Thursday, June 16, 2011

Speech Therapy

Kelmarin, ada temujanji hasif dgn speech therepist...hampir-hampir saya terlupa,mujur sehari sebelumnya ada panggilan dr uia,mengingatkan saya tentang temujanji esoknya..bagus betul..

Selepas urusan kerja pagi tadi, saya pulang menjemput hasif di rumah pengasuh mama sal. Temujanji jam 11 pagi..jam 1030 pg saya dh sampai di rumah mama sal..sampai di uia sebelum jam 11pagi. Menunggu sebentar sementara tiba giliran hasif. Jam 11.15 pg kami masih belum dipanggil. Temujanji sebelumnya pun begitu, hampir 15minit terpaksa menunggu...saya mmg sangat tidak suka menunggu kerna bagi saya mmg sudah ditetapkan sejam untuk setiap orang. Kemudian saya bertanya di kauter, sama therapist ada atau tidak. Jawab receptionist ialah orang yg sebelum saya datang lambat..lbh kurang jam 1030-1045. Masalahnya haruskah saya menunggu kerna orang lain yang tidak menepati masa. Bagi saya itu sangat tak adil sb kita harus menghormati masa orang lain. Itu kisah 2 minggu lepas. Semalam juga begitu, tapi tahap kesabaran saya tinggi sikit semalam jadi bolehlah berdiam diri walaupun rasa sedikit tak puas ati.

Sementara menunggu, saya biarkan hasif bermain di sekitar situ. Kemudian keluar seorang kanak-kanak lelaki berusia lbh kurang 5 atau 6 tahun. Melalui percakapan bapanya dengan therapist (bukan therapist hasif),saya dapat mengagak yg anak itu autistic. Mula-mula,dia berjalan-jalan di sekitar situ kemudian menghampiri saya dan meletakkan kepala di atas riba saya. Saya menarik anak itu dan meribanya sambil saya minta anak itu melihat saya, saya katakan 'abang kenal tak auntie ni sapa?'..terus dia senyum2..saya pernah baca yang anak-anak autistic ni sukar merenung mata orang lain. Kata bapanya dia tak kenal orang. Beberapa kali dia datang kembali menghampiri saya. Jujurnya timbul perasaan kasih pada anak itu walaupun cuma beberapa minit baru berjumpa. Mungkin kerna mempunyai anak istimewa membuatkan saya mudah mengasihi anak-anak istimewa ini.

Hasif pula seolah-olah mengejar abang itu, mungkin nak ajak bermain. Saya minta anak itu memakai selipar yang ditanggalkannya dan selepas beberapa kali meminta perkara yang sama, akhirnya dia memakai selipar dengan betul. Walaupun dia seolah-olah tidak mendengar arahan saya tetapi alhamdulillah dia sebenarnya faham. Saya yakin, anak-aak istimewa jika dididik dengan baik pasti boleh berjaya. Sebelum balik, sempat dia datang bersalam dengan saya sambil hasif melambai-lambai isyarat bye-bye.

Kemudian, tiba giliran hasif pula. Namum hasif sedikit mengantuk dan akibatnya dia kurang memberi tumpuan dan mengikut arahan. Jadi, kami hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang simple. Akhirnya sebelum jam 12,kami dah pun keluar dan mengambil tarikh temujanji yang baru. Agak terkilan sebenarnya kerna masa tidak dapt digunakan semaksimum mungkin. Mudah-mudahan temujanji akan datang, hasif akan lebih memberi kerjasama. Masa temujanji yang akan datang saya cepatkan kerna tak nak mengganggu waktu tidur hasif.




Naik je kereta, hasif terus tidur sambil minum susu. Aduhai, penat sangat ke hasif?. Lain kali hasif behave sikit ya, sian umi jauh-jauh dtg bawa hasif...Kalau hasif xnak bg kerjasama, umi xnak dtg lagi..

1 comment:

  1. Geram kan kalau jadi macam tuh.Kita yang jauh pun terkejar2 nak menepati masa tapi orang lain melengah2 pula.Sayang sekali kalau masa terapi tidak dapat digunakan semaksima mungkin..

    ReplyDelete