillah saya masih menyusukan Safiya ketika ini (1 thn 5 bln) dan insyaAllah akan teruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

2) Mudah

Bisnes Shaklee sememangnya mudah. Semuanya di hujung jari dan diuruskan secara online. Saya memang inginkan bisnes yang mudah dan tidak memerlukan saya keluar rumah memandangkan agak sukar untuk saya menguruskan tiga orang terutama Hasif dan Safiya yang masih kecil.

Dengan Shaklee, apabila ada customer order...saya hanya akan order dari Shaklee secara online sebaik sahaja customer membuat pembayaran. Bagi item yang ada stok dengan saya, saya mempunyai pilihan iaitu dengan mengepos menggunakan pos laju.

3) Produk yang dikenali ramai

Produk Shaklee sememangnya suka dikenali ramai, jadi ini memudahkan kerja saya kerana tak perlu promote bersungguh-sungguh. Dengan berkongsi kebaikan dan pengalaman menggunakan produk Shaklee, insyaAllah ramai yang akan order nanti.

4) Freedom of time
Bisnes Shaklee memberikan saya kebebasan masa sepenuhnya. Maklumlah, sebagai surirumah, banyak tugasan yang perlu disiapkan terutama menguruskan anak-anak. Jadi, saya akan menumpukan perhatian kepada bisnes apabila semua kerja rumah siap. Mudah bukan?..apapun, fokus dan pengurusan masa amatlah penting tidak kita apapun bisnes kita.

5) Menjaga anak 

Jika waktu bekerja dulu, saya titipkan anak-anak ke taska. Sebelum saya resign, saya memang tekad untuk menjaga sendiri anak-anak. Dengan Shaklee, walaupun berbisnes tetapi anak-anak tetap berada di depan mata. Itu yang saya sangat suka. Tambahan pula, anak kedua saya...Mohamad Hasif ialah seorang anak istimewa iaitu anak Down Syndrome yang memerlukan perhatian dan kasih sayang penuh daripada saya.

6) Amalan rohani

Jujurnya, sewaktu bekerja dulu saya agak jarang menekankan amalan rohani seperti membaca al-quran dan berzikir oleh sebab kesempitan masa. Tapi alhamdulillah, selepas saya resign dan join Shaklee, saya berpeluang mengaji, berzikir dan melakukan amalan-amalan rohani. Pendek kata rasa tenang je hati. Bagi saya, kita bukan saya hidup di dunia tetapi kehidupan akhirat harus dititikberatkan.

7) Modal yang kecil

Dengan modal sekecil RM 65 untuk keahlian seumur hidup, saya memulakan bisnes Shaklee.
Shaklee bukan sekadar MLM dan tidak mengamalkan sistem MLM. Dalam Shaklee,  siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya..InsyaAllah. Tiada istilah siapa yang lambat join takkan mampu menyaingi mereka yang terdahulu. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan adalah penentu kepada kejayaan dalam Shaklee.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Untuk keterangan boleh hubungi saya di sini atau di talian 014-2933913

Tips Menjadi Parents Terbaik

Dari Prof Muhaya 

Salam semua..Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Peluang Bisnes Dengan Shaklee


Bekerja sambil jaga anak, boleh ke???....Saya percaya jika diberi pilihan, semua ibu akan memilih untuk bekerja tanpa perlu meninggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain.

Leader saya ini, Master Nadiah Suhaidi dulunya merupakan seorang
 lepasan Ijazah dari UTP memilih untuk menjadi surirumah demi kepentingan keluarga. Namun, saya yakin sekarang ini beliau boleh tersenyum lebar, tindakan beliau untuk serius dalam Shaklee setahun yang lalu telah meletakkan nama beliau sebaris dengan mereka yang berjaya dalam Shaklee. 

