Saturday, December 31, 2011

Cuti Tahun Baru

Minggu ni weekend jadi 3 hari sebab esok tahun baru (ahad)..so isnin cuti lagi..sangat seronok nak spend masa ngn anak-anak. Minggu ni sangat memenatkan bagi umi berdepan dengan client-client yang menyerabutkan kepala..huhu...mujurlah ada cuti,dapatkan 'lari'sebentar daripada bebenan kerja ;)

Tadi,breakfast kami agak lambat,merangkap lunch sekali...time makan harith bersuara,"umi, alhamdulillah harith tak demam." gelihati pula mendengar, umi senyum je..sambil sentuhTe dahi harith, "alhamdulillah".
 Teringat tempoh hari,harith pernah juga berkata, "masyaAllah, harith terlupala nak ambil kertas kat sekolah tadi,umi". Sejuk je rasa hati bila ungkapan-ungkapan ini keluar daripada mulut harith yang berumur 4 tahun.

Arini,dapatlah kemas-kemas seluruh bahagian rumah...harith pun nak tolong umi,harith yang vacum,umi pula mop lantai. Selesai berkemas, nak gi mandi. Harith tanya umi, 'umi, mana kopiah harith?'..umi jawab,"ni kopiah harith,betulkan?" ..'aah,betul..mana sejadah harith?..tanya harith lagi..."tu yang hijau tu,kenapa?"soal umi.."harith nak solat"..terus harith betulkan sejadah dan mula nak solat. "umi,baca apa dah umi?"..nak tergelak je ngn harith ni,tetiba nak solat...pastu muka confident je nk solat pastu boleh tanya plak nak baca apa...bila umi cakap, "umi nak mandi dulu,pastu baru solat"..harith cakap,umi g la mandi,harith tunggu,nak tengok tv dulu (bleh plak macam tu,huhu)..last-last harith solat jemaah ngn abi...tak sempat tunggu umi,hehe..

semoga harith menjadi anak yang soleh..berjaya dunia & akhirat 

No comments:

Post a Comment