Monday, November 8, 2010

Perbualan Semalam

Dalam tengah duk sibuk-sibuk buat kerja kat ofis ni, teringat perbualan kami anak beranak semalam...

Macam biasa hasif suka sgt naik kereta mainan nya..takpun motor abangnya...tgokla mana yg available..mna yg abang tak naik..cepat-cepat dia sambar. Hasif main depan tv...ditemani kami yg sedang menonton.. Sedang asyik menggerakkan kereta mainan yg dinaiki, tayarnya tergilis kaki abang harith. Dengan muka yg agak marah, harith bersuara, "adik ni, nape pijak kaki abang long...sakit abang long".. Terus abi mencelah, "harith, jgnla marah adik hasif, adik hasif tu bukan tahu lg..adik kan istimewa..cuba harith tnya adik mna mata, adik tak tahu lagi"...

"Adik, mana mata?"..tanya abang..sambil memandang ke arah abang, hasif mengangkat tangan meletakkan ke mata..."mana hidung?" tanya abang lagi...hasif turunkan tangan dari mata tunjuk ke hidung...kami ketawa...sambil tersenyum umi melirik ke abi, tu lah, abi underestimate adik...adik budak pandai ni... terus adik hasif kami peluk...Alhamdulillah tindak balas yg baik walaupun baru 2-3 hari kami mula mengajarnya...mudah-mudahan berterusan begini...Syukur padaMu ya Allah atas segala anugerahNYA. Kami melalui hari-hari indah dengan perasaan yg terlalu sukar untuk diungkapkan bersama anak istimewa ini...

Tiga hari bercuti bersama kluarga merupakan saat yg paling menggembirakan...dapat meluangkan masa semaksimum mungkin dengan anak-anak. Semalam juga, kami mula mengajar harith membaca surah al-fatihah. Selepas solat maghrib, ku panggil harith..jom kita mengaji abang long, lama dh xbca iqra..mari kita belajar baca al-fatihah..harith dh besar, kena pandai mengaji. Kalu esok-esok, umi abi dh xde kat dunia ni, bolehla harith sedekahkan al-fatihah... harith hnya memandang dengan muka penuh persoalan...mungkin belum mengerti apa yg umi katakan.. xpela kalau harith belum mengerti, umi cakap supaya lama-lama harith akan faham & doa umi supaya harith jadi anak yg soleh..amin..

Semalam kami hanya blajar ayat pertama...diulang-ulang..Tak mahu telalu mendesak..Alhamdulillah sebelum tidur, harith suka boleh membaca sendiri walau cuma ayat pertama surah al-fatihah. Sebelum melelapkan mata, umi sempat berbisik..boleh tak genap 3tahun ni, abg long kna ingat surah al-fatihah..abi mencelah, ada lebih kurang 10 hri lagi...Mudah-mudahan..Teringat ulangtahun sebelum ni, alhamdulillah genap setahun harith berjalan, genap 2thn stop pakai pampers..harap-harapnya genap 3thn bolehla pandai bca ummu kitab..al-fatihah..amin


2 comments:

  1. pandainya hasif..ooo abg harith dah start ngaji ya...umi ready rotan tak ajar ngaji..hihi
    kak wan apa khabar...noli sini semua sihat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..k.wan kt sni shat2 smua..harith bru je nk start mngaji..ada jga abi dia ready rotan..tp k.wan lbh suka gna psychology je..apa pendapat noli?hihi

    ReplyDelete