Saya percaya, rezeki Allah sememangnya luas. Setelah setahun serius dalam Shaklee, beliau kini bergelar Master (rank tertinggi dalam bisnes Shaklee) dan telah membuktikan bahawa surirumah juga boleh berjaya. Bayangkan pendapatan bulanan terkini yang beliau terima daripada Shaklee adalah melebihi 10 kali ganda pendapatan terakhir saya ketika bergelar peguam...hebatkan???

Walaupun telah berjaya, beliau kini sibuk bercoaching (bersama suami dan anak-anak yang turut serta)..bagi melahirkan lebih ramai 'Master Nadiah Suhaidi' dan lebih ramai 'Leaders' yang berjaya kerana itulah matlamat utama dalam Shaklee.

Saya menyeru mereka yang berhasrat menambah pendapatan keluarga terutama surirumah untuk bersama-sama group Jutawan kami. Insya Allah, hanya dengan modal RM 75 untuk mendaftar keahlian, kita juga mampu berjaya seperti Master Nadiah Suhaidi, insyaAllah.

Jangan risau, dalam Shaklee, kita tidak sendirian, kita akan sentiasa diguide oleh para 'Leaders' yang telah berjaya. Apa yang penting, mestilah rajin berusaha dan selebihnya serahkan kepada Allah. Ingat, rezeki Allah itu sangat luas.


Berminat menyertai kami?...Boleh PM/whatsapp 014-2933913 segera untuk keterangan lanjut.

Thursday, May 1, 2014

Lebih Baik Menjadi Tangan Di Atas

Lepas jemput harith balik sekolah tadi..harith dan hasif tolong umi beli tepung goreng di kedai runcit...suruh beli satu,diaorang beli dua sebab takut habis...hihi

Sampai rumah, harith tanya,`umi,blh tak duit ni harith nk sedekah kat mualimah?...blh guna untuk beli aircond'...

Kira baki duit tadi RM 5. Umi balas, `takpe ke harith...kan habis duit nanti'...(saja nak uji kefahaman anak seusia kurang 7tahun tentang sedekah)

`takpela umi...nanti Allah gantilah balik duit ni'...katanya tadi dia dah sedekah duit RM2 yang umi bagi kelmarin untuk belanja...

Alhamdulillah,moga sentiasa menjadi tangan yang di atas...yang banyak memberi daripada menerima...

Macam nak sediakan tabung khas kat rumah untuk tujuan sedekah untuk didik anak-anak amalan bersedekah...

Pernah dengar ada ustaz sedia tabung untuk mereka sekeluarga isi setiap hari....setiap jumaat@hujung minggu mereka akan sama-sama bawa duit ke masjid atau sedekahkan kepada yg memerlukan...amalan tu dimulakan oleh ayah ustaz ketika ustaz tu masih kanak-kanak

Wednesday, April 30, 2014

Working At Home Mother

Baru nak masuk 'ofis'@ #homesweethome ditemani dua permata hati hasif dan safiya....

Mengimbau kembali life 5 bulan lepas, ketika masih lagi bekerja... walaupun waktu kerja 9 am to 5pm, saya masih mahukan freedom of time untuk saya dan family...

Mana tidaknya asyik terkejar-kejar dengan kerja dan urusan rumahtangga...

Pagi-pagi bangun tidur, terus siapkan diri dan anak-anak untuk ke taska. Kekadang memang akan ada yang tertinggal macam drypers dan botol susu gara-gara kekalutan di pagi hari 

Waktu di ofis, walau sesibuk mana pun memang akan pam susu untuk stok safiya....pernah juga terpaksa bergegas ke taska gara-gara susu rosak akibat tertinggal kat ofis gara-gara terlupa bawa balik hari sebelumnya 

Balik rumah, tak sempat dudukpun (even tau patutnya kena spend masa ngn anak-anak dulu)....terus masuk dapur untuk masak....selalu sangat akibat kepenatan, hubby ajak makan kat luar....sampai anakanda yang sulung pernah cakap, "lamanya tak makan masakan umi, harith rindula nak makan kat rumah",...huwaa.. memang rasa bersalah sangat pada waktu tu...

harith memang pandai sangat ambil hati...saya baru je tumis bawang nak masak...dia datang dapur tanya,"umi masak apa ni?..wangi sampai ke dalam bilik"...hehe..dia tau umi dia ni semangat memasak kalu dipuji...tapi mana datangnya semangat kalau dah kepenatankan?...

