Thursday, May 1, 2014

Lebih Baik Menjadi Tangan Di Atas

Lepas jemput harith balik sekolah tadi..harith dan hasif tolong umi beli tepung goreng di kedai runcit...suruh beli satu,diaorang beli dua sebab takut habis...hihi

Sampai rumah, harith tanya,`umi,blh tak duit ni harith nk sedekah kat mualimah?...blh guna untuk beli aircond'...

Kira baki duit tadi RM 5. Umi balas, `takpe ke harith...kan habis duit nanti'...(saja nak uji kefahaman anak seusia kurang 7tahun tentang sedekah)

`takpela umi...nanti Allah gantilah balik duit ni'...katanya tadi dia dah sedekah duit RM2 yang umi bagi kelmarin untuk belanja...

Alhamdulillah,moga sentiasa menjadi tangan yang di atas...yang banyak memberi daripada menerima...

Macam nak sediakan tabung khas kat rumah untuk tujuan sedekah untuk didik anak-anak amalan bersedekah...

Pernah dengar ada ustaz sedia tabung untuk mereka sekeluarga isi setiap hari....setiap jumaat@hujung minggu mereka akan sama-sama bawa duit ke masjid atau sedekahkan kepada yg memerlukan...amalan tu dimulakan oleh ayah ustaz ketika ustaz tu masih kanak-kanak

No comments:

Post a Comment