Friday, July 22, 2011

Ayah Long berangkat ke Lubnan

Hari ini saya kembali bekerja setelah cuti sehari kelmarin. Kelmarin dlu (Rabu), pulang dari kerja saya singgah di kedai membeli sedikit lauk untuk dihidangkan kepada keluarga mertua..mi,ayah,k.cah n mirah (adik2 perempuan abi) yang akan tiba di rumah. Abi pulang awal arini, jam 5 abi call bgtau dh sampai rumah dan nak tido kejap. Biasanyakalu abi pulang awal,abi la yg akan jempur harith di sek tp memandangkan abi nk berehat oleh sebab pukul 2 pagi nnti abi nk drive ke kl,saya yang menjemput harith. Setelah tu, ambil harith di rumah mama sal.

Sedang sibuk memasak, di dapur...riuh suara harith ngn hasif bermain. Sampai duduk bersila atas meja di ruang tamu. HAsif mmg begitu,pantang umi n abi xde situ, mmg akan panjat meja la jawabnya. Baru je selesai masak tomyam, kedengaran orang bg salam. Alamak...diaorg dh sampai,hehe...kena mimun air dlu la sementara saya siapkan hidangan. Lepas maghrib,kami makan beramai2...Suka sangat bila keluarga datang ke rumah. Maklumla, tinggal di tempat orang ni, mmg rindu sgt nak bertemu keluarga. Harith n hasif bukan main suka lagi tok wan, nek wan, cik cah n cik su datang..

Pukul 11 kitaorg tido, dan bangun pukul 1 lebih,bersiap2 untuk ke kl. Kami berangkat pkul 230 pagi. Tujuan kami nak ke kl untuk menghantar ayah long harith n hasif (abang sulung abi yang merupakan satu2nya abg yg abi ada )..untuk ke Lubnan memandangkan ayah long seorang tentera yang diarahkan menjaga sempadan di sana selama satu tahun.

Kami tiba di masjid TUDM, Subang  menjelang subuh..solat subuh di sana. Kemudian kami ke kem TUDM dan berpeluang menyaksikan perbarisan para tentera yang akan ke sana. Sempat bersarapan bersama-sama keluarga dan kami sempat bergambar kenang kenangan. Memerhati para isteri yang datang menghantar suami yang akan pergi bertugas, tergambar betapa kuatnya hati isteri-isteri tentera-tentera ini. Kalau lah saya di tempat mereka,entah bagaimana lah rasanya. Teringat saya sewaktu menghantar abi di airport untuk kembali ke Jpan. Waktu tu saya sedang mengandungkan hasif. Tak tergambar betapa sedihnya pada waktu tu mengenangkan keadaan untuk menjaga harith dan kandungan tanpa kehadiran abi. Rasa tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu lagi.

Namum saya kagum dengan isteri2 para tentera yang kelihatan amat tenang walaupun ramai yang punya anak yang masih kecil. Ayah long harith hasif sendiri mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Yang sulung baru darjah 4 kalau tak silap dan yang bongsu muda beberapa bulan drpd hasif. Sedihnya mengenangkan anak-anak yang pastinya akan merindui abi mereka. Apapun, semoga ayah long sentiasa dalam limpah rahmat dan perlindunganNYA di sana.

Selepas menghantar ayah long kelmarin, kami bertolak pulang ke Kuantan. Kalau ikutkan, tokwan nak pulang ke Jerteh petang kelmarin juga. Dalam keteta, seronok betul hasif duk menyakat tok wan..memebebel2 hasif pada tokwan. Kamipun tanyalah apa lah yang hasif nak cakap. Abi tolong translate, hasif cakap suruh tokwan tido kat umah semalam lagi. Umi pula tolong tambah, hasif cakap tak puas lagi main ngn tokwan. Mujurlah tokwan termakan pujukan hasif. hehe. Semalam kami makan roti canai je sebab singgah berenti makan nasi di Gambang petangnya.

Pagi tadi, saya bangun jam 6..sempat sediakan nasi lemak untuk sarapan. Memang puas hati bila masak sendiri untuk keluarga. Hajatnya nak minta mereka tinggal lagi di sini memandangkan esok pun cuti. Tapi abi ada kursus sampai hari ahad ni. Tadi pun abi keluar awal siki selepas sarapan. Ayah pun memang susah nak tinggalkan umah lama-lama. Harap-harap lain kali bolehlah datang lagi. Mie pun sekarang ni agak kurang sihat. Kami doakan moga mie cepat sembuh dan tak sakit-sakit lagi. Amin. 

No comments:

Post a Comment