Lepas solat Isya' terus tidurkan anak-anak. Kadang-kadang nak ajar anak membaca atau mengaji al-quran pun tak sempat. Kesian...

Itu belum masuk kain baju yang tak nak lipat dan lain-lain kerja rumah yang terbengkalai...mana taknya baru pegang kain nak lipat, anak start nangis...baru nak basuh pinggan, anak-anak bergaduh sesama sendiri....aduh...penatnya bila bayangkan kembali betapa huru-hara kehidupan pada waktu tu....

Begitula rutin seharian kami hinggalah suami bertanya..."sampai bila kita nak hidup macam ni...terkejar sana sini...apa yang kita cari sebenarnya???"...

Soalan daripada suami memang membuka mata hati saya bahawa suami dan anak-anak merasa 'kehilangan' saya dan mereka sangat 'memerlukan' saya....itulah antara sebab saya nekad untuk hantar surat untuk resign suatu masa dahulu 

Kini, tempoh 6 bulan yang saya bagi pada diri sendiri untuk 'berehat sebentar' sudah hampir tamat.

Jujurnya saya lebih tenang kini bergelar working-at-home-mom (WAHM) bersama anak-anak. Alhamdulillah, rasa keluarga lebih 'terjaga'.

Kalau dulu saya tak terfikir WAHM boleh menjana income lebih daripada waktu makan gaji, kini saya yakin bahawa semuanya tidak mustahil.

Saya sudah kenal ramai surirumah yang bukan hanya mempunyai income 4 angka, malah 5,6 angka, hanya dengan menjana pendapatan dari rumah...hebat bukan?...

Saya sentiasa percaya bahawa rezeki Allah itu luas, setiap daripada kita sudah tertulis rezeki masing-masing termasuk anak-anak...
apa yang penting kita usaha dan selebihnya berdoa Allah buka jalan dan pintu rezeki, InsyaAllah....

Tiada yang lebih berharga selain daripada sebuah keluarga yang bahagia 

Saturday, April 19, 2014

Pemaju Oh Pemaju

Salam Jumaat....

Dua tiga hari ini banyak betul dugaan yang kami hadapi terutama berkenaan dengan rumah yang baru je siap...kami cuba positif kan minda, "setiap kesukaran diiringan dengan kemudahan", InsyaAllah....

Terpanggil saya untuk share, mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berhasrat nak beli rumah dalam pembinaan daripada Pemaju mahupun bina sendiri rumah menggunakan Kontraktor.

Rumah kitaorang beli baru je siap setelah lewat kira-kira 10 bulan. Tapi kitaorang tak risau sangat sebab dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) kitaorang ada dinyatakan Pemaju akan bayar Liqudated and Ascertained Damages (LAD) sebanyak 10% setahun daripada harga rumah SEMASA serahan milikan kosong /serahan kunci (vacant possession).

Mujur S&P disediakan waktu saya masih praktis, so mmg check betul2 pasal LAD ni sebab sedia maklum, kalau beli umah under construction ni, possibility untuk lewat tu memang ada. Pemaju juga adalah maklumkan yang mereka mmg akan bayar LAD.

Dua hari lepas, kami nak ambil kunci daripada Pemaju, so husband tanyala Pemaju tentang LAD....diaorang offer untuk bayar 65% LAD.... memang cuak jugala kitaorang...husband dengan tegasnya menolak offer tersebut dan maklumkan yang kitaorang takkan sign sebarang document jika Pemaju tak jelaskan 100% LAD.
Pemaju juga ada menyebut bahawa sekiranya kitaorang tak puas hati, bawa bawa kes ke Tribunal... Amboi, main cabar-cabar nampak, hehe. So, apa lagi, kitaorang terus call Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk mengetahui tentang prosedur yang peluang untuk dapat hak kitaorang dan dimaklumkan bahawa keputusan adalah berdasarkan S&P. So kitaorang agak yakin bahawa kitaorang sememangnya entitle untuk dapat 100% LAD. 

