Friday, April 4, 2014

Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

Adakah anda mengalami masalah kekurangan susu badan sedangkan anda memang berhasrat untuk menyusukan bayi secara exclusive ???

Jangan risau dan sila bertenang...Saya juga pernah mengalami masalah ini. Ingat lagi, sewaktu mengandungkan Safiya, saya memang memasang niat untuk fully breatfeed anak ketiga saya ini.

Alhamdulillah, sewaktu dalam pantang, susu saya memang banyak...saya boleh buat stok banyak-banyak untuk bekalan untuk Safiya sebaik saya mula bekerja nanti. Syukur sebab susu untuk Safiya cukup...saya memang tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyusukan Safiya. Di ofis, saya pam untuk buat stok. Namun, naik bulan ke-4, susu mula drop...mungkin juga disebabkan kesibukan di tempat kerja...

Mulala saya tercari-cari segala petua dan panduan untuk banyakkan susu ibu. Banyak petua yang saya amalkan tapi susu masih juga kurang. Jeng jeng jeng...


Akhirnya saya google pasal supplemen penyusuan Shaklee sebab saya memang nak berjaya menyusukan Safiya hingga umur 2 tahun, insyaAllah. Mula-mula berkira-kira juga sebab saya ingatlah mahal dan tak mampu dimiliki. Tapi bila susu memang makin drop, saya nekad beli set penyusuan Shaklee sebab pikirkan baby Safiya masa tu. Baru la saya tahu yang supplemen Shaklee bukan mahal sangat jika nak dibandingkan dengan khasiatnya.

Jika ada yang bertanya pengalaman saya menggunakan set penyusuan Shaklee, saya akan katakan yang saya memang berpuas hati dengan Set Penyusuan Shaklee.

Set Penyusuan Shaklee yang saya makan terdiri daripada ESP (Energizing Soy Protein), Vitalea B Complex, Ostematrix (Kalsium), Vitamin C dan Alfalfa.

Apa yang saya perhatikan, susu menjadi semakin pekat jika dibanding pengambilan supplemen Shaklee. Alhamdulillah Safiya sudah berusia hampir 1 tahun 6 bulan dan saya masih lagi meneruskan mengambil Set Penyusuan Shaklee yang mana membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee dan juga turut mencuba Set Kulit dan Set Slimming.

Bagi yang tercari-cari supplemen sesuai untuk menyokong penyusuan susu ibu, saya memang sarankan pengambilan Set Penyusuan Shaklee.

Suka saya berkongsi di mana baru-baru ini, saya ada dihubungi oleh seorang ibu muda yang sudah mencuba Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui cara pengambilan supplemen Shaklee bagi membanyakkan susu ibu. Menurut beliau, susu semakin kurang dan sudahpun mengurut tetapi susu masih juga sedikit dan makcik urut mencadangkan bayi diberikan susu formula memandangkan susu ibu makin kurang dan hampir kering. Walaupun begitu, ibu memang berhasrat untuk menyusukan bayi.

Saya sarankan beliau meneruskan pengambilan supplemen Shaklee dengan cara yang betul bagi tujuan relaktasi (proses untuk menyusukan bayi selepas ibu berhenti menyusu) dan menyakinkan beliau bahawa beliau akan berjaya menyusukan kembali baby dengan izin Allah. Selang beberapa hari beliau whatsapp dan maklumkan bahawa susu beliau mula banyak. Alhamdulillah, syukur sangat rasa sebab boleh berkongsi panduan dan tips berkenaan dengan penyusuan susu ibu.

Jika anda mengalami masalah kekurangan susu ibu, saya cadangkan anda mencuba Set Penyusuan Shaklee. Sebarang soalan boleh diajukan melalui PM/whatsapp @ call 014-2933913 untuk free consultation berkenaan dengan produk Shaklee.


Antara testimoni daripada mereka yang telah mencuba Set Penyusuan Shaklee


No comments:

Post a Comment