Thursday, June 30, 2011

Harith Suka Baby Girl

Semasa pulang ke kampung tempoh hari, berkesempatan kami bertemu anak sedara baru saya (anak adik perempuan) yang melahirkan anak sulung, baby girl...Damia Zahirah.

Harith suka sangat kat baby Damia, siap cakap nak bawa balik kuantan. Bila saya suruh tanya pada cik tie, dia betul2 pergi tanya, cik tie mengangguk kepala tanda setuju. Suka sangat la harith. Hasif pun tak kurangnya, sama-sama dengan abang harith nak tengok baby dimandikan mama saya. Baik pulak diaorang ni tengok je adik mandi, tak usik pun...masing2 duk diam, perhatikan saja.

Harith bila dengar je baby Damia nangis, cepat2 di dekat baby,tepuk2 sambil berzikir...mula2 zikir panjang, lama-lama makin pendek, penat agaknya,huhu. Boleh pulak bagitau abi ngn umi dia nak tukar adik hasif ngn baby Damia. Sebab dia kata baby girl comel. Harith-harith. Abi cakap tukar ngn adik hasif tak boleh, tukar ngn harith bolehlah, harith duduk umah tok pa, baby ikut kami balik kuantan. Terus masam je cakap tak mau.

Bila tanya je, harith nak baby boy ke baby girl....terus dia cakap nak baby girl. Hehe...Tapi nampak beza sungguhla dia layan baby Damia tu, lembut je cakap. Kalu ngn adik hasif, selalu kasar cam nak gaduh. Maybe sebab sama-sama boy kot. Harith ni kekadang baik sangat ngn adik hasif, peluk dan pujuk adik kalau adik nangis. Tapi kekadang marah beria kalu adik hasif buat salah. Garang sungguh. Apapun, umi doakan harith dan hasif saling menyayangi. Jangan gaduh-gaduh ya anak-anak umi. Love both of you so much.

1 comment:

  1. Haaa..tgu apalagi tu umi.Harith Hasif dan bg green light tu nak adik lagi.So, bolehlah mencuba utk bagi diorang baby girl pulak.Hihihihi

    ReplyDelete