On the way nak ke ofis Pemaju, memang berdebar-debar...sempatla duk ulang2 baca surah al-insyirah (kelapangan), mudah-mudahan Allah lapangkan dada kami dan permudahkan urusan kami. InsyaAllah.

Sampai ofis Pemaju, kitaorang jumpa dengan bos diaorang....beliau minta untuk berbincang secara professional....memang itu yang kitaorang nak pun...tak lama selepas berbincang, beliau setuju untuk bayar 100% LAD namun secara installments selama 6 bulan. Tak kisahlah, janji kitaorang dapat hak kitaorang...bukan nak minta lebih pun. Alhamdulillah selesai urusan dengan baik.

Kalaulah semua Pemaju bertanggunjawab untuk menyerahkan hak Pembeli-Pembeli rumah terutama tentang denda kelewatan serahan rumah, takdelah menyusahkan Pembeli untuk bawa kes ke Tribunal dan sekurang-kurangnya kes-kes tuntutan dapat dikurangkan.

Waktu pergi tengok rumah, kami dimaklumkan oleh jiran2 bahawa S&P mereka ada dimaklumkan tentang LAD cuma tidak dimaklumkan bila LAD akan dibayar oleh Pemaju. Maknanya Pemaju boleh ambil kesempatan untuk lenggah-lenggahkan masa untuk membayar LAD kepada Pembeli.

So, nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli rumah dalam pembinaan, sila fahami terma dalam S&P terutama bab KELEWATAN baik dari pihak Pemaju mahupun Pembeli untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Sekian. Semoga memberi sedikit manfaat.

Wednesday, April 16, 2014

Set Kecantikan Kulit

Customer saya  yang telah mencuba Set Kecantikan Kulit biasanya diaorang akan add on ESP....


Alhamdulillah, kebanyakan mereka yang mencuba berpuas hati.

Jangan risau, tak perlu beli sekaligus terus satu set, ikut kesesuaian bajet juga 

Saya sendiri mengamalkan Set Kecantikan Kulit ini.

#GLA selain dapat mencantikkan kulit, dapat menstabilkan hormon termasuk memperbetulkan kitaran period yang tak stabil.

GLA biasanya saya cadangkan untuk mereka yang bertujuan meningkatkan kesuburan termasuk yang ingin mencuba untuk mendapatkan zuriat.

GLA juga sesuai untuk mereka yang mengalami kegemukkan akibat hormon dan susah menurunkan berat badan.

Tanda-tanda mereka yang mengalami masalah berat badan disebabkan hormon ialah bahagian bawah badan mereka jauh lebih besar dan bahagian atas (tak stabil) dan biasanya cepat naik berat badan walaupun 'menjaga makan'.

#Vitamin C pula mmg best sebab bertindak secara sustained release dalam merembeskan Vitamin C sebanyak 100g sejam selama 5 jam berturut-turut, = 500g Vitamin C iaitu bersamaan dengan kandungan Vitamin C dalam 7 1/2 biji oren, sesuai dengan keperluan tubuh kita.

Dalam satu botol = 180 biji Vitamin C = keperluan 6 bulan

#Vitamin E pula selain dapat menghilangkan parut, dapat lembutkan kulit muka..pengalaman saya juga Vitamin E, bangun pagi kulit rasa moist dan licin.

1 Botol Vitamin E = 120 biji = keperluan 4 bulan

#B Compleks -selain baik untuk kulit, dapat melawan tekanan dan kemurungan.

