Thursday, March 3, 2011

Semoga kami termasuk dalam golongan yang Redha

Sabtu lalu,seperti biasa kami sekeluarga akan keluar ke Kuantan, walaupun sebenarnya xde apa sangat  nk dibeli, kami akan bawa harith hasif jalan-jalan...maklumlah 5 hari terkurung di rumah pengasuh,rasa nya weekend adalah masa untuk bawa anak-anak ambil angin luar.

Tengahari anak-anak ngantuk plak, so tidurkan diaorg dulu...lepas solat asar kami keluar. Sampai EC Mall dh nak maghrib, lpas bli2 barang sikit kami ke surau, bertemu dengan kawan kerja abi yang menunggu isterinya solat. Saya solat dlu sementara abi menjaga anak-anak. Selesai solat,saya bersembang dengan isterinya berkenaan anak-anak. Kebetulan isterinya merupakan guru di sekolah rendah, yang turut mengajar anak-anak DS. Menceritakan serba sedikit pengalaman berdepan dengan anak-anak DS. Saya sambil tersenyum memegang hasif sambil berkata,"anak ni pn special ni". (dalam hati umi, rasanya xde sekumitpun perasaan malu untuk memperkenalkan hasif)Isterinya tersenyum sambil mengangguk-angguk. Saya minta hasif bersalam,terus hasif menghulur tangan bersalam kemudian mencium tangan auntie itu. "oo..pandainya dia"..tersipu-sipulah si hasif. Kemudian hasif menghulur kedua-dua tangan minta didukung, terus auntie mengambil hasif...macam biasalah anak-anak special ni kan berwatakan penyayang,terus dipeluknya auntie tu..huhu...Lama berbual, kami minta diri untuk pulang. Banyak lagi nak bertukar-tukar cerita terutama mengenai perkembangan anak-anak. Moga ada rezeki untuk berjumpa di lain hari.

Sewaktu kami masuk dalam lif, ada pasangan pakistan mungkin...tersenyum-senyum kat hasif, mcamana biasa hasif kalu nampak orang stare kat dia...becok lah mulut berbunyi menegur orang...berkata perlahan suami kepada isteri nya, memaklumkan hasif SD mungkin...terus saya bagitau suami, "abi, orang tu ngumpat adik", kami sama-sama ketawa...hahaha

Semalam abi belanja makan kat luar..kemudian kami ke EC Mall skali lg, nak beli seaweed..suka sangat dua beradik tu makan seaweed lebih saya buat sushi tempoh hari. Kemudian kami ke kedai baju disney, saja nak usha baju anak-anak. Promoter nya datang, kemudian bertanya kan umur hasif. Katanya dia juga mempunyai anak saudara mcam hasif berusia 6 tahun,perempuan. Sempat bercerita tentang kerenah anak saudaranya yang mencuit hati..dh pandai bercakap. Siap tunjuk gambar anak saudaranya dalam h.set. Sungguh comel, anak perempuan itu. Sy tanya ada masalah kesihatan x? Dia cakap ada masalah jantung berlubang, dan pergi IJN tapi doktor dah tak boleh buat apa kerana ada seakan bonjolan pada jantungnya. Maknanya anak itu hanya menunggu masa dijemput Ilahi. Tapi sekarang, anak itu masih aktif bermain dan ke sekolah, cuma kalau kadang-kadang akan sesak nafas, dan tubuh menjadi biru. Alahai,kesiannya anak kecil itu.

Dalam kereta, saya cakap pada abi kesiannya family anak tu, dah 6 tahun bersama. Tak dapat nak bayangkan kalau terjadi pada hasif. Kami yang bersama hasif baru 2 tahun pn rsanya tak sanggup kehilangan apatah lagi ibu ayah yang dh bersama anaknya selama 6 tahun. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur anak itu. Mendengar cerita mak saudaranya saja saya dapat bayangkan betapa anak itu disayangi seluruh keluarganya. Itu belum mendengar daripada ibu ayahnya sendiri. Betapa bertuahnya anak itu yang dilahirkan dalam keluarga yang amat menyayanginya.

Walau apapun, REDHA..itulah jalan terbaik untuk setiap ketentuan yang telah ditetapkanNYA. Selagi hati tidak redha,selagi itulah hati takkan tenang...bahkan kita seakan cuba lari daripada bayang-bayang sendiri. Namum kalau kita redha, kita akan lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang dan akan lebih menghargai erti sebuah kehidupan. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang redha.


No comments:

Post a Comment