Thursday, October 3, 2013

Masanya Sudah Tiba Untuk Jadi Fulltime Mom


Assalamualaikum
Sebenarnya lama dah bercita-cita nak jadi fulltime mum kepada anak-anak
Bila diingat-ingat lama juga tempoh pengajian dulu
Saya dulu pernah ambil jurusan sains hayat Matrikulasi Pongsu Seribu, P.Pinang, selepas habis SPM
merupakan first batch matriks under KPM
waktu tu matriks setahun setengah...rasanya tahun seterusnya dah jadi setahun je.

Masa di semesta ketiga, kakak sulung saya tolong isi borang upu..
masa tu dah lepas intake upu bln 6 tu, so hanya uitm je ada intake bulan 12
so bulan 12 tahun 2000 saya keluar dari matriks dan ke matrikulasi undang-undang, uitm shah alam.
Matriks di waktu tu satu tahun setengah. Habis matriks, saya terus sambung Degree Law selama lima tahun.
Selesai Degree awal 2006, saya terus buat praktikal (chambering) di firm di Kota Bharu selama 9 bulan. 

Saya ambil law sebab arwah papa dulu seorang peguam di KB. Saya memang bercita-cita jadi macam arwah papa sebab saya selalu ikut arwah papa gi mahkamah. Namun saya takde rezeki untuk sambung firm arwah sebab arwah papa meninggal dunia waktu saya di tahun ketiga pengajian.

Dalam tempoh chambering tu, saya berkahwin ngn abi iaitu pada 9.9.2006, waktu tu abi masih lagi menuntut di tahun 3 (kalau tak silap) di Ehime Universiti, Japan. Tak lama selepas kahwin abi kembali ke sana meneruskan pengajian manakala saya meneruskan chambering yang masih berbaki. Dalam bulan 2, 2007 abi pulang bercuti untuk beberapa bulan. Tak lama selepas itu, saya disahkan hamilkn harith dan masa Call To the Bar (Penerimaan Masuk Sebagai Peguamcara) pada awal Mei 2007 , Harith sudah  ada dalam perut.
Taklama selepas itu saya terbang ke tempat abi. Itu kali pertama naik flight seorang diri (sebelum ni dgn arwah papa je). Sampai di Osaka Airport, abi dah sedia menanti.

Sepanjang di Japan, saya mmg seorang fulltime housewife. Bila pulang ke sini pada tahun 2010  barula saya mula bekerja di firma Mohd Sofian & Co, Kuantan. September 2011, kebetulan semasa abi bercadang jadi warden di UMP, ada kekosongan di Lin & Associates Pekan, jadi saya terus mohon dan alhamdulillah saya diterima selepas ditemuduga di mana saya menjaga  cawangan ofis di sana.
Selepas melahirkan Safiya bulan Oktober 2012, saya dimaklumkan bahawa cawangan sana akan ditutup dan saya ditawarkan untuk bekerja di main office di Kuantan. Bermula tahun 2013 ini saya berulang dari Pekan ke Kuantan iaitu kira-kira 9 bulan hinggalah kami berpindah di sini baru-baru ini.

 Tanggal 1/10/2013 lalu, saya telah menghantar notis untuk resign memandangkan kontrak saya sudah tamat. Saya menolak tawaran untuk sambung kontrak lagi. Mungkin saya akan stay sehingga akhir tahun ini atau mungkin lagi awal, semuanya bergantung kepada keadaan.

Sebenarnya sudah lama abi menyuarakan keinginan supaya saya berhenti kerja dan tumpukan kepada keluarga. Namun syukur sebab suami tidak pernah memaksa bilamana saya minta diberi sedikit masa untuk membuat keputusan. Keputusan saya ambil ini waktu abi dh terbang ke Australia untuk projek kereta solar.

Rasanya tiba masanya saya berehat.Tak pasti samada rehat untuk seketika atau selamanya dalam bidang guaman ini. Apa yang saya pasti, saya perlukan masa dan ruang untuk saya dan keluarga. Cukupla setakat ini terkejar-kejar ke sana ke mari. Saya yakin rezeki Allah sangat luas.Apa yang penting, saya perlu banyakkan berdoa agar Allah murahkan rezeki saya dan keluarga.

No comments:

Post a Comment