1 Botol B Compleks = 120 biji = keperluan 4 bulan

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya,Wan Farina.. pm/ whatsapp 014-2933913



Dulu masa pregnant dua orang hero, Harith dan Hasif...memang tercari-cari supplemen Omega sebab tahu OMEGA SEMEMANGNYA BAIK UNTUK PERKEMBANGAN OTAK BAYI.

Masalah utama pada waktu itu ialah untuk dapatkan supplemen Omega 3 yang berstatus halal terutama waktu kat Nihon dulu yang kebiasannya turut mengandungi gelatin yang sukar diketahui sumbernya.

Sebagai alternatifnya, saya mungkin boleh mengambil ikan tulen tapi malangnya saya bukan penggemar setia ikan....waktu kat Nihon dulu bestla makan ikan-ikan besar macam salmon, tuna, markerel, sardin....tapi harus diingat juga bahawa ikan-ikan laut dalam ni mungkin mengandungi plumbun atau merkuri yang bahaya.

Omega Guard Shaklee ini dihasilkan melalui proses penyulingan untuk mengesktrak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbun, merkuri, arsenik, kadminum dan PCB yang merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.

Sekarang saya memang consume Omega Guard sebagai supplemen penyusuan untuk Safiya. InsyaAllah akan diteruskan sehingga kehamilan akan datang, kalu ada rezeki.

Apa yang saya suka tentang Omega Guard ni, selain untuk perkembangan otak baby, ia juga membantu perkembangan memori ibu.

Jujurnya, selepas melahirkan anak sulung, saya memang jadi cepat lupa....mungkin disebabkan kekurangan zat besi selepas melahirkan....

Selain itu, Omega Guard berfungsi sebagai membakar lemak dan menurunkan paras kolestrol...bagi ibu-ibu menyusu yang nak kuruskan badan, sangat disarankan ambil Omega Guard di mana berfungsi lebih hebat daripada Lechitin.

Bagi ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang menyusu, disarankan untuk mengambil supplemen Omega Guard ni.

Disamping bagus untuk perkembangan otak baby, kebaikan lain dapat turut dirasai oleh ibu juga. 
 
Untuk dapatkan free consultation, sila hubungi saya, Wan Farina -014-2933913.

Thursday, April 10, 2014

Pengalaman Menggunakan Set Menyusu Shaklee

Teringat waktu awal penyusuan Safiya...Safiya 2 bulan, mmg tak risau langsung sebab susu memang banyak...

Safiya 4 bulan, susu makin kurang....DROP dan terus DROP...Memang stress waktu tu sebab mmg waktu pregnant lagi pasang niat nk susukan Safiya sampai 2 tahun, insyaAllah...

Macam-macam petua saya amalkan...makan kurma, bayam, minum air halba, milo...macam-macam lagila...tapi susu mmg merundum....masa tu berkira-kira nk try SET PENYUSUAN SHAKLEE tapi 10x pikir sebab risau harga mahal....akhirnya saya beli juga demi cinta hati saya...NUR SAFIYA...

Lepas cuba Set Penyusuan, alhamdulillah susu memang cukup untuk keperluan seharian...setiap hari dapat buat stok untuk Safiya...memang jimat sebab tak perlu beli susu formula yang mahal-mahal dan yang paling penting dapat bekalkan susu ibu yang penuh khasiat...THE BEST MILK IN THE WORLD...

ESP dan ALFALFA memang membuatkan susu jadi bertambah pekat menyebabkan baby mudah kenyang di samping sesuai untuk mencantikkan kulit dan menyingkirkan toksin dalam badan....

Ostematrix pula membekalkan keperluan kalsium saya....ibu menyusu dan hamil memang memerlukan kalsium yang cukup buat ibu dan baby....Alhamdulillah tiada lagi sakit-sakit belakang dan kekejangan....

Sekarang saya memang dah jatuh cinta dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE.

Tuesday, April 8, 2014

Keperluan Kalsium Kita


PERLUKAH KITA AMBIL SUPPLEMEN KALSIUM ???

