Wednesday, April 30, 2014

Working At Home Mother

Baru nak masuk 'ofis'@ #homesweethome ditemani dua permata hati hasif dan safiya....

Mengimbau kembali life 5 bulan lepas, ketika masih lagi bekerja... walaupun waktu kerja 9 am to 5pm, saya masih mahukan freedom of time untuk saya dan family...

Mana tidaknya asyik terkejar-kejar dengan kerja dan urusan rumahtangga...

Pagi-pagi bangun tidur, terus siapkan diri dan anak-anak untuk ke taska. Kekadang memang akan ada yang tertinggal macam drypers dan botol susu gara-gara kekalutan di pagi hari 

Waktu di ofis, walau sesibuk mana pun memang akan pam susu untuk stok safiya....pernah juga terpaksa bergegas ke taska gara-gara susu rosak akibat tertinggal kat ofis gara-gara terlupa bawa balik hari sebelumnya 

Balik rumah, tak sempat dudukpun (even tau patutnya kena spend masa ngn anak-anak dulu)....terus masuk dapur untuk masak....selalu sangat akibat kepenatan, hubby ajak makan kat luar....sampai anakanda yang sulung pernah cakap, "lamanya tak makan masakan umi, harith rindula nak makan kat rumah",...huwaa.. memang rasa bersalah sangat pada waktu tu...

harith memang pandai sangat ambil hati...saya baru je tumis bawang nak masak...dia datang dapur tanya,"umi masak apa ni?..wangi sampai ke dalam bilik"...hehe..dia tau umi dia ni semangat memasak kalu dipuji...tapi mana datangnya semangat kalau dah kepenatankan?...

Lepas solat Isya' terus tidurkan anak-anak. Kadang-kadang nak ajar anak membaca atau mengaji al-quran pun tak sempat. Kesian...

Itu belum masuk kain baju yang tak nak lipat dan lain-lain kerja rumah yang terbengkalai...mana taknya baru pegang kain nak lipat, anak start nangis...baru nak basuh pinggan, anak-anak bergaduh sesama sendiri....aduh...penatnya bila bayangkan kembali betapa huru-hara kehidupan pada waktu tu....

Begitula rutin seharian kami hinggalah suami bertanya..."sampai bila kita nak hidup macam ni...terkejar sana sini...apa yang kita cari sebenarnya???"...

Soalan daripada suami memang membuka mata hati saya bahawa suami dan anak-anak merasa 'kehilangan' saya dan mereka sangat 'memerlukan' saya....itulah antara sebab saya nekad untuk hantar surat untuk resign suatu masa dahulu 

Kini, tempoh 6 bulan yang saya bagi pada diri sendiri untuk 'berehat sebentar' sudah hampir tamat.

Jujurnya saya lebih tenang kini bergelar working-at-home-mom (WAHM) bersama anak-anak. Alhamdulillah, rasa keluarga lebih 'terjaga'.

Kalau dulu saya tak terfikir WAHM boleh menjana income lebih daripada waktu makan gaji, kini saya yakin bahawa semuanya tidak mustahil.

Saya sudah kenal ramai surirumah yang bukan hanya mempunyai income 4 angka, malah 5,6 angka, hanya dengan menjana pendapatan dari rumah...hebat bukan?...

Saya sentiasa percaya bahawa rezeki Allah itu luas, setiap daripada kita sudah tertulis rezeki masing-masing termasuk anak-anak...
apa yang penting kita usaha dan selebihnya berdoa Allah buka jalan dan pintu rezeki, InsyaAllah....

Tiada yang lebih berharga selain daripada sebuah keluarga yang bahagia 

No comments:

Post a Comment