Wednesday, May 25, 2011

Macam-macam di fikiran

Tadi, saya tiba-tiba terjaga dr tidur, pukul 230 pagi kalau tak silap...ke dapur untuk buatkan hasif susu setelah mendengar suara-suara kecil hasif..sudah arif tentang itu..hehe..yg bagusnya hasif,dia tak pernah menangis kuat tanda lapar..hanya membunyikan suara halus dan memasukkan jari ke mulut..mujurlah saya cepat sedar..selang beberapa minit selepas tu,harith pulak minta buatkan susu..sekali lagi ke dapur..harith ni kadang-kadang minum susu juga tengah2 malam walaupun dh usia 3thun setengah..tapi mujurlah sekarang ini, xde lagi kencing malam..alhamdulillah..

Selepas masing-masing smbung tidur balik, saya masih juga belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu yg bermain di fikiran saya...mengenai satu tawaran kerja yg saya terima dulu,sekali lagi saya dihubungi petang tadi berharap supaya saya menerima tawaran tersebut..Bagi saya tawaran yg baik bawu. Sejujurnya saya masih berharap untuk berada di sektor awam namum kalau mungkin rezeki saya bukan di situ, saya akur. Tambahan pula ketidakstabilan ekonomi kita sekarang dan umur saya yg makin meningkat mungkin antara faktor mengapa tidak ada lagi panggilan interview yang saya terima seperti waktu selepas selesai pengajian dulu. Apapun, saya sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki saya dan keluarga. Pada saya, rezeki Allah itu luas dan rezeki kita sudahpun tertulis sejak berada dalam rahim ibu lagi...

Pagi ini ada temujanji hasif untuk ke audiologi di hospital...temujanji pertama untuk tahun ini..namum keadaan hasif yg selsema mungkin akan menjadi faktor penyumbang kepada result ujian pendengaran nanti. Kelmarin saya membawa hasif ke klinik selepas melihat hidung merah-merah..bimbang ada infection..mujur doktor kata ianya akibat selesema dan diberikan ubat sapu. Dua hari lepas, kami memenuhi temujanji fisiologi. Jujurnya saya agak penat dan kalau diberi pilihan memang saya tak ingin menjejakkan kaki ke hospital mahupun klinik. Kelmarin dlu, saya untuk pulang menjemput hasif dari tempat kerja kemudian bergegas ke hospital untuk ke fisio. Kelmarin pagi saya selesaikan urusan kerja saya dlu, kemudian pulang menjemput hasif di rumah pengasuh, bawa ke klinik, hantar ke rumah pengasuh kembali dan ke pejabat semula. Pagi ini pula, saya akan ke hospital dulu dan pulang menghantar hasif ke rumah pengasuh dan kembali ke pejabat semula. Bukan keinginan saya untuk bergelut dengan kekalutan masa dan tenaga namum saya tiada pilihan demi melihat buah hati saya sihat dan ceria. Teringat satu firman Allah, "dalam kesusahan, pasti ada kesenangan"..Semoga Allah jadikan saya sebagai seorang ibu yang kuat dan tabah demi anak-anak saya. Selagi terdaya, amanah ini akan saya pikul sampai akhir hayat ini, insyaAllah. Semoga anak-anak sentiasa menganggap saya sebagai ibu yg terbaik buat mereka walau banyaknya kekurangan saya.

Semalam selepas adik hasif dah tidur, harith masih minum susu. Abi dan saya kembali ke luar bilik meninggalkan harith dan hasif dan meminta harith juga turut tidur. Abi menyiapkan kerja mungkin dan saya m'iron  baju abi. Saya kemudian kembali ke bilik...harith memeluk saya sambil bertanya, "kenapa umi ngn abi tinggal harith sorang-sorang?..sedih harith"..rasa terharupun ada, nk tergelak pun ada mendengar kata-kata harith. Kemudian dia bercerita pasal sekolah. Ada kawan pukul harith. Saya pesan suruh bagitau kawan tu jangan buat macam tu lagi kalu dia buat lagi arini..kalau tak dengar juga, suruh bagitau cikgu..Cakap pasal harith, tetiba rasa rindu pulak..Oklah, saya nak sambung tidur balik. Bye-bye

No comments:

Post a Comment