Thursday, June 30, 2011

Cerita2 Court

Kelmarin, saya ada matter kat court...biasanya kes2 civil akan didengar di civil court tp memandangkan hakim bercuti, kes civil turut didengar di criminal court. Dimulakan dengan kes criminal semalam. Saya mmg xboleh tengok OKT (orang kena tuduh) sebab timbul rasa kesian.

Kebetulan kelmarin orang dlm  court ramai. Mula-mula dtg saya duduk bhagian dpan, lpas tu keluar ke pejabat court untuk cari file yg xde dalam list. Datang semula, seats depan dah penuh. So,duduk betul2 di belakang kandang OKT. Kes criminal pertama dipanggil, OKT didakwa atas tuduhan mencederakan isteri ketika hendak 'bersama'. Ketika hakim bertanyakan detail ttg kecederaan yg dilakukan, pendakwaraya memaklumkan kecederaan pd  **ma**an. Tertuduh hanya menundukkan muka, pasti merasa malu dengan pertuduhan yang dibacakan. Saya yang berada betul2 dibelakang tertuduh turut berasa malu bila kisah rumahtangga didengar oleh orang lain. Namum, pertuduhan harus dibacakan sebelum memastikan sama ada tertuduh mengaku bersalah atau tidak. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Pagi tadi, sampai di ofis, agak riuh kedengaran suara officemates, rupanya membincangkan tentang kes ini yang dipaparkan dalam akhbar M*tr* pada hari ini. Namun ada penambahan cerita di mana si suami dikatakan menggigit **ma**an isterinya. Aduilah, kenapa lah perlu menokok tambah cerita hanya untuk melariskan akhbar. Saya yang berada dekat dengan OKT tidak mendengar satu langsung perkatan 'gigit' dikeluarkan oleh pendakwaraya mahupun hakim. Tak terpikirkah mereka, akibat daripada tulisan mereka bisa mengaibkan si suami yang belum terbukti bersalah dan sesahihan cerita itu belum boleh dipastikan. Bagi saya "A person is innocent until proven guilty".

Semalam juga seorang OKT didakwa melakukan rompakan menggunakan serpihan botol kaca ke atas seorang wanita dan melarikan duit RM 83 dan OKT turut merompak 7eleven berhampiran dengan melarikan rokok dan wang tunai. OKT mengaku bersalah dan ditetapkan satu tarikh untuk dijatuhkan hukum.

Pasti selepas ini saya akan rindu untuk ke court lagi. Lepas raya nanti, saya akan berpindah tempat kerja dan akan membuat kerja2 conveyancing dan lebih tertumpu urusan di pejabat. Apapun, semoga Allah berikan yang terbaik untuk saya dan kita semua. amin.

No comments:

Post a Comment