Tuesday, July 19, 2011

Busy ke??...

Lama sangat tak upload blog ni. Banyak benda nak citer terutama pasal harith ngn hasif tapi saya busy sikit kebelakangan ini, nak buka blog pn tak sempat. Tapi aktiviti ngn anak-anak berjalan seperti biasa...pulang dari kerja, akan akan menjemput harith di sekolah dan kami akan menjemput hasif di rumah mama sal lebih kurang pkul 630 petang.

Saja nak update something yang mengganggu memikiran saya ni. Ari sabtu lepas, saya ke koleh shahputra, ada panggilan exam PTD, saje je rasa nak pergi. Dari pukul 9.00 pagi smpai dekat pukul 4 petang baru selesai. Abi yang menjaga anak-anak di rumah. Sempat lagi abi bawa harith ngn hasif g main pantai. Bestnya.

Selesai exam, singgah ke Secret Recipe sebentar nk beli cake untuk abi dan anak-anak. Seperti biasa saya memilih Cholcolate Indulgence, sangat best. Sampai di rumah, anak-anak menyambut kepulangan saya dengan sorakan. Pasti diaorang rindu kat umi diaorang ni. Hehe, perasan sudah. Tiba di rumah, saya tanya pada harith, harith nk makan kek tak? sebenarnya dah beberapa hari harith cakap ngn makan kek,sengaja saya buat tak tahu je. Sampai ada satu malam tu, dia terjumpa name card kawan abi yang jual kek...dia tatap gambar2 sambil tunjuk mana yang dia nak...last2 tidur malam pun duk peluk name card tu,bangun besoknya pun tangan duk pegang lagi. Kesian sungguh.  Dengan pantas menjawab soalan saya, 'nak, nak'. "harith doa la dlu, minta ngn Allah biar dapat makan kek arini". Harith pun ikutla berdoa, 'Ya Allah, bagi lah harith kek Ya Allah". Lawak pun ada dengar harith berdoa. Habis je berdoa, punya la suka dia nampak kek depan mata. Hasif pun bukan main juga  tak sabar. Akhirnya 3 keping kek habis kami makan berempat...umi share ngn adik hasif, tak cukup kongsi pula ngn harith,hehe.

Tentang exam PTD tu, saya tawakkal je..dah sedia maklum exam mmg agak mencabar. Dulu lepas exam, tak lepas PAC plak. Kesimpulannya mmg sangat bernasib baik mereka yang terpilih sebagai PTD.

Kebetulan pula, sehari sebelum pergi exam PTD ni, kak tie..akak satu ofis yang suaminya bekerja di LHDN meminta saya membuka web LHDN, katanya rasa-rasa nama saya tersenarai untuk interview LHDN. So, check-check, mmg ada terlisted nama saya untuk panggilan interview. Rasa macam nak try tapi tak taulah. Kalau nak pergi, harus ke kl la selasa minggu depan. Kebetulan khamis ngn jumaat mmg nak kena apply cuti sebab nak ikut abi pergi conference kat Putraya dan kami akan meginap di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Apapun,moga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

2 comments:

  1. kak wan noli doakan ada rezeki kak wan pada pilihan yang terbaik...moga Allah tunjukkan dan berikan yang terbaik untuk kak wan dan keluarga kak wan...
    hihi, comelja harith minta doa dapat kek...baru dua hari lepas papa haikal sebut pasal harith, kata kat haikal...abg harith besar dah mkn banyak....haikal kena makan banyak sikit, kurus sangat ni......hihi....
    salam sayang untuk harith dan hasif...

    ReplyDelete
  2. terima kasih noli atas kiriman doa,k.wan pn doakn yg terbaik tuk noli & keluarga...k.wan pn slalu jga sebut nma haikal kat harith...suruh harith rajin mengaji mcm haikal..sama syg buat haikal & yuosuf ;)

    ReplyDelete