Friday, May 20, 2011

Cuti-Cuti Singapore

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...smoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya...

Lama saya tak update blog ni...hari Jumaat lepas (13hb Mei 2011), kami bertolak ke Singapore dengan teman-teman ofis saya bersama keluarga masing-masing..ari Jumaat,lepas abi pulang dari solat Jumaat, kami menaiki teksi untuk ke stesen bas di kuantan..di sana kami berkumpul menaiki bas yg disewa khas untuk membawa kami ke KL Sentral.. sampai di sana kira-kira jam 830 malam..kami menunggu di bilik yg disediakan di sana dan sempat makan malam sementara menunggu ketibaan train untuk ke Singapore yang dijangkakan smpai pkul 11...namun ada sedikit kelewatan di mana train smpai kira-kira jam 11.40malam..Adik hasif terus tido sebaik menaiki train akibat kepenatan...mujurlah disediakan katil, bolehlah kami berehat sebelum sampai di Singapore....Kami tiba di Singapore kira-kira jam 8 pagi...Sampai di stesen keretapi, kami bersarapan sebelum mandi dan menggantikan pakaian...kami menaiki bas mengelilingi bandar Singapore...dalam perjalanan adik hasif muntah, akibat minum susu kotak strawberi....bila bas berenti untuk memberi masa kami laluan untuk bergambar kenangan-kenangan, saya berlari-lari mencari toilet untuk mencucu baju yg dikotori...hehe. Selepas makan tengahari di restoren yg menyediakan makanan ala-ala indonesia, kami ke Bugis Street untuk membeli belah. Sesudah itu kami check in di Hotel Dickson 81 dan beristirehat sebentar sebentar sebelum berkumpul kembali jam 740 malam..

Kami kemudian ke sebuah restoren mamak untuk menikmati hidangan nasi beriani ayam/kambing...Nasi beriani kambing menjadi pilihan saya dan abi manakala nasi beriani ayam untuk harith...Selesai makan malam, kami di bawa ke Night Safari...pertama kali mengunjungi zoo pada waktu malam..agak menghiburkan juga bila mana kami menaiki trem menggelilingi zoo untuk melihat haiwan-haiwan seperti harimau, zebra, lion dan pelbagai jenis haiwan lagi...yang paling happy pastinya si harith & hasif..umi dan abi pun happylah sebab tengok anak2 happy :))...then kaum2 ibu membuat 'lawatan' ke Mustafar Mall untuk bershopping manakala kami sekeluarga terus pulang ke hotel memandangkan terasa agak kepenatan walaupun harith still minta nak jalan lagi...

Esoknya, ari ahad kami berkumpul jam 8.30 pagi untuk bersarapan. Kemudian kami ke tempat yang paling dinanti-nantikan Universal Studio Singapore...tiket telahpun diagih-agihkan dalam bas lagi..sampai di sana jam 10 dan  masing-masing membawa haluan sendiri dan kami diminta berkumpul di hadapan gate USS jam 530 petang....penggunjung pada hari itu tidak terlalu ramai seperti yang kami jangkakan walaupun hari minggu...bersyukur sangat rasa dan kami memasuki semua attraction yang menepati syarat...kerana ada bebarapa tempat yang hasif tidak melepasi had ketinggian....walau bagaimanapun, bagi saya cuaca yang panas terik mengurangkan mood kami untuk berjalan...dan kami beberapa membeli minuman dek kerna cuaca yg sangat panas. Apapun, sangat terhibur dalam USS tu, dan rasanya nak pergi lagi ke sana bila harith dan hasif dah besar sikit..insyaAllah..

Selesai ke USS, kami berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan Song of the Sea..sebelum itu kami menikmati makan malam ala chinese foods...kemudian kami meneruskan berjalan kaki ke tempat yang dituju. Agak memenatkan selepas seharian berjalan di USS...akhir sampai di tepi pantai. Persembahan yang sangat menghiburkan melebihi apa yg saya sendiri jangkakan. Kalau berpeluang lagi ke Singapore, teringin nak saksikan persembahan tu sekali lagi.insyaAllah. Kemudian, kami pulang ke menaiki bas. Sampai di Bugis Street kami turun bersama beberapa orang lagi teman yang lain untuk membeli sedikit cenderahati buah keluarga tersayang sebagai tanda ingatan. Kalau ikutkan hati, memang teramat penat rasa namum memandangkan masih belum ada apa-apa yg dibeli, kami gagahi juga ke sana. Kami berjalan kaki, cuma hasif yg duduk dalam stroller. Melihat harith jalan bersama tanpa apa-apa rungutan, terdetik hati saya betapa kuatnya anak ini...Sesudah lama berjalan, barulah harith bersuara untuk ke tandas dan meminta dibelikan minuman. Kami ke Burger King membelikan set burger untuk harith dan hasif. Sesudah makan, baru kelihatan ceria harith & hasif. Kami kemudian berjalan pulang ke hotel. Sebelum itu, kami bercadang ke Mustafar Mall tapi memandangkan kesian melihat harith dan hasif dan kami sendiri yang kepenatan, kami putuskan untuk terus pulang ke hotel. Malangnya kami tersesat mencari jalan pulang, dan rasanya kami pusing satu bandar itu, tapi masih juga belum temui hotel tempat kami menginap. Kami berjalan kaki dan bertanya orang sekeliling...mujur lah Singapore terkenal sebagai negara aman seperti juga Jepun yang memberanikan kami berjalan di tengah malam...Akhirnya sampai juga kami di hotel..

Esoknya selepas bersarapan kami bertolak ke stesen keretapi untuk bertolak pulang ke KL Sentral. Keretapi kami jam 1 tengahari dan kami tiba di KL Central kira-kira jam 8 malam. Kemudian kami menaiki bas untuk pulang ke Kuantan.
Berkunjung ke Singapore,satu pengalaman yg cukup indah...walaupun agak penat travel dengan anak-anak yang belum ckup besar ni tapi mmg seronok dapat kenal negara orang...negara yg bersih, aman damai.....kalau ada rezeki, mau rasanya pergi lagi ke Singapore...tapi sebelum tu teringin sangat nak ke Indonesia, disamping dapat lihat negara orang dan kenal dengan budaya mereka..bolehlah berjumpa dengan teman-teman di Matsuyama dulu....mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kami....
















2 comments:

  1. Wahhh..syoknye jalan2...Hasif pun sporting je.. :)

    Wan, hasif nmpk besar la.. Berapa berat dia skrg?

    ReplyDelete
  2. anak-anak la paling sronok dpt g jalan2 ;)
    k.azma,berat hasif 11kg lbh je...xdelah brat sgt kn?

    ReplyDelete