Thursday, April 26, 2012

Hasif Di Taska

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 
Tadi time antar harith dan hasif kat sekolah
cikgu bagitau umi
hasif suka belajar,kalau time nak belajar tu hasif gi depan sekali
siap ajak kawan-kawan sama-sama duk depan
cikgu cakap bagus sungguh hasif ni
cikgu bagitau juga hasif elok je belajar, boleh fokus
sekarang ni diaorang belajar menggunakan modul Bacalah Anakku
hasif boleh sebut dengan baik
ada yang kena dengar betul-betul,tapi mmg hasif try nak ikut cikgu sebut
alhamdulillah..suka umi dengar

teringat time kat umah
ada juga kitaorang pasang video Bacalah Anakku
biasa abi lah yang suka pasang bila umi kat dapur
mmg khusyuk je hasif depan tv
pastu ikut balik apa yg didengar
lama dah ditinggal aktiviti tu
nampaknya kena buat baliklah

semalam lepas abi balik keje
kitaorang makan keropok sama-sama
punyelah banyak hasif bercakap guna bahasa dia
macam nak cerita sesuatu
abi selalu cakap 'kesian adik',
"bestnya kalu adik dapat cakap"
umi rasa nak je gi ambil suntikan xenotransplant
kawan abi cakap ada member anak dia kat taska
umur dlm 5 thun..juga DS
bila ambil suntikan tu, alhamdulillah dia boleh bertutur dengan baik
umi teringin sangat nak try
mana tau rezeki adik hasif
tapi bila pikir kos rawatan yang sangat mahal
 lebih kurang 18k mungkin,terpaksa umi pendamkan hasrat dulu
semoga Allah murahkan rezeki umi dan abi
umi ngn abi nak sangat dengar adik hasif bercakap macam abang harith
hasif mmg suka bercakap guna bahasa dia
selalu nampak macam nak cerita sesuatu kat kitaorang
kadang-kadang siap ngan body language lagi
skrg ni dah boleh padam sikit-sikit kalu hasif cakap
contoh kalu nak bagitahu abang harith buat dia
hasif akn buat muka cam nak nangis
pastu sebut 'abang,abang'
tunjuk tempat dia sakit
bila umi tanya, "abang buat ek?cubit pipi adik?"
dia angguk-angguk
bila tanya abang,mmg betul...
pastu hasif akan merajuk sampailah abang salam minta maaf
lepas tu,terus je ok duk sebelah abang harith main sama-sama
hasif,hasif...umi doa smoga hasif cepat boleh bercakap...amin



2 comments:

  1. sama la ngan anak saya...banyak cakap ttapi tak difahami biji butir..Pastu tak geti2 jalan.Hu hu

    ReplyDelete
  2. hihi..special nya anak2 kite ni kn ;)apepun telatah mereka ni slalu menghiburkan...

    ReplyDelete