Sebelum tu, jom kita tengok keperluan kalsium badan kita di mana keperluan kalsium setiap indiuvidu adalah berbeza.

Contohnya ibu hamil dan ibu menyusu memerlukan lebih kalsium jika di bandingkan dengan wanita lain yang tidak hamil ataupun menyusu.

CUBA PERIKSA keperluan kalsium badan kita...

Jika kita yakin pengambilan kalsium harian kita adalah sangat mencukupi, kita mungkin tidak memerlukan kalsium.

NAMUN, jika kita rasa pengambilan kalsium harian kita adalah tidak mencukupi terutama bagi mereka yang kurang gemar minum susu, pengambilan supplemen kalsium dapat membantu melengkapan kekurangan kalsium kita.

KEKURANGAN KALSIUM juga dapat dilihat melaui tanda-tanda seperti sakit belakang, kekejangan otot, keletihan dan lesu berpanjangan, gusi berdarah dan banyak lagi.
Saya antara IBU MENYUSU yang SANGAT MEMERLUKAN SUPPLEMEN KALSIUM bagi menampung keperluan kalisum memandangkan saya memang bukan penggemar susu.

Saya memilih Ostematrix....Alhamdulillah tiada lagi masalah KEKEJANGAN OTOT dan GUSI BERDARAH yang juga dialami waktu hamil dulu.

Ostematrix juga membantu menangani malasah SEMBELIT terutama WANITA HAMIL dan SELEPAS BERSALIN.


Sempena PROMOSI OSTEMARTIX (KALSIUM) SHAKLEE, jangan lepaskan peluang untuk mencuba kalsium kegemaran ramai ini.

Hubungi 014-2933913 untuk keterangan lanjut.

Sunday, April 6, 2014

Kebaikan Ostematrix Untuk Ibu Mengandung






Saya memang syorkan para ibu hamil dan ibu menyusu mengambil Ostematrix Shaklee bagi menampung keperluan kalsium ibu dan bayi serta mengurangkan simpton seperti sakit belakang, lengguh badan, kekejangan otot, keletihan akibat kekurangan kalsium oleh sebab kalsium dalam badan ibu turut 'diserap' oleh bayi bagi perkembagan tulang dan gigi bayi.

Yang bestnya, 1 biji Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam. Wow...hebat !!!

Saturday, April 5, 2014

Kelebihan Ostematrix Shaklee





Ostematrix Shaklee memang best...


Sempena promosi Ostematrix bulan ni, bolehla ambil peluang mencuba bagi yang belum mencuba 


Uniknya Ostematrix ini ialah ianya mengandungi Magnesium selain drpd Kalsium, di mana Magnesium amat diperlukan bagi penyerapan maksimum Kalisum ke dlaam badan.

Kajian klinikal juga mendapati bahawa dengan,kalsium diserap sepenuhnya selepas tempoh 12 jam...Patutla bila ambil Ostematrix sebelum tidur, bangun pagi badanpun rasa segar.

Pengalaman saya sendiri, dua atau tiga hari selepas mengambil Ostematrix, tiada lagi kekejangan kaki yang saya alami selama ni akibat mengandung dan menyusu. Itu sebab saya dah jatuh cinta dengan Ostematrix ni.....

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah Ostematrix bukan sekadar Kalsium tetapi turut mengandungi Magnisium.
KALSIUM penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen manakala MAGNESIUM diperlukan untuk menyerap kalsium ke dlaam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
Kebanyakan kita mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tiduk cukup magnesium menyebabkan tidak berlaku penyerapan maksium kalsium dalam badan.
Sempena promosi Ostematrix bulan April 2014 ini, anda bolehla rebut peluang keemasan ini.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi kami di Safiya Supplement Shop di 014-2933913

Friday, April 4, 2014

Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

Adakah anda mengalami masalah kekurangan susu badan sedangkan anda memang berhasrat untuk menyusukan bayi secara exclusive ???

