Friday, February 11, 2011

Kisah Daripada Al-Quran

Dua hari yg lepas, time lunch hour saya sempat ke book store berdekatan..memang niat nak cari buku untuk anak-anak kalau ada yang sesuai...belek punya belek terjumpa buku ni yang pada saya agak menarik.


Memang dh lama saya dan abi cari buku cerita teladan daripada al-quran untuk dibacakan untuk anak-anak. Sebelum ni kami ada terjumpa buku tentang haiwan-haiwan di Makah dan Madinah...dalam buku yang berasingan. Cuma bagi kami buku tersebut terlalu panjang, mungkin belum sesuai dibacakan untuk anak kami.

Buku yang saya beli di atas harganya RM45 sebab hard cover, kalu kulit nipis RM35 (dah macam promoter plak..huhu)..saya memilih yang hard cover sb nampak lg menarik di samping berniat menyimpan untuk jangkamasa lama untuk anak-anak yg akan datang.InsyaAllah.

Antara kandungan cerita di dalamnya ialah kisah pembunuhan pertama di kalangan manusia iaitu anak Nabi Adam, Qabil dan Habil yang terlalu ikutkan bisikan iblis..Disamping membaca untuk anak-anak, juga sebagai peringatan kepada saya yang sudah agak lupa tentang sejarah islam.

Cerita-cerita dalam buku ini disertakan dengan gambar bewarna yang menarik. Dah macam promoter kedai buku umi ni. Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas tapi memandangkan hasif pun suka dengar umi bercerita, kira sekali la tu. Hehe. Harap-harap harithasif suka lah dengar umi bercerita nanti...

Antara kandungan buku ini..



Setelah beberapa hari membacakan cerita-cerita dalam buku ini  kepada harith hasif, tumpuan hanya diberikan pada page yang bergambar sahaja. Kreativiti diperlukan untuk mengolah cerita dalam bahasa yang mudah difahami dan menarik. Harith setiap kali dibacakan cerita bertanya gambar mana yang saya rujuk..aduiii..sedangkan tak smua page dalam buku ini bergambar...dan satu cerita paling pendek mempunyai lbih kurang 10muka surat yang mungkin agak panjang untuk anak seusia 3tahun. So, saya berpendapat mungkin kurang sesuai buku ini digunakan untuk harith hasif. Nampaknya saya khatam dulu la nanti sebelum saya bacakan untuk mereka. Takpelah, umi diaorg ni pun dh lupa cerita-cerita islam ni. Mungkin nanti saya harus cuba meringkaskan cerita agar tidak membosankan mereka.

*semoga noli dan ayu berpuas ati dgn comment saya tentang buku ni...mungkin untuk aireen dah sesuai untuk menggunakan buku ni...cuma untuk haikal yg sebaya harith...rsanya perlu sedikit masa lg sebab harith hanya berminat pd page bergambar, page yg xde gambar dia x give attention sgt...tp kalau nk try slow2 ok jgak ;)
Ini pula buku kegemaran harith hasif...



Harith hasif sangat sukakan buku ini. Memang khusyuk sekali mendangar saya bercerita menggunakan buku ini. Pantang ada kelapangan, pasti harith mengusung buku ni kepada saya untuk dibacakan. So, bila dibandingkan kedua buku di atas, melalu pemerhatian saya...anak-anak kecil suka kan binatang...apa sahaja cerita berkenaan haiwan pasti bisa menarik perhatian mereka. Selain tu, mereka sukakan buku-buku yang mempunyai banyak gambar dan warna yang menarik.

5 comments:

  1. kak wan noli macam berminat la nak beli buku ni...macammana nak dapatkannya...ada jual kat mana...dah lama nak cari buku macam ni....haikal mesti suka....

    ReplyDelete
  2. Haahlah k.wan..cam bagus jer.kat mana k.wan beli buku nih?

    ReplyDelete
  3. noli & ayu~k.wan bli kat book store dkat ofis k.wan...kdai buku nma men-men..1st time jmpa,kat popular ada yg haiwan makah & madinah je..nnti insyaAllah k.wan ambil gmbr dlm & tajuk2 skali..kisah 25 rasul pn ok gak...klu berminat blhla noli & ayu bli tuk haikal & aisya,nk k.wan tlng blikan pn ok je ;)

    ReplyDelete
  4. kak wan noli baru balik dari tokyo setelkan urusan yousuf....ooo nanti noli cakap kat amir...rasa memang nak beli yang yang kisah dari al quran tu...nanti noli surih adik amir try cari, ...
    ooo harith rajin baca buku ni...big boy dah :)

    ReplyDelete
  5. noli,camne g tokyo,smua beres dh?..klu noli nk bli bku ni tuk haikal,k.wan blh tlong bli kn...no hal lah...nnti noli bgtaula,nk kirim ke sna ke nk tungu noli blk ;)

    ReplyDelete