Saturday, April 19, 2014

Pemaju Oh Pemaju

Salam Jumaat....

Dua tiga hari ini banyak betul dugaan yang kami hadapi terutama berkenaan dengan rumah yang baru je siap...kami cuba positif kan minda, "setiap kesukaran diiringan dengan kemudahan", InsyaAllah....

Terpanggil saya untuk share, mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berhasrat nak beli rumah dalam pembinaan daripada Pemaju mahupun bina sendiri rumah menggunakan Kontraktor.

Rumah kitaorang beli baru je siap setelah lewat kira-kira 10 bulan. Tapi kitaorang tak risau sangat sebab dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) kitaorang ada dinyatakan Pemaju akan bayar Liqudated and Ascertained Damages (LAD) sebanyak 10% setahun daripada harga rumah SEMASA serahan milikan kosong /serahan kunci (vacant possession).

Mujur S&P disediakan waktu saya masih praktis, so mmg check betul2 pasal LAD ni sebab sedia maklum, kalau beli umah under construction ni, possibility untuk lewat tu memang ada. Pemaju juga adalah maklumkan yang mereka mmg akan bayar LAD.

Dua hari lepas, kami nak ambil kunci daripada Pemaju, so husband tanyala Pemaju tentang LAD....diaorang offer untuk bayar 65% LAD.... memang cuak jugala kitaorang...husband dengan tegasnya menolak offer tersebut dan maklumkan yang kitaorang takkan sign sebarang document jika Pemaju tak jelaskan 100% LAD.
Pemaju juga ada menyebut bahawa sekiranya kitaorang tak puas hati, bawa bawa kes ke Tribunal... Amboi, main cabar-cabar nampak, hehe. So, apa lagi, kitaorang terus call Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk mengetahui tentang prosedur yang peluang untuk dapat hak kitaorang dan dimaklumkan bahawa keputusan adalah berdasarkan S&P. So kitaorang agak yakin bahawa kitaorang sememangnya entitle untuk dapat 100% LAD. 

On the way nak ke ofis Pemaju, memang berdebar-debar...sempatla duk ulang2 baca surah al-insyirah (kelapangan), mudah-mudahan Allah lapangkan dada kami dan permudahkan urusan kami. InsyaAllah.

Sampai ofis Pemaju, kitaorang jumpa dengan bos diaorang....beliau minta untuk berbincang secara professional....memang itu yang kitaorang nak pun...tak lama selepas berbincang, beliau setuju untuk bayar 100% LAD namun secara installments selama 6 bulan. Tak kisahlah, janji kitaorang dapat hak kitaorang...bukan nak minta lebih pun. Alhamdulillah selesai urusan dengan baik.

Kalaulah semua Pemaju bertanggunjawab untuk menyerahkan hak Pembeli-Pembeli rumah terutama tentang denda kelewatan serahan rumah, takdelah menyusahkan Pembeli untuk bawa kes ke Tribunal dan sekurang-kurangnya kes-kes tuntutan dapat dikurangkan.

Waktu pergi tengok rumah, kami dimaklumkan oleh jiran2 bahawa S&P mereka ada dimaklumkan tentang LAD cuma tidak dimaklumkan bila LAD akan dibayar oleh Pemaju. Maknanya Pemaju boleh ambil kesempatan untuk lenggah-lenggahkan masa untuk membayar LAD kepada Pembeli.

So, nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli rumah dalam pembinaan, sila fahami terma dalam S&P terutama bab KELEWATAN baik dari pihak Pemaju mahupun Pembeli untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Sekian. Semoga memberi sedikit manfaat.

No comments:

Post a Comment