Jangan risau dan sila bertenang...Saya juga pernah mengalami masalah ini. Ingat lagi, sewaktu mengandungkan Safiya, saya memang memasang niat untuk fully breatfeed anak ketiga saya ini.

Alhamdulillah, sewaktu dalam pantang, susu saya memang banyak...saya boleh buat stok banyak-banyak untuk bekalan untuk Safiya sebaik saya mula bekerja nanti. Syukur sebab susu untuk Safiya cukup...saya memang tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyusukan Safiya. Di ofis, saya pam untuk buat stok. Namun, naik bulan ke-4, susu mula drop...mungkin juga disebabkan kesibukan di tempat kerja...

Mulala saya tercari-cari segala petua dan panduan untuk banyakkan susu ibu. Banyak petua yang saya amalkan tapi susu masih juga kurang. Jeng jeng jeng...


Akhirnya saya google pasal supplemen penyusuan Shaklee sebab saya memang nak berjaya menyusukan Safiya hingga umur 2 tahun, insyaAllah. Mula-mula berkira-kira juga sebab saya ingatlah mahal dan tak mampu dimiliki. Tapi bila susu memang makin drop, saya nekad beli set penyusuan Shaklee sebab pikirkan baby Safiya masa tu. Baru la saya tahu yang supplemen Shaklee bukan mahal sangat jika nak dibandingkan dengan khasiatnya.

Jika ada yang bertanya pengalaman saya menggunakan set penyusuan Shaklee, saya akan katakan yang saya memang berpuas hati dengan Set Penyusuan Shaklee.

Set Penyusuan Shaklee yang saya makan terdiri daripada ESP (Energizing Soy Protein), Vitalea B Complex, Ostematrix (Kalsium), Vitamin C dan Alfalfa.

Apa yang saya perhatikan, susu menjadi semakin pekat jika dibanding pengambilan supplemen Shaklee. Alhamdulillah Safiya sudah berusia hampir 1 tahun 6 bulan dan saya masih lagi meneruskan mengambil Set Penyusuan Shaklee yang mana membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee dan juga turut mencuba Set Kulit dan Set Slimming.

Bagi yang tercari-cari supplemen sesuai untuk menyokong penyusuan susu ibu, saya memang sarankan pengambilan Set Penyusuan Shaklee.

Suka saya berkongsi di mana baru-baru ini, saya ada dihubungi oleh seorang ibu muda yang sudah mencuba Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui cara pengambilan supplemen Shaklee bagi membanyakkan susu ibu. Menurut beliau, susu semakin kurang dan sudahpun mengurut tetapi susu masih juga sedikit dan makcik urut mencadangkan bayi diberikan susu formula memandangkan susu ibu makin kurang dan hampir kering. Walaupun begitu, ibu memang berhasrat untuk menyusukan bayi.

Saya sarankan beliau meneruskan pengambilan supplemen Shaklee dengan cara yang betul bagi tujuan relaktasi (proses untuk menyusukan bayi selepas ibu berhenti menyusu) dan menyakinkan beliau bahawa beliau akan berjaya menyusukan kembali baby dengan izin Allah. Selang beberapa hari beliau whatsapp dan maklumkan bahawa susu beliau mula banyak. Alhamdulillah, syukur sangat rasa sebab boleh berkongsi panduan dan tips berkenaan dengan penyusuan susu ibu.

Jika anda mengalami masalah kekurangan susu ibu, saya cadangkan anda mencuba Set Penyusuan Shaklee. Sebarang soalan boleh diajukan melalui PM/whatsapp @ call 014-2933913 untuk free consultation berkenaan dengan produk Shaklee.


Antara testimoni daripada mereka yang telah mencuba Set Penyusuan Shaklee


Wednesday, April 2, 2014

Tanda Kekurangan Kalsium


Antara tanda-tanda kekurangan Kalsium....

