Tuesday, August 2, 2011

Lagi ke Klinik Kanak-Kanak

 Hari Rabu minggu lepas, ada appointment dgn pakar kanak-kanak di htaa jam 1030 pagi..saya bawa hasif ke ofis dulu sementara tunggu hampir ke waktu temujanji. Sampai di htaa dekat jam 1030, sangat susah untuk mendapatkan parking,terpaksa 'tawaf' htaa beberapa kali. Sangat ramai orang yang menunggu giliran. Dekat jam 12 baru dapat berjumpa doktor,itupun sekejap sahaja,hanya untuk mengetahui result ujian darah aritu, kata doktor paras bacaan hormon tiroid hasif atas pagar, tada yg membimbangkan. Tapi harus ambil darah sekali lagi untuk repeat test. Adui..sangatlah lama menunggu untuk ambil darah. Hasif dah kebosanan, sempat main dengan kawan-kawan yang baru je kenal...apabila dah bosan, dia berlari-lari sampai ke bilik doktor. Sungguh menguji kesabaran. Pukul 1 lebih baru semuanya selesai. Kami pulang ke ofis,selepas minum susu, tertido kepenatan. Petang tu, sempat bertemu Rania (anak bos umi) yang turut datang ke ofis. Petang tu, selepas pulang ke rumah, kami berangkat ke KL,menemani abi yang melawat students praktikal di cyberjaya. Kami menginap di s.alam.
   

2 comments:

  1. Owh..datang ke cyberjaya.Dah dekat sangat dah tu ngan putrajaya.Kolo bagitahu bolehlah kita berjumpa kan kak?Hihihi..

    ReplyDelete
  2. mmg nk ikut abi g putrajaya cuma xtau nk g mna,nk g alamanda,lama sgt nk tnggu 3-4 jam..last2 stay kt hotel je..klu plan btul2 leh jmpa kn,mmg teringin sgt nk jmpa aisya n kakak aireen...tp aritu abi hasif g sna time office hours jga, kul 1-5ptg,sure ibu aisya kje kn?hihi

    ReplyDelete