Sunday, March 6, 2011

Tafsir Al-Quran

Ari jumaat lepas saya ke kedai buku Popular,sedang membelek-belek buku, saya terjumpa tafsir Al-Quran ini..kebetulan ada promosi untuk bulan Mac ini. Kebetulan saya ada jga berniat nk membeli tafsir Al-Quran memandangkan saya belum ada apa-apa jenis tafsir di rumah, dua tiga mnggu lpas saya bersama kakak-kakak ofismates survey di sebuah kedai buku-buku agama tapi harganya dalam lebih kurang RM 130-150..Yang ini pula harga asal RM 89.90, oleh sebab saya ada kad ahli, dapat diskaun 20%,jadi RM71.92...sangat-sangat gembira dapat harga murah, alhamdulillah.

Kelmarin, selepas solat subuh..saya membelek-belek tafsir Al-Quran yang saya beli itu, tafsir yang sangat bagus bagi pendapat saya. Selain mempunyai tulisan yang besar yang memudahkan membacanya, insyaAllah..tafsir ini memuatkan hukum-hukum tajwid di belakang tafsir tersebut. Selain itu, kandungannya juga turut disusun mengikut tajuk. Contohnya, kalau kita ingin membaca tafsir mengenai hari akhirat, telah disusun kandungannya di juz berapa..ayat berapa yang membincangkan tentang hari akhirat.

Sebelum ini, Al-Quran cuma dibaca tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah bagusnya jika kita membaca Al-Quran dengan mengetahui maknanya sekali. Kepada sesiapa yang belum lagi mempunyai tafsir Al-Quran, saya sarankan yang ini sebab saya rasa tafsir ini sangat-sangat bagus.
tafsir yang sangat besar

hukum tajwid

isi kandungan

turut ada ringkasan di bahagian bawah

*buku yg comel

No comments:

Post a Comment