Thursday, February 24, 2011

Rezeki Untuk ke Speech Therapy

Sebenarnya mmg dh lama saya teringin nak antar hasif buat speech therapy. Kalau untuk stimulate motor kasar tu,adalah sikit2 info melalui pembacaan kami..juga info semasa melalui sesi fisioterapi...so bolehla kami praktik sendiri...tp untuk speech therapy,sungguh saya xde ilmu...justeru saya rasa perlu untuk menghantar hasif menghadiri speech therapy.

Sewaktu sesi fisio yg lepas therapist tu ada bagitahu perkembangan hasif positif, cuma agak lambat dr segi pertuturan. Saya ada juga bertanyakan tentang speech therapy tp menurutnya mereka akan menentukan pada temujanji yg akan dtg sma ada untuk refer kn hasif ke bahagian speech..

Nak dijadikan cerita, semalam abi bagitau kawan dia nak datang ke rumah ingin bertanyakan tentang perjanjian jual beli rumah. Sebetulnya saya agak penat, sebolehnya prefer tetamu datang pada hujung minggu,bolehlah saya sediakan sedikit juadah atau lunch/dinner di rumah. Tapi memandangkan abi dh janji, tak elok plak rasanya nak batalkan. Lagipun kehadiran tetamu kan membawa masuk 'rezeki'...tak baik plak kalau menolak rezeki...

Harith ngan hasif suka lah tetamu datang...kerna biasanya kami cuma berempat sahaja. Hasif mula-mula malu,kemudian sesudah bersalam, makin mendekati auntie (wife teman abi)...pegang-pegang tangan,duk main-main ngn auntie tu. Diaorang cakap perkembangan hasif nampak ok (alhamdulillah), faham apa yg orang cakap...suka bercakap (banyak sungguh cerita menggunakan bahasa jerman,hehe),sebut 'nak' bila minta sesuatu.

Cuma saya bagitau perkembangan speech dia mungkin lambat sikit. So, diaorang bagitau yg uia,kuantan di jalan hospital ada menyediakan klinik pertuturan & pendengaran. Saya bagai pucuk dicita, ulam mendatang...suka sangat tahu pasal ni sebab sebelum ni saya memang xtau yg uia ada menyediakan klinik pertututan.

Tadi, saya surf internet, cari info pasal klinik pertuturan di uia...mula-mula dapat no audiologi,kemudian diaorg bg no telefon klinik pertuturan. Saya terus call, tanya tentang cara-cara untuk mengikuti speech therapy di sana. Receptionist menelefon kembali setelah mendapat jawapan daripada therapist. Dan alhamdulillah dia memaklumkan temujanji boleh terus dibuat dan insyaAllah hasif akan menghadiri speech therepy di uia pada 24.3.2011.

Tiada yuran dikenakan. Hanya registration fee sebanyak RM 5 akan dikenakan nanti memandangkan hasif belum ada kad lagi..hehe. Syukur sangat-sangat dapat hantar hasif nnti. Memang betul lah, kehadiran tetamu pasti membawa rezeki kepada kita. Atas kehadiran tetamu semalam, saya dapat 'rezeki' yang tak disangka-sangka ini. Mudah-mudah Allah sentiasa permudahkan segala urusan untuk menjaga amanah Allah ini.

*pernah berbicara ngn seorang speech therapist,nk kna stimulate bhgian mulut &pipi selalu, pastu cuba sebut perkataan slow2..word by word..mcam su-su, ba-ba, pa-pa, ma-ma..bila kami dh ke speech therapy, kami akan berkongsi ilmu nnti ;)

14 comments:

  1. Alhamdulillah..akhirnya hasif dapat g dulu speech therapy sebelum aisya yeh?hihihik. Aisya punya appointment bulan 5...lama lagi.Nanti abg hasif tolong ajar aisya bercakap boleh?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ayu,mudah2an Allah mudahkan urusan anak2 kita ni,xpe..nnti kita tukar2 info pastu praktis kat umah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. adik hasif pun dah start speech therapy tp x smpat nak tulis dlm entry baru.. nnt kita share cerita ye..

    ReplyDelete
  4. amir lak start ST sejak 2009. Alhamdulillah perkembangannya semakin baik. sy cuba praktikkan apa yg therapist buat. mmg penat tp utk si comel yg teristimewa, semuanya diketepikan. cuma agak terkilan dengan penerimaan amir sahaja. dia x begitu excited utk bercakap. kdg2 penat kita ckp tp dia hanya sebut satu perkatan jer. kalau x pun dia senyum jer bila kita ajar dia. sabar ajer ler. doktor kata dia kurang inisiatif utk bercakap dan kurang daya tumpuan.

    ReplyDelete
  5. ians~brapa umur amir skrg?alhamdulillah lah kalau makin baik perkembangan amir.nnti bolehla share info smasa ST..sy mmg kurang ilmu bab2 ST..so far tgok hasif suka bercakap,cuma dia gna bhasa jerman..hehe..

    ReplyDelete
  6. k.azma~wah,adik hasif dh ke speech therapy,bgus2..nti bolehla share info nnti ya ;)

    ReplyDelete
  7. pabila matlamat serta kaedah nya jelas.....tiada yang diharapkan selain dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi......

    *terjalin nya persahabatan yang tulus.....pabila kesepakatan itu dicari...yang menemukan persamaan...dan kan tersisih segala perbezaan....*

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. insan kerdil~sememangnya itulah yg diharapkan, dimermudahkan sgala urusan oleh ALlah di dunia dan akhirat...insyaAllah

    k.jue~insyaAllah kalu ada info yg berguna, akan dishare nnti ;)

    ReplyDelete
  9. moga cepat hasif dapat bersembang dgn mamanya..
    suka tgk dia ngaji quran tu..sama macam nabila.tapi nabila kalau biar lama2 siap sebut..umie..abah..kakak..semua sekali.last2 jadi menyanyi..hehe

    ReplyDelete
  10. k.ieda~thanks dtg ziarah blog ;) amin amin, doa2 mga hasif cpat2 blh ckp..hasif mmg pantang jmpa quran,konon2 mcm mengaji..haha..wah,kakak nabila dh petah bercakap ya..alhamdulillah...moga2 hasifpn sama nnti ;)

    ReplyDelete
  11. Salam ummuharithhasif,

    Saya sedang mencari maklumat berkaitan tentang speech therapy di kuantan untuk anak saya. Dengan Google saya terjumpa blog puan. Kalau tak kebratan, boleh beri nombor contact klinik pertuturan di UIA tu ?

    ReplyDelete
  12. salam..ini no tel UIA Hearing & Speech Clinic dkt HTAA tu,try la call tnya 09-5706340/5177627 tuk set appointment...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih, ummuharithasif. :)

    ReplyDelete