# Mengalami gusi /gigi berdarah
# Sering berasa gemuruh
# Kolestrol dalam badan naik
# Tulang reput (Osteoporosis)
# Mengalami kekejangan otot
# Sering kebas tangan dan kaki
# Sering sakit kepala/ migrain
# Rasa susah tidur /tidak lena tidur
# Sering mengalami stress
# Mengalami sakit sendi/ sakit pinggang
# Mengalami tekanan darah tinggi
# Gigi mula reput

Antara tanda-tanda di atas saya sendiri pernah mengalami kekejangan otot kaki sewaktu mengandung dan selepas bersalin iaitu ketika menyusukan Safiya... Alhamdulillah, saya temui Ostematrix iaitu kalisum Shaklee yang sangat best. Jujurnya, Ostematrix antara item Shaklee pertama yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee.


Bulan April 2014 ini, Ostematrix (Kalsium) Shaklee tengah promosi sekarang...buy 6 free 1...

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini...boleh bagi hadiah buat ibu ayah juga 

Hubungi 014-2933913 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, April 1, 2014

ESP Shaklee

SET COMBO ESP SHAKLEE YANG AWESOME 





1. ESP + VITAMIN E COMPLEX 
~Untuk kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu 
bermakeup, menghilangkan parut dan awet muda.

2. ESP + OMEGA GUARD
~Kurangkan risko keguguran @ bayi pra-matang, bagus untuk
wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak dan bagus untuk 
perkembangan otak bayi serta menguatkan memori ibu.

3. ESP + VITALEA IRON FORMULA
~Kesihatan optimum. Bagus juga untuk ibu hamil di mana 
Vitalea merupakan Multivitamin dengan Zat Besi.

4. ESP + LECHITIN
~mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.
ESP memberi rasa kenyang yang lama, manakala 
Lechitin bertindak sebagai pemecah lemak.

5. ESP + ALFALFA COMPLEX
~sebagai milk booster untuk ibu menyusu

6. ESP + GLA COMPLEX
~ meningkatkan kesuburan wanita bagi merawat masalah 
period tidak teratur dan ikhtiar untuk mendapatkan anak.

7. ESP + OSTEMATRIX
~Memberi tenaga segera kepada mereka yang selalu keletihan, 
sakit belakang dan lengguh-lengguh badan.

8. ESP + PERFORMANCE DRINK
~membekalkan tenaga segera dan bagus untuk mereka yang 
aktif.

Untuk harga promosi, hubungi

014-2933913

Sunday, March 30, 2014

ESP Sangat Baik Untuk Ibu Mengandung





Tahukah anda bahawa ESP ~Energizing Soy Protein memang sangat sesuai untuk IBU HAMIL....


Waktu hamil, ramai ibu hamil akan tercari-cari produk makanan dan minuman yang berasaskan soya...

KENAPA???
Sebab bukan lagi menjadi rahsia bahawa SOYA DIPERCAYAI DAPAT MENCANTIKKAN KULIT BAYI...

Namum, ADAKAH SEMUA PRODUK SOYA SELAMAT???~TIDAK~

Kebanyakan produk soya di luar sana telah diubah kandungan secara ginetik jadi tidak hairanlah jika ibu hamil yang kerap minum soya akan mendapati bayi mereka kelak mempunyai kulit yang sangat sensitif atau eczema....

APA KELEBIHAN ESP SHAKLEE?
KEISTIMEWAAN ESP ialah kacang soya yang digunakan hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses dengan suhu yang rendah yang tidak merosakkan kandungan soya tersebut dan ini menjadikan ESP sangat baik dan sesuai diminum oleh ibu hamil.

Setiap 850 g (1 tin ESP) DIHASILKAN DARIPADA 30KG KACANG SOYA dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


Ibu hamil juga boleh meneruskan pengambilan ESP selepas bersalin dan dalam pantang...

Sebarang keteranga berhubung produk, boleh hubungi saya, 
Shaklee Independent Distributor Kuantan/Pekan,
PM 014-2933913
fb:wan farina
page: Safiya Supplement Shop